-He coming- ONE

Dream

Hana masuk ke kelas dan mengambil tempatnya.Dia termenung memandang luar tingkap. Dia masih memikirkan tentang rantai pemberian appanya.

'Kamu kena jaga rantai ini macam kamu jaga nyawa kamu. Bila sampai masanya, kamu akan tahu keistimewaan rantai itu. Anggap saja yang rantai itu harta termahal yang pernah appa beri kepada kamu.Jangan risau, selepas ayah tiada, akan ada orang yang akan melindungi kamu. Ia akan bercahaya apabila tiba masanya. ' Kata-kata appanya tergiang-giang di telinganya.

Apa maksud appa?Ade orang akan lindungi aku? Bercahaya? 

Air mata yang jatuh di pipinya dikesat lembut. Dia rindu appanya.Dia taknak orang lain melindunginya. Dia hanya mahu Appa yang melindunginya. 

Jungkook memandang Hana dari belakang. 'Aku paling tak suka tengok muka kau macam tu.' Hana  memusingkan kepalanya. Matanya menangkap mata Jungkook yang sedang memandangnya. Hana mengalihkan matanya. 'Dia pandang aku ke?'

Jungkook melarikan matanya. Dia membuat isyarat kepada Taehyung yang melayan peminat-peminatnya untuk keluar daripada kelas. Taehyung membuat signal 'ok'.

Mereka menuju ke kelas sebelah yang merupakan kelas Jin,J-Hope,Jimin dan Rap Monster. Jungkook membuat signal kepada mereka. Mereka hanya tersenyum. Nampaknya mereka perlu menempatkan nama mereka yamg canti nie di bilik disiplin lagi.

"Apasal kau ajak aku ponteng time-time nie?" Jimin mendengus geram. "Kenapa kau nak belajar ke? Ke kau nak usya awek yang baru pindah tu?" Jin membuat kesimpulan bernasnya.

Tak mungkin Park Jimin yang terkenal dengan kemalasan tahap pelanginya di kelasnya mahu belajar. Terbalik dunia ni kalau dia duduk di kelas semata-mata nak dengar cikgu Kwangsoo membebel pasal politik+ percintaannya masa remajanya.

Jimin menekup mulut Jin. "Kau diam la! tak pasal-pasal pecah rahsia aku." Yang lain hanya tersengih memandang dua orang yang bergaduh manja. 

Muka mereka berubah apabila ternampak Geng EXO  yang berada di hadapan mereka. Geng BTS berhenti bergurau. Mereka memandang EXO yang sedang menghalang laluan mereka. Geng EXO hanya memembuat muka sinis mereka. 

"Wah! Pelajar harapan sekolah pun ada masa nak ponteng kelas kan?" Jungkook menyindir sambil memandang musuh mereka satu persatu. "Hmm..apa kurang dengan pelajar yang menghancurkan harapan sekolah. Apasal korang tak berhenti je sekolah? Tak payah susah-susah ponteng kelas." Sinis Xiumin menyindir.

Jungkook memandang Xiumin tajam. Xiumin membalas pandangan Jungkook. Yang lain hanya memandang dengan penuh minat. Mereka tahu pergaduhan akan bermula bila-bila masa. Jungkook memegang kolar Xiumin yang masih tersenyum sinis. 

"Kau nak buat apa? Nak tumbuk? tampar? Kau nak buat impian kiteorang nak kau keluar dari sekolah nie tercapai ke?" Jungkook mendengus. Dia faham maksud Xiumin. Banyak guru yang sedang memerhatikanya kerana kelakuannya.

Ibu bapanya orang yang berpengaruh. Mereka tidak mahu dia terlibat dengan pergaduhan di sekolah. Kalau tidak dia terpaksa berpindah ke sekolah private yang diingini ibu bapanya dari dulu. Tak! Dia tak sanggup tinggalkan budak perempuan itu seorang diri. 

Jungkook melepaskan gengaman di kolar baju Xiumin. "Ok. Kita jumpa lepas sekolah. Tu pun kalau korang berani la." Jungkook menghulurkan tangannya tanda bersetuju. Xiumin memandang gengnya yang mengangguk setuju. Xiumin menyambut salam Jungkook.

"Deal" Jungkook mengenggam erat tangan Xiumin sehingga merah dan menampakkan uratnya. Xiumin masih lagi bermuka selamba. Sikit pun tak terkesan dengan tindakan Jungkook.

Taehyung sekali imbas terpandang simbol yang bercahaya tersorok di sebalik lengan baju Xiumin yang terselak sedikit.Tak mungkin! Tak mungkin mereka. Taehyung cuba mencari simbol itu di tangan Xiumin. Tak ada! Dia pasti yang dia nampak simbol di tangan Xiumin.

Sehun memandang Taehyung yang masih tertanya-tanya. 'Takkan la dia nampak simbol tu?' Sehun mengisyaratkan gengnya supaya beredar. Dia tak mahu orang lain tahu tentang simbol mereka.   Geng EXO beredar tanpa banyak bertanya. Suho memandang Sehun yang masih memikirkan sesuatu. 'Kenapa dengan Sehun?'


Sorry..short update..watak Luhan tak muncul lagi..sorry again// meraung// i will update soon *bow*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Farah992 #1
Chapter 3: update cepat ya,, author-nim ... XDD