02 : Disini Bermula

Behind Everything

Bunyi deringan lagu dari telefon bimbit mengejutkan Krystal dari tidurnya. Tangan mencapai telefon bimbit yang terletak di rak yang terletak di sebelah katilnya dengan mata masih tertutup dia menjawab panggilan telefon itu.

“ hello”, dia berkata separuh sedar.

“ krystal , kau dekat mana ?”, suara Ji Eun kedengaran.

“rumah la. Kenapa?”,

“ yahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh”, jeritan Ji Eun mengejutkannya.

“ kita janji nak jumpa dekat cafeteria hari ni”,

“ Ahhhhhhhhh ... sorry sorry. Aku lupa”, krystal baru teringat yang mereka berjanji untuk berjumpa di cafeteria university mereka untuk bertemu dengan pensyarah bertanyakan beberapa perkara.

“ kiteorang bagi kau masa dalam satu jam, baik kau cepat”, Ji Eun berkata seolah olah memberikan arahan.

“ Yelah yelah”, Krystal terus mematikan panggilan telefon itu.

Pantas jarinya mendail nombor taxi yang sudah sedia tersimpan dalam telefonnya. Selepas dia memberitahu alamatnya kepada pemandu taxi tersebut, dia terus menuju ke tandas untuk bersiap. Dia cuba bersiap dengan secepat mungkin. Akibat dia ingin bersiap dengan kadar segera dia hanya mengenakan make-up yang ringkas. Dia hanya sempat menyapu bb cream, bedak, eyeliner dan gincu yang tidak terlalu terang. Dia melihat dirinya di dalam cermin untuk kali terakhir, dia mengenakan t-shirt putih, denim jacket dan jeans biru rambutnya pula disanggul. Beg diatas katil dicapai dan terus menuju keluar dari rumah.

Bila krystal tiba di cafeteria dia lihat Yoo Na dan Ji Eun sedang duduk di sudut hujung cafeteria dia terus melangkah kearah mereka.

“ hi. Sorry lambat”, Krystal duduk dihadapan mereka. Sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih.

“ asal lambat ?” Yoo Na bertanya.

“ Aku lupa. Sorry erk”,

“ macam mana kau boleh lupa ?”, Ji Eun bertanya. Krystal hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Perbualan mereka terhenti apabila terdapat dua orang jejaka lalu di hadapan mereka. Dua jejaka itu mengambil tempat tidak jauh daripada mereka. Ji Eun dan Yoo Na memandang satu sama lain dan tersenyum.

“ Krystal kau nampak tak lelaki yang baru lalu tadi”, Ji Eun bertanya.

“ nampak, kenapa”, Krystal bertanya.

“ nama dia Kim Jongin budak business , kalau tak salah la”, Ji Eun berkata.

“ yang tinggi tu ?”, Krystal dapat menghidu apa yang berada di kepala Ji Eun dan Yoo Na.

“ ye”.

“ kenapa dengan dia?”,

“ dah dekat sebulan rasanya kau dengan Chanyeol putus. Sekarang ni masa untuk cari mangsa baru”, Ji Eun berkata.

“ Kim Jongin ni sasaran baru.”, Yoo Na menambah.

Krystal memandang kearah Kim Jongin. Boleh tahan kacak. Tinggi. Bergaya.

“ Tapi dia ni playboy, ikut rumours yang aku pernah aku dengar dia memang pakar buat perempuan menangis dia akan couple dengan perempuan tak lebih dari sebulan”, Yoo Na menerangkan mengenai si jejaka tersebut.

“ Okay”,

“ kalau kau dapat buat dia melutut dekat kau, kiteorang bayar kau dia kali ganda”,Ji Eun berkata .

“tapi kau kena couple dengan dia paling tidak dua bulan”, Yoo Na menambah syarat.

“okay, call”, Krystal berkata tanpa berfikir panjang.


Kyungsoo semenjak tadi merasakan seperti seolah olah dia dan Jongin diperhatikan.

“weyh, Krystal asyik pandang kau je dari tadi”, kyungsoo berkata apabila sedar bahawa krystal dan kawan kawannya asyik memandang dari tadi.

“biasa la tu. aku kan handsome”, Jongin berkata selamba.

“ by the way siapa, Krystal”, Jongin bertanya.

“ kau tak kenal Krystal ? dia tu budak paling hot jurusan arts”, Jongin mengangguk angguk kan kepalanya.

“ dan aku dengar rumours, dia memang pakar dalam menghancurkan hati lelaki”, sambung Kyungsoo, sengaja menekankan frasa menghancurkan hati lelaki.

Jongin yang dari tadi sibuk dengan telefon bimbitnya, beralih memandang kearah Krystal yang sudah pun bangun ingin beredar dari cafeteria. Cantik detik hatinya.

“ weyh, jangan lah pandang dia macam tu”, Kyungsoo menegur Jongin yang dari tadi tidak berkelip memandang Krystal. Apabila tersedar dia segera mengalihkan pandangan ke arah Kyungsoo.

“ Jongin, kau kan playboy , apa kata kau buat Krystal menangis sebab kau”, Jongin yang baru sahaja meletakkan mug di mulutnya, memandang kyungsoo.

“ Maksud kau?”, Jongin bertanya .

“ Maksud aku, kau kan playboy dan ramai perempuan menangis, dia pula playgirl yang dah buat ramai lelaki kecewa. Sekarang ni masa ni la nak tengok siapa lagi handal”, Kyungsoo menerangkan.

“ kalau aku dapat buat dia menangis, apa kau nak buat?”, Jongin bertanya.

“ Aku sanggup jadi driver plus kuli kau selama sebulan”, Kyungsoo berkata.

“ okay, call”, Jongin memberikan persetujuan.

“ Tapi dengan syarat kau mesti couple dengan dia lebih dari sebulan”, Kyungsoo menambah. Jongin hanya mengangguk anggukkan kepalanya.

“Okay la, aku ada kelas. Aku pergi dulu”, Kyungsoo bangun dan terus beredar meninggalkan Jongin seorang diri di cafeteria itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
heartxx #1
Update soon :D