Bab 6

Forgive me,Forget me
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Suzy`s POV

 

Mataku masih tertancap pada wajah pemuda yang sedang tersenyum itu.Senyumannya yang lebar itu menampakkan dua batang gigi taringnya.Macam Dracula! Tapi version cutie lah.

“Apa awak buat kat sini?”Aku bertanya tanpa membalas senyumannnya.

“Ohh,tadi Mr. Jongsuk minta tolong saya ambilkan kertas not lagu yang dia tertinggal dalam bilik ni.”

Kertas not lagu?Aku rasa aku macam ternampak kertas tu tadi.Ha,kat atas piano !

Aku terus menoleh ke arah piano dan tekaan ku betul !Memang ada sehelai kertas putih yang dipenuhi dengan not-not muzik di atas piano tu.Ohh..kiranya Mr.Sempoi tu gubah lagu dia yang selalu dia nyanyi dalam kelas tu senyap-senyap kat sini la yer.Hurm..info menarik !Boleh dijadikan ‘bahan’ untuk bergosip ni.Hik Hik!

Aku senyum nakal.

“tu..” Aku tunjuk lokasi kertas not muzik itu dengan menggunakan mulut yang sengaja ku muncungkan.

Baekhyun memandang ke arah yang ku tunjuk.Tapi…dia tetap kaku di tempat dia berdiri tadi, dan masih tidak berganjak  walau sedikit pun.

Laa..ada gam gajah ke kat tapak kasut dia sampai melekat kat lantai??

“Awak sorang je ke?”

Aik! Soalan ke statement tu?Tak kan la dia tak nampak aku sorang je yang terpacak kat depan dia ni…nak cakap buta,rasanya ada empat mata dah.(dua mata asal + dua mata spec)

“Yup..sorang je.” Aku jawab la jugak sebab tak nak dicop budak sombong.

“Awak buat apa kat sini sorang-sorang?Kenapa tak masuk kelas tadi?”

Banyak pulak la soalan dia ni…tapi dia perasan jugak yer aku tak ada dalam kelas tadi.Dah start jadi stalker tak bertauliah aku la tu.Semua lelaki sama je !

Seungho je yang lain.Special Seungho tu..

“Tak de mood la nak belajar.Kalau duduk dalam kelas pun,setakat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri,buat apa !”

“Sebab Seungho??”

Pertanyaannya Baekhyun itu membuatkan aku seperti terkedu sebentar.Macam mana seorang pelajar baru macam dia ni boleh tau semua ni?Dari mana dia tahu Seungho? Dia kenal Seungho ke?

Dan pada ketika itu juga,lagi sekali kedengaran tombol pintu bilik itu sedang dipulas oleh seseorang dari luar. Sepantas kilat,Baekhyun menarik tangan ku ke arah piano.

Lebih tepat,ke bawah piano.

Kini,aku dan Baekhyun sedang bersembunyi di ruang kosong yang terdapat di bawah piano.Tangan kirinya sedang menekup mulutku manakala jari telunjuk kanannya di letakkan di atas bibirnya tanda menyuruhku diam.

Ye ye,aku tahu!Takkan lah aku stupid sangat nak buat bising dan kantoikan diri aku sendiri.Aku tepis tangan dia yang menekup mulutku dengan lembut.

“Aish..mana lah si Baekhyun ni?Aku suruh dia ambil kertas not muzik aku dalam bilik ni,tu pun ambil masa yang lama?Ni mesti melencong tempat lain ni.”

Kami berdua mendengar dengan jelas suara rungutan dari Mr.jongsuk yang baru memasuki bilikmuzik ini.Guru lelaki itu semakin menghampiri tempat kami berdua bersembunyi,dan kini dia betul-betul berada di hadapan piano itu.

Aku dan Baekhyun memandang satu sama lain.Dari riak wajahnya,aku tau dia juga merasai apa yang aku sedang rasa sekarang.Takut kantoi la,apa lagi.

Tiba-tiba,aku rasa hidungku gatal…gatal dan semakin gatal.Dan akhirnya, aku terasa seperti ingin terbersin.

Oh no! Aku tak boleh terbersin sekarang!Habislah riwayat aku dan Baekhyun kalau aku bersin! Pasti kantoi punya dengan Mr.Jongsuk.

Tapi …aku rasa..aku memang dah tak tahan!

