Part 14:"demi kau..chanyeol"

When DESTINY did not belong to us..
Please Subscribe to read the full chapter

 

“kenapa dengan kau sekarang ni ..kau dah mula berani melawan aku ye..”kata ketua gangster itu sambil menolak kepala kyungsoo dengan kuat.

“maaf..saya bukan berniat nak datang lambat atau melawan boss..tapi jalan tadi jam..”jujur kyungsoo memberitahu.

“ok..baiklah..kali ini aku percayakan kau..tapi kalau lain kali kau lambat lagi atau buat hal..kau tahulah akibatnya..faham??!!”kata ketua gangster itu sambil memegang dagu kyungsoo dengan kuat.

“faham..”jawab kyungsoo sepatah.

Ketua gangster itu tersenyum sinis dan melepaskan dagu kyungsoo dengan rakus.

“ok..guys..hari ini kita akan bawa mangsa baru kita ini ke gudang lama itu..kita seksa dia di sana sampai umpan kita datang untuk selamatkan perempuan ini..”laung ketua gangster itu kepada semua anak buahnya.

Kyungsoo melihat kearah mangsa yang dikatakan..kelihatan seorang wanita yang berumur sekitar awal 30-an sedang diikat kaki dan tangannya ,mulutnya juga ditampal dengan plaster.

Wanita itu perasan yang kyungsoo sedang memandangnya dan dia turut memandang kyungsoo..kyungsoo seperti dapat mendengar suara wanita itu menjerit meminta tolong melalui tenungan mata wanita itu kepadanya..tapi kyungsoo cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada wanita itu  dan dia terus masuk ke dalam salah satu kereta hitam yang akan membawa mereka semua ke gudang lama itu.

Dan akhirnya,kereta itu bergerak laju ke destinasi  yang ingin dituju.

 

 

Baekhyun menanggalkan helmet di kepalanya sebaik sahaja dia tiba di Seoul Amusement Park itu ..dan ketika itu juga,matanya terpandang kelibat chanyeol yang sedang duduk di salah satu bangku disitu.

“nampaknya dia memang betul-betul sayangkan kyungsoo” gumam baekhyun dan terus mendekati chanyeol.

Dan tanpa meminta sebarang keizinan ,baekhyun terus duduk di sebelah chanyeol menyebabkan pada awalnya,chanyeol agak terkejut dan tidak selesa dengan perlakuan baekhyun itu tapi riak wajahnya terus berubah apabila dia baru perasan akan sesuatu.

“awak ke yang telefon saya tadi??”tanya chanyeol..memulakan bicara dengan namja yang duduk di sebelahnya itu.

“iya..sayalah yang telefon awak tadi..saya Byun Baekhyun ..pengawal perbadi kyungsoo a.k.a sahabat dia..”baekhyun memperkenalkan dirinya kepada chanyeol ..kemudian,dia menghulurkan tangannya kepada chanyeol  sebagai tanda salam perkenalan..chanyeol menyambut huluran tersebut .

“pengawal peribadi??maksudnya?”tanya chanyeol...namja disebelahnya ini pengawal peribadi kyungsoo??

“iya..ayah dan ibu saya bekerja dengan keluarga Tuan Do sejak 20 tahun yang lalu..tuan Do amat baik dengan keluarga kami..dia melayan kami seperti keluarganya sendiri walaupun ayah saya hanyalah drivernya  dan mak saya hanyalah pembantu rumah..kami sangat terhutang budi dengan beliau..dan semasa saya berumur 11 tahun,saya dilantik oleh Tuan Do untuk menjadi pengawal peribadi kyungsoo kerana beliau bimbang akan keselamatan kyungsoo ..lagipula semasa kecil ,kyungsoo mengalami insomnia,jadi dia selalu jatuh sakit…saya menerima untuk menjadi pengawal peribadi kyungsoo dengan hati yang terbuka..dan kami berdua mula menjadi kawan dan lama-kelaman kami semakin rapat..dan mulai hari itu,saya berjanji pada diri saya yang saya akan lindungi dia sampai bila-bila..”terang baekhyun panjang lebar.

“tapi ..kenapa saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni??”tanya chanyeol..dia memang betul-betul tak pernah melihat baekhyun sebelum ini..kalau betul baekyun adalah pengawal peribadi kyungsoo,mestilah dia akan selalu berada disisi kyungsoo..dan pastinya chanyeol akan dapat melihatnya.

