last chap

Our Different World

Hana mengeluh kecil seraya membaringkan tubuhnya di atas katil. Bukanlah dia terlalu penat kerana banyak kerja tetapi kerana dirinya ligat memikirkan hal Baekhyun. sejak peristiwa mereka berpelukan, Baekhyun seolah-olah menjauhkan diri daripadanya. Hanya urusan kerja sahaja dapat bertemu dengannya dan itupun hanya sebentar. Bukan itu sahaja yang menghairankannya, Baekhyun juga datang ke rumahnya alasan mahu bertemu dengan Saera. Sungguh hatinya terkilan dengan tindakan Baekhyun. Apakah salahnya sampai dirinya dipinggirkan sebegitu. Mengapa  dia cuba mengelak dirinya daripada aku? Bisik hati kecilnya.

Hana berjalan keluar dari pejabatnya terus menuju ke kereta. Ketika itulah dia terserempak dengan Baekhyun yang berjalan melewatinya tanpa sedikit pun memandang ke arahnya. Hana berkerut pelik sebelum berjalan mendekatinya lalu menepuk perlahan bahu lelaki itu.

“Hoi, kau asal buat tak nampak ah? Sampai hati kaukan.” Ujar Hana sambil wajahnya sengaja dimasamkan. Sengaja dia mahu lihat reaksi sahabatnya.

“Aku banyak kerjalah. Nanti-nanti jelah kita berbual.” Wajah Baekhyun yang kelihatan serius tanpa memandangnya. Hana menggigit bibir melihat Baekhyun pergi.

Baekhyun kenapa kau buat aku macam ini? Akhirnya bayangan bersama Baekhyun dibawa dalam mimpinya.


Kini Saera berada di dalam biliknya sendirian. Pada wajahnya terlihat sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia mengelus rambutnya perlahan sambil memandang cermin.

 “Aku akan bebas daripada semua ini. Aku akan mulakan hidup baru dengan orang yang aku sayang.” Ujar Saera kepada dirinya-sendiri seraya tersenyum meleret.

Sedang Saera menatap dirinya dihadapan cermin, kelibat satu jasad lelaki yang dipantulkan oleh cermin itu membuatkan Saera menoleh ke belakang. Mata Saera terbuka luas apabila melihat lelaki yang dikenalinya.

“Apa yang kau buat dekat sini?” Saera bertanya kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang Saera dengan pandangan yang sedih.

 “Saera, abang sayangkan Saera. Jangan buat abang menderita lagi, sayang.” Lelaki itu bersuara. Wajah lelaki itu tergambar penuh kesedihan.

“Kau.. kau patut mati. Kenapa kau dekat sini? Aku benci kau. Aku dah bunuh kau, tapi kenapa kau ada dekat sini?” ujar Saera lantang dengan pandangan tajam.

 “Tolonglah Saera lepaskan abang.” Ucap lelaki bernada sayu. Saera lantas membaling barang ke arah lelaki itu. Namun sayang balingannya seperti menembusi badan lelaki itu.

 “Kau memang patut mati. Jangan ganggu aku lagi. Aku benci kau.” Saera menekup kepalanya. Ya, dia takut orang akan tahu tentang rahsia yang telah disimpan.

Seorang wanita tua sedang yang berpakaian serba hitam terkumat-kamit mulutnya tanpa diketahui maksudnya. Wanita tua itu sedikit sebanyak menggerunkan dirinya. Namun pantas ditepis perasaan takutnya. Ya, demi wang dia sanggup melakukan apa sahaja. Wanita tua tersebut memandang Saera dengan renungan tajam.

“Apa yang kau nak wahai anak muda?” Wanita tua itu bertanya. Saera lantas mengeluarkan sekeping gambar milik wajah seorang lelaki dan menghulurkannya kepada wanita tua tersebut.

“Saya dengar tok boleh jampi orang. Jadi saya nak orang dalam gambar ini tunduk dengan saya supaya dia kahwin dengan saya.” Ujar Saera.

