Miss You Like Crazy

Under 8ighTeen

 

Tittle : Miss You Like Crazy

Character : Bomi(APink) Sehun EXO
Requested by : Pink96

 



 

 

 

 

 

 

"Somewhere over the rainbow, way up high..
there's a land that i heard of, once in a lullaby..
Somewhere over the rainbow, skies are blue..
and the dreams that you dare to dream, really do come true..

 

Suara nyanyian itu sayup2 kedengaran di telinga Sehun yg sedang tidur.Ianya sangat merdu..Tidurnya bertambah lena dibuai suara yg mendayu2 itu, tetapi hatinya berbisik agar dia segera bangun untuk mencari siapakah pemilik suara tersebut.

Perlahan2 Sehun membuka matanya. Dia melihat disekeliling, dan matanya terkebil2.

"Aku dekat mana?" Soal Sehun apabila mendapati dirinya kini berada di sebuah taman, dan dia sedang terbaring diatas rumput yg hijau. Sehun segera berdiri. Taman itu dipandang dengan penuh takjub kerana pemandangannya sangat indah, bagai di syurga. Bunga2 berkembang mekar, dan cahaya matahari memancar terang dari langit.

"Someday i wish upon a star
and wake up where the clouds are far behind me..
Where troubles melt like lemon drops away above the chimney tops
That's where you'll find me..

 

Suara yg merdu itu masih lagi kedengaran. Sehun mula melangkah untuk mencari suara tersebut. Hatinya sangat tertarik untuk mengetahui siapakah pemilik suara itu.

Sehun masih tercari2, dan akhirnya suara itu telah membawanya ke suatu tempat. Sehun bertapuk disebalik pokok besar, dan matanya kini sedang memandang ke arah seorang gadis yg sedang barmain gitar sambil menyanyi. Gadis itu sangat cantik dipandang dari belakang. Bajunya berwarna putih dan memakai flower crown dikepalanya.

Siapa dia? Sehun tertanya2 didalam hatinya. Wajah gadis itu tidak kelihatan kerana dia sedang membelakangi Sehun. Akhirnya, Sehun hanya berdiri dipokok itu sambil mendengar gadis itu menyanyi.

 

"Somewhere over the rainbow, bluebirds fly..
Birds fly over the rainbow, why, then oh why can't i ?
Somewhere over the rainbow, bluebirds fly..
Birds fly over the rainbow, why, oh why can't i ?
If happy little birds fly beyond the rainbow..
Why, oh why can't i..

 

Selesai sahaja gadis itu menyanyi, Sehun tergerak hati untuk mendekati gadis tersebut. Sehun melangkah berhati2 ke arah gadis itu. Disaat Sehun semakin hampir, gadis itu menoleh ke belakang, dan Sehun terpana melihat gadis yg berada di hadapannya. Gadis itu tersenyum kecil memandangnya. Satu senyuman yg mampu membuatkan hatinya bergetar. Tapi kenapa wajah gadis itu tidak berapa jelas, seperti ada cahaya menerangi wajahnya..

 

Kring!!!

 

Bunyi jam ditepi katil Sehun berbunyi. Sehun terjaga dari tidurnya. Dia memandang syiling dengan muka bingung.

"Aku mimpi ke tadi? Laa..patutlah aku tiba2 ada kat taman, mimpi rupanya. Tapi perempuan tu.." Sehun hanya membiarkan ayatnya tergantung. Dia segera berdiri dan mencapai tualanya untuk masuk ke bilik mandi.


-Sehun's POV-

"Kai!"

"Sehun! Bagi aku!" Jerit Kai meminta bola dari aku. Tanpa berlengah, aku segera memasingkan(??) bola tersebut ke arah Kai, dan Kai dengan sekuat tenaga menendang bola ke arah tiang gol, dan..

"Goal!!!"

"Whoo!! Assa!"

Fittt!!!

"Okay, masa dah tamat! Syabas semuanya. Korang boleh berehat dulu." Ujar Mr.Jung sambil mencatat sesuatu diatas kertas.

