Chapter 6

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

Sunggyu P.O.V

Apa betulkah aku dah jatuh cinta dengan dia? Apa betul ke pilihan aku untuk kahwini Woohyun? Tapi dia nak ke.. Takpe belum cuba belum tau. Aku akan berjuang sehabis mungkin untuk memenangi hati dia. Kalau susah sangat suruh aje mummy interframe apa susah. Kan?

 

~~

No one P.O.V

Keesokkan harinya Sunggyu mula menjalankan operasi mengemis cinta Woohyun. Pagi-pagi buta lagi sebelum subuh dah terpacak macam tugu negara depan kedai si pujaan hati. Woohyun punya pasal hari ni Sunggyu masuk lambat office. Cinta..

 

Woohyun P.O.V

Dah apa pula dibuatnya mangkuk tingkat tu kat sini. Rasanya auntie Mala takde buat megasale ataupun stock clearence hari ni. Apa kes?

Lantaklah. Buat selamba dah la. Kenapa lah hari ni aku yang kena buka kedai, kalau tak takdenya pagi-pagi buta aku menghadap muka dia.

"Hai." Alahai sucinya muka. Ni kalau bagi tapak selipar lagi comel. Sumpah tak tipu.

Malas aku layan. Kesian pintu kedai ni jadi mangsa keganasan aku. Nasib tak runtuh je kedai ni aku kerjakan.

"Woohyun jom kahwin nak tak?"

 

Sunggyu P.O.V

"Woohyun jom kahwin nak tak?" Dapat juga aku tuturkan dengan lancar ayat ni tanpa gagap. Aku tengok muka dia ni kosong je macam kertas a4. Cuba bagi respon sikit.

"Pakk!"

"Awak ajak saya kahwin?! Apa awak ingat benda ni macam tengok wayang ke hah?!" Aku dijerkahnya. Tak cukup tu dibantainya aku. Apa dia ingat aku ni kebal ke tak rasa sakit?

"Salah ke? Aku bukan apa, kesian kat mummy tu dah tua. Pulak tu tak habis-habis suruh aku kahwin. Serabut otak tau tak." Selamba tenuk je aku berkampung kat kedai macam tak ada tanggungjawab.

 

Woohyun P.O.V

Takde kerja lain ke dia ni. Selain daripada promote diri kat sini. Semak aku tengok. Jauh panggang dari api aku nak kahwin dengan dia. Mangkuk tingkat macam hamster bajet tak habis ada hati nak jadi suami aku. Kirim salam..

 

Sunggyu P.O.V

"Awak memang takde kerja ea? Saya nak kerja ni. Nanti semua customer lari tengok muka awak. Susah hidup saya." Muncung-muncung mulut dia mengata aku. Hina sangat ke aku ni?

Eleh kalau aku buka rahsia nanti sentap pula. Tapi nampaknya macam tu je cara yang aku ada. Sorry ea sayang..

Dengan penuh bongkaknya aku menyandarkan diri di dinding ala-ala bajet gitu sebelum memulakan bicara..

"Aku tau kau sebenarnya tengah kumpul duit kan?"

Macam mana dia tau?! Alangkah Sungyeol tu pon aku tak pernah cerita apatah lagi mangkuk tingkat macam ni. "Apa awak merepek ni. Dah tak idea nak berbual ke?"

Hah tau cuak. Aku pon bukannya nak tau sangat tapi dah tertahu nak buat macam mana. Layan je lah..

 

Flashback..

Lepas habis office Sunggyu terus pergi kedai bunga si pujaan hati. Katanya nak mengenali dengan lebih dekat kononnya. Taik kucing adalah.

Dok tengah Sunggyu excited menerjah masuk, time-time tu juga nak dijadikan cerita dia terdengar satu tahsia sulit negara.

"Woohyun, baki duit yang awak nak tu dah cukup ke?"

"Belum auntie ada lagi lebih kurang 45K lagi. Tarikh dah nak dekat. Saya nak sangat tebus rumah tu. Tu jelah satu-satunya harta yang mak ayah saya tinggalkan." Sayu dengarnya suara Woohyun. Berjurai-jurai air mata jatuh mengenangkan nasib diri.

"Takpe lah auntie. Saya balik dulu. Sorry basahkan baju auntie."

Sunggyu dengar je Woohyun angkat kaki apalagi terus la sembunyi kat belakang bunga uang terdekat. Muat pulak tu. Lepas je Woohyun keluar, dengan penuh semangatnya Sunggyu jumpa Mala.

"Auntie, saya nak tanya banyak boleh?" Tercampak bunga dipegang Mala. Mana taknya datang mengejut tanpa diundang. Mati keras orang tu kejap lagi.

"Apa bendanya yang rumah tu saya tak faham." Dah macam detektif conan lagaknya.

"Pasal tu.. Rumah mak ayah dia kena gadai dengan sedara dia. Kejam kan? Kesian dia. Ada lagi 45K dia nak kena cari."

"Thanks auntie." Serentak tu Sunggyu mengundur diri lepas dengar jawapan yang diinginkan. Kesian. Takpe alasan ni akan aku gunakan untuk dapatkan Woohyun. Maaf Woohyun. Kerana terpaksa aku relakan..

End of flashback..

"Begitulah ceritanya. Bukan salah aku. Dah aku TERdengar aku teruskanlah." Tanpa ada rasa bersalah Sunggyu cakap. Bergenang air mata Woohyun menahan segala macam perasaan dihati.

"Tak guna! Apa awak ingay saya ni apa?!"

"Ingat Woohyun tarikh tebus tu dah nak dekat. 45K tu bukannya 45sen. Aku boleh bagi dengan syarat kau jadi isteri aku. Deal?" Semangat Sunggyu mengutarakan pandangan bodoh lagi bangangnya.

"Takpe-takpe. Aku bagi kau masa sampai isnin ni. Sebab selasa tu tarikh last dia kan. So, this is my card. Tell me your desicion later." Dengan penuh megahnya Sunggyu menyarung spek hitamnya sebelum melangkah keluar menuju ke keretanya.

 

Woohyun P.O.V

Kenapa lah lepas satu-satu masalah yang datang. Macam mane aku nak buat ni. Aku dah mati akal dibuatnya. Mak.. ayah.. tolong Woohyun please..

Aku pandang card yang mangkuk tu tinggalkan. Aku pandang lama-lama kad tu. Aku tak tau nak buat keputusan. Apa salah ke aku hidup kat dunia ni. Tolonglah diriku yang lemah ini...

 

~~

Sepulangnya petang tu Sunggyu dari pejabat, Pn. Kim menegur..

"Apa yang bahagia sangat tu?"

"Takde apa mummy. Wait and see later."

Risau aku tengok budak ni lama-lama. Ada yang daftar tanjung rambutan esok. Haraplah siuman sampai aku takde nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!