Wanita tua itu mengangguk sebelum memulakan tugasnya. Hana tersenyum puas. Akhirnya impian untuk menjadi isteri kepada lelaki itu akan berjaya. Niatnya ingin berkahwin bukanlah kerana mencintai lelaki itu, tetapi lebih mendambakan kekayaan lelaki itu. Cinta? Tidak pernah dalam istilahnya untuk mencintai lelaki seperti Kim Jonghyun. Lelaki itu bukan citarasanya.


Empat Tahun Kemudian

Saera mengerang kesakitan akibat tergelincir  lantai di ruang tamunya.

“Hoi!” Saera menjerit kuat sehingga mengejutkan Kim daripada tidur. Kim Jonghyun yang tidur di bilik lantas bangun daripada katil dan menuju ke arah Saera.

“Kenapa awak?” tanya Kim dengan cemas.

“Kau memang nak aku mati ke? Kau buat kerja betul-betullah. Lantai ini licin tahu tak.” Teriak Saera seraya bangun sambil memegang pinggangnya.

 “Abang minta maaf. Abang tak tahu pula akan jadi macam ini.” Kim Jonghyun bersuara perlahan. Dia cuba memegang Saera namun Saaera pantas menepis tangan suaminya daripada menyentuhnya.

“Don’t you dare to touch me. Kau mop balik semula.” Ujar Saera seraya menolak bahu suaminya.

Kim hanya menurut arahan Saera tanpa membantah. Saera tersenyum sini melihat suaminya begitu. Mana mungkin suaminya akan membantah jika racun bomoh yang diberinya boleh menundukkan suaminya. Kim Jonghyun datang dengan membawa baldi yang diisi dengan mop di dalamnya. Dia hanya melihat suaminya melakukan kerja mengemop tanpa rasa ingin membantu.


 “Kau pergi mana tadi?” ujar Saera sambil merenung tajam ke arah suaminya.

Kim Jonghyun yang baru pulang tersentak apabila Saera menegurnya. Kelihatan air mata basah jatuh di pipi lelaki itu.

“Saya uruskan pengebumian parent saya.” Ujar Kim bersuara serak basah. Hana menahan senyum apabila mendengar khabar daripada mulut lelaki itu. Mana mungkin dia tidak gembira, rancangannya untuk membunuh keluarga mertuanya akhirnya berjaya. Memang tak sia-sia dia mengupah pemandu lori untuk membunuh mereka.

 “Kau tak payah nangis sangatlah. Kalau dah ajal, apa boleh buatkan. Bukannya kau boleh hidupkan diorang balik pun.”Hana tersenyum sinis.

Hana terjaga dari tidur apabila mendengar sesuatu. Pada mulanya dia cuma menganggap itu sebagai mainan perasaan namun sangkaanya salah. Lagi sekali bunyi seperti kaca yang pecah menyebabkan matanya terbuka luas. Hana lantas bangun dari katil dan keluar dari biliknya. Telinga menangkap suara orang yang bukan datang dari dapur tetapi dari bilik Saera. Perlahan-lahan kakinya memijak lantai supaya telinganya dapat mendengar lagi suara itu. Memang tepat sekali jangkaannya, suara itu memang milik Saera. Dia menekapkan telinganya di muka pintu cuba mendengar suara gadis itu lagi.

“Kau pergi! Aku tak nak tengok muka kau. Kau patutnya mati. Aku dah lama bunuh kau.” Mata Hana membulat seraya dia menekup mulutnya sendiri. Dia tidak salah dengar? Perasaan gementar dan takut mula bercampur. Tangannya memulas tombol pintu bilik gadis itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati Saera bercakap seorang diri. Saera yang perasan dirinya diperhatikan lantas menoleh ke arah pintu.

“Kau?” Saera merenung tajam ke arahnya.

Hana terkejut lalu berlari menuju ke bilik mencapai telefon yang berada di atas katil. Hana cuba menelefon Baekhyun namun telefon lelaki itu tidak berangkat. Tolonglah! Hana menggigil ketakutan.

“Kau nak lari mana?” Saera yang berdiri di belakangnya lalu rambut Hana direntap olehnya. Hana cuba melepaskan dirinya namun gadis itu tidak berdaya melawan Saera.

