Part 2

New School, New Friend, New Love ?

"Wahh ramainya orang !" 

"Tentulah sebab hari ini hari Ahad kakakku !" Krystal mencubit pipi Jessica.

"Auu ! Krystal ni asyik cubit pipi akak saja kan ? Tahulah pipi kakak ni mahal !" Jessica menjuihkan bibirnya.

"Eii, pipi akak ni dah macam sate tahu tak ? sate 70 sen sahaja ! bukan 70 ringgit !" Krystal tergelak besar.

"Ehh pandainya dia cakap !" Jessica melancarkan serangan geletek bertubi tubi pada perut Krystal.

"Stop ! Stop ! Janganlah ! Hahahahahhah !" Krystal mengangkat tangan erti SURRENDER. Jessica berhenti menggeletek.

"Dah dah, macam budak kecillah. mana satu kedai nak pergi ni ?"

"Eish dia yang mula dulu !" Krystal menolak pipi Jessica.

"Kedai tu macam best saja !" kata Jessica sambil menunjuk ke arah kedai berdekatan.

"Ha tulah kedainya !" Krystal menarik tangan Jessica menuju ke kedai itu.

Pintu kaca itu ditolak perlahan. Aroma Lavender menusuk hidung mereka. Tangan Krystal pantas mencapai baju untuk dicuba, Jessica menggeleng melihat gelagat Krystal yang gelojoh itu, hampir semua baju yang disidai diambilnya. Tiba tiba Krystal menghulurnya satu dress berwarna krim.

"Apa ni ? ingat akak ni kaunter pembayaran ke ?" 

"Try it on" Krystal tersengih lebar.

"Tak nak lah." Jessica menolak.

"Cubalah.." Rengek Krystal

"Ish dia ni, akak dah temankan pun dah cukup baik tau ?" Jessica menjegilkan biji matanya

"Pleaseeeeee" Krystal terus merayu. Jessica mengambil baju itu dari tangan Krystal lalu menuju ke bilik persalinan. Haih macam macam lah dia ni. Jessica menyarung dress tersebut. Cantik juga dress ni, bisiknya. Lalu dia keluar dengan dress tersarung ditubuh rampingnya.

"Yaaa, ippeuda.." Krystal menepuk tangannya.

"Ishh bisinglah, nanti kita kena halau !" Serentak dengan itu, Krystal menangkap gambarnya.

"Krystal ! kamu nak buat apa dengan gambar akak." Jessica mencekak pinggang.

"Shh" Krystal membuat isyarat supaya kakak saudaranya diam. Dia menghantar gambar tersebut ke ommanya, puan Ara. Sementara itu Jessica menukar semula pakaiannya.

 

Krystal :

Omma<3 : Ippeuda !

Krystal : Kan ?

Omma<3 : Belilah !

Krystal : Money ? :p

Omma<3 : Gunalah duit Krys dulu, nanti omma bayar.

Krystal : Hmmmm. Omma...

Omma<3 : Apa lagi ? omma nak masak Seaweed Soup ini. 

Krystal : Krys nak juga !

Omma<3 : Aigoo yaa.

Krystal : Bolehlaa.

Omma<3 : Elaun minggu ni dah bagi kan ? gunalah duit itu dulu. Nanti omma bayar.

Krystal : Sayang omma !

Seen at 3:43 p.m.

 

"Krys dah try baju ?" Jessica menyoal Krystal

"Try? Krys tak gemuk mana ! Confirm muatlah !" Konfiden Krystal menjawab

"Ialah tu, dahlah jom bayar" Dia menggantung semula baju tersebut.

"Ehh kenapa letak balik?" Krystal mengambil semula baju tersebut

"Krys nak kah?"

"Ni untuk akaklah."

"Akak tak bawak duitlah !"

"Omma belanja."

"Betulkah?"

"YA !"

"Heee !" Jessica tersengih.

"Dah dah Krys nak bayar. akak tunggu kat luarlah" Krystal menolak tubuh Jessica ke pintu keluar.

 

Di rumah, umpama fashion show. Krystal turun naik tangga dengan mengenakan pakaian yang dibeli di Dongdaemun petang tadi. Hampir 10 helai baju diborongnya. Puan Ara menggeleng melihat gelagat anaknya. Jessica hanya membeli seluar legging dan kasut sukan, kerana dia sudah mempunyai dress dan baju yang banyak. Almaklumlah, membesar di Newyork.

