Whirl_wind
Anda Tanya, Exo JawabSoalan 5 : Bila Kai nak masuk meminang Sehun ?
(Whirl_wind)
"angkat tangan yo angkat tangan meletop angkat tangan era! angkat tangan yo ang-
"Sudah-sudah la tu Pd-nim, anugerah meletop dah lepas pun semalam. Nasib Maya HD, nampak clear sikit" salah seorang staff berkata kepadanya.
"Ehem ,apa-apa pun hari ini kita terpaksa buat rakaman lebih awal kerana pembaca sudah tidak sabar mahukan jawapan mereka. Jadi, untuk memuaskan para pembaca ,kami membuat keputusan untuk menyiarkan rancangan ini lebih awal dan akan diupdate secara lajuuuuuuuu" Pd-nim membuat gaya kereta berlumba di atas jalan raya.
"/berdehem/ Ehem ehem, kami dekat belakang tirai ni!" Kedengaran salah seorang hos Exo pada kali ini bersuara.
"Jadi tanpa melengahkan masa, kita menjemput sekali lagi Oh Bubbletea Sehun, MalaKai Malakap dan Luhan si Kancil terbiar!" /semua staff bertepuk tangan dengan meriah kerana terpaksa/
"Wohoo!!! Kai hyung, kita ada lagi hari ni! Yea " Sehun menari-nari di belakang tirai.
"Maafkan saya, tirai belum dibuka kerana ada masalah teknikal" kata salah seorang pekerja bahagian pentas.
"Jadi , ya Sehun, Kai, Luhan kamu bertiga merangkak bawah tirai tu. Cepat cepat rakaman dah bermula" arah pd-nim sambil memeluk tubuh dan menyilang kakinya.
"Ya!" Mereka bertiga mula merangkak dan berlanggar sesama sendiri. Akhirnya setelah 15 minit merangkak di bawah tirai, mereka berjalan menuju ke atas pentas.
"Saya benci pd-nim" Itu antara kata-kata terakhir Sehun sebelum ditampar. Sekali lagi.
Kai : woah, saya tak sangka kami kerap muncul dalam rancangan ini /berasa bangga seketika/
Sehun : Saya jugak. Waa adakah anda semua tertanya-tanya pasal saya? Aiguu comelnye~~/menggedik keseorangan/
Luhan : Kenapa saya dijemput? Patutnya giliran saya lambat lagi. Adakah i-
Sehun : Adakah ini ada kaitan dengan kandungan Luhan hyung? Andwae! Saya bukan bapaknya!
Kai : Ya pabo! Awak nak libatkan lagi pasal kandungan ? /membulatkan matanya seperti Kyungsoo/
Luhan : Sehunnie! Awak jangan merepek! Baik, saya akan bacakan soalan seterusnya. /membulatkan mata seperti Kyungsoo sekali lagi kerana tidak percaya akan soalan yang tertulis/
Sehun : Perlu ke semua nak tiru gaya Kyungsoo hyung?
Luhan : Ya dengar ni. Soalannya bila Kai nak masuk meminang Sehun? /memandang Sehun dengan muka bengis/
Kai : Bagitahu siapa yang hantar soalan
Luhan : Whirlwind. /memuncungkan bibirnya/
Sehun : Whirlwind, kita jumpa lepas rakaman ni./memandang kamera/
Luhan : Kamu berdua jangan merepek. Jawab sudah lah. Saya tidak akan cemburu buta /menjulingkan matanya ke atas/
Kai : Umm bila saya nak masuk meminang Sehun? Adakah Sehun sudahpun mempunyai pakej lengkap wanita Malaysia terakhir?
Sehun : Sudah semestinya. Jangan kata memasak, basuh baju, lipat baju pun saya tak boleh buat. Kecuali minum bubbletea.
Kai : Whirlwind ya, awak nak suruh saya menikah dengan mamat serba serbi tak berkemampuan ni? /melopong/
Luhan : Saya setuju dengan Kyungsoo hyung. Saya menyesal ambik cuti hari ini.
