PART THREE

✾ Stalker Stalk Stalker ✾
Please Subscribe to read the full chapter

“Hana! Apasal awak lambat sangat hari ni?” soal Jisoo sebaik sahaja Hana muncul dihadapannya.

“Hah! Betul tu apasal awak lambat datang hari ni? Selalunya awak lebih awal datang daripada kami berdua.” Soal Hyunwoo pula.

“Hmm... Saya tak dapat tidurlah semalam. Entah jam berapa baru mata saya terlelap. Sekali saya bangun tadi pagi dah jam 6.20 minit. Huh!” Hana mengeluh selepas dia memberitahu perkara sebenar kepada kawan-kawannya. Sebenarnya Hana tak dapat tidur pada malam itu kerana dia asyik teringatkan kejadian dimana Mark telah menciumnya gara-gara Kai meminta bukti bahawa mereka berdua ni adalah pasangan kekasih.

“Betulkah ni?” soal Hyunwoo kemudian menaikkan keningnya.

“Betullah. Pernah awak nampak saya tipu awakkah?” balas Hana.

“Ok. Saya percayakan awak.” Jawab Hyunwoo.

“Hana, awak tak bawa buku Bio kerr?” soal Jisoo apabila dia melihat Hana masuk ke kelas tanpa membawa apa-apa buku yang berkaitan dengan subjek Biologi.

“OMO! Saya lupa nak ambil dilokarlah. Saya pergi dulu.” Kata Hana apabila dia teringat bahawa buku Biologinya berada dilokar. Kemudian Hana pun keluar dari kelasnya untuk mengambil buku Biologinya, ketika dalam perjalanan menuju ke lokar Hana telah terserempak dengan Mark dan juga Yugyeom.

“Hana, awak nak ke mana?” soal Yugyeom.

“Err... Saya terlupa buku Biologi saya dilokar. Saya pergi dulu.” Jawab Hana kemudian dia segera pergi dari situ. Tidak tahan untuk berdiri lama disana apatah lagi ada Mark bersama-sama mereka.

“Hmm.. Nampaknya dia malu dengan awaklah Mark. So apa plan awak?” ujar Yugyeom apabila dia melihat Hana segera pergi dari situ.

“Adalah. Saya tengah rancang sekarang ni. Hmm... selepas sekolah nanti saya tak dapat ikut korang semua ke kafe sebab saya ada urusan sikit dengan Puan Oh.” Kata Mark.

“Baiklah kalau macam tu. Nanti saya beritahu mereka semua.” Kata Yugyeom kemudian mereka berdua berjalan menuju ke kelas.

___________________________________________________________________________

“OMO! OMO! Kenapalah dia ada tadi. Urghh!” Hana mengeluh ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokarnya.

“Hish! Apa pula password yang saya letak ni?” soal Hana ketika dia berusaha untuk membuka lokarnya. Semua ni gara-gara dia bertembung dengan Mark, habis segala-galanya tentang password lokarnya dia terlupa.

“Hah! Dapat pun. Apa yang saya fikirkan sebenarnya ni. Hish!” akhirnya Hana Berjaya memasukkan password yang betul. Setelah itu dia membuka pintu lokarnya ketika dia membuka pintu lokarnya sekeping sampul surat yang berwarna kuning telah jatuh daripada lokarnya.

“Eh? Sejak bila pula ada surat ni?” soal Hana kemudian dia membuka surat itu dan membaca isi kandungan surat itu.

Annyeong!

Warna kuning warna kegemaran awakkan?

Disebabkan awak minat warna kuning saya telah bercadang menulis untuk awak diatas kertas berwarna kuning. Hope awak sukakannya. Hmm... Tujuan saya menulis surat ini kepada awak adalah kerana saya ingin berjumpa dengan awak dibumbung sekolah sebaik sahaja waktu sekolah tamat. Untuk pengetahuan awak, saya tahu segala-galanya tentang awak. Saya tahu awak sangat sukakan kimbap buatan eomma awakkan? Selain itu awak juga sangat sukakan budak-budak. Awak juga sebenarnya stalk Mark kan? Budak hot kat sekolah kita ni. Saya tahu segala-galanya. Sebaik sahaja waktu sekolah tamat pasti awak akan keluar ke kafe bersama-sama dengan Yugyeom, sahabat baik awak dari kecil lagi. Mesti awak tertanya-tanyakan macam mana saya boleh tahu semua ni terutama sekali tentang awak stalk Mark. Pasti awak nak tahukan? Pastikan awak datang ke bumbung sekolah selepas waktu sekolah tamat. Saya tunggu awak ok? See you later Lee Hana.

 

By M.

 

“OMO! Macam mana dia tahu saya stalk Mark? Macam mana dia tahu saya sangat sukakan kimbap buatan eomma? Macam mana dia boleh tahu tentang perkara ni? OMO! Macam mana kalau dia beritahu Mark yang saya stalk dia? Ini tak boleh jadi. Saya mesti jumpa dengan penulis surat ini.” kata Hana sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu kemudian dia segera mengambil buku Biologinya dan menutup lokarnya serta pergi dari situ menuju ke kelasnya sambil membawa surat itu.