Aku dan Kai segera mengambil tempat duduk di tepi padang. Nafas kami termengah2 kerana penat. Kai membalingkan sebotol air ke arah aku, dan aku segera meneguknya. Air yg selebihnya aku tuangkan kat muka, kemudian aku mencapai tuala putih untuk mengelap peluh aku yg membasahi muka. Aku melibaskan rambut aku yg basah ala2 iklan syampoo gitu, dan aku dapat dengar suara pelajar perempuan sedang mengata aku.

"Ommona! So hot!"

"Ugghh! Handsome gila!"

Aku hanya tersengih.

"Sehun, kau rasa kita akan terpilih ke untuk pertandingan bulan depan? Budak Cina, sapa nama dia tu? Luhan? Aku tengok cara dia main boleh tahan."

Aku jongket bahu pandang Kai."Entah. Tapi aku memang yakin kita akan terpilih. Lagi pun, Mr.Jung beria2 nak aku ikut training setiap hari. Eh, sosaengnim ada bagitau apa2 ke pasal aktiviti hari ni?"

Senyap.

Aku pandang Kai, dan dia sedang termenung memandang sesuatu.

"Yah." Aku tolak bahunya, dan Kai sedikit terkejut."Kau dengar ke apa yg aku cakap ni? Apa yg kau pandang tu?" 

"Tak..aku cuma pandang perempuan tu. Aku dah lama perhatikan dia, dan dia dari tadi lagi asyik pandang kau."

Aku kerut kening. Aku turut memandang ke arah pelajar perempuan yg Kai maksudkan. Tapi dia dah menoleh kebelakang dan meninggalkan tempat itu.

"Sapa perempuan tu? Dia dari kelas mana?" Soal aku.

"Mana la aku tahu. Aku tak pernah tengok rupa dia sebelum ni. Budak baru la tu."

Aku mengangguk. "Eh, dah jom! Aku nak tukar baju. AKu tak selesa,baju aku dah basah dengan peluh." Aku segera berdiri diikuti Kai. Kami berjalan sambil  meletakkan lengan aku diatas bahunya.

"Ommo, Kai. Sweetnye kita. Hahaa-"

"Blah ar kau!" Jerit Kai sambil tolak aku. Aku hanya tergelak lucu.


"Meh duduk sini."  Sehun menepuk2 tempat duduk disebelahnya, memberi isyarat supaya gadis itu duduk disebelahnya. Gadis itu tersenyum. Dia segera duduk disebelah Sehun sambil tersenyum malu. Spontan Sehun menarik kepala gadis iitu agar bersandar dibahunya kemudian memeluknya. Kini mereka sedang duduk menghadap Han River.

"____, cuba awak pandang bintang tu." Pintah Sehun. Gadis itu terkebil2 memandang ke atas langit.

"Hmm..kenapa?"

"Sebenarnya, sebelum saya kenal awak..saya pernah membuat hajat sambil memandang ke arah bintang2. Saya berharap suatu hari nanti, saya akan berjumpa dengan cinta sejati saya. Tapi, duduk disebelah awak dan peluk awak macam ni..buat saya sedar yg hajat saya dah lama ditunaikan." Ucap Sehun perlahan. Pipi gadis itu merona merah mendengar kata2 Sehun.

 

"Huhhh..sejuknya.." Sehun memeluk tubuhnya sambil bersandar dibangku. Setelah puas mengayuh basikal di Han River Park itu, Sehun mengambil keputusan untuk berehat sebentar.

Lama dia terdiam sambil memasang earphone ditelinganya. Matanya memandang ke arah bintang yg berkelipan, dan Sehun tersenyum. Bintang2 itu membuatkan dirinya berasa bahagia.

"Tak sangka pulak bintang2 tu boleh buat aku senyum. Hmm..apa yg ada difikiran aku sekarang ni? Kenapa aku rasa bintang2 tu seperti membawa makna yg amat penting dalam hidup aku?" Gumam Sehun sendirian. Bintang2 itu membuatkan dirinya teringat kepada sesuatu tetapi dia sendiri tidak tahu.

