Be The Light
-EARPHONE : 듣다 내 마음이 목소리-Pagi menjengah lagi.Kali ini aku terasa selesa dan gembira.Aku bermimpi semalam abang berada dekat denganku.Dia disitu..Aku boleh rasakannya.Terukir sedikit senyuman di bibirku.
“Abang...”.Aku memanggil abangku,namun tiada sahutan.Aku menoleh ke tepi dan tiada siapa disitu.Mukaku bertukar hampa.Aku cuba bangun dengan sendiri.Penat baring aku ingin duduk.
“Morning Eunha sweetheart~”.Muncul satu suara yang amat aku kenali.Dia mengambil tempat disebelah katilku.
Dia menghulurkan aku sesuatu.Aku menyambut hulurannya.
“Aku dah update semua lagu favourite kau.Lebih baik kau berterima kasih dekat aku..”.Ujar Amber.Aku terus memeluk dia yang berada disisiku.
“Woi..woi..! Lemas lah giler..Aku-aku..Takk..Bo-leh bernafas...!”.Lantaklah dia nak pukul ke apa.Janji aku gembira.
“Thank you Amber”.Tutur diriku.Amber menepuk-nepuk dadanya..Terbatuk-batuk pula.
“Tengok..Rosak rambut aku ni.Penat tau tak aku sikat tadi..”.Amber membebel sambil dia mengemaskan kembali rambutnya.Snapback yang terjatuh tadi dia letak semula ke atas kepalanya.Kali ini giliran dia pula mengusutkan rambut aku yang panjang paras dada.
“Hahaha..Macam mak lampir.Sebijik pulak tu!”.Amber menggelakkan aku.Kurang asam.Tapi aku gembira.
“Kau nak mandikan.Jom aku tolong”.Aku mengangguk di atas pelawaannya.Dia menyorong aku menuju ke bilik air.Amber telah memanggil nurse yang bertugas pada hari ini untuk menguruskan aku.Sepanjang aku disini,aku dijaga dengan rapi.
“Aku tunggu kat luar tau..”.Ujar Amber.Dia duduk di atas sofa lalu menggapai beberapa majalah yang ada di atas meja.Dia membelek seketika.
Bunyi derapan tapak kaki masuk ke pendengaran Amber.Dia menoleh dan seorang doktor menghampirinya.
“Boleh saya duduk?”.Soal Yixing.Amber mengangguk.Yixing mengambil tempat bertentangan Amber.Majalah yang Amber pegang diletak semula ke atas meja.
“Awak ni boyfriend Eunha ke?”.Tutur Yixing curiga.Dari tadi dia berada di luar bilik melihat perlakuan Amber dan Eunha.Dia sedikit kecewa apabila gadis itu berpelukan bersama Amber.Entah kenapa dia rasa kecewa.
Mendengar pertanyaan dari Yixing,Amber terus tergelak sehingga sakit perutnya.Yixing mengerutkan dahi.
‘Kelakar sangat ke soalan aku?’
“Doctor..Saya ni perempuan lah..Saya bukan boyfriend dia..hadoi..doctor ni..hahaha”.Amber masih lagi ketawa.Muka Yixing sudah merah padam.
“Bukan eh? Maaflah..Saya ingat kamu ni boyfriend dia sebab cara awak..”Belum habis dia berbicara,Amber terus memotong ayatnya.
“Sebab saya pakai macam lelaki....Saya yang comel ni takkan doctor tak perasan kot..Alahai..Haha”.Amber menghabiskan sisa tawanya.Yixing hanya tersenyum.Lega pula hatinya.
“Dah lama ke awak kenal Eunha? Sebab saya tengok dia selalu sendirian.Jarang ada orang yang melawat dia”.Tutur Yixing serius sedikit.Muka Amber yang ceria sudah hilang senyumannya.Perlahan Amber mengangguk.
“Nak kata lama pun tak,nak kata sekejap pun tak.Masa kali pertama saya terjumpa dia,dia buat bodoh je dengan saya.Sombong,itulah yang saya label diri dia dan ya,dia selalu menyendiri”.Amber tertawa kecil.
“Maaflah kalau saya menyibuk tapi mana ahli keluarga dia?”.Soal Yixing sekali lagi.
“Keluarga dia sibuk bekerja menguruskan syarikat mereka”.Balas Amber.
“Entah bila lah mereka nak datang jenguk Eunha.Mungkin kali ni mereka malu sebab mereka ingat Eunha cuba untuk bunuh diri sekali lagi”.Yixing mengangguk mendengar penerangan Amber.
“Dia sering tertekan dan orang ramai anggap dia gila dan tak siuman sebab dia cuba untuk membunuh diri.”Amber mengapai sehelai tisu untuk mengesat hidungnya yang sudah berair.Entah kenapa apabila dia berbicara mengenai Eunha,hatinya cepat sahaja tersentuh.
“Eunha rindukan abangnya.Kim Joonmyeon.Abangnya lari dari rumah sebab nak kejar cita-citanya.Sekarang perkara tu turut berlaku kepada Eunha”.Muka Amber yang merah akibat menahan tangisan dikipas-kipas oleh tangannya.
‘Kim Joonmyeon?’.Nama itu bermain dibibir Yixing.
“Doctor saya keluar kejap,nak basuh muka..Kalau dia tengok muka saya macam ni,entah apa yang dia fikir nanti”.Amber keluar dari pandangan mata Yixing.Yixing turut berdiri meninjau bilik ini.Dia terpandang sebuah buku hitam di lantai katil.Buku itu diambil dan diselak.
‘Sah ini buku Joonmyeon..’.Detik hati Yixing.Dia mengenali tulisan tangan kawannya yang seorang itu.
“Kecik je dunia ni..”.Dia meletakkan kembali buku itu di atas katil bersebelahan dengan bantal.Dia mendengar yang pintu bilik air hendak dibuka dan dia cepat-cepat meninggalkan bilik itu.
Her icy and transparent skin is like porcelain
She may or may not bleed
Gray eyes like glass
I read her eyes and her lips
But I discover a dust-covered heart
Closed off like a restricted area
Perhaps if you lean in towards her you can hear her cry
A soundless machine without a heart...
“Kau pergi mana?”.Aku bertanyakan soalan kepada Amber sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala.
“Aku buang air lah tadi..Sakit perut.Salah makan kud”.Jawab Amber kepada ku.Dia tersengih kecil.
“Sini aku sikatkan rambut kau”.Amber mengambil sikat di atas meja bersebelahan katil aku.Nurse yang bertugas telah keluar untuk meneruskan tugas mereka yang lain.
“Amber..”Aku memanggil namanya.
“Yes..”.Ligat tangan Amber menyisir rambut ikal mayang aku.
“Malam tadi abang teman aku tidur.Aku boleh rasa diri dia.Tapi bila aku bangun dia tak ada”.Tutur diriku sambil tersenyum.
‘Bila masa pul
Comments