fake date

i hate you! playboy!

AT THE MALL

 

sesampainya hyeri dan 'boyfriend dia' (minhyun) memasuki mall diikuti dengan sepasang kekasih yang 'bahagia' (sambil meletakkan tangan di atas bahu sambil mata memandang ke atas).

 

"oppa~ jom tengok wayang~"

 

kata hyeri sambil memaut lengan minhyun, minhyun terus menolehkan kepalanya ke arah hyeri sambil mengerutkan dahi.

"kenapa hyeri manja sangat hari ni?"

hyeri hanya tersenyum manis dan tidak menjawab apa-apa, sementara itu jongin hanya melihat ke arah sehun yang berjalan sambil  mengenyitkan mata ke arah perempuan yang sedang melihatnya, tetapi  perempuan-perempuan tersebut terus terkejut kerana melihat sehun berbuat demikian.

"tak sangka pulak hari ni....aku ada ramai peminat kat mall ni...."

kata sehun dengan bangganya, tetapi jongin hanya membalas kata-kata sehun itu dengan menghempuk kepala sehun, sehun terus menggosok kepalanya.

"kau dah kenapa?! tiba ketuk kepala orang?!"

jongin terus mengambil cermin di dalam poket bajunya, dan terus memberikannya kepada sehun.

"apa ni?!"

soal sehun dengan hairan.

"cermin muka kau!"

sehun terus melihat mukanya di cermin, tiba-tiba sehun mula membuat muka, mula-mula kembungkan pipi, lepastu tersengih-sengih, lepastu buat peace!.

"tak sangka...aku ni...boleh tahan comel jugak..."

kata sehun sambil tersenyum manis ke arah jongin, jongin terus menghempuk kepala sehun buat kali kedua.

"aku bukan suruh ko tengok muka ko comel ke tak! aku suruh ko tengok yang kau sekarang ni...tengah jadi perempuan! jangan suka hati ko je! nak kenyitkan mata kat perempuan lain!"

"kot ye pon marah! jangan ketuk kepala aku!"

mereka berdua pun bergaduh dan oramg sekeliling melihat nereka berdua, tetapi hyeri dan minhyun terus berjalan untuk membeli tiket wayang.

"oppa~ kite nak tengok cerita apa?"

kata hyeri dengan nada manja, minhyun hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"erm....kite tengok cerita...'BIG HERO' la.....sesuai untuk hyeri yang tak cukup umor ni..."

minhyun terus memicit hidung hyeri, tetapi hyeri hanya mengembungkan pipinya tanda tidak suka, minhyun yang memahami apa yang hyeri mahukan terus meyoal.

"hyeri nak tengok cerita apa?"

hyeri terus meletakkan jari telunjuknya di dagu dan matanya memandang ke atas sebagai tanda berfikir.

"cerita hantu! jom!"

hyeri terus menarik tangan minhyun dan minhyun tidak sempat berkata apa-apa.

"sehun, ko nampak tak hyeri pergi mana tadi?"

soal jongin kepada sehun.

"entah....yang aku nampak tadi...hyeri dengan bf dia tengah beli tiket.."

"okey! jom!"

jongin terus menarik tangan sehun yang ingin menggapai kedai bubble tea yang berada di sebelahnya.

'oh...bubbletea ku...'

DI DALAM PANGGUNG WAYANG

hyeri dan minhyun mengambil tempat di barisan kedua sambil membawa popcorn, manakala jongin dan sehun mengambil tempat di belakang hyeri dan minhyun, ketika cerita di mainkan, hyeri dan minhyun hanya mendiamkan diri, tiba-tiba muncul part seram, hyeri terus menjerit dan terus memeluk minhyun, jongin yang terkejut dengan apa yang hyeri lakukan terus berdiri dan ingin menyerang minhyun, tetapi perkara itu dapat di halang oleh sehun.

