Chapter 14
You're My Property
Kai membuka kasut dan meletakkan di dalam rak yang disediakan. Lepas Kyungsoo menyediakan makanan malam yang sangat menarik , tambahan lagi dengan adanya kehadiran budak kecik sebelah rumah yang tak diundang makan bersama mereka. Sepatutnya , Kai ingin memberitahu sesuatu kepada Kyungsoo tapi soalannya dipotong oleh budak kecik itu. Kalau nak ikut hatinya , mahu saja ditarik telinganya. Memang dia tidak berkesempatan untuk bercakap dengan Kyungsoo.
" Tuan ? " Suara Ahjumma mengejutkan Kai. Dia mengurut dadanya.
" Tuan , baru balik ? Tuan ... Nak apa apa tak ? Ahjumma boleh sediakan ? "
" Ahjumma ... Dah berapa kali saya bagitahu ? Panggil saya Kai. Tak payah nak bertuan tuan. Takpalah. Ahjumma tak payah sediakan apa apa .. Saya dah makan. Ermm .. Mummy dah tidur ? "
" Mrs Kim ada dalam bilik. Tak tidur lagi rasanya. Ohh ye , tadi dia ada pesan , kalau Kai dah bilik dia suruh jumpa. "
Kai menghulurkan briefcasenya ke Ahjumma dah menyuruh meletakkan di dalam bilik kerja miliknya. Ahjumma mengangguk dan beredar dari situ. Kai melangkahkan kakinya menuju ke bilik Mummynya. Dan dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin Mummy katakan. Dah tentu tentang Kyungsoo. Kai mengetuk pintu dan masuk ke dalam Bilik Mummynya. Dia mendapati Mummynya masih lagi berjaga yang sedang bersandar di atas katil dan ditangannya memegang sebuah buku.
" Hi, Mummy. Tak tidur lagi ? " Kai bertanya dan duduk di atas kerusi yang berdekatan dengan pintu.
" Lambat balik. Pergi mana ? "
" Kai dinner dengan Kyungsoo. I told you , right ? "
" Waktu kerja habis pukul berapa ? Sekarang dah pukul berapa ? Lamanya dinner ? " Mrs Kim menutup buku yang dibaca tadi dan diletakkan di sebelahnya.
" Dah agak dah. Mummy akan mengungkit tentang ni. What's wrong , then ? He's my boyfriend. Salah ke Kai nak luang masa dengan dia ? "
Mereka senyap dalam beberapa minit. Baru sahaja Kai mahu meminta diri , Mrs Kim bersuara semula. Kali ni tentang lain pula.
" Mummy nak tanya sesuatu ni. Kenapa Kai buat Lily macam tu ? "
Kai berfikir sejenak. Apa yang dia telah lakukan pada Lily ? Kai tidak mengerti soalan Mummynya.
" Kai buat apa ? I do nothing , kay. "
Mummynya mengeluh. " Time yang dia datang office tu. Dengan bekalan yang dia bekalkan. Then , Kai pergi lunch dengan Kyungsoo pulak. Sampai hatikan Kai buat dia macam tu. Atleast ajaklah dia lunch together ini tak. Kesian dia tau. Menangis nangis dia call Mummy. "
Kai mengaru kepalanya. " Benda dah lamakan. Kenapa baru Mummy nak ungkit ? "
" Mummy ungkit sekarang sebab masa tu Kai busy. Mummy tak nak ganggu Kai. "
" Then , Mummy nak salahkan Kai ? Bukan Kai yang suruh dia bawak bekalan for me. Kami tak janji apa apa pun. Takda pulak Kai janji dengan dia nak lunch
Comments