Holiday Starts!

Thank You !

'Kring Kring!'

Bunyi Jam yang selalu mengejutkan Song Yuchan pada setiap pagi berdering, Yuchan hanya membiarkannya kerana hari ini hari cuti. Akibat bunyi bising yang tidak henti- henti ,Yuchan terus mencapai dan membaling jam tersebut tanpa berfikir panjang.

"Yah Cik Yuchan! Baling jam lagi ke? Habislah duit Puan dengan Tuan kalau asyik macam ni je tiap-tiap pagi!" Leter orang gaji Yuchan sambil tangannya tidak henti-henti mengetuk pintu bilik Yuchan.

Yuchan yang tidak tahan dengan suara orang gajinya yang memekik terus menjerit "Aaaaaah! Bukan baling jam lah! Buku jatuh!" Kali ini bantal yang dipeluknya pula dibaling. Memang hobi ke baling membaling ni? xD

"Buka pintu ni! Tuan dengan Puan suruh bangun, sarapan dengan diorang. Diorg dah tunggu dah tu kat bawah." Sambung bibiknya lagi, ketukan pintu menjadi semakin perlahan.

"Yah Cik Yuchan! Bangunlahh!" Ketukan pintu menjadi semakin kuat kembali apabila Yuchan langsung tidak memberikan apa-apa respon.

"Yalah! Kejap." Dalam keadaan mamai Yuchan bangun dan mencapai tombol pintu. Pintu biliknya dibuka sambil tangannya menekup mulutnya.

"Alahai budak ni! Tak mandi lagi?" Orang gaji Yuchan bercekak pinggang.

Yuchan yang melihat muka bengis orang gajinya segera membulatkan matanya dan menutup pintu biliknya, bimbang dicuit orang gajinya itu.

___________________________________________________________________________________________

 

"Mama! Papa! Selamat pagi!" Yuchan melebarkan senyumannya sambil memeluk Mama dan Papanya.

"Wanginya, dah mandi ni?" Usik Puan Song.

Usikan Puan Song menyebabkan senyuman Yuchan mula menjadi Cebikan.

"Mama, perli eh?" Yuchan mula membuat muka 'derp'nya.

"Mana ada. Betullah wangi. Mmg betul pun kan Yuchan dah mandi?" Puan Song tersengih melihat anak perempuan kesayangannya itu.

Yuchan hanya membalas dengan senyumannya. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Papanya.

"So, harini Yuchan start cuti semester la ni?" Tanya Encik Song sambil mengelap bibir menggunakan tisu.

"Ye Pa. 2 bulan." Balas Yuchan ringkas sambil meneguk segelas susu.

"Cuti lama-lama jangan sibuk fangirling aje." Sindir Papanya yang benar-benar mengetahui perangai anaknya yang sangat meminati Kpop.

"Ala, bolehlah Pa. Nanti lepas cuti, Yuchan janji Yuchan fokus utk exam." Yuchan mencebikkan bibirnya dan memandang wajah Papanya dengan mata yang berkaca - kaca.

"Haha. Yelah, janji tuh. Jangan pulak capatikan janji tuh." Encik Song mencubit pipi Yuchan lembut. 

Yuchan memberikan senyuman lebar apabila mendengar keizinan papanya untuk dia berfangirling sepuasnya.

___________________________________________________________________________________________

 

Earphone di telinga Yuchan dicabut. Yuchan berjalan ke arah balkoni biliknya. "Aigoo~ Bosannya." Yuchan mengeluh sambil menyengetkan pipinya . Hanya mengelamun di balkoni mampu dilakukannya. 

Tiba-tiba Yuchan teringat akan rancangan kegemarannya 'Running Man'. Katanya episod baharu ini memaparkan idola kesayangannya, kumpulan CN Blue. Yuchan segera berlari ke aras bawah dan mencapai Remort TVnya. Baru sahaja Yuchan mahu menekan punat 'On', kedengaran suara Mamanya memanggil. 

"Yuchannie! Sini kejap." Arah Puan Song.

Yuchan yang tidak berani membantah segera berlari ke arah Mamanya yang berada di ruang tamu. 

"Ye Ma? Kenapa?" Yuchan mengerutkan dahinya sambil melabuhkan punggung di sofa hadapan Mamanya.

"Mama nak Yuchan bersiap-siap sekarang. Kita nak pergi Airport." Puan Song kelihatan serius seperti benar-benar mahu Yuchan mengikutinya ke Airport.

"Airport Ma? Buat apa?" Dahi Yuchan semakin mengerut.

"Kita nak ambil kawan Mama dengan Papa yang datang dari LA. Diorang asal Korea, cuma tinggal kat sana. Dia sampai dalam pukul 2 petang nanti. So, i really want you to follow me to be there. Please, jangan malukan Mama, Yuchan." Terang Puan Song.

"Ah, bolehlah, lagipun Yuchan tengah bosan ni. Yuchan naik bilik dulu eh Mama." Yuchan memberikan senyuman kepada mamanya tanpa sebarang bantahan. Dia segera berlari anak ke arah biliknya yang berada di aras atas.

______________________________________________________________________________________

Siapa eh orang yg nak diambil tu? Tunggu chapter seterusnya. Cehh ayat xle bla xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet