Bab 12

Forgive me,Forget me
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Seungho’s POV

 

Aku tak sangka aku akan berjumpa Suzy hari ini. Insan yang sangat aku rindui dan cintai. Cintaku buatnya semakin menebal dari hari ke hari walaupun dia tidak berada di hadapan mataku. Rindu yang menyeksa batinku itu membuatkan aku semakin takut untuk berpisah dengannya. Sampai bila-bila,aku akan mengingatimu..wahai cinta pertama dan terakhirku.

 

 

Selepas makan tengah hari tadi,ibu keluar rumah,katanya dia ada hal sebentar.Mungkin ada benda yang sangat penting yang ingin dibincangkan dengan clientnya  kerana selalunya ibu jarang meninggalkan aku di rumah sendirian bersama pembantu rumah sejak aku disahkan menghidap penyakit yang ku hadapi sekarang ini.Sebagai  usahawan wanita yang berjaya,aku faham tugas dan kerja ibu.Itulah sebabnya apabila ibu menanyakan kepada aku sebelum dia keluar tadi..adakah dia boleh meninggalkan ku pada petang ini,aku cepat-cepat menganggukkan kepalaku dan memberitahu ibu supaya tidak usah risau akan aku .

Dan kerana ibu tiada dirumah,aku mendapat satu akal.Aku nak keluar  dari rumah senyap-senyap.Aku nak pergi ke sekolah,dah lama aku tak menjejakkan kaki di sana..walaupun aku tahu waktu persekolahan dah tamat dan mesti semua pelajar dah balik.Tapi aku tetap nak pergi.Sekurang-kurangnya, aku dapat lepaskan rinduku pada sekolahku itu.

Dah nak dekat dua minggu aku tidak datang ke sekolah,sejak doktor menasihati ibuku supaya membiarkan aku berehat di rumah.Katanya aku tak boleh penat,atau banyak bergerak.Jantung aku semakin lemah dan dah tak kuat macam orang lain.Jantung berlubang stage terakhir  yang aku hadapi sekarang membuatkan aku semakin menghampiri kematian.Sungguh,aku sebenarnya takut!

Nasib baiklah ,pengetua sekolah menghormati keputusan ibuku untuk tidak menghantar aku ke sekolah lagi setelah ibu memberitahu keadaan aku yang sebenarnya kepada pengetua.Dan kerana permintaan ku,ibu meminta pengetua merahsiakan tentangku dari pengetahuan sesiapa pun,tak kiralah guru mahupun pelajar.

Aku segera menelefon teksi untuk menjemputku di rumah sebaik sahaja aku lihat kereta Nissan Fairlady ibu bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.Dan akhirnya ,tak sampai  10 minit di dalam teksi,aku sampai di tempat yang dituju.

Aku tersenyum puas dan mula melangkah melepasi pintu gerbang sekolah.Tempat pertama yang aku ingin lawati adalah kelasku.Iya,seperti yang aku jangkakan ,kelas itu kosong dan sunyi tanpa sesiapa pun di dalamnya.

Perlahan-lahan,aku mendekati tempat duduk ku.

“Dah lama aku tak duduk atas kerusi ni..”gumamku sambil jariku aku heret di sepanjang kerusi itu.

Tiba-tiba,sesuatu menarik perhatianku.Sepertinya ,pelajar di kelas ku ini telah bertambah.

Aku menoleh ke belakang.Nampaknya ada pelajar baru yang duduk di belakang Suzy.Buktinya dulu,di situ kosong tapi sekarang ,terdapat sebuah meja di belakang tempat duduk Suzy.

Siapa pelajar baru tu?Lelaki ke perempuan?Tiba-tiba,aku rasa excited pulak nak jumpa pelajar baru tu.Iyalah,siapa yang tak excited dapat kawan baru.

Kawan??Aku ni kelakar lah..aku kenal pun tidak dia,boleh aku dah declare dia sebagai kawan aku?Haha..nampak macam aku dah desperate sangat nak cari kawan baru..sampai orang yang aku tak kenal pun ,aku boleh mengaku dia kawan aku.Mungkin aku dah mula rasa yang aku tak kan sempat untuk mendapatkan kawan baru lagi.Ini sahaja cara yang aku ada.

Imigination friend is still a friend,right??

Kemudian,kakiku mula melangkah ke suatu tempat dan akhirnya langkahku terhenti betul-betul di hadapan sebuah pintu yang agak besar.Iya,pintu bilik muzik yang aku dan Suzy masuk secara curi-curi pada dua minggu lepas.

Pada mulanya,aku teragak-agak untuk membuka pintu yang berada di hadapan aku itu.Aku tak ingin melakukan kesalahan itu lagi.Walaupun aku sekarang dah tak datang sekolah dan mungkin tak lama lagi ,aku bukanlah pelajar Kirin lagi ..tapi aku belum bersedia nak lepaskan title ‘pelajar contoh’ yang dianugerahkan kepadaku oleh pihak sekolah .Bangga giler kot bila digelar pelajar contoh,rasa macam semua orang akan ‘contohi’ apa yang kita buat.Huhu..tapi tak sangka yang  aku boleh terjebak sekali dalam rancangan nakal si Suzy tu hari tu.

