Itu Kamu #1

Itu Kamu.
"Kau terindah, masih ada, yang tercantik, itu kamu."




Aku melangkah perlahan, menuju ke arah perhentian bas. Waktu persekolahan yang sudah tamat itu melegakan namun, tugasan yang diberikan guru Englishku sebentar tadi masih belum selesai. Bingung kepalaku. Boleh sahaja aku hantar esok bukan? But well, blame Aim. Why? Okay, kalau bukan sebab dia, tak adalah kelam kabut aku mahu siapkan kerja sekolah ini.

"Woi, kalau kau berjaya siapkan kerja ni harini, aku belanja kau makan esok, aku ajak ain nanti!" 

 Terngiang-ngiang kata Aim di telinga. Cis. Okay, memang agak poyo tapi aku ini pantang dicabar. I wont give up that easy ok. 

Buku di tangan kiri digenggam kemas, rapat ke dada sambil mataku meneliti satu per satu tulisan berbahasa inggeris yang tertera pada buku tersebut. 

"Apa benda lah yang dia minta ini duh. Relax, relax." bisik hatiku, menenangkan hati sendiri. Memang siap kau esok, Aim.

Kaki masih melangkah, mata masih pada buku. Soalan entah apa, aku pun tak faham. Mungkin sebab otak aku kusut sangat. Okay so mungkin hari ini nasib aku memang tak adalah baik mana. Main bola, kalah dengan team lawan. Okay. Masa rehat, makanan semua dah habis. Masamathematics, boleh pula cikgu tanya aku soalan masa aku tengah berangan, atau lebih kepada memerhati si dia. Memang sahlah aku tak dapat jawab. Okay, dan sekarang aku tengah buat apa? Ya, satu lagi nasib malang.

"Relaxlah bro, terbakar juga kertas tu kalau kau tenung macam itu," kedengaran satu suara yang sangat aku kenal, suara Aim. Kurang asam! Ugh.

"Kau diam boleh tak? Aku ada kerja nak buat ini. Tak nampak ke?" kataku tanpa menoleh ke arah Aim yang berada di sebelahku.

"Whatever, good luck bro. Excited betul kau nak jumpa Ain ea!" kata Aim, gelaknya tercetus pada akhir ayat. Terhenti sebentar langkahku. Cis.

"Mana ada! Aku memang nak hantar awal okay. Bukan macam kau, kerja pun tak siap." balasku, masih tak memandang si gila itu. Gila, gila.

"Okay, okay apa apa saja lah. Gerak dulu, bye!" katanya lalu entah hilang ke mana, ok tipu, dia pergi gerai kecil depan sekolah sebenarnya, nak ngurat anak makcik kedailah itu.

Okay fokus fokus! Apa fasal lah susah sangat soalan ini, ei. Entah berapa kali sudah aku mengeluh, tidak siap juga kerja ini. Oh ya, aku sudah sampai di bus stop dan, satu lagi nasib malang, semua tempat penuh orang! Ugh, fine.

Aku mengambil keputusan untuk hanya berdiri di hujung perhentian bas, sementara aku siapkan kerja ini, sementara tunggu Aim balik dari mengurat, ok tak, membeli makanan di gerai makcik depan itu. Kaki disilangkan, ala ala macho gitu. Mana tahu si dia lalu ke kejap lagi. Aku tersengih sedikit, aih.

Tiba-tiba semangat terus nak buat kerja ini, hah. Ilham datang membuak-buak banyaknya. Terus dapat aku kenal pasti is are, was were, past tense, present tense. Bijak juga aku ini rupanya, bukan rupanya, memang bijak sebenarnya. Belum sempat aku nak senyum lebar sebab akhirnya, aku siap juga kerja ini, tiba-tiba....... (suspen bukan?)

