Budak Baru?

Fated Love [DONE EDIT]

Suasana di kelas 5-2 sentiasa riuh rendah. Tapi ada jugaklah yang baik macam aku xDD Aku membaca buku sementara menunggu kedatangan cikgu. Baik kan aku? Mina dan Yumi entah ke manalah menghilang.

'Inhye!' jerit Mina dan Yumi betul-betul di sebelah telingaku. Buku yang aku pegang hampir tercampak kerana terkejut.

'Korang ni kenapa? Kalau aku mati tadi macam mana?' kata kau sambil mengurut-ngurut dada. Manakala Mina dan Yumi pula dah tarik sengih.

'Sorry.' kata Mina lalu tersenyum.

'Nak dengar story tak Inhye?' kata Yumi sambil mebetulkan kaca matanya.

'Apa dia?' kata ku tanpa memandang muka mereka berdua. Sebenarnya aku merajuk sebab dorang suka sangat buat aku terkejut. Padahal dorang dah tau yang aku tak suka kejutan.

'Ada budak baru nak masuk kelas kita.' kata Yumi sedikit berbisik, takut didengari oleh pelajar lain. Walhal kalau menjerit pun belum tentu dengar sebab kelas ni memang dah macam pasar.

'Ermm. Lelaki ke perempuan?' tanyaku sedikit berminat.

'Dengar kata perempuan. Dia baru pindah dari Amerika.' kata Yumi. Memang patutlah dia jadi paparazzi sekolah! Berita yang orang tak tahu, dia dah tahu dulu. Dahsyat tak kawan aku sorang ni?

Tiba-tiba, kelas yang hingar-bingar macam pasar tadi bertukar menjadi senyap. Pn Chae, guru kelas 5-2 masuk sambil diiringi seorang pelajar perempuan. 'Perhatian kelas! Hari ni kita ada kawan baru. Tolong perkenalkan diri awak.' arah Pn Chae.

'Annyeonghaseyo. Nama saya Ahn Jooyeon. Saya baru berpindah dari Amerika. Semoga kita dapat menjadi kawan.' kata gadis bernama Jooyeon itu lalu tersenyum.

'Okay Jooyeon, awak boleh duduk di belakang meja sana.' tunjuk Pn Chae ke arah meja di belakang tempat dudukku. Boleh tahan cantik tapi muka dia macam familiar. Seriously!, kata hatiku.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Loceng waktu rehat pun berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Tiba-tiba, suara Sehun menyapa gegendang telinga ku. Tapi soalan yang diajukan itu bukan kepada ku tetapi kepada pelajar di meja belakang ku.

'Awak bukan kakak Jonghwan ke? Yang semalam tu?' tanya Sehun sambil menilik wajah gadis yang seperti dia sudah pernah melihatnya.

'A'ah. Sayalah kakak Jonghwan. Ahn Jooyeon.' kata gadis itu sambil tersenyum. Patutlah macam pernah nampak. Inilah gadis yang Sehun ceritakan dekat aku semalam, kata hatiku.

'Oh! Jumpa lagi kita ya.' kata Sehun ramah. Gadis itu cuma mengangguk. 'Apa kata kita rehat sama-sama. Bolehlah saya bawak awak jalan-jalan satu sekolah. Nak?' tanya Sehun. Gadis itu mengangguk lagi. 'Eh Inhye, kau nak ikut kitorang tak?' tanya Sehun kepada ku yang sibuk mengemas buku.

'Nak ape?' tanyaku walaupun aku dah tahu soalan apa yang akan diajukan oleh Sehun.

'Nak rehat dengan kitorang tak? Nanti kita sama-sama tunjukkan sekolah dekat Jooyeon. Nak tak?' tanya Sehun. Aku pun mengangguk setuju.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Nah! Makanan awak.' kata Sehun sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Jooyeon.

'Buat susah jelah awak ni.' kata Jooyeon tapi masih menyambut makanan itu.

'Mana ada susah. Beli makanan je pun.' balas Sehun. 'Kau tak makan ke?' tanya Sehun kepadaku selepas melihat ku diam sedari tadi.

'Kau ingat Jooyeon sorang je ke yang ada kuli suruh beli makanan. Aku pun adalah.' kata ku. Tiba-tiba, satu suara menyapaku sambil menghulurkan satu bungkusan roti.

'Nah! Makanan kau. Penat tau tak. Ingat! Balik ni belanja aku bubble tea.' kata Chanyeol  lalu mengambil tempat di sebelah ku.

'Yelah gergasi. Kau ni tak reti kenyang ke? Asyik makan je.' kataku lalu mencubit sedikit roti yang dibeli Chanyeol tadi dan menyuapkannya ke dalam mulutku.

'Biarlah! Perut aku bukan perut kau.' balas Chanyeol sambil mulutnya penuh dengan makanan. Jooyeon dan Sehun yang memerhati dari tadi ketawa melihat telatah kami.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Loceng waktu balik berbunyi. Aku sibuk mengemas buku.