Sehun hanya membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya. Matanya kini melilar memandang pemandangan di sekeliling. Tangannya meraba2 bangku ditempat dia duduk sekarang, dan tiba2 dia terasa seperti sesuatu di ukir di atas banku itu. Sehun segera melihatnya.

 

Offically in Relationship, 2 February 2011.
Oh SeMi :)

"Err..Okay, sweet sangat!" Sehun tersenyum bahagia. Apakah?

"Erm, 2011? Sekarang ni 2014. Maknanya hubungan diorang dah masuk 4 tahun, itu pun kalau diorang masih bersama. Haih..yang aku ni dari dulu lagi asyik single. Forever alone..Kesiannya aku." Sehun ketawa sendiri, dan ketawanya semakin perlahan..Dia mengeluh.

Hidupnya kini terasa kosong, seperti ada sesuatu yg hilang. Semenjak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yg turut mengorbankan kedua orang tuanya, Sehun semakin berasa sunyi. Kemalangan itu juga telah meragut kesemua kenangan indahnya pada masa silam kerana dia telah hilang ingatan.

Lama Sehun termenung, dan tiba2 dia tergerak hati untuk melalukan sesuatu. Tangannya digenggam sambil mendongak ke arah langit. Bintang2 yg berkelipan itu dipandang tanpa berkelip.

Sehun tersengih dengan perlakuannya sendiri." Ah, mengarutlah. Tak masuk akal."

Sehun berdiri dan menghampiri basikalnya untuk meninggalkan tempat tersebut. Disaat dia mengayuh basikal itu dan membelok ke kanan, tiba2 sesuatu telah berlaku.

Gedebuk!!

"Ouch!" Bomi menjerit kesakitan apabila seseorang telah melanggar basikalnya menyebabkan dia terjatuh dirumput.

"Ommo! Mianhae, mianhae..Saya tak sengaja. Awak tak apa2 ke?" Sehun mula panik. Dia segera memegang lengan gadis itu untuk membantunya berdiri.

"Takpe. Saya okay, saya okay." Ujar Bomi. Dia segera bangun dibantu oleh Sehun. Di saat dia memandang wajah lelaki itu, jantungnya tiba2 berdegup kencang. Dia terpana melihat lelaki yg berada di hadapannya. Sehun..Bisik hati Bomi.

"Betul ke awak tak apa2 ? Maafkan saya. Saya betul2 tak nampak awak tadi."

Perlahan2 Bomi melepaskan pegangan Sehun yg masih memegang lengannya. Dia tersenyum kosong memandang Sehun. "

Sehun hanya merenung wajah gadis yg berada dihadapannya dengan pandangan yg sukar ditafsirkan. Senyuman itu..


Sehun tersenyum memandang bunga yg berada disekelilingnya. Dia segera menangkap gambar bunga tersebut. Bomi yg dari tadi memerhatikan Sehun, tertanya2.

"Boleh saya tahu, kenapa awak suka sangat ambik gambar bunga? Dari dulu sampai sekarang saya kenal awak, awak asyik ambik gambar bunga."

Click!

Click!

"Hmm..saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin juga sebab bunga tu cantik sangat, macam awak.." Sehun sengaja memperlahankan suaranya dihujung ayatnya agar Bomi tidak mendengar.

"Tapi awak tak pernah ambik gambar sesiapa, kan?"

Click!

"Yup! Sebab saya hanya tangkap gambar orang yg saya sayang."

Bomi mengangguk. Tapi Sehun tidak pernah menangkap gambarnya sebelum ini? Mereka kan pasangan kekasih..

"Memang betul cakap awak, bunga tu cantik sangat sampai awak tak pernah bosan ambik gambar." Sindir Bomi. Patut ke dia berasa cemburu dengan bunga? Tak patut, tak patut..

Sehun tersenyum lucu. Dia tahu Bomi sedang merajuk. Sehun berhenti menangkap gambar lalu memandang mata Bomi.

"Kalau awak nak, awak boleh jadi bunga saya..supaya saya boleh tangkap gambar awak hari2." Ujar Sehun selamba kemudian meninggalkan Bomi di belakang. Pipi Bomi terasa panas. Dia tersenyum malu.

