Chapter 40
You're My Property
" Wooooooww !!! Seriously , Kyungsoo , you yang jahit gaun ni ? "
Lelaki itu mengangguk. " I ikut bulat-bulat yang macam mana you nak. "
" OHHHHHMAIIIIGODDD !!! Kyungsoo , I really like ittt !! This is soooo beautiful ! Memang gaun macam ni yang I nak ! You did it ! Ohhgodd !! " kata wanita itu. Suaranya nyaring di dalam butik tersebut. Matanya langsung tak berganjak dari gaun yang disiapkan oleh Kyungsoo. Hampir sahaja air liurnya meleleh. Terpegun !
" Errr .... Apa kata you pergi try. Kalau ada yang tak selesa , I boleh kemaskan balik. " suruh Kyungsoo. Sebenarnya dia tak tahan dengar jeritan wanita itu , boleh berdarah telinganya.
Wanita itu mengangguk laju lalu membawa gaun itu ke fitting room. Mama kepada wanita tersebut hanya tersenyum mesra.
" Tak sia-sia aunty dengar cakap kawan aunty. Dia kata dekat butik ni ada ambil tempahan gaun pengantin. Aunty tengok menantu dia pakai masa majlis perkahwinan anak lelaki dia , memang cantik. Semua orang puji. Tu yang aunty suruh Hani tempah gaun dekat sini. Aunty mati-mati ingat yang Kyungsoo ni perempuan , jarang tau ada lelaki pandai fesyen macam ni. " wanita berumur yang dikenali sebagai Aunty Lim memuji lelaki itu menyebabkan Kyungsoo sudah bermerah padam , menahan malu.
" Terima kasih , aunty. Kyungsoo pun tumpang happy jugak bila Hani suka sangat dengan gaun yang Kyungsoo buat. Sebab , so far , gaun dia yang paling susah sekali nak jahit. "
Aunty Lim tergelak. " Aunty mintak maaf sangat. Sebenarnya dah lama Hani nak cari gaun macam tu , tapi tak jumpa-jumpa. Macam mana nak jumpa , gaun macam tu bukan ada jual sebab dia yang reka sendiri. Dia imaginekan sendiri , dengan harapan akan ada designer yang tampil gaun macam imagination dia tu. Nasib baik ada orang macam Kyungsoo. Kalau tidak , aunty sendiri tak tahu sampai bila dia akan imaginekan gaun impian dia tu. "
Kyungsoo membalas dengan senyuman dan kemudian tergelak sama.
" Umm , Kyungsoo ni dah ... berpunya kee .. ? " tanya Aunty Lim mengejutkan Kyungsoo. Matanya yang sememangnya bulat membesar sebesar bola pingpong. Terkebil-kebil matanya mahu menjawab soalan itu.
Baru sahaja mulut Kyungsoo ingin dibuka untuk menjawab soalan tersebut ada suara yang muncul , menjawab soalan mengejut itu.
" Dah. Dia dah berpunya. Tak lama lagi jadilah Kyungsoo ni menantu I. " jawab mesra Mrs. Kim. Bahu Kyungsoo dipeluk erat.
" O-ouh , y-yeke ... ? "
" Nanti kalau dah sampai masanya , I jemput you , yee ... "
" Emm , saya pergi tengok Hani kejap. " celah Kyungsoo. Dia bow pada Aunty Lim dan Mrs. Kim , kemudian dia melangkah kaki. Sebelum Aunty Lim menanyakan lagi banyak soalan , lebih baik dia pergi dari situ.
Tak lama lagi jadilah Kyungsoo ni menantu I ...
Pipi lelaki pendek itu sudah bermerah padam. Jari telunjuknya digigit. Gembira betul hatinya mendengar ayat itu keluar dari mulut Mrs. Kim.
*beep beep*
Telefon Kyungsoo berdering menandakan mesej baru masuk. Gajet canggih itu dikeluarkan dari poket seluar. Bibirnya tersenyum lagi , malah makin lebar.
From : Biyy
Jika kau tersenyum kirimkan aku tawamu. Jiika kau tidur kirimkan aku mimpi. Jika kau menangis kirimkan aku airmatamu. I love you , baby.
Kyungsoo menekup mulutnya dan ketawa. Dari manalah agaknya teman lelakinya dapat ayat ni. Kyungsoo berfikir apa yang patut dia balas.
To : Biyy
I dalam toilet ni , biyy. You nak I kirim kan sesuatu ?
Lelaki pendek itu mengekek ketawa dan kemudian menyambung kerjanya semula apabila Hani keluar dari fitting room.
" Say-- " kata-kata bos muda itu terputus apabila orang yang dicari tiada di situ.
" Apa sayang-sayang ? Sayang takda dekat sini. " jawab Mrs. Kim yang sedang membantu ahjumma menyiapkan makan malam. Ahjumma disebelah wanita itu tertawa kecil.
" Ingatkan Kyungsoo ada dekat sini. " balas Kai , kepalanya digaru. " Kyungsoo ..
dalam bilik lah ni ? Kalau macam tu , Kai naik atas dulu. " kata Kai laju.
" Eh , eh , eh ! Amboii , tak sabar-sabar yee. Dia tengah tidur tu , Kai. Biarlah dia rehat kejap. Kesian dia penat. "
" Tahu lahh .. Kai naik atas nak salin baju. " balas Kai selamba sambil kakinya mengatur pantas melangkah menaiki tangga.
Mulut sahaja kata begitu , tapi Mrs. Kim tahu pasti Kai akan menganggu tidur Kyungsoo.
" Dah hampir 6 bulan Kyungsoo bekerja dengan puan. Butik puan pun semakin dikenali. Tak sangka saya Kyungsoo tu pandai menjahit rupanya. " suara ahjumma mengejutkan Mrs. Kim.
Wanita itu tersenyum. " Saya pun tak sangka , ahjumma. Pelanggan memang suka dengan dia. Tapi , saya kesian dengan dia. Siang malam siapkan tempahan customers. " ngeluh Mrs. Kim bila dia terbayang bagaimana gigihnya Kyungsoo bekerja. Masa untuk Kai pun kadang-kadang tiada. Pernah sekali Kai menyuruh Mrs. Kim untuk menghalang Kyungsoo dari ambil tempahan. Tapi , wanita itu tidak boleh buat apa-apa. Kyungsoo sendiri yang menerima tempahan tersebut dan dia sendiri kata dia boleh buat.
" Ahjumma , saya rasa .... saya nak kahwinkan budak dua orang tu lah .. "
Ahjumma memandang Mrs. Kim terkejut.
Tombol pintu biliknya dipulas perlahan-lahan. Dari luar bilik Kai mampu mendengar dengkuran Kyungsoo. Sudah tentu dia penat. Kai memang rindukan Kyungsoo. Sangat rindu. Mereka sudah lama tidak menghabiskan masa bersama. Kadang-kala duit Kai booking sebuah restoran untuk mereka , habis begitu je disebabkan Kyungsoo lebih banyak menghabis masa di butik. Ada juga dalam satu hari , mereka hanya berhubung melalui mesej saja kerana terlalu sibuk. Kai pulang dari kerja seperti biasa tapi Kyungsoo pulang dari butik waktu tengah pagi. Apabila pagi menjelma Kai bangun dari tidur , mandi , sarapan dan ke pejabat. Lelaki pendek itu masih lagi tidur.
B
Comments