“Hana, cepatlah duduk. Puan Ma dah nak masuk tu.” Jerit Jisoo apabila Hana berada dihadapan pintu kelas mereka.

Hana kemudiannya masuk ke kelas sambil diperhatikan oleh Mark. Mark kemudiannya ternampak surat yang berada dalam genggaman Hana itu.

“Wei, apa yang awak fikirkan ni?” soal Yugyeom apabila Hana sudah duduk disebelahnya.

“Ada orang tahu yang saya sedang stalk Mark.” Jawab Hana perlahan.

“Jinja? Siapa orangnya?” tanya Yugyeom terkejut.

“Entah. Saya pun tak tahu.” Jawab Hana kemudian dia menyimpan surat itu dipoket skirtnya.

“Hmm... Oklah.” Ujar Yugyeom kemudian dia melihat kehadapan kerana waktu itu Puan Ma telahpun masuk ke kelas.

Sepanjang dalam kelas Puan Ma, Hana langsung tidak dapat memberikan tumpuan kerana dia asyik terfikirkan surat itu.

“Cik Lee Hana.” Panggil Puan Ma yang kemudiannya menyebabkan Hana tersentak.

“Huh? Ya.” Jawab Hana kelam-kabut.

“Saya minta awak untuk kehadapan. Tunjukkan kepada kawan-kawan awak macam mana nak selesaikan masalah mutasi ini tapi awak tak nak ke depan sejak dari tadi. apa yang awak fikirkan sebenarnya ni?” soal Puan Ma.

“Tak. Tak ada apa-apa Puan. Saya akan cuba menjawab soalan itu.” Jawab Hana kemudian dia bangun dan menuju ke hadapan untuk selesaikan masalah mutasi itu.

“Lain kali jangan mengelamun ketika berada dikelas saya.” Sindir Puan Ma apabila Hana berada dihadapannya.

“Maafkan saya Puan.” Kata Hana kemudian tertunduk malu. Habis merah mukanya apabila rakan-rakan sekelasnya mentertawakannya kerana mengkhayal dalam kelas. Dia kemudiannya segera menulis jawapan itu diatas papan putih dan pergi ke tempat duduknya.

Mark hanya memerhatikan kelakuan Hana itu sahaja. Tanpa dia sedari, dia tersenyum apabila melihat wajah Hana yang kini mulai merah itu. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kejadian semalam dimana dia telah mencium Hana kerana tidak suka melihat lelaki Kai itu memandang Hana.

“Baiklah. Apa yang Hana tulis dihadapan ini adalah betul.” Kata Puan Ma apabila dia melihat jawapan yang ditulis Hana itu dan pada masa itu juga kelasnya telahpun tamat.

“Baiklah. Kelas kita dah tamat. Saya harap kamu semua mampu siapkan kerja rumah yang saya berikan kepada kamu itu.” Kata Puan Ma lagi kemudian dia keluar dari kelas itu.

___________________________________________________________________________

Selepas sahaja kelas dengan Encik Jung, Mark terus sahaja pergi ke bilik lokar GOT7 kerana dia ingin mengambil sesuatu dari lokarnya.

“Mark, apa yang awak buat tu?” soal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
creamycloud1
#1
Chapter 2: Chapter 2: "apa hai-hai"
"cantik tapi perangai dia tu mengalahkan budak 4 tahun"
Thibur sya baca ≧∇≦
U go girl!
baekkieqtpie
#2
Chapter 3: Haiiii wow cerita awak sangat menarik saya sukakannya tapi ermmmm kalau boleh takyah guna hubby baby ehhh bukan apa cuma ermmm macam janggal je bila saya baca huhuhu but overall its a great story. I love it! Hwaiting for your next story!! ^-^
chacha_ieyra
#3
Chapter 3: huhuhuhuh..sye sudah pun tamat membacanya..xD
dan ianya sangat.......................................................................SWEET!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!XD
chacha_ieyra
#4
Chapter 1: sye confuesd antara cretita stalker ni...xD
sbb awk buat due ff yg brtajuk stalker..dan utk itu..saya hrus mmbaca dpd part 1 semula..hahhaahhaxD..
-,-terbaik kan?hehee
MissLola97
#5
Chapter 3: seadainya orang yg saya stalk, stalk saya balik. huhuhu :'(
kris_soul
#6
best la citerr ni..baru nk mula baca!! ^^
YoonSooWan
#7
Chapter 4: Sweet sngt citer ni~~buat bnykkkk cite psl mark lg tau~~
fazzierrachannie
#8
Chapter 3: Saya suka sgt citerr ni!! Best.. :)
hyemipark
#9
Chapter 3: Oyemjii why why so so so sweet, Terbaik la (Y)
hyemipark
#10
Chapter 2: OMG OMG DAEBAK
PLEASE PLEASE PLEASE UPDATE SOON^^
FIGHTING!!!