PART TWO

✾ Stalker Stalk Stalker ✾
Please Subscribe to read the full chapter

“Nana! Oppa nak kamu pakai dress ni nanti waktu majlis birthday oppa. Ok?” ujar Gikwang sambil menghulurkan sehelai dress sehingga paras lutut yang berwarna hitam kepada Hana.

“Eh... Bila masa pula oppa boleh ada dress yang cantik macam ni?” soal Hana kemudian mengambil dress tersebut daripada Gikwang.

“Alahh.. senang je kan ada Hyosung.”jawab Gikwang kemudian tersengih apabila dia menyebut nama buah hatinya.

“Oh. Unnie yang tolong pilihkan? Tapi kenapa oppa nak Nana guna dress ni?” soal Hana sekali lagi.

“Sebab oppa nak baju kita semua sedondon malam ni. Kita satu keluarga akan memakai baju warna hitam or kelabu. Manakala tetamu akan memakai baju berwarna putih or peach.” Jawab Gikwang.

“Oh. Oppa yang pilih tema ni?” soal Hana.

“Yupp. Macam mana Nana boleh tahu?” soal Gikwang kembali.

“Aigoo. Hitam tu kan warna kegemaran oppa. Mestilah Nana tau.” Balas Hana kemudian senyum.

“Aigoo. Apa yang anak-anak eomma bualkan ni? Cepatlah bersiap tak lama lagi tetamu nak datang tu. Cepat. Cepat.” Kata Puan Lee mengganggu perbualan Hana dan Gikwang.

“Nae eomma!” kata Gikwang dan Hana serentak.

Selepas sahaja Puan Lee dan Gikwang berlalu pergi dari biliknya, Hana terus sahaja masuk ke bilik mandi untuk mempersiapkan dirinya.

___________________________________________________________________________

“Mark, kawan-kawan kamu dah sampai dah tu.” Kata ibu Mark yang berada dihadapan pintu bilik anak lelakinya.

“Baiklah mummy. Beritahu mereka untuk tunggu sebentar.” Balas Mark yang kini sedang menyikat rambutnya dihadapan cermin.

“Ok. Mereka semua tunggu kamu diluar tu. Mummy malas nak keluar.” Kata ibu Mark.

“Hish. mummy ni. Lain kali beritahu Mark awal-awallah kalau mereka tunggu Mark diluar.” Kata Mark kemudian membuka pintu biliknya untuk keluar.

“Woah! Handsomenya anak lelaki mummy ni.” Puji ibu Mark kemudian dia memperbaiki bowtie yang berada dileher anak lelakinya itu.

“Macam mummy tak kenal. Ni Mark Tuan ok.” Kata Mark dengan bangganya.

“Yelah. Mummy taulah kamu ni Mark Tuan. Dahlah, cepat pergi ke tempat kawan-kawan kamu tu. Penat mereka menunggu kamu tu.” Ujar ibu Mark kemudian menolak Mark.

“Oklah mummy. Mark pergi dulu. Bye!” kata Mark kemudian mencium pipi ibunya.

“Bye. Hati-hati tau.” Kata ibu Mark pula yang kini memerhatikan anak lelakinya keluar daripada pintu rumah mereka.

“Baiklah mummy.” Balas Mark kemudian keluar dari rumah itu dan menuju ke kereta milik Yugyeom.

“Hai guys!” tegur Mark apabila dia tiba dihadapan kereta Yugyeom.

“Apa hai-hai? Kita dah lambat ni. Cepat masuk. JB hyung dan Jackson dah tunggu kita kat sana tu.” Kata Yugyeom ditempat duduk pemandu.

“Baiklah. Jom kita jalan sekarang.” Kata Mark kemudian dia masuk ke kereta itu.

Perjalanan menuju ke rumah Hana dari rumah Mark hanya memakan masa sebanyak 30 minit. Setiba sahaja mereka dirumah Hana, terus sahaja Yugyeom mencari JB dan juga Jackson di kawasan rumah itu.

“Hyung!” panggil Bambam apabila dia ternampak kelibat JB dan Jackson.

“Hah! Apasal kamu semua lambat sangat ni?” marah JB apabila mereka tiba ditempatnya.

“Maaflah hyung. Rumah Mark ni jauh dari rumah ni lah.” Jawab Yugyeom.