Sehun : Apa kata kita membuat panggilan ke Kyungsoo hyung? Dia cuti kan ? /mengeluarkan telefon bimbitnya/
Luhan : Awak nak cari pasal lagi dengan dia?
Sehun : /menggeleng dengan comel/ mana ada hyung. Kan soalan ni ada kaitan dengan Kai hyung.
Pd-nim : Awak semua ni mengukuhkan lagi bukti bahawai Kaisoo memang benar.
Kai : Err, kami hanya kawan baik!/ pipi terasa hangat/
Sehun : /meletakkan cawan berisi teh panas di pipi Kai/
Luhan : Duh, kita call sajalah. Lagipun dia cuti harini. Sehun, bawak turun teh panas ni dari rambut saya!
Kai : Boleh ke?
Luhan : Baik , kita telefon dia. Harap dia angkat.
Sehun mendail nombor Kyungsoo dan menekan punat 'Call' .
'heartless,heartless, shout anonymous anonymous,'
Kai : Lagu nada dering dia menyeramkan.
Luhan : Masalahnya ini lagu kita,
(D.O : Yoboseyo? Ya giant! Awak nak apa?!') Sehun menekan punat Loudspeaker supaya ketiga-tiga mereka boleh mendengar.
Sehun : Hyung, jangan nak marah-marah dalam secara langsung.
(D.O : Mwo?! Awak buat loudspeaker?! /menyatakan rasa tidak percaya/)
Kai : Ya kyungsoo hyung, awak kena tahu apa soalan yang ditanya hari ini. Luhan hyung, tolong bagitahu.
Luhan : Kyungsoo~~/memanggil dengan comel dan manja/
(D.O : Ne hyung~~/membuat suara comel/)
Sehun : Saya tak percaya yang mereka berdua bertindak ganas dengan kita /memandang Kai/
Luhan : Soalannya, bila Kai nak masuk meminang Sehun? /menahan ketawa/
(D.O : Mwo? Jinjja ? Mereka berdua bertunang? Percaya lah cakap saya, rumah mereka akan menjadi sarkas dalam satu hari.)
Kai : Ya hyung sampai hati awak cakap macam tu dekat kami /membuat suara merajuk/
(D.O : Nasib tak sampai kaki)
Luhan : Kyungsoo, awak tengah buat apa?
(D.O : Saya tengah berbual-bual bersama SooMan hyung. Ka-)
Sehun : Saya dah kata anak dalam kandungan Kyungsoo hyung itu anak SooMan! /berteriak kegembiraan/
D.O dan Luhan : Yah Sehun!!! /Luhan menarik telinga Sehun manakala Kyungsoo menampar Sehun secara di awang-awangan./
Kai : Saya dah agak perkara ini berlaku. /menutup muka/
Luhan : Kami harap anda tidak terasa dengan jawapan kami. Tapi mereka bertunang? Apa kata awak aje ganti tempat Sehun?
Kai : Maafkan kami /menunduk 100 darjah/
Sehun : Jadi sampai di sini sahaja episod kali ini~
Kai : Anda tanya,
Luhan : Exo Jawab! /melambai tangan kepada kamera/
(D.O : Jangan malu untuk bertanya lagi! Annyeong!)
Rakaman terpaksa dihentikan dengan tergesa-gesa kerana tirai yang rosak tadi terhempap di atas mereka.
Bersama pd-nim ; Adakah awak betul mengandung Kyungsoo?
D.O : /menampar Sehun/ Ini semua salah awak!
Sehun : /merayu kepada pd-nim/ tolong.....jan.gan....li..bat..kan...saya..deng..an kyungsoo hyung.
p/s : Aiguu terima kasih . Saya akan update macam Bolt okay <3 Apapun sila baca ff saya yang terbaru 'Oh My Crush' jika sudi kihkih .
p.p.s : siapa nak ff buku cerita sehun 2?
Comments