Click!

Bomi terpinga2 apabila satu cahaya kamera menghala ke arahnya. Cepat2 Sehun memalingkan badannya dan bertapuk disebalik pokok bunga yg besar apabila menyedari dia telah menangkap gambar gadis itu tanpa sedar. 

"Apa yg aku dah buat?" Soal Sehun pada dirinya. Dia sendiri tidak sedar dengan perlakuannya. 

Semenjak dia bertemu dengan gadis itu di Han River Park, Sehun tidak dapat tidur lena  kerana asyik memikirkan gadis itu. Wajahnya sering terbayang2 dimata Sehun setiap malam. Apabila mengetahui gadis itu juga satu sekolah dengannya, Sehun mula memerhatikan gadis itu dalam diam.

"Awak ke yg ambik gambar saya tadi?" Satu suara tiba2 menyapa telinganya membuatkan Sehun terperanjat.

"Oh kamchagiya!" Jerit Sehun.

Bomi ketawa lucu. "Awak curi2 ambik gambar saya?"

"Eh, manade. Saya tak ambik pun."

"Akhirnya awak tangkap juga gambar saya kan.." Ujar Bomi dengan maksud tersirat.

Sehun kerut kening. Dia kurang faham dengan kata2 gadis itu."Manade.  Saya tak ambik pun." Sehun masih berkeras. 

"Okay, whatever. Anyway, saya Bomi." Bomi tersenyum manis. Tangannya dihulurkan ke arah sehun untuk berjabat. Sehun hanya pandang dengan muka blur. Perlahan2 dia menyambut jabatan tangan gadis itu.

"Saya Sehun."

"Saya tahu. Nama awak Oh sehun." Penyataan Bomi itu membuatkan Sehun sedikit terperanjat.

"Oh, jadi awak dah tahu nama saya?"

Bomi ketawa lucu. "Jangan salah sangka, saya bukannya stalker. Saya memang dah lama kenal awak."

"Ohh.." Sehun mengangguk. Walaupun sebenarnya Sehun ingin bertanya lebih lanjut, tetapi dia hanya mendiamkan diri.

"Hmm..Bomi? Kebetulan kita dah kenal antara satu sama lain, apa kata kita bersiar2 kat taman ni? Hanya kita berdua?" Ujar Sehun semangat. Entah kenapa dia teringin sangat untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.

"Jinja?" Soal Bomi tidak percaya."Boleh juga."


Bomi's POV

Akhirnya, terlunas juga rindu aku pada Sehun selama ni. 2 tahun kami berpisah sejak kemalangan tu. Sehun terus di bawa ke U.S untuk menjalani rawatan disana. Dia telah hilang ingatan semenjak insiden tu berlaku, dan sampai sekarang dia masih tak kenal aku? 

Bila aku dapat tahu dia dah balik Korea, aku terus pindah sekolah ke tempat Sehun berada sekarang semata2 nak jumpa dia. Aku rindu dia sangat2..Perasaan yg paling aku tak suka ialah, bila orang yg kita sayang berada didepan mata, tapi hakikatnya kita tak mampu nak memiliki dia.

"Boo!!"

Badan aku terlonjak sedikit apabila Sehun mengejutkan aku dari belakang. Sehun meletakkan tin minuman yg sejuk dipipi aku membuatkan aku tersentak kerana terkejut.

"Yah! Saya dah kata jangan buat macam tu lagi."

"Huh?" Sehun memandang aku dengan tanda tanya."Bila masa saya buat macam ni dekat awak?" Soal sehun sambil menghulurkan satu minuman tin ke arah aku.

Aku terdiam. "Err..mianhae, saya salah orang. Kawan saya pun selalu buat macam tu dekat saya."

"Ohh..kawan awak siapa?"

"Eh, adalah. Bukannya awak kenal pun."

"Boyfriend awak?" Sehun pandang aku dengan muka yg sukar diramal. Aku tersentap mendengar ayatnya. 

"Nae.."