“Rumah siapa ni Yugyeom. Besar sangatlah.” Soal JR sambil melihat sekeliling kawasan rumah itu.

“OMO! Bukankah tu, Yugyeom oppa? Oppa?!” jerit satu suara memanggil Yugyeom.

“Hish. perempuan tu lagi.” Kata Yugyeom dengan riak wajah yang tidak suka akan kehadiran gadis yang memanggilnya itu.

“Oppa, bila sampai?” soal gadis itu kemudian dia memeluk lengan Yugyeom.

“Hmm... Hyung, jom kita pergi ke sana.” Kata Yugyeom kemudian dia melepaskan pegangan perempuan itu dari tangannya dan pergi dari tempat itu bersama-sama dengan yang lain.

“Gyeom, siapa perempuan tadi tu?” soal Mark.

“Sepupu kepada tuan rumah ni.” Balas Yugyeom.

“Oh. Cantik betullah perempuan tu.” Puji Jackson.

“Cantik tu memang cantik tapi perangai dia tu mengalahkan budak yang berumur 4 tahun. Manja then gedik.” Kata Yugyeom.

“Really?” soal Mark.

“Yup.” Balas Yugyeom.

“Gyeom, rumah siapa ni?” soal Mark lagi.

“Rumah ni milik...” Yugyeom tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila seseorang memanggilnya.

“Yugyeom!” jerit seorang lelaki memanggil nama Yugyeom.

“Gikwang hyung!” balas Yugyeom kemudian tersenyum kepada Gikwang.

“Disini rupanya kamu. Penat hyung cari kamu tau.” Kata Gikwang.

“Hihi.. Mianhee hyung. Kenalkan ini kawan-kawan saya hyung.” Kata Yugyeom kemudian dia memperkenalkan kawan-kawannya kepada Gikwang.

“Hai!” sapa Gikwang dengan riangnya.

“Hai. Saya Jaebum tapi awak boleh panggil saya JB.” Kata JB.

“Saya Jinyoung tapi awak boleh panggil saya JR.” Kata JR pula.

“Saya Youngjae. Selamat berkenalan.” Sapa Youngjae.

“Apa khabar hyung. Saya Jackson.” Kali ini Jackson yang memperkenalkan dirinya.

“Saya Mark. Dan ini Bambam.” Kata Mark pula sekali gus memperkenalkan Bambam kepada Gikwang.

“Hai semuanya. Saya Gikwang. Selamat berkenalan juga.” Sapa Gikwang kembali kepada mereka semua.

“Yugyeom, jomlah ikut hyung. Mereka dah tercari-cari kamu tu. Bawa sekali kawan-kawan kamu tu.” Ajak Gikwang kemudian

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
creamycloud1
#1
Chapter 2: Chapter 2: "apa hai-hai"
"cantik tapi perangai dia tu mengalahkan budak 4 tahun"
Thibur sya baca ≧∇≦
U go girl!
baekkieqtpie
#2
Chapter 3: Haiiii wow cerita awak sangat menarik saya sukakannya tapi ermmmm kalau boleh takyah guna hubby baby ehhh bukan apa cuma ermmm macam janggal je bila saya baca huhuhu but overall its a great story. I love it! Hwaiting for your next story!! ^-^
chacha_ieyra
#3
Chapter 3: huhuhuhuh..sye sudah pun tamat membacanya..xD
dan ianya sangat.......................................................................SWEET!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!XD
chacha_ieyra
#4
Chapter 1: sye confuesd antara cretita stalker ni...xD
sbb awk buat due ff yg brtajuk stalker..dan utk itu..saya hrus mmbaca dpd part 1 semula..hahhaahhaxD..
-,-terbaik kan?hehee
MissLola97
#5
Chapter 3: seadainya orang yg saya stalk, stalk saya balik. huhuhu :'(
kris_soul
#6
best la citerr ni..baru nk mula baca!! ^^
YoonSooWan
#7
Chapter 4: Sweet sngt citer ni~~buat bnykkkk cite psl mark lg tau~~
fazzierrachannie
#8
Chapter 3: Saya suka sgt citerr ni!! Best.. :)
hyemipark
#9
Chapter 3: Oyemjii why why so so so sweet, Terbaik la (Y)
hyemipark
#10
Chapter 2: OMG OMG DAEBAK
PLEASE PLEASE PLEASE UPDATE SOON^^
FIGHTING!!!