Old Friend

I have you

Aku berjalan-jalan di Han River untuk mengambil udara segar. Sedang aku menikmati keindahan sungai Han, mataku tertumpu pada satu susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dariku. Matanya juga tertumpu kearahku. Tepat kedalam mataku.

Tanganku menutup mulut yang ternganga akibat terkejut. 'Benarkah apa yang aku lihat sekarang?' Kakiku melangkah laju seiring dengannya yang juga bergerak kearahku. Aku kini berdiri dihadapannya.

"Yah! Kim Myungsoo! Ah jinjja! Neomu bogoshipo, chingu-ah!"

Aku melompat kearahnya sambil memeluk lehernya. Dia memeluk erat belakangku sambil dagunya diletakkan di bahu kananku. Senyuman terukir di bibirnya.

 

'Kim Myungsoo. This chingu, jinjja! Aku betul-betul rindukan dia. Dah hampir tiga tahun aku tak jumpa dia. Last aku jumpa dia waktu kami sama-sama berumur 16 tahun. Sejak mencecah umur 17 tahun, dia berpindah ke United State; mengikut parents dia yang terpaksa berpindah ke sana. Actually dia ini memang buddy the best aku. Berbanding N, dia lebih memahami aku. And you know, aku dulu pernah TERsuka dia tapi perasaan itu tak kekal lama.'

 

"Aigoo uri Eunji. Kau semakin cantik sekarang. Look what puberty did to you!"

Dia meleraikan pelukan seraya mengutuk tentang keburukan wajahku dulu. Kurang asam punya chingu. Heol~

"Yah! How dare you?!"

Aku memukul kuat bahunya. 'Amboi mulut. Tak ada insurans betul.'

"Mentang-mentanglah dia memang kacak dari dulu, sedap mulut saja mengata aku, kan? Apa buruk sangat ke aku dulu?"

Aku pura-pura menarik muncung. Untuk menagih simpatilah katakan. Myungsoo ketawa melihat telatahku.

"Aniyo~ Aku tak pandang wajah kau. Yang penting hati kau cantik. Ikhlas bila berkawan. Tak pernah memilih siapa kawan siapa lawan. Tapikan..."

Dia sengaja membiarkan ayatnya bergantung untuk buatkan aku tertanya-tanya. Dia melihatku dengan anak matanya sebelum menyambung.

"Wajah kau dulu memang BURUK!!"

Selesai sahaja ayat itu keluar dari mulutnya yang celupar itu, dia berlari meninggalkan aku dengan mulut terbuka luas. Bukan setakat seekor lalat tapi mungkin seekor biawak komodo muat untuk masuk ke dalam mulut aku waktu itu. 

"YAH KIM MYUNGSOO!!!!!"

Kakiku pantas mengejarnya yang sudah jauh meninggalkanku. Akhirnya berlakulah scene kejar-mengejar antara aku dengan si crazy Kim Myungsoo. Kaki panjangnya memang sukar untuk aku mengejarnya dengan kaki tak berapa panjang aku ini. 'Nasiblah. Dah kaki aku pendek, nak buat macam mana.' 

Selepas beberapa minit mengejar Myungsoo, aku berhenti rehat di tengah-tengah jalan. Penat kejar Myungsoo. Nafas turun naik; tak cukup nafas. Pandangan dialihkan melihat sekitar Han River. Myungsoo dah lesap. 'Mana pula dia menghilang ini?'

Sedang aku mencari Myungsoo, terasa sesuatu yang sejuk melekat dipipiku. Untuk beberapa saat, aku menikmati kesejukan itu dengan mata tertutup dan mulut sedikit terbuka sambil tersenyum macam kera sumbing.

Pipiku ditolak kasar dengan benda itu menyebabkan aku tersedar. Kepalaku pantas berpaling dan mataku melihat Myungsoo sudah mencangkum disebelahku. Aku mencebik. 'Pfft! Patutlah!'

Aku mengambil kasar air tin berkarbonat dari tangannya dan menarik picu untuk membukanya. Myungsoo hanya menjadi pemerhati.

"Sama-sama!"

Perkataan itu keluar dari mulutnya seraya bangun untuk ketepi memandangkan aku dan dia duduk di tengah-tengah jalan. Aku bangkit dan mengikutinya duduk di atas rumput yang lapang.

"Thanks."

Myungsoo memandangkaku dengan senyuman sengetnya.

"Eunji-ah!"

Namaku diserunya. Aku memandangnya.

"Kau taknak tanya kenapa aku boleh ada dekat sini? Seoul?"

Aku memandangnya dengan mata terkelip-kelip. 'Ya tak ya jugak. Aku langsung tak tanya kenapa dia datang sini?'

"Waeyo?"

