Chapter11

My First Love Story
Please Subscribe to read the full chapter
Part 11 Sedar sahaja daripada pengsan,Eunji mendapati dia berada di tempat yang amat asing baginya.Tangan dan kakinya diikat kuat dengan tali. Eunji cuba melepaskan diri tetapi malangnya dia tidak berdaya ketika itu. Namun Eunji tetap cuba melepaskan diri dengan menjatuhkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Usaha untuk menjatuhkan telefon bimbit itu telah berjaya. Dengan menggunakan kaki,Eunji menelefon Baekhyun. Nama Baekhyun yang menjadi pilihan kerana nama itu bermula daripada huruf B. Mudah dan cepat untuknya meminta bantuan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki kira-kira berumur 24 tahun. Mungkin inilah lelaki bernama Kris yang selalu disebut selepas peristiwa hitamnya. Lelaki itu berjalan ke arahnya. Apabila lelaki itu semakin menghampiri,dengan pantas Eunji menyepak telefonnya ke tepi dinding. Dia bertindak sebegitu supaya tidak mahu diketahui oleh sesiapa. Baekhyun yang sedang mandi sambil menyanyi di dalam bilik air,tidak mendengar telefonnya sedang berbunyi. Mungkin kerana bunyi air dan suara Baekhyun yang begitu WOW sekali. Chanyeol yang sedang tidur terdengar bunyi telefon bimbit Baekhyun.Chanyeol bangun menuju ke arah pintu bilik air.Niatnya untuk tidur dibatalkan akibat bunyi telefon bimbit Baekhyun yang membingitkan.Chanyeol ketuk pintu bilik air. “Woi,telefon kau bunyi lah!!!!Aku nak tidur pun tak senang!!!!”jerit Chanyeol sekuat hati.Hampir menggegar rumah yang didiami oleh mereka semua. “Kau tolong lah jawab!!”balas Baekhyun.Kemudian,dia meneruskan nyanyiannya
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MozaMohd
#1
Chapter 11: dah abis baca ni.. tak sabar nak baca lagi..fighting!!
MozaMohd
#2
update lerr.. saya nak baca hehe Chennnnn!