"relax bro..."

kata sehun sambil menarik tangan jongin agar jongin duduk, sepanjan cerita itu berlangsung...hyeri hanya tertidur di dalam dakapan minhyun.

AT THE CAFE

minhyun dari tadi hanya memandang hyeri dengan perasaan hairan, hyeri pula membalas pandangan minhyun dengan tersenyum manis, sementara itu jongin hanya memandang minhyun dengan perasaan yang membuak-buak, tiba-tiba

"oppa~ bukak mulut aaa~"

kata sehun dengan nada yang manja dan ingin menyuap sesudu kek ke dalam mulut jongin, tetapi jongin hanya menjeling tajam ke arah sehun, sehun hanya mencebik bibir dan menyuapkan kek itu ke dalam mulut dia.

"hyeri nak pergi mane lepas ni?"

soal minhyun kepada hyeri.

"lepasni....hyeri nak balik..."

"hyeri rasa kesian kat seseorang.."

minhyun terus mengerutkan dahi.

"kesian? hyeri kesian kat siapa?"

"cuba oppa tengok sweetcouple kat meja belakang ni"

minhyun terus melihat ke arah swetcouple tersebut, dan dia terus melihat ke arah hyeri kembali.

"kenapa dengan diorang? oppa rasa biasa je.."

hyeri terus memandang ke arah minhyun 

"lelaki yang pakai baju hitam tu la...yang nak ngorat hyeri..."

"ha?! dia playboy ke?!"

"ha'ah....dia playboy....dia kata dia cuba nak jadi orang yang setia..."

kata hyeri dengan nada memerli.

"habis tu? perempuan yang kat sebelah dia tu....siapa?"

hyeri terus tersenyum sinis.

"dia tu? dia tu bukan perempuan..."

mata minhyun terus terbeliak dan terus melihat ke arah sehun yang sedang makan kek.

"apa yang oppa nampak?"

soal hyeri sambil mengerutkan dahi.

"takde pape...oppa tengok dia sama cam perempuan lain....cantik, rambut panjang..apa yang lainnya?"

"cuba oppa tengok kat sini..."

hyeri terus menunjukkan ke arah anak tekak, dan minhyun terus melihat ke arah sehun buat kali kedua, dan minhyun terus memandang ke arah hyeri dengan mata terbeliak.

"dia lelaki la..."

hyeri hanya menganggukkan kepala dan terus menyuapkan sesudu kek ke dalam mulut minhyun, jongin yang ternampak situasi tersebut terus bangun dan menarik sehun keluar dari kafe...dengan perasaan marah....sehun hanya mampu menggelengkan kepala....

AT HYERI HOME

setelah hyeri pulang ke rumah dia terus membuat aktiviti seperti biasa, tiba-tiba handphone hyeri berbunyi.

"anyeong?"

"anyeong...seronok dating hari ni?"

kata jongin dengan nada memerli.

"heh! aku dating degan boyfriend aku....bukannya dengan orang lain.... ok bye!"

hyeri terus mematikan handphonenya dan terus mengemas rumah, manakala jongin pula hanya bersandar di dinding sambil meraup mukanya dengan perasaan kecewa

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
terima kasih kepada sesiapa yang subcribe...:)

Comments

You must be logged in to comment
syayu7
#1
bestlahh..sequel please**
baekielover #2
Chapter 16: jeongmal daebak..
eera1999 #3
Chapter 16: Jinjja daebakk
sishawa
#4
TQ Yura sbb sudi baca Kopi Cinta.. sis dtg sini utk baca karya Yura pula.. excited! :D
Syazwaniroslee #5
Chapter 16: Omo! Sweetnye kai dan hyeri. Sambung lagi authornim. kalau blh buat sequel. Hihi
pandayaya #6
Chapter 16: Yey . Wah . Jinjja daebak author-nim ツ
shizuka_arumi
#7
Chapter 16: Yah..!!!!habis jugak den baca...
author-nim buat la sequel
JeonAra #8
Chapter 14: Update soon!