KEPELIKAN

Oi, MR.BUTLER!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku cuba menahan nafasku, ah! Kalau lama-lama mahunya mati kelemasan! Aku membuat keputusan untuk keluar dari persembunyian sambil berlagak selamba.

“Eh, tuan muda Jimin rupanya! Bila sampai?” Soalku bodoh. Memang bodoh pun pertanyaan tu. Jimin mengangkat kening.

“Baru je.” Balas Jimin dengan muka curiga. Lucy dipegang erat.

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal, mulutku tersengih macam kerang busuk. Pasti budak jambu ini sedang mencurigai perbuatanku. Ya lah, tiba-tiba sahaja keluar dari balik pintu biliknya yang mewah macam Disneyland itu.

“Bye.” Aku mengatur langkahku pergi dari situ namun beberapa saat selepas itu kakiku berhenti. Jimin berdehem dua tiga kali seolah memberi arahan supaya aku berhenti. Pfft.

“Hyung~”

Ah, dia kembali menyeru namaku. Bulu romaku meremang. Kepalaku terasa sebesar baldi.

“Aku nak mintak tolong boleh?” Jimin mendekatiku. Aku menoleh sambil mengangguk perlahan. Entah apalah yang dimahukannya. Tolong jangan apa-apakan aku, aku…masih dara…

“Jom.” Jimin mengajakku masuk ke biliknya. Di situ, aku telah dipaksa menyusun lego bersamanya. Dengan gaya seorang pakar, aku telah membina menara berkembar KLCC dengan set lego tersebut.

“Woahhh~ Daebak~~” Mata Jimin bersinar-sinar. Dia benar-benar kagum dengan  apa yang dilihatnya. Aku memang berbakat dalam semua bidang, heh~ Muka pun handsome macam Brad Pitt.

 

Suho melangkah keluar dari kereta. Dia baru selesai bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Dia dan rakan-rakan kongsinya akan membina beberapa buah gudang untuk dijadikan tempat penyimpanan gandum. Dia sendiri akan melabur sebanyak 5 billion, tak banyak pun sebenarnya.

Masuk sahaja ke dalam rumah agamnya, Suga meluru kearahnya. Dengan seluar jeans yang koyak-rabak di lutut, dia memohon sesuatu dari daddynya.

“Daddy, saya rasa saya nak kawenlah.”

Mata Suho terbeliak. Apa? Mahu kahwin?

“Umur muda lagi, baru 18 tahun.” Ujarnya tidak bersetuju.

Suga mencebik. Ala, muda ke? 18 tahun dah boleh kot kalau nak kahwin.

“Alaa..Saya pun nak hidup bahagia daddy.” Suga merungut.

Suho tersenyum. Huish, ada-ada sajalah anaknya ini. Mahu kahwin pulak. Ingat kahwin tu macam main batu seremban ke?

“Daddy letih. Daddy nak rest. Adios amigos berambos..” Suho berkata lalu berlalu ke biliknya.

Rancangan gatal Suga gagal lagi. Sudah masuk 100 kali dia memohon untuk berkahwin tetapi asyik gagal sahaja. Walaupun calon isteri masih tiada tapi dia tetap mahu berkahwin. Dia tidak memilih rupa…Macam Miranda Kerr pun dah okey.

 

Aku dah letih melayan kejambuan Jimin ni. Sekarang aku sedang menyiapkan kerja sekolahnya pula. Sudahlah matematik tambahan pula tu! Banyak cengkadak punya budak!

“Aa?” Jimin menoleh ke arahku. Dia seolah dapat mendengar kata hatiku sebentar tadi.

Aku menggeleng, “Takde…Haha! Mainlah Barbie tu puas-puas ye tuan muda?”

Fuhh, nasib baik. Hei, Kim Himchan, kenapa kau mengumpat orang ni? Kau kan lelaki perfect, kacak dan pujaan ramai wanita…Jangan mengumpat!

Sebenarnya aku sendiripun tidak berapa pandai matematik tambahan ni. Dah lama aku tamat sekolah. Jawapan yang aku tulis semuanya mengarut. Lantaklah, siapa suruh aku buat…Kalau dia kena cop sebagai budak bengap di sekolah esok, itu dia punya pasal. Aku tidak mahu bertanggungjawab.

Aku sudah tidak tahan duduk di sini. Hidung mancung aku sensitif dengan bulu. Bulu-bulu teddy bear sejak dari tadi tidak habis-habis memb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seungrin123 #1
Chapter 4: Update soon..lol giler jimin XD
crazedfan #2
Finally a malay author. So nic- um... Hi. Selamat brknalan (akward gile). Yeay! I can comment in Malay tnpe rse menyushkn because of all the grammar and spelling. I tk biase bce fanfic malay. And today was my first try. So you're lucky author-nim. And your cerite is actually bes bce.
silv3rbyul
#3
Chapter 4: Ahaa kena buat kerja sekolah nasib kau la himchan jadi butler orang kaya uhuhuu.. Ha haa sape nak perdajal himchan uh.. suspen plak.. xD
silv3rbyul
#4
Chapter 3: Ahahaa sesiapa tolonglah bagi penyepak ke hape at himchan nih lol lawak siaa dia nih.. xDD
zehayri #5
Chapter 3: Wah,himchan sudah2 lah tu,kami semua thu yg awak memang hensem...
silv3rbyul
#6
Chapter 2: jimin nih ade masalah kekeliruan identiti kah? xD ahaa bertekak jep 2beradik uh.. part himchan puji diri sendiri jep tak sah kalau tak gelak.. ahahaa *guling-ii*
silv3rbyul
#7
Chapter 1: Ahahaa lawak la himchan nih.. tak pernah kujumpa orang seperasan dia.. nasib baik memang kacak pun orangnya xD aww jimin is me.. lets play together jimin shii~~~ ahahaa
silv3rbyul
#8
i come here for pakcik suho.. woww jutawan gandum duda anak 3~ i loikeee xD subscribed!
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 1: rasa nak lempang lempang je himchan ni. btw, awk mmg lah handsome tp jgn lah sepenuh masa nk puji diri sendiri. haishhh chanie syg oii, hahaha okay unnie saeng dh melalut
21blackpearls
#10
Chapter 1: narcissist himchan!!ok faham anda memang hensem. Jimin....omg...berharap encik kim himchan boleh bersabar banyak2..