“Kau gila!” Saera hanya tertawa mendengar herdikan Hana.

 “Aku dah dengar semuanya! Kenapa kau bunuh suami kau sendiri? Kau memang gila!” Hana menjerit kuat.

“Aku tak sengaja bunuh dia. Dia yang bodoh. Dia memang patut mati dari dulu lagi.”

Saera merenung tajam ke arah suaminya sebelum anak matanya jatuh ke arah dress labuh berwarna pink yang berlubang akibat dibiarkan lama di bawah seterika panas. Dress yang baru dibelinya ditatap sayu sebelum mengalihkan semula pandangannya ke arah suaminya.

“Bodohlah kau ini! Kau tahu tak, mahal baju ini. Kau boleh rosakkan baju aku.” Saera menegking kuat sambil tangannya menolak kuat kepala suaminya. Kim Jonghyun hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya. Dipandang isterinya pun tidak apatah lagi memarahi Saera.

“Jawablah!” Saera menempelak suaminya seraya ditolaknya bahu lelaki itu. Namun lelaki itu masih diam membisu, barangkali ketakutan melihat isterinya.

Saera mencebik geram sebelum matanya tertancap pada seterika di sebelah lelaki itu. Saera yang hilang sabar terus mengambil seterika yang panas terus ditekapnya ke arah wajah lelaki itu.

“Argh… sakit!” Kim Jonghyun menjerit kesakitan akan tetapi Saera tidak mengendahkannya. Hatinya masih tidak belum puas jika lelaki itu tidak diajar secukupnya. Nafsu amarah bergelodak dalam jiwanya lantas badan lelaki itu menjadi sasarannya. Dihentak berkali-kali sehingga darah pekat memercik keluar dari badan Kim Jonghyun.

Saera yang baru tersedar daripada perbuatannya. Dia melepaskan seterika di lantai lalu cuba menolak-nolak bahu lelaki itu.

“Hoi, bangunlah!” Namun tiada reaksi daripada jasad yang tidak bernyawa itu.

“Tak! Aku tak bunuh kau. Aku tak bunuh orang.” Saera pantas bangun dan menuju ke luar pintu. Dia perlu lari dari situ.


“Lepaskan aku!” Hana merayu. Dia berdiri di pintu dapur rumahnya. Kini dia tersepit untuk melepaskan diri. Peluh yang merinik di dahinya semakin banyak akibat takut. Baekhyun aku minta tolong pada kau Baekhyun, datanglah Baekhyun. Hana merintih berharap sesuatu keajaiban supaya dirinya terselamat.

“Hahahaaha… Kau dah tak boleh nak lari lagi dah. Jangan risau, aku akan bunuh kau macam mana aku bunuh suami aku.”

 “Saera hentikan semua ini.” Hana memejam mata.

Terasa sesuatu yang tajam menerobos masuk di dalam badannya membuatkan dia jatuh menyebam ke lantai. Air mata jernih mengalir kerana sakit yang amat. Hana tercungap-cungap bagai tidak cukup nafas, memegang pisau yang menusuk di badannya. Darah pekat mengalir keluar dengan banyak sehingga darah jatuh ke lantai.

Samar-samar penglihatannya melihat wajah Saera yang sedang tersenyum kepuasan.


Baekhyun tersadar dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap bagai kekurangan oksigen di dalam badannya. Peluh yang menitik di dahinya dikesat perlahan. Mimpi aneh itu, membuatkan dia terjaga. Kenapa Hana menangis meminta pertolongan kepadanya? Sungguh mimpi itu membuatkan dia khuatir terhadap gadis itu.

Lantas dia mengambil telefon di atas mejanya. Lima panggilan yang sengaja tidak dijawabnya ditenung resah. Memang pada mulanya, dia sengaja berbuat begitu untuk menjauhkan dirinya daripada Hana. Tapi sekarang, mengapa dia sebersalah dan risau tentang gadis itu? Adakah gadis itu betul-betul dalam bahaya?