"Huh, jadi awak dah ada boyfriend?" Soal Sehun sedikit terkejut."Dia tak marah ke awak keluar dengan saya?"

'Hahaa..Kami dah lama putus la. Tak payah la risau." Aku ketawa lucu memandang Sehun. Sehun mengusap belakang tengkuknya kerana segan.

"Err..kenapa korang putus?"

Dia ni..banyak tanya pulak. Kang aku bagitau perkara yg sebenar, nak ke dia percaya?

"Kenapa awak nak tahu?" Soal aku sambil merenung matanya. Aku nak tengok reaksi dia, dan ternyata Sehun nampak gelisah.

"Takpe la kalau awak tak nak share. Yelah, kita kan baru kenal. Tak kan la awak nak bagitau story awak kat orang macam saya." Ujar Sehun lalu ketawa kosong.

"Dia kemalangan."

Sehun memandang aku dengan muka simpati."Mianhae.."

"Then dia hilang ingatan.."

"Ohh, saya ingat dia dah err..mati."

"Yaish!" Aku memukul lengan Sehun dengan geram. "Agak2 ar. Saya cinta dia sangat2 tau. Sampai hati awak cakap dia macam tu." 

"Okay, saya minta maaf. Jadi apa yg berlaku seterusnya."

"Well, dia dah tak ingat saya dan kami pun berpisah macam tu jer la."

"Macam tu jer?" Sehun geleng kepala."Bad girl!"

Aku hampir tergelak."Apasal pulak awak cakap saya macam tu?"

"Yelah, kalau betul awak cintakan dia, kenapa awak tak berusaha nak pulihkan ingatan dia?" Ujar Sehun sungguh2. Nampaknya, Sehun dah tertarik dengan kisah hidup aku.

"Sebab saya nak dia sendiri ingat saya. Kalau betul dia cintakan saya, kenapa dia tak berusaha nak cari siapa orang yg dia pernah sayang selama ni, kan?"

"Betul juga. Hmm..saya tertanya2 juga, macam korang boleh berkenalan?"

"Amboi, awak nak jadi wartawan ke?" 

"Hahaa..saja tanya." Ujar Sehun lalu membuka tin minumannya yg dari tadi dipegang.

Aku menarik nafas berat. "Sebelum ni saya pernah sakit tenat 5 tahun yg lepas. Jadi saya selama ni hanya berada kat hospital." 

Sehun hampir tersedak. Kemudian dia memandang simpati ke arah aku.

"Awak pernah dengar tentang leukimia, kan?"

Sehun mengangguk perlahan. Matanya masih memandang aku.

"Masa saya menjalani rawatan pemulihan, rasa dia memang sakit. Saya takut sangat bila memikirkan berapa lama lagi saya akan hidup. Tapi ada seseorang tiba2 muncul dalam hidup saya. Dia juga bekas seorang penghidap leukimia sama macam saya. Kami bertemu dihospital dan sejak tu dia sering lawat saya dan memberikan kata2 semangat pada saya.

"Saya akan sentiasa sokong awak. Tapi awak janji yg awak tak akan berputus asa, arachi?  Bila awak dah pulih nanti, saya janji yg saya akan jaga awak sampai bila2. Janji dengan saya?" 

" Saya janji."

 

Aku tersenyum apabila mengingati peristiwa tersebut.

"Sejak tu, saya sentiasa bersemangat untuk meneruskan higup saya. Dia janji akan jaga saya sampai bila2. Ayat tu yg telah mengembalikan hidup saya selam ni." Aku berhenti seketika untuk melihat reaksi Sehun. Aku tersenyum lucu bila tengok muka Sehun yg terkedu.

"Yah." Aku tolak lembut bahunya."Awak terkejut ke? Tak payah risaulah, saya dah sihat sekarang."

Sehun tersenyum kosong."Taklah, saya cuma simpati dengar cerita awak. Tak sangka pulak kan awak ni bekas penghidap leukimia. Tapi nasib baik awak dah sembuh."

"Yup! Dan saya berterima kasih pada dia."

Gomawa Sehun-ah..