Krystal naik ke atas untuk mencuba baju terakhirnya yang jua sudah lama ingin dibelinya

Selepas 10 minit. Yang kedengaran adalah teriak Krystal. Lantas Jessica dan Puan ara ke atas.

"Kenapa ni ?" Puan Ara menyoal

"Ketat.." Krystal memalingkan tubuhnya menunjukkan zip yang baru dipasang separuh, ketawa Jessica meletus.

"Eonni !" Krystal menjerit lagi.

"Wae ?" Jessica menahan tawa.

"Usji ma !" Krystal menuding jari ke Jessica.

"Tulah, dah suruh cuba tak mahu. Konon muat. Hahahak!" Jessica berpaut pada penyidai towel menahan ketawa.

"Huaaa, Omma." Krystal menghempas badan ke katil.

"Beli sajalah baru. Kenapa ?" Puan Ara menghampiri anaknya.

"Krys nak keluar dengan Jongsuk.." Krystal berkata perlahan.

"Jongsuk ? siapa tu ?" Jessica mula berminat untuk mendengar seterusnya.

"Crush dia, khamis lepas dia baru confess. Nasib dia terima tau." Puan Ara menjelaskan pada Jessica

"Lah dia ni dah pandai bercinta ya ! Amboii" Jessica menggeletek tubuh adik saudaranya itu.

"Eonni, stop it ! Krys risaulah, nak pakai baju apa ?" Krystal duduk semula, cuba untuk serius.

"Urm, i can help you if you want me to." Jessica tersenyum lebar.

"Hmmm dah nampak dah light bulb atas kepala dia tu. Auntie nak iron baju sekolah kamu berdualah, buatlah apa yang patut Jess, malas nak tengok muka seposen dia tu" Sempat krystal mencubit pinggang ommanya sebelum ommanya pergi.

"Eonni, palli ! malhae" Krystal sudah tidak sabar.

"Apa ?" sengaja dia mengusik.

"Lahhh" Krystal memeluk tubuh.

"Yalah yalah, jom ke bilik akak" 

"Eh kejap ! akak pergi dulu. Krys nak tukar baju"

"Okay okay" Jessica mengatur langkah ke biliknya, beberapa minit kemudian Krystal datang.

"Mana bajunya?" Krystal seakan dapat mengagak bahawa Jessica ingin memberinya pinjam Dress.

"Bukalah almari itu" Kata Jessica sambil menuding ke arah almari bajunya. Krystal membuka almari baju tersebut, yang kelihatan hanya dua helai dress berwarna merah dan hijau. Krystal menarik muka masamnya semula.

"Wae ?" Jessica yang perasan riak muka adiknya mula bertanya.

"I hate red and green" Jangkanya Jessica sudah tahu warna yang dibencinya. Ternyata kakak saudaranya itu belum tahu.

"Kenalah cancel."Kata Krystal lagi, ingatkan Jessica yang duduk di Newyork mempunyai dress yang cantik. 

"No you dont have to dear, sini." Jessica bangun dari katil dan menarik sesuatu dari bawah katil. Sebuah bagasi separas pinggangnya. Jessica membuka bagasi tersebut. Pelbagai warna dan jenis Dress tergantung secara berdiri didalam bagasi itu. Terlopong Krystal melihatnya. Pantas tubuh jessica dipeluk.

"Gomaewo Eonnie !" 

"Cheonmaneyo Krys."

"Dah pilih cepat, esok hari pertama akak ke sekolah jadi akak nak tidur awal." Jessica meleraikan pelukan.

"Yang ni !" Krystal menarik keluar baju yang menarik perhatiannya sedari tadi.

"Taknak try ? tak muat kang." Jessica sengaja menyakat Krystal.

"Alah akak kan ada, heheheh" Terbeliak mata Jessica mendengar dia sudah berkira kira untuk mencubit perut Krystal.. Namun mencecet Krystal lari ke dalam biliknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dsoldier04
#1
Chapter 5: yah! please update your story,eoh! muah muah. :p
MariahZahirah #2
Chapter 5: Arishaaa.....sambung2!!!!!.....sambung lps pekse....tau2.....ape jadi lepas tu....
MariahZahirah #3
Chapter 3: Best lah cite nii
dsoldier04
#4
Chapter 3: aq x tau sgt group f(x).. //sorry klau komen aq ni menyibuk kat sini// :P
dsoldier04
#5
Chapter 2: first thing aq fikir pasal krystal ialah dia lelaki...haha...nice story beb!
dsoldier04
#6
Chapter 1: berapa umur krystal dan jessica?