Believe Me (Not) (Part I)

520 [Malay Version]

 

 

“ B E L I E V E   M E  (N O T)”

[Part I]

- 1089 patah perkataan

 

 

Sehun tahu dia tidak patut berbuat demikian. Dia tahu rasa bersalah dalam dirinya akan terasa seolah-olah dia telah melakukan sebuah dosa, di mana kebenarannya, apa yang dilakukannya hanyalah menulis sebuah ayat kecil pada belakang kerusi penumpang. Semua yang dia buat, sesungguhnya, tetapi mengetahui kemungkinan yang mungkin terjadi. Sehun bukanlah dalam kedudukan untuk melibatkan dirinya dengan orang lain, dia sangat maklum akan hal itu, dan dia juga faham bahawa perasaan ingin tahunya tidak akan dihargai.

 

Atau mungkinkah sebaliknya?

 

Dia mahu percaya yang ianya dihargai, sejujurnya. Dengan nama yang Bus Boy telah berikan padanya, dan perbualan-perbualan ringkas yang pernah mereka bicarakan, dia mahu percaya bahawa perasaan ingin tahunya dikehendaki, diperlukan.

 

Walau bagaimanapun, masa seterusnya dia ternampak bus boy, dia amat sangat berharap dia mempunyai kemampuan untuk mengundur kembali masa. Dia berharap dia boleh padam semula ayat kecil yang telah dia tulis secara kekal pada belakang tempat duduk itu. Dia berharap sangat-sangat . . .

 

Kerana raut wajah yang bus boy tunjukkan adalah tidak tertanggung bagi Sehun untuk dilihat.

 

Adakah itu kesedihan? Adakah itu kemarahan? Adakah ianya kepedihan? Adakah ianya . . . Sehun tidak tahu apa yang mungkin menjelaskannya, tetapi dia tahu satu perkara yang pasti. Pesanan ringkas yang Sehun tulis telah mengakibatkan keperitan emosi yang besar buat Luhan.

 

Sehun dapat merasakan perasaan tidak selesa pada tekaknya semasa dia berjalan dengan perlahan ke arah belakang bas dan duduk pada tempat yang paling hujung dari bus boy yang tidak stabil emosinya. Dia memaksa dirinya untuk tidak melihat ke arah kanannya, beranggapan bahawa lelaki tersebut tidak wujud. Dia tidak ada keberanian untuk untuk bercakap dengannya. Sejujur-jujurnya, dia dapat merasakan terbinanya penyesalan dalam dirinya secara berterusan. Sehun bertanya pada dirinya sendiri mengapa dia mengambil keputusan untuk duduk begitu dekat dengan Luhan. Namun kesepian antara mereka yang Sehun harapkan tidak tertunai, melainkan memaksa dirinya untuk berdepan dengan lelaki berambut perang itu.

 

“Sehun-sshi . . .”

 

Sehun tidak membalas, tidak membuat sebarang pergerakan. Dia tidak berbuat apa-apa, takut seandainya dia melakukan sesuatu yang salah, atau lebih penting lagi, mengatakan sesuatu yang salah.

 

“Sehun-sshi . . .”

 

Jangan kau berani melihat ke arah dia, Oh Sehun, dia terus memberitahu dirinya, walaupun dia maklum bahawa dia perlahan-lahan luluh. Dia tahu dia akan menyerah pada bila-bila masa akan datang, tetapi lebih lambat lebih baik.

 

“Dia datang semula . . .”

 

Tidak, dia tak, Sehun berfikir sementara menggigit bibirnya dengan kasar, menghalang dirinya daripada melihat ke arah yang ditakutinya. Sudah tentu dia tidak perlukan petunjuk tentang siapa yang bus boy katakan.

 

“Tapi saya telah kehilangan peluang untuk bertemu dengannya . . .”

 

Sehun dapat mendengarkannya. Dia dapat mendengar perubahan yang jelas pada suara Luhan.

 

Dia sedang menangis.

 

Luhan sedang menangis, dan itu semua berpunca daripada kesilapan Sehun. Sehun melirik ke luar tingkap, walaupun matanya tidak tertumpu pada apa-apa. Pemandangan di hadapannya tidak jelas dan berkabut, seperti fikirannya.

 

“Awak akan berjumpa dengan dia lagi.” Sehun berkata lembut.

 

“Tak . . .” Dia dapat mendengarkan getaran pada suaranya itu, “Saya tak akan . . .”

 

Sehun menutup matanya, cuba untuk menghentikan rasa bersalah yang memakannya hidup-hidup. Semua yang diinginkannya hanyalah jawapan. Semua yang dia mahukan hanya keamanan. Semua yang diinginkannya . . . sangat mementingkan diri sendiri.