"Jumpa lagi. Gomawo sebab sudi luangkan masa bersama saya sampai malam. Saya seronok sangat hari ni."

"Betul ke awak tak nak saya hantar sampai aparment awak? Saya risau la tinggalkan awak sorang2 kat bustop ni. Lagi pun, hujan dah turun." Ujar Sehun dengan muka risau. 

"Takpe, tak jauh pun. Okaylah, awak jalan la dulu." 

"Okaylah kalau macam tu. Saya jalan dulu. Jaga diri." Sehun segera memasuki keretanya tapi sebelum tu dia sempat meminta sesuatu.

"Err..Bomi-ah?"

"Nae?"

"Err..pinjam handphone awak kejap."

Aku kerut dahi. Aku hulurkan handphone aku dekat dia." Awak nak buat apa?"

Sehun menekan sesuatu kemudian beberapa saat kemudian handphone berbunyi.

"Okay, saya dah nombor awak. Gomawa." Sehun tersengih2." Jangan lupa save nombor saya. Anyeong!"


Hujan turun dengan lebat, dan kedengaran bunyi petir yg kuat. Tapi itu langsung tidak mengganggu perasaan Sehun yg happy saat ini. Sepanjang Sehun memandu, bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Dia gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Bomi. Walaupun mereka baru berkenalan, Sehun dapat rasakan yg hubungan mereka sangat rapat. Apakah?

Ketika Sehun asyik mengelamun, tiba2 telefonnya berbunyi.

"Bomi?" Dia segera menyambut panggilan itu dan,

"Sehun!! Tolong saya..Saya takut.." Suara Bomi kedengaran cemas diikuti tangisan yg teresak2.

"Bomi, apa dah jadi? Bagitau saya. Awak kat mana ni?" Soal Sehun panik. Jantungnya berdegup laju. Serentak dengan itu, bunyi petir kedengaran di langit.

"Arrhhhh!!! Sehun, saya takut.."

Tiba2 panggilan terputus membuatkan Sehun bertambah cemas. Dia segera membuat U-turn dan memandu laju keretanya ke tempat Bomi.


Petir datang lagi, sambar menyambar, menimbulkan bayangan cahaya yg menakutkan. Bomi terduduk dibastop dan tangannya menutupi kedua telinganya. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Peluh dingin membasahi tubuhnya, membuatkan Bomi hendak pengsan. 

Peristiwa pada kejadian malam ketika dia terlibat dalam kemalangan itu tiba2 sahaja muncul semula. Kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat sedang turun dan petir sabung menyabung, sama seperti sekarang. Satu insiden yg Bomi tidak akan pernah lupa sampai bila2, dan sampai sekarang dia masih fobia dengan hujan dan petir. Dan kemalangan itu juga la yg telah mengorbankan kedua orang tua Sehun.

2 tahun yg lalu, satu kemalangan jalan raya yg dasyat telah berlaku. Dan kemalangan itu melibatkan keluarga Bomi dan Keluarga Sehun. Kereta mereka telah bertembung ketika hujan lebat menyebabkan kereta keluarga Sehun terpelanting jauh dan terbalik. 

Dan oleh kerana itu jugalah Bomi tidak berusaha untuk memulihkan semula ingatan Sehun padanya kerana dia rasa bersalah atas apa yg berlaku kepada orang tua Sehun. Bomi menganggap kematian keluarga Sehun adalah salahnya. 

Petir menyambar lagi dan lagi tanpa putus. Bomi menjerit ketakutan dan dia mula menangis. Kaki Bomi terlalu lemah untuk berdiri. 

Sekali lagi petir menyambar, dan Bomi menjerit kuat. Pada saat itulah sebuah kereta berhenti dihadapannya. Sehun membuka pintu dan berlari mendapatkan Bomi.

Sehun terkedu memandang Bomi yg sedang dalam ketakutan dan menangis tidak henti2 sambil menutup telinganya.

Sehun melangkah perlahan, dan melutut disebelah Bomi. "Bomi..jangan takut, saya ada kat sini."