Baekhyun tersenyum.

“sebab kyungsoo tak benarkan saya muncul di hadapan orang lain sebagai pengawal peribadinya terutamanya di hadapan awak..dia tak nak orang tahu yang dia mempunyai pengawal peribadi..mungkin dia tak nak orang aggap dia namja yang lemah..walaupun sebenarnya dia adalah namja yang sangat tabah dan kuat,mungkin lebih kuat daripada pengawal peribadinya sendiri..”kata baekhyun.

Dan seketika,baekhyun menatap wajah chanyeol.

 “tapi saya pernah nampak awak..maksud saya gambar awak..kyungsoo pernah tunjukkan kepada saya gambar kamu berdua  yang ditangkap di taman ini pada 5 tahun yang lalu..”kata-kata baekhyun itu membuatkan memori 5 tahun yang lepas di Seoul Amusement Park kembali di ingatan chanyeol.

 

FLASHBACK..

5 tahun yang lalu..

Chanyeol yang sedang duduk di salah satu bangku di Seoul Amusement Park meyepak-nyepak batu-batu kecil yang terdapat berhampiran dengan kakinya..dan secara tidak sengaja,salah satu batu yang disepak chanyeol  terkena kepala seorang budak lelaki yang sedang melintasi tmpat duduknya.

“auucchh..”budak lelaki itu menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit itu akibat terkena batu yang disepak chanyeol tadi.

Chanyeol cepat-cepat mendekati budak lelaki itu.

“neon gwaencanha??”tanya chanyeol risau..dia cuba menyentuh kepala budak itu untuk memeriksa kalau-kalau ada luka dikepalanya tapi tangan chanyeol ditepis oleh budak tersebut.

 “yaaa!..sakit tahu tak…”marah kyungso sambil memandang tajam ke arah chanyeol .

“maaf..saya tak perasan awak lalu depan saya tadi..”jujur chanyeol..dia masih mencuri-curi pandang kearah kepala budak di hadapannya itu..dan akhirnya dia menghembuskan nafas kelegaan kerana tiada sebarang kecederaan di kepala budak itu.

Kyungsoo tidak membalas kata maaf chanyeol dan terus pergi meninggalkan chanyeol..chanyeol hanya mengeluh dan melihat kyungsoo berjalan sambil menggosok kepalanya..rasa bersalah bersarang di hati chanyeol.

 

 

30 minit kemudian..

“tapi ahjussi..saya nak naik juga..”rengek kyungsoo kepada penjaga kaunter token itu.

“maaf dik..tapi sesiap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
When destiny did not belong to us tlh diupdate!!kpd semua subbies..happy reading..^^

Comments

You must be logged in to comment
nadiayeollie
#1
Chapter 18: cerita nih dah berusia 4 tahun rasanya tapi kenapa baru sekarang ada peluang nak baca cerita nih. huhuhu sad ending yang memang sangat sedih T-T
shypie #2
Chapter 18: Walaupun dah kali ke3 saya baca , saya tetap nangis.... Huwaaaa!!!
4DwindflowerJS
#3
Kenapa sedih sangat cita nie? /cari kotak tisu e n e
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 18: Kata-kata jongin membuatkan saya menitiskan air mata....
Heykal #5
Chapter 17: Waaaa :'( sedihnya... baru saye faham erti persahabatan stelah baca ff ni .. sedihhh .. it make me cry too much ~~
mashi-mashi #6
Chapter 18: wahhhh sedih la citer ni,,,persahabatan yg sgt bermakna,,,sedihhh T.T
hmmmmm tapi cerita awak mmg daebak
mikochiciko
#7
Chapter 14: sediyy lhaa citer niyy .. meleleh air mata . huwaaa ~~ Do Kyungsoo , Park Chanyeol , Byun Baekhyun . your action so perfect . make me cry . huhu .T.T .
//lap ingus kt baju jungkook//
Naturalpeach
#8
Chapter 18: Baik!!!!
Baik!!!
Baik!!!!!!!!!

ㅠ______ㅠ !! Saya suka FF awak kerana ianya sangat sedih!! T T !
Chansoo shipper forever!!

*Apa ke benda aku komen ni...*
330nai #9
Chapter 18: ok da habis..huhu best..sad ending.. tq author nim.. thumb up ^ ^
hanah2212
#10
Chapter 18: Okay tangkap kyungsoo. Lari bawak balik rumahhhhh. Huwa dah habis :(