 

“Awak akan bertemu dengan dia, percayalah.”

 

“Saya cuma ada satu peluang, dan saya mensia-siakannya . . . Saya . . . Saya telah menanti dengan sangat sabar . . . Saya telah menunggu cukup lama . . . Tapi, sekali saya tiada di sini . . . Saya kehilangan satu-satunya peluang.”

 

“Awak akan dapat peluang lain,” Sehun berkata dengan tenang, meskipun dia menghadapi peperangan psikologi antara rasa bersalah dan penyesalan.

 

“Saya tak akan . . . Kerana Syurga hanya membenarkan satu peluang.”

 

Mata Sehun pantas terbuka, besar dengan keterkejutan. Dia melihat lelaki yang menangis disampingnya. Ianya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan. Sebuah suara di belakang mindanya mengejeknya atas tindakan bodohnya.

 

“S-Syurga?”

 

“Joonmyun cuma ada satu peluang untuk kembali menemui saya,” Luhan menangis dalam kepiluan, “tetapi saya mensia-siakan peluang untuk berjumpa dengan dia.”

 

Dan pada ketika itu, Sehun tahu dia telah melakukan perkara paling teruk dalam hidupnya.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

“Kim Jongin, aku perlukan bantuan kau.”

 

Sehun berkata di saat dia melangkahkan kakinya ke dalam rumah kawannya, lalu mendapatkan pandangan keliru daripada sahabatnya.

 

“Aku tak suka cara nama aku terucap dari lidah kau—”

 

“Kim Jongin! Aku serius!” Sehun menjerit, pada masa yang sama merebahkan dirinya di atas sofa di situ.

 

“Oh . . .” balas Jongin sementara menutup pintu depan sebelum kembali berjalan ke arah rakannya. “Apa masalahnya?”

 

“Joonmyun . . .”

 

Sehun memulakan walaupun dia tiada keberanian untuk meluahkan ayat tersebut dari mulutnya. Dia tidak tahu, dia tidak berani, dan dia takut dia tidak mampu berhadapan dengan kebenaran.

 

“Dia . . . Dia dah mati ke?”

 

E-Excuse me? Mati?” Mata Jongin melebar. “Macam mana kau—”

 

Bus boy beritahu aku yang Joonmyun ni . . . Dalam Syurga.” Sehun dapat merasakan perasaan itu terbentuk lagi, membuatkannya sukar untuk terus berbicara. “Maksudnya . . . dia dah pun mati.”

 

“Apa . . . Itu ialah . . . Aku . . .” Jongin menggerakkan tangannya pada rambutnya sementara otaknya cuba untuk mencernakan semuanya. “I’m speechless.

 

“Jongin-ah . . . Mungkin aku dah lakukan benda paling tak patut aku lakukan . . . Aku . . . Aku tak dapat memaafkan diri sendiri . . .”

 

Penampilan luarannya jauh berbeza dengan apa yang dia rasakan di dalam. Semuanya berkabut, satu campuran gelap daripada semua perasaan negative yang membakar dalam dirinya, mengisi setiap inci tubuhnya dengan racun yang membunuh. Dia mahu menjerit, melawan semua perasaan itu, tapi dia tidak mampu. Ianya telah pun memenuhi dirinya, dan satu-satunya yang boleh dilakukannya adalah bertahan dalam penderitaan, dalam penyesalan, dalam kesakitan.

 

“Apa yang kau buat?”

 

“Aku . . . Aku buat sesuatu yang sepatutnya tak pernah aku buat.”

 

Jongin melepaskan sebuah keluhan, menepuk kepala Sehun dengan lembut. “Apa yang kau dah buat?”

 

Dia mungkin kelihatan demikian, tetapi jauh di dalam, Jongin merupakan seorang lelaki yang memiliki hati yang baik. Sehun membawa maksud yang besar buat dirinya, walaupun dia tidak sentiasa menunjukkannya. Dan melihat kawan baiknya itu seperti ini menyakitkan dirinya. Sudah tentu, kerana Jongin tahu dia tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu Sehun.

 

“Aku . . .” Sehun menangis, “Aku musnahkan harapan dia. Aku rosakkan dia, menyebabkan hati dia hancur kepada beribu kepingan.”

 

Luhan telah menantikan seseorang yang tidak lagi wujud di muka bumi ini. Dia mempunyai harapan yang tinggi, kepercayaan yang begitu utuh, tetapi . . . Tetapi Sehun telah menghancurkan kesucian itu, kenaifan itu. Dia telah memutuskan benang harapan terakhir yang lelaki itu miliki dengan kejam. 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.