Saat Segalanya Bermula

I Need You
Please Subscribe to read the full chapter

"Budak baru? Nama saya Jin. Saya ditugaskan untuk menunjukkan kawasan sekolah ini pada awak. Mari ikut saya."  kata Jin.

Jin? Nama yang agak asing bagi aku. Walaupun begitu, dia seorang yang baik. Belum pernah aku jumpa lelaki yang begitu, berbeza sekali dengan keadaan di China. Walaupun dalam masa singkat, hatiku dah mula tertarik untuk mengenali lelaki itu. Dari segi pemakaiannya yang kemas, pasti dia memegang jawatan sebagai ketua pelajar di sini. Ketua pelajar? Dah tentu dia seorang yang pandai.

"Nama awak, Qi Hwa kan? Dari China?"

"Oh, ya nama saya Qi Hwa. Kenapa awak tanya?"

"Awak fasih bahasa Korea. Ibu bapa awak orang Korea kah?"

"Macam mana awak tahu?"

"Saya memang pandai meneka"

Akhirnya, kami mula menjadi janggal. Masing-masing membisu, tak tahu apa yang nak dikatakan. Jadi, Jin menghantarku ke kelas yang sepatutnya ku berada ketika ini. Tak sangka, aku sekelas dengannya. Itu sangat membahagiakan aku walaupun aku baru mengenalinya.

"Annyeonghaseyo, nama saya Qi Hwa dan saya berasal dari China. Selamat berkenalan."

Aku mula memperkenalkan diriku di hadapan pelajar yang sekelas denganku. Kemudian, aku disuruh mengambil tempat di sebelah Nana, diva sekolah. Sekali pandang dia kelihatan sombong dan gedik tetapi apabila aku cuba mendekatinya, dia adalah yang paling peramah. Nana tak mempunyai ramai rakan kerana dia lebih sukakan privasi. Aku rasa bertuah kerana dapat menjadi rakannya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet