Meeting Him U.U

Thank You !

"Ma, lambat lagi ke ni?" Keluh Yuchan sambil melihat jam di tangannya. Sudah hampir satu jam Yuchan dan Mamanya duduk menunggu, tetapi kelibat kawan Mamanya itu masih belum kelihatan.

"Sabarlah, kejap lagi diorang sampai la tu." Puan Song bernada serius.

"Aigoo~ Bosannya macam ni." Yuchan menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil mengembungkan pipinya.

"Hah! Tu pun diorang, jom!" Puan Song begitu teruja lalu menarik Yuchan ke arah kawannya yang baru tiba. Puan Song memeluk seorang wanita yang berpakaian 'vogue' sambil bersalaman dengan seorang lelaki tua. Puan Song memperkenalkan Yuchan kepada mereka.

"Yuchan, nilah kawan Mama. Salam dengan auntie dgn uncle ni." Bisik Puan Song kepada Yuchan.

Yuchan segera menunduk hormat ke arah ketiga - tiga mereka sambil tersenyum-senyum malu.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki muda menegur mereka. 

"Ah! Chanyeol. Ni kawan mummy." Wanita yang menggelarkan dirinya Puan Park memperkenalkan anak terunanya, Park Chanyeol.

Yuchan seolah-olah terkejut melihat wajah Chanyeol. "Rasanya aku pernah tengok dia ni, tapi bila dan kat mana eh?" Omel Yuchan sendirian sambil mengerutkan dahinya.

"Ahhh!!! Ingat pun! Betullah mamat ni, memang dulu dia ni pernah datang rumah aku. Tapi macam mana aku boleh tak ingat Auntie dengan Uncle ni eh? Oh Park Chanyeol, kau ingat aku tak ingat kau yang suka buli aku masa kecik kecik dulu, siap kau. kali ni aku takkan pastikan kau bersenang-lenang dekat rumah aku." Yuchan tersenyum sinis.

"Yah Yuchan! Apa yang dimenungkan tu? Jomlah balik." Puan Song menarik tangan Yuchan.

"Eh eh, termenung sendirian lah pulak." Yuchan tersengih sambil menekup mulutnya.

__________________________________________________________

 

"Hah Yuchan, duduk kat sini, tepi Chanyeol." Puan Song menunjukkan tempat duduk belakang keretanya yang telah diduduki oleh Chanyeol.

Yuchan terlopong apabila diarahkan Mamanya sedemikian. "Mama, ape ni? Taknak lah!" Yuchan membantah lalu mencebikkan bibirnya.

"Oh, taknak. Kalau macam tu, teksi ada. Balik guna teksi lah. Ada orang kata, teksi sekarang bahaya, banyak kes jenayah." Usik Puan Song.

"Yahh! Taknak!" Yuchan menjerit lalu segera mengambil tempat duduknya di sebelah Chanyeol. Yuchan mengeluh sambil mengembungkan pipinya.

Puan Song tergelak kecil melihat gelagat Yuchan. Chanyeol yang berada di sebelah Yuchan memandang Yuchan dengan wajah yang mencurigakan. Yuchan yang menyedari itu segera mengesot lebih jauh dari Chanyeol, tetapi Chanyeol tetap mengusiknya dengan pandangan tersebut. 

"Apa tengok-tengok ahh?" Yuchan menjelirkan lidahnya sambil membetulkan kaca matanya.

"Hahaha, melting la tu." Chanyeol ketawa sinis sambil menyindir.

"Melting? Ohh, sorry sikit. Burning adelah, menyampah betul tengok." Yuchan menjeling sambil berpaling ke arah bertentangan.

"Jumpa lagi aku dengan kau eh, Cik Rabun." Chanyeol ketawa seronok apabila dapat mengejek Yuchan.

"Stop calling me with that weird nickname. Fikir lawak ke?" Yuchan membulatkan matanya.

"Habis kalau aku nak panggil jugak, macam mana?" Chanyeol merapatkan wajahnya dengan Yuchan.

"Yaahh." Yuchan menunjal dahi Chanyeol. 

"Aduhh.Sakitlah wei.." Chanyeol menjerit perlahan sambil mengusap-ngusap dahinya.

"Pondan, baru tunjal dahi sikit dah aduhh aduhh." Yuchan menyindir sambil menjelirkan lidahnya.

"Alahai minah ni. Kau ingat sebab kau pakai cermin mata tebal ko nampak cute? Nampak mcm weirdo dan budak nerd adelah!" Chanyeol mula mengeluarkan kata - katanya yang tidak elok didengari.

"Ade aku cakap aku cute? Ke kau tu yang rase aku ni cute? Oh sorrylah, aku takdelah perasan macam kau, perasan macho! Tapi poyo je. Salah aku nak pakai kaca mata tebal?" Yuchan membalas sambil membulatkan matanya.

Tiba-tiba sahaja muka Chanyeol menjadi 'blushing'. Apa memang benar dia fikir Yuchan tu cute? 

_____________________________________________________________

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet