{ FF } Apabila Gadis Bernama Somi Berpindah ke 1004 High School! (ONESHOT)

Memories of 1004.
Please Subscribe to read the full chapter

Fuh fuh nervousnya rasa! Harini first day aku masuk sekolah. 28 Februari 2016. Hari first? Hah mesti korang semua pelik kan. Kalau nak tahu, harini first day aku masuk sekolah baru. Wehu! Sebab kenapa aku pindah? Sekolah lama tu bosan gila nak mampos! Sebab aku akan mulakan high school aku, 1st year pulak tu. Better aku bersekolah dekat tempat yang lagi menarik kan? Bulan lepas, aku cari la sekolah mana yang dengarnya best, sesuai untuk budak kaki have fun macam aku ni pergi. So, dengan hanya satu click di jari, aku dibawa ke laman web satu sekolah ni.

“1004 Angel High School”

Wow! Nama dia!  menusuk segala lubang2 dalam badan aku. Peh, menarik betul kan? Okay, aku tahu aku over sekarang ni, tapi betul bro! Percayalah. Baca punya baca pasal web tu, terus nafsu aku berkobar kobar untuk pindah ke sekolah ni. Kau semua tahu awat? Macam macam rumour mengatakan, sekolah ni sekolah paling best! Aku pun taktahu apa yang bestnya, tapi dari mulut orang, diorang semua kata sekolah tu legend, ramai betul couple lahir dari sekolah tu, cikgu cikgu semua pun sporting nak mati. Huh, goodbye sekolah lama, hai sekolah baru!

Hah. Macam tu lah ceritanya macam mana aku berhasrat untuk pindah ke sekolah ni. Ok sekarang, aku berada di hadapan sekolah yang dikatakan “legend” tu. Terbau terhidu tertusuk bau “fun” dia, walaupun aku baru je bertapak di hadapan sekolah. Oh ya! Aku tak kenalkan lagi ek siapa aku? Ehem batuk batuk, mainkan lagu dramatik sikit woi! Dudumm dum dum.. Nama? Nama aku Jeon Somi. Aku ni kacuk matsaleh, kalau korang nak tahu lah, nama matsaleh pulak Ennik Douma. 1st Year high school, macam aku katakan tadi. Aku betul-betul expect yang terbaik dari sekolah ni!

BUK! Aduhhhhh! Siapa yang berlari lari, sampai langgar aku ni ?! Buat hilang mood ah! Mata letak mana woii?!

“WOI! MATA MANA?!” Setelah sekian lama mendiam, ala tak lama pun, 0.0001 saat je. Dan, aku pun bersuara.

“Alamak! Sorrrryyyyyy! Maaf maaf! Saya tak sengaja, harini excited sangat nak pergi sekolah, hahahaha!” kata milik suara orang yang melanggar tadi. Aku pandang ke atas dengan pandangan tajam, setajam hujung rambut hagemaru. Aku pandang sekilas pada name-tag yang tertera di baju uniformnya. ‘Jung Eunji’

“Pheww. Kk takpelah. Sebab kau sopan, aku maafkan.” Kata aku dengan penuh fabulousnya, sambil membuat hair flips menawan.

“Eh, muka kau nampak baru kat sekolah ni, aku tak pernah nampak kau? Budak baru ke?” soal gadis yang berambut ponytail itu.

“Ohhh haa, ha’ah. 1st year” jawabku selamba.

Tiba- tiba, BUK! lagi sekali..

“HOI! Aku ni sunbae kau! Hormat sikit k!” jerkah ‘kakak’ di hadapan aku ni. Waduh, gawat sih! Buat malu aku je, dah lah first day. Iskk. Mintak maaf ajelah, tak takpe Somi, pride kau tak jatuh pun.

“uhmm. Ma-maaf sunbae-nim. Janji tak buat lagi hehehe.” Secara automatic, aegyo aku keluar, sambil menunduk-nundukkan kepala. Dia menjeling, terus berlalu pergi. Alah, patut tak eh aku mintak tolong dia tunjukkan jalan ke bilik guru? Ke aku nak terjah je? Hmmm macam mana ni? K ah. Aku ni redho orangnya, aku terjah. Jalan punya jalan menuju dalam sekolah. Ah! Aku buntu. Mana pulak letaknya bilik guru dalam sekolah ni? Ni sekolah ke hotel? Ape besar sangat?! Aku dah mula dah, membebel keseorangan dalam kepala. Tak dapat nak buat apa dah ni, kena jugak tanya orang. Aku menjeling kearah jam tangan, dah pukul 8 pagi. Hadui! Lambatlah ke kelas. Tanpa berlengah masa, aku bertanya ke orang terdekat. Hah! Ada mangsa.

Aku meninjau ke arah seseorang yang bernama Kim Nari. Macam mana aku tahu? Tengok nametag lah, halah noob! Aku menyapa bahunya perlahan,

“Hai awak yang cantik manis, boleh mintak tolong tunjukkan saya jalan ke hati awak- eh tak. Maksud saya, ke bilik guru. heeee” ibu pesan, nak mintak bantuan kene sopan, dan manis bicara. Tapi aku taktahu pulak mana datangnya pickupline ni. Hm.

“Eh, pelajar baru eh? Amboi sempat lagi engkau nak ber-pickup kat sini. Ha meh. Kelas apa by the way?” Tanya si pemilik badan bernama Nari ni. Amboi, bukan main diva cara dia aku tengok. Soon to be Dato Vida lah kot. Eh?

“Ha ye, obviously, muka baru kan. Hehe, 1st grade. Tapi taktahu kelas kak, dah namanya budak baru, nak jumpa cikgu sebab nak tanya mana kelas la. Haha” Kata aku dengan penuh awkward, maklumlah ditanya soalan tak logic mcmtu, eh boleh fikir kot? Okay, hashtag aku tahu aku savage. Cuma tak mampu suara kan je. Maklumlah, takut kena kecam.

So, kitorang dua pun menuju ke bilik guru. Sepanjang aku jalan ke sana, aku nampak lah kenapa orang kata sekolah ni best. Bangunan pun nampak canggih, dibuka and dibina awal 00-an mungkin? Ni aku tak sabar ni wohoi!

Setiba di dalam bilik guru, seorang lelaki di pertengahan 40-an melambai-lambai ke arah ku. Oh, cikgu kelas aku mungkin? Senang betul dia kenal muka aku, dengan sekeping gambar IC je hoho. Dah lama tunggu lettew, maaf la buat cikgu tunggu ye.

“Uhm, thanks, Nari, sunbae?” senyum manis aku lemparkan ke muka akak manis tu. Dia hanya tergelak gedik, dan berlalu keluar. Alahai manisnya, berdebor hati ni. Eh Somi- kau bukan lesbian okay, sedar sedar!

 

“Jeon Somi, awak kan?” Tanya lelaki berbotak tengah, yang dikenali sebagai Cikgu Kim, nama penuh Kim Nan Gil. Botak dia mengingatkan aku dekat satu produk pakcik aku ni. Nama dia Jang Donghyun, tinggal jauh kat Busan sana. Setahu aku, dia ada jual produk untuk tumbuhkan rambut yang botak. Uish, kalau aku promot produk tu dekat dia, mahu aku jadi anak emas dia kan? Berangan banyak dah ni. Soalan cikgu tu akhirnya menyentakkan aku dari lamunan tadi.

“Oh, ye saya!” kata ku penuh teruja, dengan menunjukkan name-tag di uniform baju. Jangan lupa sekali senyuman lebar, selebar kepala botak cikgu ni. Oops-

“saya tempatkan awak di kelas 1-2 1st grade. Ok jom, ikut saya.” Kata cikgu Kim, dengan rotan ditangan nya. Fuh ala ala cikgu disiplin je ni? Seram pulak aku. Tanpa teragak sekalipun, aku mengikut belakangnya.

Akhirnya… sampai jugak dekat kelas baru. Nervous beb!

Satu satu langkah aku ambil, dan akhirnya aku berada di hadapan classmate classmate baru. Wow! Bercahaya betul muka masing masing. Lepas dengar cikgu suruh aku kenalkan diri, aku pun mulalah sesi perkenalkan diri.

“Hai semua, nama aku Jeon Somi. Kalau korang wonder kenapa muka aku macam matsaleh, hah bagus korang curious tu. Aku kacukan, nama english pulak Ennik Douma. So ikut korang lah mana nak panggil. Aku ni terima je apa-apa panggilan, janji tak buruk. Hmm tu jelah kot?  Ada soalan?”

“Dulu sekolah mana?”

“Cheongdamdong High School. Tapi sekolah tu bosan, so aku pindah. Ade lagi soalan?”

“ADE PAKWE TAK?” opocot. Terkejut akak! Ape garau suara orang belakang tu.

“Hm belum, baru Form 4, nak fokus belajar dulu. Lagipun kau bukan taste aku. Sorry” Ada hati nak ngorat aku. Dah la gemok, suara macam monster. Bye bye je ah. Huh.

“Dah tu je kan?” Soal cikgu Kim.

