Chapter 28
You're My Property
" Hishh , tak lawalah baju ni ! " Kyungsoo mencampakkan baju yang dipegang ke belakang dan baju itu jatuh diatas katil yang telah ditutupi dengan banyak baju. Dia sedang sibuk mencari pakaian untuk menjemput Kai di lapangan terbang. Kai memberitahunya semalam bahawa dia akan sampai di lapangan terbang pada waktu tengahari tetapi tidak dipastikan masa. Jadi , Kyungsoo hanya bersedia. Sekarang jam menunjukkan 9.30 pagi. Kyungsoo mempunyai beberapa jam saja lagi sebelum tengahari.
Setelah hampir memilih baju yang sesuai , Kyungsoo menuju ke ruang tamu untuk menghidupkan radio dan kemudian dia menuju ke dapur. Tidaklah dia berasa bosan ketika memasak. Dia menyarungkan apron dileher dan mula memasak. Dia mengupas beberapa ulas bawang merah dan putih dan hiris. Kyungsoo tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Perasaan gembira tidak dapat ditutup lagi. Hari ini. , mereka akan bertemu semula. Dalam ketika dia menghiris bawang , loceng apartment ditekan berulang kali.
Kyungsoo terberhenti. Dia mula rasa hairan. Takkan dia sudah sampai ? Awalnya. Kyungsoo membasuh tangannya dan berlari menuju ke depan untuk membuka pintu apabila loceng ditekan laju dan berulang kali. Sebaik saja pintu dibuka , berdirinya Suho dengan mata yang sembab dan merah. Memandang Kyungsoo dengan mata yang berair. Lantas , Kyungsoo ditarik kedalam pelukan.
" I'm sorry. I'm sorry , Kyungsoo. This is my fault. M-my f-fault. "
" W-what do you m-mean ? " Kyungsoo mula panik. Kenapa Suho berkata begitu ? Kenapa dia meminta maaf ? Apa yang dia dah buat ?
Suho melepaskan pelukan dan menatap muka Kyungsoo yang sedang menunggu jawapan darinya.
" K-Kai ... "
" Kai ? K-kenapa dengan Kai ? "
" K-kami ac-accident semasa p-perjalanan a-and .. "
" And ? Dan kenapa , Suho ?! " perasaan Kyungsoo tidak dapat dikawal lagi , air mata mula menitik.
" He's gone .. " Suho berbisik.
" KAI ! "
Kyungsoo membuka matanya. Dahinya dipenuhi peluh. Kyungsoo dapat merasakan pipinya lembap. Dia menarik selimut hingga ke dadanya. Hari ni , Kai akan pulang dari Jeju-do. Matanya mula berair. Ada beberapa jam lagi sebelum Kai tiba. Kyungsoo mula berfikir negatif. Janganlah menyuruhnya untuk berfikir positif kerana sekarang dia tidak dapat berfikir apa apa. Mindanya hanya berfikir tentang mimpi itu.
God , please. Keep him save. You know , I love him. Please ..
Hanya itu yang dapat Kyungsoo fikirkan. Dia takut. Dia berasa sangat takut. Kenapa sikap dia yang lalu datang kembali dan kenapa dia bermimpi sebegitu. Kyungsoo mempunyai satu sikap dari kecil hingga dia berumur 17 tahun iaitu , dia akan menangis setiap kali dia bermimpi buruk. Jika dulu dikampung , ada oemma akan memujuknya setiap kali sikapnya itu muncul. Tapi , apabila dia berumur 18 tahun , sikap itu serta merta hilang.
Tapi , adakah semua ini hanya mimpi sahaja ? Kalau .. Kalau berlaku betul betul , macam mana ? Aku tak kesah kalau sikap itu datang balik tapi , kenapa harus mimpi tentang Kai ? Kenapa ?
Dia mula menangis seorang diri. Tiada oemma atau Baekhyun untuk memujuknya. Hatinya mula gelisah. Jantungnya masih berdegup laju. Apa yang harus dia lakukan ? Telefon Kai ? Dia tidak berani untuk membuat panggilan. Setiap kali dia melelapkan mata , dia teringat akan mimpi itu. Air mata dibiarkan mengalih. Makin disapu , makin deras yang jatuh.
Kyungsoo terperanjat apabila loceng apartmentnya dibunyikan.
B-bell .. Mimpi , m-mimpi , tu .. J-jangan .. Jangan t-tekan ..
Dia memeluk tubuh. Dia tidak mahu membuka pintu. Biarlah sampai locengnya rosak sekali pun. Dia tidak rela. Dia takut. Dia menutup kedua dua telinganya dengan telapak tangan. Dia tak nak dengar bunyi itu.
Oemma ,
Baek , aku takut ...
Kai , sa-
Tiba tiba , pintu apartment Kyungsoo diketuk kuat disusuli dengan orang memanggil nama Kyungsoo berulang kali. Walaupun , Kyungsoo cuba sedaya upaya untuk menutup telinganya namun , dia masih dapat mendengar orang memanggil namanya dan dia kenal suara itu. Dia mele
Comments