Chapter 11
You're My Property
Lily menghempas pintu keretanya dengan kuat. Tangannya memukul stereng keretanya berkali kali dengan perasaan geram yang membuak buak. Dadanya turun naik menahan kemarahan. Hati dia betul betul panas apabila Kyungsoo muncul secara tiba tiba didalam office Kai. Lily mengakui bahawa dia telah jatuh cinta pada Kai. Walaupun Kai sering menyindirnya dan dia tahu bahawa Kai tidak menyukainya tapi dia tidak berputus asa untuk menambat hati lelaki itu dan dia akan usaha sedaya upaya untuk menarik hatinya walaupun lelaki itu sudah dimiliki. Bagi Lily , selagi Kai belum berkahwin , selagi tu dia ada peluang untuk Kai. Dia tahu Kyungsoo sangat baik orangnya dan tidak mahu bermusuhan dengan Kyungsoo. Dia ingin bersaing secara baik untuk memiliki Kai. Tapi , dia bukan seorang yang penyabar. Hati dia sangat panas melihat kemesraan Kai dan Kyungsoo. Lily mengeluarkan iPhonenya dari handbag dan menghubungi seseorang.
" Hello ? " Suara seorang perempuan di talian.
" Aunty ... "
" Lily , kenapa ni ? Are you okay ? " Suara Mrs. Kim panik apabila mendengar suara Lily yang seakan akan menangis.
-/////-
Seminggu berlalu ....
" Terima kasih , encik. " Kyungsoo berkata pada pemandu teksi dan menghulur duit. Dia keluar dari perut teksi tersebut dan menuju ke lif. Setiba sahaja di meja kerjanya , matanya tertumpu pada Kai yang baru sahaja keluar dari bilik urusan yang berada di hujung bilik. Rambutnya agak messy , tali leher di longgarkan dan lengan bajunya dilipat ke atas. Tapi , bagi pekerja wanita mereka merasakan bahawa bos mereka sangat hot. Kai kelihatan terburu buru. Dia tertanya tanya kenapa ? Dari minggu lepas lagi Kai busy. Banyak meeting yang harus dihadirinya.
" Kesian bos kita tu .. "
Kyungsoo memandang ke arah sekumpulan pekerja yang sedang rancak berbual.
" Kenapa dengan bos kita tu ? Tak tentu arah aku tengok dia "
" You tak tahu ke ? PA dia kan takda hari ni. Dengar cerita dia dengan family pergi Canada. Ada apa entah. Bos kita pulak banyak kerja. Tu yang tak tentu arah. Kesian dia. I nak tolong tapi takut. "
" Suho pergi Canada ? " Kyungoo meletakkan beg kerjanya di atas kerusi dan menuju ke ruangan dapur.
-/////-
" Come in. " Kai bersuara apabila biliknya diketuk. Dia memandang ke arah figura yang mengetuk pintu.
" Yes , Kyungsoo ? Anything ? "
" Tea , bos ? " Kyungsoo menanya.
" Oh .. thanks. " Kyungsoo meletakkan teh di atas meja.
" Are .. you alright , bos ? "
" Not really. " Kai berkata sambil membelek belek kertas kerjanya.
" Do you need help ? "
Kai memandang Kyungsoo beberapa saat.
" Please ... "
" Sure. " Kyungsoo senyum. " Bos dah tengok schedule ? "
<
Comments