“YAAA” Kata satu kelas. Habis lah aku kene soal lepas cikgu keluar, tengok muka teruja masing-masing pun dah tahu. Nak jadikan aku geng gossip lah tu. Tapi takpe, aku berbesar hati je terima.

“Awak boleh duduk sebelah Choi Yoojung sana tu.” Kata cikgu Kim sambil memuncungkan bibirnya. Halah cikgu ni tunjuk lah, mane pulak orang nama yoojung? Kene pulak ke aku usha name-tag sorang sorang?

“Sini!” Jerit seseorang. Yoojung lah tu. Eh comelnye budak ni. Kecik pendek je. Boleh gak jadi bahdan ejek aku lepasni.

Tanpa membuang masa mahupun tenaga berdiri macam dungu dekat depan kelas tu, aku terus duduk di tempat duduk baharu aku. Peh! Udara lain, suasana lain!

“HAII!!” jerit orang sebelah. Yoojung namanya. Ohoit! Ingat aku pekak ke?

“Eh hai, just nak bagitahu kau, aku tak pekak lagi hehe.” Jawab aku.

“Halah kau ilek la. Aku excited tahu tak dapat seatmate baru. Dah sebulan tempat duduk ni kosong. Apak pisang ile!” Sambung gadis kenit cenonet ni. Menarik dia ni. Patut aku jadikan dia geng gila gila aku.

“Oh, sama sama. Tahu kau maksud kan terima kasih. Haha” gurau aku. Dah dapat team baru, lek macam kawan lama lah kan?

“So, kau nak rehat dengan aku kejap lagi? Kau kan budak baru, so mana kau ada kawan. Jom ah.” Ajak Yoojung, sambil didengari oleh dua orang pelajar perempuan di depan aku ni.

“JOM!” sambung mereka berdua. Aku pandang pelik kat dua orang ni. Kembar ke apa? Usha name-tag, sorang nama ‘Cheng Xiao’, yang sorang lagi nama ‘Shin Yoonjo’

“Eh korang dua ni kembar ke?” aku tanya, well curious punya pasal.

“Takdelah! Tapi dah biasa dengar tu. Mungkin muka je kot sama. Tapi benda lain semua completely lain. Jawab salah seorang dari mereka, Xiao? Tu ke aku patut panggil? Hm entahla nak.

“Aku nak kenal dengan semua budak kelas dalam ni. Guide aku please.” Bukan selalu kan? Nak kenal kenal macamni, eratkan silaturrahim. Tapi, niat aku terus terbantut. Cikgu dah masuk pulak. K lah. Aku belajar Maths dulu. Gerak lu pape rojer.

 

Waktu rehat

Aku harini, walaupun first day tapi dah rasa macam ada geng do. Kiri kanan dah ada member, kau ada? Takde kan? Yelah kau tu potato je. Duduk depan komputer, buang masa tak buat apa. Ok gurau je. Jangan ambil hati. So dah namanya waktu rehat, kitorang semua pergi rehat lah kat kantin. Canggih sekolah ni. Kau disediakan kad ID, halakan je dekat ape benda entah nama dia mesin tu, halakan je kad kau, kau dibenarkan ambil makanan. Hah makan lah sepuas hati kau. Cakap pasal puas, aku memang puas hati betul dengan sekolah ni. Dah lah besar, sanggih pulak tu. Bersih lagi. Bagus makcik cleaner dia. Then, kitorang decide untuk duduk di tengah-tengah alam, di kantin ni. Aku nak perhatikan orang, nak dengar, betul ke rumours pasal kisah ‘cinta’ lagend yang dikatakan dalam sekolah ni? Apa lagi, kaki gossip 1,  kaki gossip 2, kaki gossip 3 dah ada kiri kanan. Aku pun decide nak tanya.

“Geng, ceritakan aku pasal rumours ‘love story’ yang hangat diperkatakan dekat sekolah ni?” Aku mulakan gossip hangat mak jemah meja tengah dalam kantin. Kesah ape orang curi dengar kan.

PAK! Kedengaran Yoojung yang mengetuk meja, menunjukkan rasa excited yang tak terhingganya.

“Bro! kau ni rileks lah sikit. Aku tahu nafsu kau berkobar-kobar nak bergossip, tapi jangan bising sangat.” Aku menepuk tangan Yoojung perlahan, bagi sedar sikit dia ni. Bising pulak, nak ingatkan orang tapi sama je. Xiao dengan Yoonjo dah sedia telinga dah tu. Mulut pun nampak dah start enjin dia. Fuh, aku teruja!