Tanpa memikirkan soalan lain, aku bertanya soalan umum. Aku dapat mengagak sesuatu dengan melihat dari riak wajahnya. Kini senyuman telah hilang dari wajah kacaknya. Senyuman manis yang selalu dilemparkan untuk aku dah tak ada. Konsetrasinya kini tidak lagi pada wajahku. Matanya hanya memandang ke hadapan. Kosong.

"Yah chingu-ah! Waeyo?"

Aku menyiku lengannya dan dia sedikit terkejut. 'Kenapa dia termenung?' Dia membaiki kerongkongnya sebelum tersenyum kearahku. 'Dia nampak sedih.' Hati kecilku berkata-kata.

"Waeyo?"

Tanyaku lagi untuk kali ketiga.

"Aku rindukan kau..."

"Hmm?"

'Rindukan aku?' Dahiku berkerut; tidak faham dengan maksud disebalik kata-katanya.

"Aku rindukan kawan-kawan kita."

Dia mengerling aku sekilas sebelum menyambung.

"Aku tak bahagia kat US. Aku dah tak tahu macam mana nak senyum lagi. Hidup aku kat sana tak gembira."

Aku masih setia mendengar setiap butir kata yang keluar dari bibirnya.

"Aku balik sini sebab aku dah tak ada sesiapa kat sana."

Kenyataan yang baru aku dengar betul-betul membuatkan aku terkejut.

"Apa maksud kau?"

Tanyaku tak sabar untuk tahu tentang perkara sebenar.

"Parents aku..."

Matanya kini penuh dengan mutiara-mutiara jernih. Aku terkejut. Inilah kali pertama aku melihat keadaannya yang sebegini. Myungsoo yang aku kenal dulu dah lain. Kalau dulu, dialah mood maker antara kami. 

Tangan aku letakkan dibelakang badannya; mengusap lembut untuk memberi sedikit semangat.

"Diorang accident."

Wajahnya ditundukkan. Mataku menangkap setitik demi setitik mutiara tadi jatuh ke rumput.

"Mianhae, Myungsoo-ah."

Kepalanya pantas digelengkan.

"Bukan salah kau."

"Arra. Tapi aku rasa bersalah sebab tak ada dia disisi kau saat kau perlukan seseorang. Sebagai kawan kau, aku gagal buat semua itu untuk kau."

Aku cuba menenangkan jiwanya kini.

"Gomawo. Aku bersyukur sangat dapat kawan macam kau."

Myungsoo memelukku sambil menangis dibahuku. Aku menepuk lembut belakangnya beberapa kali.

"Boleh aku tahu apa yang terjadi pada parents kau?"

Aku mengatur ayat dengan berhati-hati. Takut pula terguris hatinya.

"Appa aku dah tak ada. Omma..."

Myungsoo menarik nafas panjang.

"... omma masih koma di hospital."

Aku menekup mulut. 'Omona! Kasihan Myungsoo.'

"Habis itu, kau buat apa kat Seoul? Kenapa kau balik? Kenapa tak jaga dia kat US?"

"Aku dah bawa dia kesini."

"Ahh... omma kau ada kat hospital mana?"

"Kyunghee Medical Center."

"Arasso. Aku janji, nanti aku pergi melawat omma kau. Aku ajak buddies kita sekali. Okay?"

Aku meleraikan pelukan dan menyeka air mata dipipinya. Senyuman manis aku hadiahkan untuknya.

"Gomawo, chingu-ah. Kau memang chingu yang terbaik dalam dunia ini. Jjang!"

Senyuman terbit menerjah bibirnya. Kini tiada lagi senyuman suram seperti tadi. 'Senyuman ini yang aku rindu, Myungsoo-ah. Welcome back.'

"Nae, chingu. Sebab aku dah baik hati ini, apa kata kau belanja aku makan. Aku belum makan lagi sejak pagi."

"Mworago? Sejak pagi tadi?"

Tanyanya sedikit terkejut. Dia melihat jam di tangan kemudian merenungku tajam.

"Sekarang dah pukul 5 petang and perut kau still kosong sampai sekarang?"

Aku mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya.

"Aigoo..."

Myungsoo mengeluh sambil bangun.

"Palli kaja. Kita pergi makan dulu."

Dia menarik tanganku dan mengajakku ke kedai berhampiran.

 

-To Be Continued

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kjd21nnz #1
Chapter 3: Ceyhh,, i ingatkan kim myung soo suka jang eun ji.. tp rupa-rupanya suka Yura...ummh,,bolehlah..btw keep update your story chingu-yah !!
-love from tinkerbella xD
kjd21nnz #2
Chapter 2: Kim Myung Soo?! What a surprise..hahha..babe,,jjang!!
kjd21nnz #3
Chapter 1: Hmmm,, cerita yg menarik,, i suka watak2 dlm cerita ni.. tp byk sgt typo chingu-yah!!
-from : tinkerbella xD