Tapi bila fikir balik,apa salahnya kan..sekali-sekala buat salah,sekali- sekali rasa jadi budak bajek gangster kat sekolah.Cool jugak! Hik Hik !

Setelah seminit berdiri macam nak nyanyi lagu Negaraku je kat depan pintu tu,aku ambil keputusan..aku nak balik. Aku tak nak ibu risau,nanti kalau ibu balik,aku tak de kat rumah.

Tapi baru sahaja aku nak melangkah pergi dari situ..tiba-tiba,aku seperti  terdengar suara dari dalam bilik itu. Macam suara gadis. Siapa yang ada di sekolah lagi waktu-waktu macam ni?Tak kan lah suara pontianak kot? Pontianak tak kan merungut sampai hentak-hentak kaki kan? Jadi,confirmlah manusia !

Dan sebab curiousity dah melanda diri bak tsunami di Indon tu…oleh itu,tanpa tunggu lagi,aku pun terus buka pintu bilik itu.Dan alangkah terkejutnya aku apabila aku dapat melihat seorang gadis yang memilki rambut ala-ala wavy hair gitu sedang membelakangi aku.Aku bukan terkejut sebab rambut dia tu,aku terpana sebab aku rasa aku kenal gadis itu walaupun hanya melihat tubuhnya dari belakang.

Suzy??Itu Bae Suzy kan??

Dan pada ketika itu juga,gadis itu berpaling dan tatkala mata kami bertemu,aku lihat wajahnya yang seperti nak marah itu terus berubah .Expression wajahnya saat itu melambangkan yang dia sangat terkejut dan tak percaya dengan apa yang dilihatnya,macam lihat hantu pun ada. Aish..aku belum mati lagi lah ,I`m still human,not a ghost yet!

Dia terus memelukku setelah dia pasti yang dia nampak itu,adalah manusia yang bernama Yoo Seungho…sebabnya aku tengok dia tak abis-abis tenyeh mata dia tu sebelum peluk aku.

Dan disaat tubuhnya bersentuhan dengan tubuhku..aku rasa seram sejuk.Rasa gembira bercampur baur dengan ketakutan.Gembira kerana aku masih dapat bertemu dengannya dan takut kalau-kalau ini adalah yang terakhir.

 

 

 

Kini,aku dan Suzy sedang duduk di hadapan piano gergasi yang berwarma putih itu setelah pelukan yang berlangsung hampir lima minit itu akhirnya terlerai. Aku memandang wajah Suzy  dari tepi sambil tersenyum. Baru aku sedar yang aku tak pernah puji tentang kecantikan dia,walhal setiap kali aku pandang dia,hati aku mesti melting dan berbunga-bunga punyalah tengok wajah dia yang comel lotte tu.By the way,aku bukan sengaja tak nak puji,tapi aku cuma tak nak tambah nanah kat telinga gadis ni je.Yela,setiap saat ada je pujian sebegitu dia dapatkan dari pelajar-pelajar sekolah ni.Tak ke menanah telinga kalau hari-hari dengar benda yang sama walaupun ianya fakta yang tepat sekalipun.Kan kan..

Tapi sekarang,tak salahkan kalau aku puji dia..buat pertama kalinya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
hye..readers semua..chapter 21 telah diupdate..happy reading..^^..hope dpt bersua di ruang komen..hehe

Comments

You must be logged in to comment
widdy_R
#1
Chapter 29: althought only a few who understand, but I know it's very nice and so sad
MAYUYU12 #2
It would be great if you make an English version for this.
bobohuge #3
Chapter 29: Can u make english version????? Please,,. I like ur video trailer for this ff in youtube. I was sure, the story that u made is great, but i don't understand bc of the language.
lunaticmoon
#4
From Mad House review shop : maaf sebab ambil masa yang terlalu lama. review anda sedia untuk di pick up:
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/3
Chanlu_kaihun
#5
Chapter 29: Huwaaaaaa!!! Baekhyun!!! Kenapa mesti dia?!!! Nk happy ending :'(
Btw good job author. Love it so much!!!
atikahbp #6
Chapter 29: huwaaahhh authornim daebakkk smpa nangis T_T
son_haera #7
Chapter 29: huwaaaaaaaaaa T^T authornimmm daebaklahhh authornim buat sampai sye nangis T^T lol btw klu ade story lain yng authornim buat bglaa kt sye..sye nk bce
Yourscent #8
Chapter 29: Omg asal sedih sgt ni T^T Baek don't go! Adakah ini yg dinamakn takdir? *lap hingus*