“Ok ok first, aku nak kau tengok meja tu. Kau nampak tak ade muka akak akak kat meja belah sana tu? Yang sorang rambut perang-cekelet, lepastu hitam tu, sorang panjang sorang pendek. Nampak tak nampak tak? Ada 3 perempuan, 2 lelaki. Geng-geng tulah Kingka and Queenka legend kat sekolah ni!” Yoojung menghalakan jari telunjuk kearah segelintir geng geng yang sedang asyik berborak, serupa macam lupa dunia pun ada jugak gelak dia, lagi lagi yang rambut perang-cekelet tu. Wow!

“Ok aku nampak, kau takyah ulang, aku tak buta lagi. So whats about them?” Tanya aku penuh nafsu teruja dalam diri. Telinga dah sedia bukak besar, mata dah sedia terbuka besar.

“Ok. Kau dengar baik2. Aku cerita sorang demi sorang. Disebabkan aku dah dekat sekolah awal dari kau, aku dah tahu banyak jugak lah pasal sekolah ni. Lagi lagi gossip pasal dorang. First, kau nampak sunbae rambut perang-cekelet-kuning tu? Kitorang gelar dia ‘National Senior Unnie’ sebab dia queenka, afterall. Huhu. Pasal dia.. huh. Aku sedih betul! Kau nampak dia gelak sekuat, sebesar tu. Tapi kalau kau nak tahulah, dia tu FA. Forever Alone. Nama dia, Song Junhee. Tapi debab dia hotstuff, orang panggil dia Alice atau nama kampung, Esah. Duduk Busan dulu. Dia tu ada pakwe, peh, hensem gila pakwe dia kau tahu? Hanbin nama dia. Kitorang gelar dia jejaka korea no.1. Dah lah hebat bergaduh, sweet talker pulak tu. Tapi sebenarnya, dia samseng. Dah 3 bulan tak datang sekolah tahu. Ape kene pun taktahu lah, malas sangat nak pergi sekolah lah tu. Tapi, apa yang penting. Kisah cinta dia orang. Walawei! Sweet weh. Masetu.. tak silap aku masa tu, tahun lepas lah kot? Aku dengar dari sunbae lain. Malam tu. Alice sunbae kena ugut dengan satu group thug ni au! Aku taktahu lah pulak ape dia nak, or hubungan dia dengan Alice sunbae, tapi dengarnya, thug tu musuh kepada geng geng Hanbin la. Masa dalam Alice sunbae nak kena pukul, Hanbin sunbae datang and kalah kan semua geng geng samseng tu. Walaweiiii gempak ile dia gaduh tumbuk tumbuk. Lepastu, dorang nampak Alice sunbae peluk Hanbin sunbae. Macam dalam drama beb! Lepastu dapatlah tahu rupanya dorang ni dah couple. Le-“

Aku potong. Cerita macam tak masuk akal, direka. Siapa pulak cerita? Mana datangnya scene tumbuk-tumbuk tu? Yoojung ni high dengan drama korea ke cemana?

“Jap, kau cerita ni, macam mana kau dapat ceritakan situasi tu dengan penuh detail doh? Kau ada hantar hantu kat sana ke macam mana?”

“Alah gelabah la kau Somi. Ade orang rakam! Lepastu footage tu, dia upload dekat laman web sekolah ni. Apa lgi, memang jadi viral satu sekolah la masatu! Hebat ileeeeeeeee” Yoojung menepuk tangan dengan penuh teruja. Aku tengok

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-swagsyub #1
Chapter 9: alaaaa- rindunya time jadi doktor seol dulu. ;;
Faraakim
#2
;---; miss
SaranghaeJiSica
#3
Chapter 36: nak ckp rindu leh tak
mingyuisyourdaddy
#4
Chapter 10: weh , ter-datang pulak kat sini , tipu lah kalau aku kata aku tak rindu korang semua tak rindu kenangan kita semua . idk if members still ingat aku , byun mina. maybe yang members lama still ingat lah kot . aku ucapkan tahniah kat angel sebab dah lama menapak kat fb ni and i wish you all good luck . kirim salam kat semua tau !
Kwon_Dongho #5
Chapter 42: aq rindu komen merapu admin huhu
fluffyichigo
#6
Chapter 39: pergh aku baru baca ff ni mmg superb
xxsnowflakesxx #7
Chapter 9: duh- rindunya kenangan ni xD

- seol yg tlg mina bersalin tu lmao -
syakirah_30 #8
Chapter 17: bila nak belanja asam boi???
fluffyichigo
#9
Chapter 12: lawak sobs rindu angel lama orz
AinhoAirin
#10
Chapter 17: Sobs rindu gila kat semua