Instinct (2)

Regret
Please Subscribe to read the full chapter

From previous chapter...

“Tae... Taehyung? Bangun dik. Sabar, kejap lagi ambulans sampai.” Sayup-sayup suara itu sampai ke pendengaran Taehyung. Tetapi pandangannya terlalu kabur untuk mengecam wajah manusia itu.

“H...hyung...?” ucap Taehyung sebelum pandangannya gelap sepenuhnya...

 

“Tu la, aku dah cakap dah aku tak sedap hati semalam. Tak guna senior tu. Kalau dapat kat aku, aku belasah dia cukup-cukup.”

“Manalah kita tahu benda nak jadi camni. Dah la, kuat sangat suara kau tu. Ni hospital bukan bilik kau.”

“Takdelah masalahnya aku geram. Kau faham kan perasaan aku macam mana?”

“Aku faham dude. Tapi suara kau tu... eh, dia dah sedarlah!” Taehyung membuka matanya perlahan-lahan. Sangkanya suara-suara yang didengari tadi hanyalah mimpi. Sebaik sahaja dia melihat wajah kedua-dua rakan baik di sebelahnya...

“Korang ni kalau nak gaduh duduk luar boleh tak? Bisinglah.” Taehyung memusing badan membelakangkan Jimin dan Minwoo yang tersengih-sengih di tepi katilnya. “Ala, sorrylah. Kitorang tunggu kau sedar dari tadi tau. Risau kitorang dibuatnya.” Pujuk Jimin.

Taehyung memusing kembali badannya. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk sambil menyandarkan badannya ke bantal. “Maksud kau?”

“Mama kau cakap kau tak sedar sejak semalam. Risau ah kitorang.” Balas Minwoo pula.

“Mana ada. Aku dah sedar lah semalam. Mama aku je tak tahu.” Taehyung memegang dahinya yang berdenyut-denyut kesan terhantuk pada bench.  Badannya juga masih terasa sakit namun rasa itu kurang berbanding semalam. “By the way dah lama ke korang sampai?”

“Dari pukul 2 tadi. Baru setengah jam kot. Doktor cakap apa? Kitorang tak sempat nak berbual panjang dengan mama kau tadi. Dia kata dia kena jumpa doktor.” Tanya Jimin.

“Takde apa-apa yang teruk pun. Lagi dua tiga hari aku dah boleh keluar dah.”

“Hmm, nasib baik ada orang selamatkan kau semalam. Kalau tak, lagi parah.” Ujar Minwoo.

“Speaking of that, siapa yang selamatkan kau semalam sebenarnya?” Jimin bertanya lagi.

“Ah, tu... sebenarnya...” 

 

“Cik ni, siapa ya?” Tanya doktor setelah selesai melakukan pemeriksaan.

“Saya... saya abang dia.”

“Oh, buat masa ni cik tak perlu risau ya. Kecederaan dia tak serius. Tapi adik cik ni perlu ditahan beberapa hari lagi untuk pemeriksaan lanjut.” Balas doktor yang bernama Lee Choa itu.

“Saya faham doktor, terima kasih.” Doktor Choa berlalu meninggalkan wad itu.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana hyung. Kalau kau lambat sikit tadi...” Taehyung yang sudah tersedar bersuara sebaik sahaja pintu wad itu tertutup semula.

“Alah takde apa la. Kau pun dah macam adik aku sendiri, Tae...” Sihwan mengambil tempat di sebelah katil. “Kau rehatlah dulu, nanti parents kau sampai. Tadi diorang pergi balai polis. Jangan risau, aku dengar diorang dah kena tangkap.” Sihwan tersenyum kecil.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
111 subscribers. Thanks guys (≧▽≦)/ ♡

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 26: #luvmy brother
#sadending
Frisur #2
Chapter 26: Teringat abg pulak.
Brother u r so nice to me
Uhuk uhuk TT
SeyoonExoBts #3
Chapter 26: sedihnya..menangis2 sya dibuatnya..tapi kalau awak bt regret bahagia kan best...
yu_hada #4
Chapter 23: Menitis air mata bace chapter 24 ni...huhuhu...
aingg61
#5
sedihhh sangat
misz_dina #6
Chapter 24: Congrate sbb b'jaya buat saye nangis x cukp tisu
misz_dina #7
Chapter 24: Cite ni mmg jjang.sedih giler...TŌT
nurulaqilah #8
Chapter 24: Chapter 24: sedih gilosss π_π .. Hbis satu kotak tisuu.. Ff ni jjanggg... Huhuhuhu... Congrat sbb buat saya nangiss...
blinkystars #9
Chapter 24: Adoiiii sedihh kottttt abes menangis2 huhu ff awk mmg daebak!! Berjaya buat org nangis~~ congrats (y)
syaleese28
#10
sedih bak ang... dah baca kali ketiga pun sedih lagi..... -_-' aishhh! xD