-He Coming- TWO

Dream

Ahli BTS masih menunggu ahli EXO. Sudah dua jam mereka menunggu di bawah jambatan terbiar tapi masih tidak nampak kelibat musuh mereka. "Apasal diorang tak datang lagi nie? Dekat sekolah bajet kuat..ajak jumpa kat luar terus cuak.." Rap monster menyindir. Matanya menangkap Taehyung yang termenung memandang ke langit.

     "Kau kenapa? Dari sekolah tadi, kau asyik termenung jer.." Jimin bertanya kepada Taehyung sebelum sempat Rap Monster bertanya. Semua ahli Bts yang lain memandang Taehyung yang masih lagi termenung.

Taehyung mengeluh kecil."Aku rasa pelik la.." Yang lain berkerut mendengar kata-kata Taehyung. "Pelik kenapa?" Jin bertanya. 

"Pasal geng EXO.. korang tak perasan ke?" Taehyung memandang satu persatu ahli gengnya. "Setiap kali kita jumpa dengan geng EXO, mesti kita punya simbol bercahaya." Ahli BTS tersentak mendengar kata-kata Taehyung. "Mungkin sebab diorang tu musuh kita. "J-Hope berkata untuk menyedapkan hati mereka.

"Aku harap pun macam tu" Taehyung memandang simbol helang di tangannya.


"Sehun, apasal kau tak kasi kiteorang jumpa geng BTS..nanti mula lah yang diorang fikir yang kita nie pengecut, pengcuak la semua peng la.." Baekhyun memprotes. Ada ke patut Sehun mengikat mereka dengan tali semata-mata tidak mahu mereka berjumpa dengan geng BTS. Sehun hanya memandang kawan-kawannya yang masih terikat. 

"Wei..Sehun kau tak sayang aku yang hensem nie ke? kalau peminat aku nampak mesti diorang bunuh kau. Kalau kau taknak kena bunuh baik kau bukak ikatan nie..aku cuba nak selamatkan kau nie." Chanyeol membuat muka kesian. Mana taknya, dah nak masuk 2 jam mereka kena ikat dengan Sehun..ok..bukan dengan Sehun tapi bodyguard dia.

"Sanggup kau tipu aku yang comel nie...kalau aku dapat kau nanti..aku mumiakan kau!" Chen mengugut Sehun. Menyesal pulak dia tak bawak bodyguardnya.

Flashback

"Wei..nanti kita pergi tempat biasa nak?( tempat biasa tu maknanya rumah yang diorang sewa bersama) Sehun memandang dengan muka yang berharap. "Lepas kita jumpa geng bajet tu,kita pergi la tempat biasa." Kris memandang pelik Sehun."Ala..aku teringgal barang la..please..lepas kita pergi tempat biasa kita jumpa la diorang.." Sehun membuat puppy eyes.

Yang lain mengangguk."Ok..set..korang tak payah bawak bodyguard tau" Mereka memandang Sehun dengan pandangan yang pelik. Sehun perasan dengan pandangan mereka. "Aku taknak kalau korang bawak bodygurd nanti diorang ngadu kat mak bapak korang yang korang bergaduh. Sape nak tanggung?"Yang lain hanya mengangguk bersetuju. Betul jugak.

Sesampainya mereka di rumah sewa, mereka terus diikat oleh beberapa orang yang tidak di kenali.Ok..tak termasuk Sehun.

End Flashback

"Menyesal aku tengok puppy eyes kau.. Kalau aku tak tengok..takde la aku kena ikat kat sini."Kyungsoo hanya mengeleng menyesal. "Patutnya korang berterima kasih dengan aku." Sehun mengangkat-angkat keningnya. "Kau bagitau aku kenapa aku kena berterima kasih dengan orang yang ikat aku?"Xiumin memuncungkan bibirnya. 

"Sehun..aku dah tak tahan nak terkencing nie..kau nak aku ade batu karang ke?" Kai membuat muka cemberut menahan kencing. Mereka masih menunggu Sehun untuk bersuara.

"Apa yang kau tahu?" Suho bertanya setelah lama mendiamkan diri."Mereka memandang Sehun dengan pandangan yang pelik. "Tahu? tahu apa?"Kris memandang Suho yang berikat di sebelahnya.

"Ok..lah.Aku bagitau korang erk..tadi aku nampak Taehyung macam dah ternampak simbol kat tangan Xiumin..Sebab tu la aku suruh bersurai tadi dan sebab  tu lah aku ikat korang. kalau korang pergi mesti banyak lagi yang akan terbongkar."Sehun memandang ke luar tingkap.

Xiumin hanya menunduk. "Semua nie salah aku..kalau aku berhati-hati mesti tak jadi macam nie." geng EXO memandang muka Xiumin yang bersalah. "Bukan salah kau.. lagipun aku tak tahu dia betul-betul perasan ke tak..mungkin dia tak nampak.." Sehun membuat kesimpulan. Dia sendiri tidak pasti musuhnya nampak atau tidak.

"Wei..kiteorang kan dah tahu kenapa kiteorang kena ikat..tapi apasal kau tak bukak lagi ikatan nie?!!" Chen menjerit menggunakkan highnotenya. Sehun tergelak besar. "Aku suka tengok korang kena ikat camni..macam kembar siam." Sehun hanya tergelak memandang muka cemberut kawan-kawannya.

"Wei..korang, aku rasa aku dah bocor.." Kai membuat muka ikan buntalnya. Yang lain hanya memandang Kai pelik. "bocor?apa yang bocor?" Baekhyun memandang Kai yang duduk di sebelahnya sebelum terasa seluarnya basah. "Yah..Kai..Aku bunuh kau nanti!!"Baekhyun menjerit serentak bau hancing semerbak menusuk hidung mereka.


 

Hana berlari dengan pantas. "Lari Hana...Lari..Kau boleh lari ke mana pun yang kau mahu tapi bukan lari daripada aku..haha" Suara tu..suara yang kerap menganggu tidur malamnya. Hana masih lagi berlari di dalam hutan yang gelap. Dia masih ingat hutan yang selalu muncul di dalam mimpi-mimpinya.

"Hana!" suara tu..Hana memandang sekelilingnya. Suara yang selalu menyelamatkannya! "Apa yang perlu saya buat? Saya tak tahu kenapa saya ada kat sini.Tolong saya!" Sunyi..Hana masih lagi menunggu suara itu bersuara.

Angin bertukar menjadi kencang. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian jubah labuh berwarna hitam.Mukanya terlindung dengan jubah labuh itu. Dia berjalan menghampiri Hana yang ketakutan. Hana terjatuh apabila kakinya terlanggar akar kayu yang berada di belakanganya.

Lelaki tadi yang sudah berada di depan Hana menghulurkan tangannya."Saya akan lindungi awak.Saya janji."

Hana terjaga daripada tidurnya.'Ahh..mimpi lagi..Apasal la mimpi pelik-pelik yang aku dapat?Siapa pulak lelaki tu? Apasal dia kena lindungi aku?' Hana mengumam sendirian. Dia memandang rantainya yang bercahaya. 'Apasal rantai nie boleh bercahaya pulak?Jadi maksud appa yang bercahaya tu rantai nie?'

Hana bangun dari pembaringannya. Hilang segala ngantuknya. Hana membuka luas tingkap biliknya. Dia terpandang seseorang disebalik pokok di belakang rumahnya. Cepat-cepat dia menutup tingkap biliknya. Dia menuju ke katilnya dan cuba melupakan apa yang dia nampak tadi.


Hana berjalan di koridor sekolah. Tangannya erat memegang rantai di lehernya. 'Hmm..betul ke apa yang aku nampak malam tadi. Laki dekat pokok tu sebijik dengan laki dalam mimpi aku..mungkin aku mamai lagi kot masa tu..' Hana bergumam sendiri.

Hana berhenti berjalan apabila terlihat dua kumpulan besar di sekolahnya sedang bertengkar. Di keliling mereka pelajar a.k.a peminat yang menyokong mereka. 'Ok..nak jalan ke tak? redah jelah..bukan aku buat salah pon.'Hana berjalan dengan muka yang cuba di selamba kan. 

"Berhenti!" Hana berhenti berjalan apabila bahunya di pegang seseorang. Hana memegang dan terus mengengam dengan kuat tangan yang menyentuh bahunya. "Sesukahati kau jer nak touch-touch bahu aku.Kau siapa?" Hana bersuara tanpa memandang ke belakang. 

"Kuat jugak kau ni kan?" Hana berpusing kebelakang. Matanya terpaku. Dia memandang Lay yang masih menahan sakit akibat di genggam tangan Hana. Pelajar-pelajar lain mula berbisik dan memandang Hana dengan pandangan membunuh. Hana memandang geng EXO dan BTS yang masih lagi memandangnya dengan pandangan yang sukar di tafsirkan.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja. Tangan awak ok?" Hana memandang Lay dengan muka bersalah.Lay hanya tersenyum manis.

"Saya cuma nak pulangkan sapu tangan awak yang terjatuh tadi." Lay menghulurkan sapu tangan itu. Hana tersenyum manis. geng EXO dan BTS terkejut. Tidak sangka Hana mempunyai senyuman yang manis

"Korang!" Hana tersentap. Suara tu..macam pernah didengar. Dia memandang seorang lelaki tampan yang berada di hujung koridor. Semua di situ memandang ke arah suara tersebut.

"Luhan!" Serentak geng EXO menjerit. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Farah992 #1
Chapter 3: update cepat ya,, author-nim ... XDD