"Oh! Sorry! Maaf, maaf, saya tak sengaja. Awak okay?" suara entah siapa. So kau tumpahkan air kat kertas aku yang aku usahakan tadi dan kau sewenang-wenangnya cakap sorry? ehhhhhhh lebih. Apakah malang sangat nasib aku, habis basah kertas dan baju sekolah aku. Hilang macho aku. Hei budak ini.

"Awak?" suaranya lagi.

"Uh, nevermind. It's okay," yang keluar dari mulut aku. Perempuan itu tunduk sedikit lalu terus beredar, meninggalkan aku. Hei malang! Punah harapan aku nak keluar dengan a... Tak, maksud aku, punah harapan aku nak hantar awal kat teacher.

Aku mengeluh lagi. Aku nak baliklah macam ini. Tidur lagi bagus. Mana pulalah Aim ini. Hais!

"Eh, tak balik lagi?" sapa seseorang. Ha ini apa pula dia nak. Apa lagi nasib malang aku agaknya. Hendak selamat, aku buat buat tak dengar, mata duk sibuk pandang kertas yang dah basah lecun tadi.

"Hei, I am talking to you, hahaha," tawa itu! Terus tegak aku diri, panatas kepala dipusing 90 darjah, memandang ke arah empunya suara. DiaDia kat depan aku oh my god what to do! "Oh my god! Your paper..... and your cloth!" katanya lagi, wajah menayangkan reaksi terkejut. Comel.

"Ha? Aaa," apahal gagap ini hei. "Ada orang tumpahkan air, small matter. I am fine," aku senyum. memandang tepat ke arahnya.

"Nah, ambil ini. Tak nak balik ke?" katanya sambil menghulurkan seplastik tisu. Prihatin sungguh haih tenang hati. tenang.

"Thank you, Ain. Nak, tunggu kembar kaulah, sibuk ngurat anak makcik gerai depan," terletus tawaku. I feel like in heaven talking to you hahaha poyo poyo.

"Agak dah. Jomlah pergi kat Aim, kalau nak tunggu dia datang sini, bersemut kejap lagi baju kau. Jom!" katanya, ceria sungguh. Senyumannya tak lekang dari wajah. Manis.

"O-o-okay?"

"Cepatlah!" dan sebelum aku sedar, dia sudah menarik beg aku. Hehehe.

"Okay." Aku tersenyum. Kaki mula menapak, bersebelahan Ain. Aku tak tahu macam mana nak cover senyuman ini. Hilang macho aku haih!

Ain di sebelah, tidak diam langsung mulutnya. Sibuk bercerita tentang entah-apa-aku-pun-tak-berapa-nak-dengar. Mata melirik memandang wajahnya, tetap manis walaupun mulut tidak berhenti bercakap.

"Hei! Kau dengar tak aku cakap apa!" Ain berhenti berjalan. Aku terdiam sekejap.

"Ha? Dengarlah. Sudah itu, kau ingat aku buat apa sepanjang kita berjalan tadi? Kau cakap kucing kau hilangkan semalam, ada bawah katil Aim. Aku dengarlah, Ain."

"Okay, hehe." dia menguntum senyum, lalu meneruskan ceritanya.

Dan aku, masih di sisinya, memandang, mendengar.

Well, maybe today is not that bad for me actually-

"Comel kan koci!Nanti datanglah rumah, boleh tengok koci! Dah lama kau tak singgah rumah kan? Boleh aku suruh ibu masak, kita boleh makan sama."

-okay forget that. It's not a bad day, at all.

Sebab Ain ada, untuk ceriakan hari malang aku. Sebab;

Masih ada,

"Ain?"

Yang tercantik,

"Ya?"

"Itu kamu."




 

--------The End--------









Author's note;;
This is...... lol crappy. Anyway, thank you, if anyone is reading hahaha. Mind leaving a comment? :-D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
turquoisecyan
#1
Chapter 1: hahah. comeeyyy jeh. ><
QuincyOat
#2
Chapter 1: Haha...its nice and err...very simple story. Anyway, its Oh to the Sem. Haha..this is the first time i read a guy's story.