Bas

You ?

Kini tibalah cuti semester pertama bagi Min Gi dan pelajar lain. Min Gi telah pun membeli tiket bas untuk pulang ke rumah mamanya. Min Gi terpaksa menaiki  bas pada malam hari kerana semua tiket bas telah pun dijual . Yang tinggal hanyalah bas yang beroperasi pada malam hari sahaja.

 

Di stesen bas ekspress.

"Semua penumpang diminta beratur dan mengambil tempat duduk mengikut nombor yang telah tercatat dalam tiket ." arah konduktor bas tersebut.

 

"Akhirnya jumpa juga tempat duduk aku...nasib baik dia buka lampu , senang sikit nak cari tempat duduk ." kata Min Gi didalam hati.

 

"Okey semua dah jumpa tempat duduk ?." tanya konduktor bas tadi.

"Dah !!!"  jerit semua penumpang.

"Okey sekarang saya dah nak bergerak. Kalau ada apa -apa masalah sila maklumkan pada saya." konduktor bas itu berkata sambil menutup lampu didalam bas.

 

Baru beberapa saat konduktor bas itu memanaskan enjin... terdengar satu jeritan dari luar bas.

"tunggu ! Tunggu ! "kata seorang pemuda.

Konduktor bas yang terdengar jeritan itu segera memberhentikan bas tersebut lalu membuka pintu bas untuk membenarkan pemuda tadi masuk .

"Maaf ...saya lewat ~ tadi saya ada hal sikit." kata pemuda itu kepada konduktor bas.

"oh okey ...nasib baik bas tak bergerak lagi . Encik pergilah cari tempat duduk dekat belakang.Saya tak buka lampu boleh ? sebab encik seorang je .Tak salah saya ada satu lagi tempat duduk dekat belakang ..baris 2 terakhir sebelah kiri." arah konduktor tersebut.

"Oh ,okey ~" jawab pemuda itu lalu menuju ke dalam bas.

"Dah jumpa..." kata pemuda itu dalam hati .

 

Min Gi tertangkap bayang susuk tubuh seorang pemuda yang menuju ke arahnya.Lelaki tu mengambil tempat duduknya  disebelah Min Gi . Min Gi tidak dapat melihat wajah pemuda itu kerana keadaan bas itu gelap.Dia berasa sungguh takut dan weird apabila berhadapan dengan lelaki .Dia risau lelaki itu bukan jenis yang baik-baik.

 

Min Gi POV

"aku tak boleh tertidur ..nanti tak pasal -pasal dia ambil kesempatan dekat aku.Orang zaman sekarang bukan boleh percaya , tak kira tempat dan masa ..selagi ada peluang dia akan ambil kesempatan.

Pemuda itu perasan akan Min Gi yang duduk serba tak senang.Dia tahu mesti gadis itu takut duduk disebelah lelaki yang tidak dikenali tambahan pula duduk dalam gelap.

 

"Awak tak payah lah risau ...saya tak akan buat apa-apa dekat awak.Saya bukan jenis yang macam tu.

Min Gi begitu terkejut apabila mendengar suara pemuda itu...

"Macam aku kenal gerangan suara tu.. tapi kat mana ya? ....hah!! baru aku ingat ..pemuda yang tolong aku haritu dekat universiti."kata Min Gi didalam hati.

"encik ni pelajar Art International University ke ? 

Pemuda yang berada disebelah Min Gi berasa sangat terkejut...

 

"Hurm macam mana dia tahu ? .. " kata pemuda itu dalam hati .

"Ha'ah ..kenapa ? awak kenal saya ke ? " .tanya pemuda itu. Dia tidak nampak muka gadis yang berada disebelah dia itu.

"Saya Min Gi .. orang yang awak tolong haritu.tak kan dah lupa? " kata Min Gi.

" Oh awak rupanya... ingatkan siapa tadi. btw lupa nak kenalkan diri ...saya Baekie." kata Baekie sambil tersenyum .(senyuman yang mempunyai maksud yang tersirat.)

"Baekie?!" terlopong mulut Min Gi apabila terdengar nama tersebut. Maklumlah Baekie dengan Baekhyun bukan jauh sangat pon.

"Ha'ah ..kenapa?" tanya Baekie lagi sambil tersenyum.

 

"Huh? tak ada apa -apa lah... saya teringatkan seseorang je tadi." jawab Min Gi lemah.

"Siapa? boyfriend ke? " tanya Baekie lagi.

"Tak ade lah ~ ...crush jer... hahaha" jawab Min Gi selamba.Dia tidak tahu kenapa kalau dia bersama Baekie dia rasa lain .

"Oh... untunglah crush awak ye.. " tambah Baekie lagi :p

Noh Min Gi hanya tersenyum....

Baekie POV 

"Min Gi suatu hari nanti kau akan tahu aku siapa sebenarnya."

________________________________________________________________________________________________________

 

Bersambung.....

*Aku tahu Fanfics aku bosan ...

Aku tak pandai buat Fanfics .

Aku tak idea.Semua idea aku pergi apabila DIA pergi.

*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LYdiya #1
Chapter 9: Update soon author-nim
PenSuMinJae
#2
Good job chingu
yysmile #3
zu...updatelah..hehehh :))
LYdiya #4
Chapter 1: Whoot... Nice!!!
MonsterZ #5
Chapter 5: Lepas PT3 nak updates banyak-banyak