BONUS 4 (EXTRA CHAPTER)

You're My Property
Please Subscribe to read the full chapter

Another extra chapter ! For those yang tak boleh nak move on lagi dengan this cute couple so , enjoy !!  Thanks for subscribing. Dont forget to upvote and comment ! Lemme know whatchu think ..

 

 

 

 

 

 

 

 

Kyungsoo melepaskan satu nafas panjang apabila Dr. Shin menggelengkan kepala apabila membaca suhu badan suaminya yang sedang terbaring diatas katil mereka. Doktor lelaki itu meletakkan peralatan yang telah digunakan didalam beg yang dibawa bersama. Kemudian, matanya memandang Kyungsoo.

 

" Macam mana , doktor ? " tanya Kyungsoo. Bibir bawahnya digigit , risau. Mana tidaknya , termasuk hari ni adalah hari ketiga Kai tidak masuk ke dalam pejabat kerana demam. Kyungsoo juga tidak menjenguk ke butik , mujurlah Key ada membantunya.

" Suhu badan Kai agak tinggi tapi tak ada apa yang patut dirisaukan. " balas Dr. Shin memberi satu senyuman kecil. Tangannya menghulurkan beberapa bungkus ubat. " Pastikan dia makan ubat ni ikut waktu , ya ? Jangan tertinggal satu pun. Kalau badannya masih lagi panas , call saya ataupun terus je ke klinik."

 

Kyungsoo mengangguk faham. " Baiklah. Terima kasih , Dr. Shin. "

 

" Kalau tak ada apa apa lagi , saya minta diri dulu. "

 

Dr. Shin adalah doktor peribadi keluarga Kai. Bahkan dari Kai kecil lagi. Bayangkan lah pada waktu itu Dr. Shin baru sahaja berumur 25 tahun dan kini telah mempunyai 4 orang cucu. Betapa lama dia berkhidmat untuk keluarga Kim ini. Tapi , ini adalah pertama kali Kyungsooo berjumpa dengan lelaki tersebut.

 

" Tak berkesempatan saya nak jumpa Boy. Kalau ada masa nanti , ajaklah Kai datang rumah. Kita boleh kenal lebih lanjut. " kata Dr. Shin sambil kakinya menyarung kasut hitam. Tangan kirinya memegang sebuah beg yang berisi peralatannya tadi.

 

" Baiklah. Terima kasih. Maaf kalau kami mengganggu doktor. " Kyungsoo memberikan satu senyuman dan menundukkan sedikit kepalanya pada lelaki itu.

 

Lelaki itu tergelak kecil. " This is my job , Kyungsoo. Tak adanya menganggu. Lagi satu , panggil je uncle. Kai tu pun saya dah anggap macam anak sendiri. Sejak Kai kecil lagi saya rawat dia. Tapi , setahu saya , Kai tu jarang demam."

 

" Beberapa minggu ni , Kai agak sibuk. Selalu balik malam. Banyak hal yang kena uruskan. Badan dia tak cukup rehat. Itu yang demam."

 

Dr. Shin mengangguk mengerti. " Jadi  bos ni bukan mudah. Banyak tanggungjawab. Tapi , Kyungsoo , awak kena ingatkan dia supaya jaga kesihatan. Sesibuk mana pun , kesihatan kena utama."

 

Kyungsoo mengangguk setuju dan faham.

 

" Baiklah , Kyungsoo , saya minta diri dulu."

 

Dr. Shin memberi senyuman terakhir sebelum melangkah pergi tapi belum kakinya menapak , Kyungsoo menarik tangannya.

 

" Ini .. ada sedikit --- "

 

" Eh ! Takpa. Saya tak perlukan bayaran. " Doktor lelaki itu menggeleng sambil tangan kanannya menolak perlahan tangan Kyungsoo yang menghulur beberapa keping duit kertas.

 

" Janganlah macam ni , uncle. Ambiklah. Bersalah pulak saya rasa. "

 

" Takpa , Kyungsoo. " Tangan Kyungsoo ditepuk perlahan dan setelah itu lelaki tersebut terus memasuki kereta.

 

Disaat kereta Dr. Shin dipandu keluar dari halaman rumahnya , Kyungsoo mengeluh lagi. Rasa bersalah dalam dirinya makin menambah. Sudahlah doktor itu datang langsung tidak diberi minuman. Jangan dikatakan jus , air biasa pun langsung tidak dijamah. Bahkan , duit juga tidak diterimanya.

 

Badan Kai pada ketika itu terasa sangat panas dan bahang. Mustahil Kyungsoo tidak panik dan risau. Sebaik sahaja doktor peribadi itu datang , lelaki itu terus dibawa berjumpa dengan suaminya. Dia langsung tak berganjak selama doktor lelaki itu memeriksa badan Kai. Setelah itu , Dr. Shin langsung meminta diri.

 

Kyungsoo melangkah perlahan menuju ke biliknya. Kai masih lagi lena diatas katil. Doktor peribadinya sampai pun dia tidak terjaga. Memang betul kata Dr. Shin , Kai memang jarang sakit. Selama mereka berkahwin , Kyungsoo mampu bilang berapa kali suaminya itu sakit. Boleh dikatakan yang Kai ini mempunyai antobodi yang kuat. Tetapi , pada kali ini , antibodinya tewas.

 

Namun, disudut kecil hati Kyungsoo , dia berasa agak lega apabila Kai diserang demam sebegini. Kyungsoo bukan bermaksud yang tidak baik tetapi , sekurang kurangnya suaminya itu dapat merehatkan badannya. Walaupun , Kai cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kepenatan , tapi Kyungsoo dapat merasa keletihan yang dialami bos muda itu setiap kali dia balik dari pejabat. Dalam kepenatan pun , dia sanggup menghabiskan masa dengan Boy.

 

Kyungsoo menyelak beberapa helaian rambut yang menutupi dahi Kai sebelum meletakkan sehelai tuala kecil basah. Tujuannya itu m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Leopluto #1
Chapter 46: Its nice story.. keep going sis
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
mpreggoland
#3
Chapter 51: i need them to have their real child XD
well, mcm username sy tu, sy mmg gilakan genre tu :P
tak boleh takper, sbb tak semua accept mpreg hehe :D
up to you~ ^^
k4is00
#4
Chapter 51: make some conflicts please because i love drama but of course happy ending .. i enjoyed reading this fic . novel pertama i baca in malay . i find its awkward to read fic especially kaisoo fic in my bahasa but yours is exclude .
flytothesKAI
#5
this is still the best malay fanfic i've ever read. thank you
Xinexo #6
Chapter 50: Aww, inilah cute couple yg giler cute prnh saya jumpa! Cerita ni sgt best! Kalau boleh, buatlah buku kedua...
kpop_lol #7
Chapter 50: Update please
mpreggoland
#8
Chapter 50: hahahahaha...mmg Boy ikut perangai Kai...
sweet btul la diorg ni! :)
kan bagus klu KaiSoo bleh dpt their own child...Boy ada juga teman bermain hehe
kpop_lol #9
Chapter 50: Please update again cerita sis best