'Kau nak balik dengan kitorang tak?' tanya Mina yang juga sedang sibuk mengemas buku.

'Takpelah. Korang baliklah dulu. Aku balik dengan Sehun.' kataku. Selepas selesai mengemas buku, aku menggalas begku ke badan.

'Tapi tadi aku nampak Sehun dah balik dah dengan budak baru tu, Jooyeon.' kata Mina memandang ku. Seriously! Sehun dah balik?, tanya hatiku.

'T-Takpelah kalau macam tu. Aku balik dengan Chanyeol jelah.' kata ku lalu berlalu pergi. Aku pun memulakan langkah ke gelanggang bola keranjang sekolah, dimana disitulah Chanyeol berada.

✿ ✿ ✿ ✿ 

'Hai Inhye. Tak balik lagi?' sapa Kris yang melihatku duduk bersendirian di salah sebuah bangku di gelanggang itu. Aku cuma menggeleng membalas pertanyaan Kris. Takde mood nak bercakap!

Kau pun menanti Chanyeol sehingga latihan bola keranjangnya tamat. Daripada awal latihan sampai habis, kau langsung tak nampak Sehun. Mana mamat tu pergi?

'Eh Inhye, kau buat apa kat sini?' tanya Chanyeol sambil mengelap peluhnya menggunakan tuala  yang disangkutnya di leher. 'Kalau kau tunggu Sehun, dia takde. Dia tak datang latihan hari ni.' kata Chanyeol lalu duduk di sebelahku. Dia mengeluarkan sebotol  air mineral dari begnya dan meminumnya dengan rakus.

'Mana ada aku cari Sehun. Aku tunggu kaulah. Kata nak suruh aku belanja bubble tea.' kataku sambil memandang Chanyeol. Chanyeol tersenyum memandang ku. 'T-Tapi Sehun pergi mana? Asal dia tak datang latihan hari ni? Selalu dia yang rajin datang.' tanyaku.

'Ouh dia mesej Suho hyung. Dia kata nak hantar budak baru tu balik. Siapa nama budak baru tu?' tanya Chanyeol. Dia hantar Jooyeon balik? Baik betul!, fikirku. Membiarkan soalan yang ditanya Chanyeol tidak berjawab. 'Hoii!' jerit Chanyeol di telingaku.

'Weii! Sakit telinga aku.' kataku sambil memukul Chanyeol. Hari ni je dah 2 kali kena jerit dekat telinga. Lama-lama boleh pekak!

'Kau tu yang berangan. Aku tanya siapa nama budak baru tu?' kata Chanyeol.

'Jooyeon. Ahn Jooyeon.' kataku acuh tak acuh. 'Dahlah kau dah habis training kan? Jom balik! Lambat aku tinggal.' kataku lalu bangun.

'Aku pergi tukar baju dulu. Tunggu aku dekat luar pagar.' laung Chanyeol lalu berlari ke bilik persalinan.

✿ ✿ ✿ ✿ 

Daripada balik dari sekolah, belikan bubble tea Chanyeol dan sampai balik rumah, kau asyik terfikir pasal Sehun je. Kenapa dorang rapat sangat? Kenapa Sehun nak hantar Jooyeon balik? Kenapa Sehun tak datang latihan? Senang cerita, macam-macam soalan lah yang berlegar-legar di minda kau. Dan akhirnya satu soalan yang paling kau takuti timbul di fikiran kau, Sehun suka dekat Jooyeon ke?
 



Hello readers yang dikasihi sekalian, maaf sebab lambat update kebelakangan ni. Bukannya sengaja tapi Syaza sibuk sangat. Ingatkan dah habis PT3, lepaslah azab tapi kena sambung habiskan PBS. That's why ramai cakap 'PT3 je pun.' Yeah dorang semua tahu yang kita ambil PT3 tapi dorang tak tahu selain PT3, kita ada PBS, kerja kursus dan lain-lain. Cakap senanglah! Anyway, I'm so sorry okey sorry. Tinggal 3 chap je lagi and In Sha Allah Syaza akan habiskan secepat mungkin. Tolong vote and comment. Thanks my lovelies^^
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 11: im crying author nim *kesat air mata* awat sweet sangat >< hahah
hushan123 #2
Chapter 10: Wahh daebakk.. akhirnya bercinta jugak si anjing dengan kucing tu ye haha. Tapikan apa yang berlaku 4 tahun lepas tuh??
_shuhidah
#3
Chapter 8: Awk update lagii.kesian dgn inhye.
amirahsehun #4
Chapter 7: Best . palli update soon .
lovethunder #5
Chapter 6: update soon :3
myonlybaek #6
Chapter 2: wee wee best lah kak syaza ♥ hwaiting!