You and I

You and I
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

3 bulan kemudian...

 

3 bulan sudah berlalu dan 3 bulan tersebutlah aku seorang diri ditinggalkan sekali lagi. Aku angkat wajah merenung dada langit sepertimana aku pernah merenung wajah seseorang yang penting dalam hidup aku. Aku tersenyum nipis, melambai lemah ke arah tersebut dengan harapan dia tahu yang aku masih merindui dia seperti yang selalu aku katakan padanya.

 

saya rindukan awak, sayang....

 

 

 

 

sesampai sahaja aku di rumah, seperti biasa aku akan menyusun kasutku ke dalam rak almari dan ketika itulah aku akan terpandangkan kasut miliknya di rak paling atas. sengaja aku berbuat demikian. Aku usap perlahan lalu menyarungkan selipar dan masuk ke dalam rumah. suis lampu ditekan dan aku terus menuju ke peti ais bagi melegakan tekak yang sedari tadi meminta di sejukkan. 

 

 

Awak...

 

Aku berbuat lagi. memanggil dia yang sudah tiada. pantas bola mata jatuh ke sebuah pasu kaca yang di dalamnya terisi sekuntum bunga ros berwarna biru. Aku tersenyum namun seketika senyumanku mati tatkala terlihatkan sebentuk cincin platinum pada tangkai bunga tersebut. cincin dia. ya, sama macam aku punya. aku lantas mengusap cincin yang tersarung di jari manisku. tak pernah aku tanggalkan walaupun seketika. ianya pemberian dari dia.

 

Aku masih hidup dalam bayangan dia.....

 

 

 

 

 

Flashback

Bona  P.O.V.

 

disinilah kali pertama aku terserempak dengan dia. kali pertama yang membuahkan titik perkenalan antara aku dengan dia. Aku yang sememangnya takde kerja nak dilakukan menjejakkan kaki ke tempat kesukaanku. iaitu ke sungai. sungai han. aku berdiri menghadap jambatan disitu dengan harapan aku akan tenang bila pulang nanti. Aku berjalan dan terus berjalan sehinggalah mataku terpacak pada sebatang tubuh yang tertunduk pada bangku berdekatan. ais krim di tangannya juga sudah cair membasahi tangannya. Aku memerhati dari jauh.

kenapa agaknya dengan lelaki tu ek? aku bertanya hairan dan entah kenapa hatiku terdetik ingin melangkah ke arahnya. Laa..tidur rupanya mamat ni. Aku menggaru kepala yang tak gatal dan tanpa aku kawal, tanganku sudah menyentuh bahunya.

 

" err..chogiyeo..chogiyeo.. "(excuse me) aku mengejutnya perlahan dan nampaknya dia tidur lena memandangkan aku yang boleh dikatakan menggoncang habis badannya tidak juga sedar-sedar.

 

tangan naik memicit dahi. peluh juga memainkan peranan merinik ke serata wajah. Aku panik! Macam mana kalau dia ni betul-betul pengsan ataupun MATI!

 

"Yah! bangunlah! bangunlah!" dia masih tak sedarkan diri. Aku memerhati sekeliling sambil tangan menyeluk ke dalam poket mencari henfon. angka 122 terpapar di skrin telefon.

 

"yeoboseyo? kecemasan! sungai han!" aku berkata tanpa memberi operator berkata terlebih dahulu.

 

Aku pandang wajahnya.

 

bertahanlah.. ambulans akan sampai tak lama nanti.

 

entah kenapa aku rasa risau pada orang yang aku lansung tak kenal.

 

 

 

 

 

Asan Medical Centre

 

Aku menunggu di luar wad sebaik sahaja namja tadi selamat dibawa ke hospital. Aku yang tiada kaitan langsung dengan dia terpaksa mengikut sama. Aku duduk di bangku yang telah disediakan sambil mataku meliar melihat persekitaran sekeliling. Aku memejam mata. benci. benci melihat hospital. sejurus memainkan kenangan pahit yang terjadi kepadaku. Aku pernah terlibat kemalangan suatu ketika dulu dan sekaligus mencabut nyawa kedua ibu bapaku. Hospital menjadi saksi aku dibawa ke rumah anak yatim.

 

 

Aku hanya sebatang kara di dunia ini. mempunyai saudara kandung pun tak berguna buat aku apabila mereka hanya nakkan harta peninggalan omma dan appa. Aku dibiarkan keseorangan di rumah anak yatim. Ingin melawat jauh sekali. Namun, lamunanku hanya seketika apabila bilik wad tersebut dibuka dari dalam. Aku angkat wajah memandang doktor berkaca mata di hadapanku. 

 

"Cik..." dia melorotkan kaca mata di hidungnya.

 

"Err...Bona. Macam mana keadaan dia?" Aku bertanya selepas memperkenalkan diri.

 

"Emm.. Cik Bona ni teman rapat si pesakit ke?" ya, soalan itu membuatkan aku membisu seketika sebelum lambat-lambat menganggukkan kepala.

 

"Emm..begini, keadaan pesakit kurang stabil ketika ini, dan saya harap awak dah beritahunya kepada keluarga si pesakit" Aku mendengar dan sekali-sekala aku menganggukkan kepala tanda faham namun sebelum doktor itu beredar aku sempat menahannya dari pergi.

 

"Boleh saya melawat dia?" 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu. wajah pucat bersertakan dengan bibirnya yang putih tak bermaya. Aku melabuhkan punggung dilkerusi bersebelahan dengan katil tersebut.  Sehun. Oh Sehun. mataku terbuntang apabila mengisi borang pesakit sebentar tadi. Oh Sehun? Bukan ke anak kepada Tuan Oh yang mempunyai empayar terkenal tu? Serta-merta aku rasa tidak enak bila mengenangkan dia yang ditempatkan di hospital yang tiada privacy ni. Kalau dia kena culik macam  mana? Orang mesti cari aku, kan? Sebab aku lah orang yang last ada bersama dia. Dengan perasaan yang berbaur, bola mata pen diturunkan mengisi setiap butiran yang ada di atas kertas. 

 

 

 

"Tolong! Omma jangan tinggalkan sehunnie. Sehun perlukan omma. Sehun tiada sesiapa lagi selain omma. Bukan appa. Bukan appa. Dia tak pedulikan sehun. Dia benci sehun!!" 

 

ketika itu terkejut bukan kepalang aku apabila dia tiba-tiba m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chanyeorin61
nmpaknya ff sy ok ek?? xde org komen ponnn... T,T

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 2: sob...sob...sedihnye....T-T
KoJhinhun #2
Chapter 2: :( sedihnya... tapi x nangis lah... x semudah tu nak buat seorang namja menangis (walaupun sebenarnya saya jenis emosional, so mudah nak nangis walaupun x lah mudah sangat). Best cerita ni.. Ingatkan Bona dan Sehun hidup bahagia or sekurang-kurangnya Bona berjaya survive tapi tengok2 Sehun. This is so unexpectable