♡ Beginning & Ending ♡

♡ My Stalker ♡
Please Subscribe to read the full chapter

Lisa adalah seorang peminat kumpulan Beast yang sentiasa menjadi sumber cahaya kegembiraan untuk dirinya dan dia juga akan menghadiri konsert Beautiful Show yang akan diadakan di Seoul untuk pertama kalinya. Itupun setelah dia berabis merayu terhadap eomma dan appanya untuk membenarkan dia datang ke Seoul tapi dengan syarat sepupunya iaitu Hana mestilah ada untuk menemaninya. Bukannya eomma dan appa Lisa tak mempercayai Lisa cuma mereka agak risau akan keselamatan Lisa di Seoul. Seoul tu Bandar besar bukannya seperti Busan. Seoul dan Busan memang jauh berbeza.

Keesokannya Lisa dan Hana telahpun menaiki kereta api menuju ke Seoul. Setibanya mereka berdua di Seoul, Hana terus sahaja mengajak Lisa untuk ke rumah kawannya di Seoul untuk mempersiapkan diri mereka sebelum pergi ke konsert itu.

Lisa dan Hana telah tiba ke lokasi di mana konsert itu akan diadakan sejam lebih awal sebelum konsert itu dimulakan. Secara tidak sengaja, Lisa telah terlanggar dengan seorang lelaki yang memakai mask ketika mereka hendak menuju ke cafe dan menyebabkan Lisa terjatuh. Lelaki itu pula dengan spontannya menyambut Lisa daripada terjatuh. Lisa yang agak terkejut dengan tindakan daripada lelaki itu bangun dengan tergesa-gesa.

“Maafkan saya.” Ucap Lisa kemudian menundukkan kepalanya. Hana hanyalah melihat lelaki itu dan kawan-kawannya.

“Hmm.. Tak pe. Saya minta diri dulu.” Balas lelaki itu kemudian pergi dari situ bersama-sama dengan kawannya.

Lisa dan Hana terus sahaja pergi ke cafe yang hendak mereka tuju.

“Aii... Tawarnya kopi ni. Hana, tolong berikan saya cawan gula tu.” Kata Lisa setelah dia merasa kopinya.

“Hish. ambillah sendiri.” Balas Hana yang sibuk dengan telefonnya.

“Aigoo. Orang minta tolong dia tak nak tolong. Hmm.. Takpelah. Saya ambil sendiri.” Kata Lisa yang kemudiannya bangun dan pergi ke meja sebelah untuk mengambil cawan gula itu.

“Maaf yerr Encik. Saya nak ambil cawan gula ni.” Ucap Lisa yang terus sahaja mengambil cawan gula itu tanpa melihat ke arah lelaki itu dan kembali ke tempat duduknya.

“Ah.. Ni baru ok! Hehehe.. Hmm... Apa yang patut saya tulis kat banner untuk Gikwang oppa ni?” ucap Lisa yang kemudiannya berfikir untuk menulis sesuatu untuk banner Gikwang. Yelah Gikwang tu kan idol pujaan dia.

Sedang Lisa berfikir keras untuk menulis sesuatu di atas banner itu, muncul satu suara yang memberikan idea kepadanya.

“Fighting! I Love you Gikwang oppa!!” ucap suara itu.

Tanpa mengetahui siapa yang memberikan idea kepadanya, Lisa terus sahaja menulis ayat itu di banner untuk Gikwang.

“Ok! Dah siap. Kejap! Siapa yang berikan saya idea ni tadi? Hana, awak ada nampak siapa-siapa yang bersuara ker tadi?” soal Lisa kepada Hana.

“Entah. Saya pun tak tahu.” Balas Hana yang kini sedang minum Latte kegemarannya.

“Hmm... Takpelah. Alamak! Ada 10 minit sahaja lagi! Hana, jom pergi sekarang!” kata Lisa yang kemudiannya menarik Hana yang mengomel tanpa henti kerana latte kegemarannya belum lagi habis.

Lisa dan Hana pun berlari meninggalkan cafe itu. Konsert Beautiful Show telahpun bermula, Lisa dan Hana berdiri dekat dengan pentas. Beast pun keluar dari belakang pentas untuk memulakan nyanyian mereka selepas sahaja surat dari mereka semua dipaparkan melalui skrin itu. Lisa mengeluarkan banner untuk Gikwang manakala Hana memaparkan skrinnya telefonnya, di mana ayat yang ditujukan untuk Yoseob kerap kali disiarkan. Gikwang nampak banner Lisa dan mengukirkan sebuah senyuman yang nampak manis dan innocent kepada Lisa. Ketika itu Beast sedang menyanyikan lagu ‘Will You Be Alright’. Gikwang pula duduk di hadapan Lisa sambil menyanyikan lagu tersebut dan Gikwang merenung tepat ke mata Lisa. Perbuatan Gikwang itu menyebabkan muka Lisa menjadi merah seperti tomato kerana menahan malu. Hana yang sedar akan kelakuan Lisa itu terus sahaja ketawa dan tanpa dia sedari Yoseob turut menuju ke tempatnya kemudian duduk dihadapan Hana dan memegang tangan Hana sambil menyanyi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Wah great i like it
villaurel #2
Chapter 1: great. i love it.. !! gikwangggg oppa saranghae..