Bab 4

Solo Day
Please Subscribe to read the full chapter

     Pada hari ini,Gongchan dan Eunji akan mengadakan parti untuk menyambut pertubuhan Solo Club di rumah Eunji. Puan Jung menyediakan pelbagai jenis makanan untuk parti tersebut manakala mereka berdua sedang menghias ruang tamu.

     “Gongchan-shi,semalam,kenapa awak asyik jerit ‘haallmeoonii’ semasa kita di taman hiburan?” Eunji meniru gaya jerit Gongchan lalu tertawa kecil. Puan Jung yang hanya mendengar dari dapur tersenyum mendengar pertanyaan Eunji itu.

     Muka Gongchan mula menjadi merah malu. “Awak perasan?” Eunji hanya mengangguk. Riak muka Gongchan mula berubah lalu berkata, “Sebab halmeoni yang selalu berada di sisi saya ketika saya dalam ketakutan. Halmeoni yang selalu membela saya apabila dibuli,”

     Eunji memandang muka Gongchan yang sayu itu dengan perasaan yang tidak senang. “Jadi,awak tinggal dengan halmeoni?” tanya Eunji dengan berhati-hati.

     Gongchan hanya mengangguk kecil. “Tapi itu semua sebelum dia meninggal dunia semasa saya di sekolah tinggi.” Eunji menjadi serba salah kerana mengungkit hal ini tetapi dia masih ingin tahu dengan lebih lanjut. “Ibu bapa awak?”

     “Mereka… mereka dah lama tinggalkan saya. Mereka terlibat dalam kemalangan ketika mahu ambil saya di rumah halmeoni,” Gongchan berhenti seketika sebelum menyambung, “Semuanya kerana saya.”

     Eunji terdiam. Dia tidak menyangka bahawa ada orang lain yang mempunyai nasib yang lebih menyedihkan daripadanya. Dia berasa bersyukur kerana emaknya masih bersamanya walaupun ayahnya sudah setahun meninggalkan mereka.

    Puan Jung cuba menyelamatkan keadaan lalu pergi ke arah mereka. “Ah,kita masih tak ada kek untuk parti. Apa kata kamu berdua pergi beli cepat.” Eunji yang perasan niat emaknya itu terus menyambung, “Ye la! Jom Gongchan,kita pergi beli.” Gongchan cuba melahirkan satu senyuman tetapi tawar.

     Mereka memasuki sebuah kedai kek.

     “Kita nak beli kek apa?” tanya Eunji sambil memerhati kek yang terdapat di situ. “Ikut awaklah,” jawab Gongchan sambil melihat sekeliling.

     “Kalau macam tu,saya nak kek strawberi la!” Eunji menunjukkan salah satu kek yang dipenuhi dengan buah strawberi di atasnya.

     “Eh?! Strawberi? Saya tak suka makan,” bantah Gongchan. “Kalau macam tu,awaklah yang pilih,” kata Eunji dengan kecewa. “Apa kata kita beli kek coklat?” tanya Gongchan. Matanya tertumpu pada satu kek coklat yang mempunyai corak bunga di atasnya.

     “Tak nak! Saya tak suka kek coklat!” Eunji membuat muka geli seperti sedang melihat ulat. “Saya nak yang ini,” Eunji berdegil. “Kek coklat!” lawan Gongchan. “Kek strawberi!” Eunji tidak mahu mengalah.

     Mereka bergaduh di situ selama lima minit sebelum Eunji mendapat satu idea cara menyelesaikan masalah tersebut.

     “Hah! Saya ada idea,” Eunji mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor.  Gongchan hanya menunggu apa yang mahu dilakukan Eunji. Tut tut… “Mak,mak nak makan kek perisa apa?” Eunji bersuara.

     “Red velvet cheese? Ada. Ok,terima kasih mak,” Eunji menamatkan talian itu. “Yeah,idea yang sangat bernas,” kata Gongchan. “Saya mahu yang ni,” kata Eunji kepada cashier itu lalu memberi satu wink kepada Gongchan.

     “Berapa ya?” tanya Eunji. “Eh,kali ini biar saya yang bayar,” sampuk Gongchan. Eunji menolak tawaran itu namun, “Tak apalah. Awak dah banyak kali belanja saya semalam,” Gongchan berkata. Dia tersenyum lalu mengusap kepala Eunji. Eunji terkedu. Mukanya menjadi merah padam.

    “Ok,jom,” ajak Gongchan lalu beredar keluar daripada kedai. Eunji hanya mengekorinya di belakang. Tiba-tiba Gongchan berhenti. Bam! Eunji terlanggar belakang Gongcha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
snabilah50 #1
Chapter 3: ~~~~ada orang dah jatuh cinta...~~sweet lah dorang 2..update soon..
snabilah50 #2
Chapter 2: Update soon..hwaiting!!