Gatal bebeno batang hidung aku ni.Tak pernah lagi seumur hidup aku tahan bersin.Aku,kalau nak bersin,depan orang pun aku bersin,tak senonoh kan?Itu sebab lah aku sokmo kena marah dengan Seungho kerana sikap ku yang selamba tak bertempat tu.

Aku memberi isyarat tangan kepada Baekhyun bahawa aku mahu bersin.Memang aku betul-betul dah tak boleh tahan lagi!Lantaklah nak jadi apapun,jadilah !

Baekhyun cepat-cepat menggelengkan kepalanya tanda melarangku daripada bersin.Mukanya semakin cuak apabila melihat mukaku yang sudah berubah kemerahan akibat menahan bersin.

“Hurm....kat sini rupanya kertas not muzik kesayangan aku ni.”gumam Mr.Jongsuk dengan nada gembira.Dia baru nampak kertas tu ke??!Bukan dah lama ke dia berdiri depan piano ni?Nyaris aku nak tepuk dahi.

Alahai..cikgu aku sorang ni..’tolonglah cepat beredar,saya dah tak tahan nak bersin sangat ni.’Kalau lah boleh ku ucapkan kata-kata itu sekarang,kan senang !

Alamak!!Kali ini aku rasa aku dah tak dapat tahan lagi,aku nak bersin sekarang jugak!!

Baru sahaja aku hendak membuka mulut untuk bersin…aku dapat merasakan bibir Baekhyun menyentuh bibirku.

Ccup!!!!

Bibirku dengan bibirnya bertemu.Bibirku dengan bibir pelajar baru itu sedang bersatu! Dan kedua-dua tangannya sedang memegang pipiku.Hangat!

Dan disaat itu juga,hilang segala rasa ingin bersinku,hidungku yang sedari tadi gatal,tidak lagi gatal.Semuanya seperti kembali normal.

Iya..disebabkan oleh sebuah ciuman.

Aku cepat-cepat  memejamkan mataku.Aku pun tak tahu kenapa aku tutup mata,tapi bukan begini ke cara berciuman.Cium sambil tutup mata?

Oh,,tidak!!!!Apa yang aku melalut ni?Aku cepat-cepat membuka mataku semula.

Suzy,kau sedar tak yang kau telah memberikan first kiss kau pada lelaki yang baru kau kenal ni!

Aaaaaahhhhhh!! Ruginya! Nak je aku jerit sekuat alam .

Dengan sekuat  tenaga yang aku ada,aku terus menolak tubuh Baekhyun menjauhiku dan di saat itu juga bibir kami terus tepisah.

Mungkin aku menolaknya terlampau kuat sehinggakan aku lihat mukanya berkerut menahan kesakitan akibat tubuhnya terhentak pada dinding piano itu.

Maaf lah baekhyun,tapi kau memang patut sakit.Kau yang bersalah dalam hal ni.Kau pencuri! Kau dah curi ciuman pertama aku tau tak!!

Aku terus keluar dari bawah piano itu.Biarlah kalau kantoi sekali pun,aku dah tak kisah sekarang .Apa nak jadi,jadi la..tapi..nampaknya aku dan Baekhyun m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
hye..readers semua..chapter 21 telah diupdate..happy reading..^^..hope dpt bersua di ruang komen..hehe

Comments

You must be logged in to comment
widdy_R
#1
Chapter 29: althought only a few who understand, but I know it's very nice and so sad
MAYUYU12 #2
It would be great if you make an English version for this.
bobohuge #3
Chapter 29: Can u make english version????? Please,,. I like ur video trailer for this ff in youtube. I was sure, the story that u made is great, but i don't understand bc of the language.
lunaticmoon
#4
From Mad House review shop : maaf sebab ambil masa yang terlalu lama. review anda sedia untuk di pick up:
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/3
Chanlu_kaihun
#5
Chapter 29: Huwaaaaaa!!! Baekhyun!!! Kenapa mesti dia?!!! Nk happy ending :'(
Btw good job author. Love it so much!!!
atikahbp #6
Chapter 29: huwaaahhh authornim daebakkk smpa nangis T_T
son_haera #7
Chapter 29: huwaaaaaaaaaa T^T authornimmm daebaklahhh authornim buat sampai sye nangis T^T lol btw klu ade story lain yng authornim buat bglaa kt sye..sye nk bce
Yourscent #8
Chapter 29: Omg asal sedih sgt ni T^T Baek don't go! Adakah ini yg dinamakn takdir? *lap hingus*