My First Love Story

Please Subscribe to read further chapters

Description

Kisah seorang gadis yang ceria bersama abang dan rakan rakannya.Eunji pindah ke sekolah baharu atas sebab Omma dan Appanya ingin memperkenalkan seorang lelaki a.k.a sahabat abangnya,Chen.

Foreword

Part 1 Eunji memulas tombol pintu. Dia mula melangkah masuk ke kelas. Ini adalah hari pertama dia menjejakkan kaki di kelas itu. Kini,semua mata pelajar di kelas itu tertumpu padanya. “Okey semua,cikgu ingin memperkenalkan pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu.”pesan cikgu. “Annyeonghasyo Eunji imnida.” Eunji merupakan seorang gadis yang cantik. Semua pelajar amat terpukau dengan kecantikannya. “ Eunji sila ambil tempat duduk kamu kerana kita akan mulakan pembelajaran.”Eunji mula bergerak untuk memiih tempat duduk. Apabila melihat Eunji mencari tempat duduk,Yoonji mempelawa Eunji duduk disebelahnya. “Hai , nama saya Yoonji .Gembira jumpa awak.”kata Yoonji dengan senyuman.Eunji juga turut membalas dengan senyuman. Waktu rehat “Kring..Kring...”bunyi loceng sekolah yang menandakan sudah waktu rehat. “Kita sambung pelajaran esok. Semua boleh pergi rehat sekarang.”kata cikgu. Eunji dan Yoonji berjalan beriringan keluar dari kelas terus menuju ke kantin. Eunji dan Yoonji sedang mencari tempat duduk untuk makan , Luhan dan Xiumin memanggil mereka untuk makan bersama-sama. “Hai , awak. Jemputlah duduk.”kata Luhan.Yoonji dan Eunjii segera duduk. “Nama saya Luhan dan ini kawan saya Xiumin.”kata Luhan sambil mengukir senyuman.Eunji membalas senyuman itu. “Kau tak nak ucap hai kat aku ke?’’tegur Yoonji. “Hai~ kita orang kenal kau lama lah. Tak perlu berlakon!”ujar Xiumin. Kata-kata Xiumin membuatkan Yoonji memuncungkan mulut. Pura-pura merajuk.Eunji ketawa melihatnya. “Yoonji dan Eunji..cantik nama tu..”ujar Luhan. “Ha’ah.Kita orang kembar..”balas Yoonji. “Hah?Betul ke?”soal Xiumin. “Tak.” “Berdua aje ke kat sini?”tanya Eunji. “Tak lah.Ramai lagi.Setengah ada kat library. Setengah lagi sedang beli makanan.Kejap lagi diorang sampai lah tu.”jawab Xiumin. “Hah! Itu pun diorang.”kata Luhan sambil menunjukkan jari pada 3 orang lelaki yang menghampiri mereka. Iaitu Chen,Kai dan D.O. “Hai~”ucap ketiga-tiga lelaki itu. Namun mata Eunji hanya tertumpu pada seorang lelaki. Lama dia menatap wajah lelaki itu.Mereka yang berada di situ mula berkawan rapat dan berbual mesra.

Comments

You must be logged in to comment
MozaMohd
#1
Chapter 11: dah abis baca ni.. tak sabar nak baca lagi..fighting!!
MozaMohd
#2
update lerr.. saya nak baca hehe Chennnnn!