Faded Memories of You (Malay)

Description

yonghwa_2.jpg 

Jung Yonghwa (29)

Bakal Pewaris syarikat JUNG ENTERTAIMENT yang terkenal di Korea Selatan.Bapanya menghantarnya ke US untuk belajar di salah sebuah universiti yang terkenal di sana.Mengambil master in Business Management and Enterprenurer untuk mewarisi syarikat bapanya. Mempunyai 2 orang adik perempuan iaitu Jung Soyeon (Jessica Jung) (27) dan adik bongsu tirinya Jung Soojung (krystal Jung) (22).

Yonghwa merasakan dalam dirinya kosong.Dia merasakan kekesalan tanpa diketahui punca. Adakah dimasa silam dia pernah membuat kesilapan yang amat besar sehinggakan setiap kali terpandang wajah “dia” Yonghwa merasakan seperti jiwanya yang hilang itu terisi tetapi sakit?.Tarikan dan lirikan sayu mata pemilik perempuan tersebut menambah sesak di dada.Adakah sebelum dia hilang ingatan dia mengenali perempuan tersebut? Persoalan semakin bertambah apabila secara tiba- tiba perempuan tersebut menghilangkan diri. Membuatkan dirinya tidak tentu arah.Dan hilang arah?. Lebih bertambah rumit apabila Yonghwa tidak dapat menerima perkahwinan yang diaturkan oleh keluarganya.Dia sangsi akan keluarganya.Dia pernah bertanyakan perihal masa lalunya tetapi hampa semua cerita yang didengarnya tiada kaitan dengan apa yang dirasakan sekarang ini.KEKESALAN…..dan……KEHILANGAN?

 

 

GFFucJn.jpg

JooHyun (19)

Seorang gadis kampung yang taat serta kuat memegat prinsip hidupnya.Hidup secara sederhana  dan hobinya ialah menanam ubi manis.Seorang yang optimistik,ramah dan hormat orang tua.Sikapnya yang periang dan menghormati orang tua disegani oleh orang kampung.Keluarganya mengamalkan adat dan tradisi yang kuat.JooHyun sangat menyayangi neneknya. Baginya keluarganya adalah segalanya……

Sekarang……segalanya telah berubah kehidupannya kini tidak ubah seperti hidup tak mahu mati tak nak. Disebabkan kenangan silam yang tidak dapat dilupakan,JooHyun bertekad hendak meninggalkan tempat tersebut demi melupakan kesakitan yang meranap seluruh kebahagiaanya. Kini hidupnya terseksa akibat perbuatan insan yang suatu ketika dahulu pernah bertahkta di hatinya.Semuanya musnah. Jiwanya hilang setelah kehilangan insan tersayang pergi meninggalkanya berseorangan.

 

 

t1Jte.jpg

Seohyun (27)

Dia bertekad untuk membalas dendam atas apa yang berlaku keatas dirinya..kim minseok sahabat karibnya banyak memberi semangat untuk dia terus hidup dan menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.Pertemuan yang tanpa di duga menyebabkan lukanya kembali bernanah.Dia keliru…adakah benar lelaki tersebut meniggalkannya dan ingin mempergunakannya…atau sebaliknya?

 

 
 
 

Foreword

ok..hai readers (blink blink). this is my first time buat FF .hoho...so aku tak tahu la turn out mcm mana..keke..so...aku harap korang dapat looking forward citer ni..comment2 korang amatla aku hargai...huhu...sekian ^^

ps:komen-komen anda amatlah saya hargai!!>,< #muahciked

 
 
 

Comments

You must be logged in to comment
nora16 #1
sya rsa anak tu maybe ank yonghwa kot...