I Need You

Please Subscribe to read further chapters

Description

"We all have bad days, but one thing is true ; no cloud is so dark that the sun can't shine through" 

Itulah ayat yang sentiasa berada di dalam fikiran Jin. Jika itu benar, kenapa hatinya masih sakit sedangkan perkara itu dah lama berlalu? Ya, gadis kacukan Korea dan China yang bernama Qi Hwa. Gadis biasa yang membuatkannya menjadi gila.

Dapatkan Jin bersama dengan Qi Hwa semula?

"Aku rindukan kau bagai orang gila, Qi Hwa. Kenapa kau tak kembali?"

Foreword

Jin ( Kim Seokjin )

"Kau hanya perempuan biasa tetapi macam mana kau buat aku rasa begini?"

Bukan senang hendak melepaskan seseorang yang kita sayang, apa lagi kepada orang lain. Walaupun untuk masa yang singkat, aku nak sangat bersama dengan kau. Asalkan, aku dapat melihat wajah kau dan kegembiraan kau. Aku rindu kau, Qi Hwa. Perlukah kau ikut Suga? Hanya kerana keluarga kau yang suruh? Kau begitu lemah dan takut untuk melawan kata keluarga kau, sedangkan keluarga kau memang jelas telah pilih lelaki yang salah untuk kau.

 

Qi Hwa ( Park Qi Hwa )

"Kalau dia lelaki ditakdirkan untuk aku, dia tak akan pergi. Tapi, aku yang tinggalkan dia. Kenapa?"

Benar, aku sukakan dia. Tetapi, bukan hak aku untuk tentukan sama ada kau atau lelaki itu untuk jadi pasangan hidupku. Dengan keluargaku, ku cumalah anak patung yang dikongkong oleh keluarga. Aku tak boleh membuat keputusan sendiri. Aku sangat lemah untuk melakukannya dan aku tak mempunyai keberanian yang cukup untuk mencari kebebasan sendiri. Maafkan aku, Kim Seokjin.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet