Bab 8

Forgive me,Forget me
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Suzy`s POV

 

Kini,aku dan Baekhyun telah selamat sampai di tempat yang Baekhyun heret aku tadi.Aku pandang kiri kanan.Asal dia bawak aku pergi bilik muzik ni?Macam tau-tau je aku memang nak lepak kat sini sebab malas nak balik rumah lagi.Tapi aku nak lepak sorang-sorang,bukan dengan dia!

Aku kembali pandang Baekhyun.Di tangannya,ada sebatang penyapu.Dia nak buat apa dengan penyapu tu?

Ohh..baru aku ingat! Dia kan kena denda bersihkan bilik muzik ni oleh cikgu Soohyun tadi.Hu hu,nasiblah..

Tanpa aku sangka,dia tiba-tiba balingkan penyapu tu pada aku.Tangan aku ni pulak cepat je tangkap penyapu tu.Aku memang suka main baling-sambut barang ni.He he ..

Tu lah sebabnya aku selalu kena marah dengan nenek..

“Bertuah punya cucu,pinggan pun kamu nak baling??Kalau pecah macam mana??Kamu nak ganti??” Ha..macam tu la nenek aku membebel bila aku dengan selamba je baling pinggan kaca yang aku baru siap basuh ke atas rak pinggan yang berada di sebelah sink.Nasib baiklah pinggan tu tak pecah.Kalau pecah lah, kat mana la aku nak cekau duit untuk ganti balik pinggan kesayangan nenek tu?Makan pakai pun nenek dengan atuk yang tanggung.Hurmm..

Walaupun penyapu tu sekarang dah berada dalam genggaman aku..tapi aku still  tak faham apa tujuan Baekhyun baling penyapu ni kat aku?Dia pun suka main baling-sambut barang macam aku ke??Kalau betul,ada gang!Nanti boleh la ajak Baekhyun main lagi.Ke ke ke..

“Apa tunggu lagi..sapu lah.”

“Sapu??”

“Iyalah.Saya nak awak sapu dari belakang sana sampai depan ni..saya tak nak ada satu pun habuk yang tertinggal kat lantai..ok?”Dah gaya big boss aku tengok si Baekhyun ni.Tangan dia tu yang tak boleh blah,bergerak ke sana ke mari sebab nak tunjuk pada aku tempat yang aku kena sapu.

Wait a minute,asal pulak aku yang kena sapu??It is not my job!Dan lagi satu..ewah,ewah..sedapnya dia mengarah aku !Dia ingat aku orang gaji 41 ke macam Pah Bedah tu??

“Kenapa pulak saya yang kena sapu,awak lah yang sepatutnya buat.Awak kan yang kena denda,bukannya saya. ”Jari aku tertuding ke arahnya.

“Saya kena denda di sebabkan awak.Kiranya,awak ada share dalam kerja-kerja denda saya ni..faham?”

Aik..main share-share la pulak..dia ingat ni saham ke apa?Kalau share is loving tak pe jugak,ni share is killing. Ergghhh..Dia nak bunuh aku ke apa??Tapi setakat ni ,tak pernah pulak aku dengar orang mati sebab menyapu.Maybe aku akan jadi orang pertama kut! Haru betol !

“Apa termenung lagi?Sekarang ye adik manis.”

Dia panggil aku adik manis?? EEeee!! Geli geleman aku!

 Tapi sebenarnya,tak de la geli sangat.Best jugak ade orang panggil aku cenggitu.Aku pegang muka.Panas dah muka aku,blushing la tu.

Nak tak nak,aku pun mula la menyapu seluruh bilik muzik yang besar itu.Baekhyun pula mencuci tingkap dengan menggunakan air sabun.Disebabkan tingkap tu agak tinggi,hanya sejengkal sahaja lagi nak cecah ceiling,jadi,terpaksalah si Baekhyun tu panjat atas meja untuk mencuci tingkap tu.Pembetulan,bukan setakat atas meja,atas kerusi yang berada di atas meja.Gila tinggi ! Fuhh..dia tak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
hye..readers semua..chapter 21 telah diupdate..happy reading..^^..hope dpt bersua di ruang komen..hehe

Comments

You must be logged in to comment
widdy_R
#1
Chapter 29: althought only a few who understand, but I know it's very nice and so sad
MAYUYU12 #2
It would be great if you make an English version for this.
bobohuge #3
Chapter 29: Can u make english version????? Please,,. I like ur video trailer for this ff in youtube. I was sure, the story that u made is great, but i don't understand bc of the language.
lunaticmoon
#4
From Mad House review shop : maaf sebab ambil masa yang terlalu lama. review anda sedia untuk di pick up:
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/3
Chanlu_kaihun
#5
Chapter 29: Huwaaaaaa!!! Baekhyun!!! Kenapa mesti dia?!!! Nk happy ending :'(
Btw good job author. Love it so much!!!
atikahbp #6
Chapter 29: huwaaahhh authornim daebakkk smpa nangis T_T
son_haera #7
Chapter 29: huwaaaaaaaaaa T^T authornimmm daebaklahhh authornim buat sampai sye nangis T^T lol btw klu ade story lain yng authornim buat bglaa kt sye..sye nk bce
Yourscent #8
Chapter 29: Omg asal sedih sgt ni T^T Baek don't go! Adakah ini yg dinamakn takdir? *lap hingus*