Bomi menangis dan Sehun menyekah air mata Bomi dengan lembut. Ketika petir menyambar semula, sekali lagi Bomi menjerit dan membenamkan mukanya didada Sehun. Sehun segera memeluk Bomi dengan erat, mengusap belakangnya, mencuba untuk menenangkannya.

Sehun mengucup anak kepala Bomi, lalu melapaskan earphone yg masih tergantung dilehernya. Earphone itu dipakaikan ke telinga Bomi.

Suara muzik yg sangat familiar kedengaran ditelinga Bomi. Nadanya..Ini lagu kegemarannya. Bomi mendongak memandang Sehun dengan bingung.

Sehun tersenyum. Lalu memeluk Bomi erat2.

"Sekarang, awak tak payah takut lagi."

 "If happy little birds fly beyond the rainbow,
Why, oh why can't i..

Sehun bertepuk tangan sebaik sahaja Bomi selesai menyanyikan lagu tersebut. Bomi tersenyum.

"Wau, awak ada bakat la menyanyi."Puji Sehun. "Hmm..kenapa awak suka sangat dengan lagu ni?"

Bomi meletakkan gitarnya dan mengambil tempat duduk disebelah Sehun yg sedang duduk diatas rumput yg hijau.

"Sebab lagu ni sangat bermakna buat saya. Ayat lagu ni sangat memberi inspirasi untuk saya pulih dari penyakit saya."

Sehun memandang lembut wajah gadis itu."Awak nak tahu tak kenapa Tuhan mencipta jari kita dan ada ruang diantaranya?"

Bomi berfikir sejenak.

"Supaya seseorang boleh meletakkan jarinya diantara ruang tersebut."Spontan Sehun menyilangkan jarinya di tangan Bomi dan digenggam erat."Awak kena percaya pada diri awak. Saya yakin penyakit awak akan cepat sembuh. Saya sentiasa ada disini untuk menyokong awak dari belakang."

Hati Bomi sedikit terharu mendengar kata2 itu. Mereka berdua berpandangan kemudian merebahkan badan meraka diatas rumput.

"Bomi.."Panggil Sehun perlahan. Badannya mengiring menghadap gadis itu. Sehun mendekatkan mukanya lalu mengucup dahi Bomi perlahan.

"I hope this moment will last forever."

 


 

There you go Pink96
Muahaha..Tergantung? 
Sengaja nak buat korang tertanya2.
Terserah la korang nak fikir apa yg berlaku seterusnya.

Anyway, thanks sebab request :)
Mianhae kalau tak memuaskan

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
93Hanafayana #1
Boleh x buat jimin BTS ngan minah girls day?
93Hanafayana #2
Chapter 5: Update soon....
chnylvrus #3
Nakk request jugakk author-nim!! Best gilerr ff ni..
nadrisa #4
Chapter 4: nk request utk birthday sy bleh? birthday sy khamis ni...sy nk request chen dgn sy tgh berdating d tepi pantai sambil tgok matahari terbenam & dia buat birthday surprise....thanx author-nim...
93Hanafayana #5
Chapter 4: Nk request jugak!!!
93Hanafayana #6
Chapter 4: Wah....daebak ah....best gilerr...
baehwililly
#7
Chapter 4: ahh ~~ huhuhuh T^T ...best sangat ..nk menangis punn ada ..pipi ni dah naik blushing baca ff awak ..thanks sangat2 ..saya hargai ff ni ..XD ..melting gitu ..thanks again author nim ..mmng best betul XDDDDD
sunlight_ #8
Boleh request ke
baehwililly
#9
Chapter 3: Fuyooooo !! Cerita ni best sngt ^^ ,.huhuhu knp sehun sakit ? Dia sakit apa ?!! Sweetnya ,. Untung dapat jumpa exo .... Hahahah dah tersengih- sengih baca ff awak ni ^^ ,,saya harap awak buat lagi ... Knp jln cerita ni awesome sngt xD .. I like it !!!!

Klu awak tk keberatan blh tk buatkan imagine kai ngan je jae (yeoja) ^^ ... Kamsahh xD

Author nim jang !