Shopping
Me + you = love ? fight ? (SPECIAL EDITIONS)"Hana dah siap ? Oppa tunggu kat kereta tau" Kata Luhan. "Okay!" Kata Hana yang sedang bersiap-siap.
Tidak lama kemudian Hana tiba di kereta
Hana dan Luhan mengenakan pakaian Beijing Style. "Dah siap?" Tanya Mrs Wang. "Dah .." Kata Hana masuk ke perut kereta. "Dah, jom gerak"
Kereta mewah milik keluarga Luhan tiba disebuah Butik. "Dan sampai pun" Kata Mrs Wang yang keluar dari perut kereta. Mereka berempat masuk ke butik tersebut.
"Cantiknya" Kata Hana sebaik sahaja masuk ke dalam butik. "Ahh,, Mrs Wang ,, lama tak jumpa" sambut Pengurus butik tersebut. "Baru ada masa nak datang sini,," Kata Mrs Wang senyum ke arah Pengurus wanita itu yang berumur dalam linkungan 30-an. "Okay,, so harini nak cari dress apa?" Tanya Wanita tersebut. "Kami cari gaun untuk Majlis nanti" Kata Mrs Lu. "Ohh okay ,, untuk wanita ukuran Mrs Wang dengan Mrs Lu, kami ada jenis baru, baru tiba dari London.." Kata Wanita itu. "Boleh tengok?" Tanya Mrs Lu. "Boleh ,, mari ikut saya" Jemput wanita tersebut. "Hana dan Luhan pilih la dulu baju, nenek dengan eomma kamu nak tengok baju di sebelah sana" Kata Mrs Wang. "Okay nek.." Kata Luhan.
Kelihatan Hana sibuk membelek baju. "Cantiknya koleksi baju kat sini" Kata Hana kagum melihat pakaian-pakaian di butik milik Mrs Wang. "Hana nak yang mana satu?" Tanya Luhan yang tiba-tiba muncul. "Entah .. baju kat sini cantik-cantik.. mesti harga mahal ,, tak mampu la Hana nak beli ,, tengok je kut" Kata Hana duduk di bangku yang telah disediakan. "Eh? Kenapa cakap macam tu , Hana kan dah jadi sebahagian daripada keluarga ni ,, buat apa nak beli ,, untuk keluarga, cuma free je" Kata Luhan. "Yeke? macam tu pulak" Kata Hana. "Iye ,, Hana pilih la mana satu Hana nak .." Kata Luhan. Hana kembali melihat baju-baju di butik itu. Matanya memerhati sebuah gaun yang cantik lantas dicapainya.
"How this?" Hana menunjukkan gaun itu kepada Luhan. "Hmmm ,, " Luhan membelek gaun tersebut. "Cantik tapi kat belakang tu y sangat la ,, nanti ramai lelaki tergoda karang ,, susah pulak oppa, only me can see your body" Kata Luhan nakal. "Byuntae" Kata Hana sambil menyimpan semula gaun tersebut. Hana menarik gaun yang lain lalu dicubanya.
Hana keluar dari bilik persalinan "Yang ni?" Hana membuat gaya modelnya. "Cantik ,, tapi kita nak naik pelamin lagi ke?" Tanya Luhan. "Dae?" Hana terkejut. "Tukar .." Kata Luhan. Hana memuncungkan bibirnya lalu menukar baju yang lain.
Sekali lagi Hana keluar dari bilik persalinan. "Ni ?" Tanya Hana. Luhan menggelengkan kepalanya "No" Kata Luhan pendek. Hana masuk ke dalam bilik persalinan. Dia mencuba baju terakhir yang diambilnya.
Hana keluar dari bilik persalinan. Luhan terkeut dengan penampilan isterinya. "Ni okay? Hana dah penat tukar" Kata Hana. "Perfect !" Luhan mengangkat ibu jarinya. "Woo,, cantiknya menantu eomma" Kata Mrs Lu tiba-tiba datang. "Ini menantu puan ke? cantik orangnya, natural beauty" Kata Pengurus tersebut. "Terima kasih" Ucap Hana.
Hana meletakkan gaun yang diambilnya di kaunter. "Oppa dah ambil Tuxedo oppa?" Tanya Hana. "Dah .." Balas Luhan. "Sayang ,, kalau nak tau ,, sayang pakai baju apa pun cantik .. " Kata Luhan memeluk bahu Hana. "Nanti Hana pakai baju pengemis la" Usik Hana. "pengemis? nanti oppa tak mengaku tu isteri oppa" Usik Luhan. "Kejam oppa ni .." Hana merajuk. Luhan menggosok bahu Hana "Gurau je sayang, jangan merajuk sayang oppa ni" Kata Luhan.
Comments