Baekhyun lantas mengambil keputusan keluar daripada pejabatnya untuk menjenguk Hana. Baekhyun cuba mendail nombor telefon Hana namun tidak diangkat oleh gadis itu. Baekhyun memandu agak laju supaya cepat sampai ke destinasi. Sebaik sahaja, Baekhyun tiba di rumah Hana dia terus mengetuk pintu berulang kali namun bayang Hana ataupun Saera tidak kelihatan. Baekhyun sengaja memulas tombol pintu rumah Hana. Tak disangkanya, pintu tidak berkunci.

“Hana?” Tiada suara yang menyahut panggilannya membuatkan dahinya berkerut kerana pelik. Lantas dia mengagahkan diri ke dapur. 

"Hana!" Baekhyun yang terkejut terus berlari menuju ke arah Hana yang sedang terbaring dengan berlumuran darah di lantai. Dia mengankat kepala gadis itu lalu diletakkannya di atas pahanya. 

 “Hana… Bangun Hana! Saera mana?” Hana yang separuh sedar menggeleng lemah. Dahinya berkerut menahan kesakitan sebelum perlahan matanya tertutup.

Baekhyun lantas menggendong Hana untuk dibawa ke dalam kereta.

“Please,kau bertahan ya.” Ujar Baekhyun kepada Hana walaupun dia tahu Hana mungkin tidak mendengarnya.

Baekhyun menekan laju pedal kereta supaya cepat sampai ke hospital. Dia menangis dalam sendunya melihat Hana keadaan Hana sebegitu. Rasa menyesal dalam dirinya apabila dia terlalu bodoh tidak menjawab panggilan Hana. 


Beberapa tahun kemudian…

“Aku menyesal kerana tidak memberi kau peluang untuk mencintai aku.” Baekhyun memeluk tubuh sambil menyaksikan laut biru yang berombak.

Dia menghirup udara dengan matanya tertutup. Hatinya mula sebak apabila memikirkan Hana. Sudah bertahun lamanya Hana meninggalkan dunia ini, namun cintanya terhadap Hana tidak pernah hilang. Ya, dia terlalu lambat untuk menyedari cintanya terhadap Hana. Dia lantas mengeluarkan mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Gambar Hana ditatap lama sebelum memeluk erat kepingan gambar itu. Aku berharap yang aku memeluk kau Hana. Kenapa selama ini dia tidak pernah menyedari perasaan Hana terhadapnya. Surat cinta yang Hana diberinya direnungnya. Selama ini dia tidak sedar Hanalah merupakan peminatnya dalam diam. Hatinya sudah ditutup buat Hana kerana simpatinya terhadap Park Saera. Ya, Park Saera telah dihantar ke penjara dan akan dihadapkan hukuman mati atas kesalahan membunuh suaminya dan juga...Hana. Baekhyun menyeluk kocek lalu dikeluarkannya kertas yang berlipat. Surat yang berbentuk luahan dibacanya sekali lagi. 

'Sesungguhnya aku berharap agar dibukakan hatinya untuk diriku. Mengharapkan dia sedar akan kewujudan diriku. Gelaran ‘kawan’ bukan itu yang kumahu. Jika dia tahu bahawa sebenarnya aku adalah stalker yang selama ini dibencinya apakah wujud lagi perasaan sayang dirinya terhadap aku atau perasaan itu sudah bertukar menjadi benci. Adakah aku bodoh menghantar surat-surat cinta kepadanya tetapi tidak pernah sekalipun dibalasnya. Sungguh Tuhan hatiku menangis setiap kali dia bersama orang lain. Aku berharap suatu keajaiban bila dia mencintai diriku….'

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
saya harap awak akan berikan comment....

Comments

You must be logged in to comment
chacha_ieyra
#1
ah...me pnh baca cite ni..lama dh..hehehehexD..
nursyamimivip
#2
Chapter 5: cerita ni sedih T^T good job authornim!
parkyura98
#3
Chapter 5: so sad...T-T
choco_chim
#4
Chapter 5: i'm crying.....
DarlingLove
#5
Chapter 5: sad ending... T︵T
but cerita kau mmg daebak!!! ^^
amiramuliyadi
#6
Chapter 5: Sedihlah cerita InI Amy... Kenapa citer ini Agak tergantung? Saera I should kill her... Evil laugh..