Starting

New School, New Friend, New Love ?

"Sica, kamu dah boleh mula sekolah lusa." Kata Puan Ara.

"Terima kasih Auntie tolong biayai pembelajaran saya." Jessica membalas perlahan.

Laju Puan Ara menggeleng. "Sica, duit ini bapa kamu memang sediakan untuk kamu, tak perlu berterima kasih kepada Auntie." Puan Ara mengusap bahu Jessica perlahan.

"Kenapalah cepat sangat mereka pergi." Jessica menahan airmata daripada keluar.

"Jess rindu mereka." Jessica berkata lagi.

"Jess nak ikut papa dan mama." Puan Ara mengetap bibir. Betapa rindunya Jessica kepada orang tuanya, sampai tersengguk sengguk dia menahan air mata.

"Let the bygone be bygone Sica. Kita tak boleh lawan takdir." Puan Ara menasihati Jessica.

"Kita kena teruskan hidup, kalau tak, Mama & Papa Sica sedih tahu ?" Puan Ara terus menasihati anak muda itu.

"Kamu tak mahu cuba baju sekolah kamu ?" Puan Ara menyoal Jessica. Cuba menukar topik perbualan mereka yang hanya mengundang sayu di hati Jessica.

Jessica mengambil uniform sekolahnya dan berlari ke biliknya. Bajunya ditanggalkan. Kemudian blouse berbutang itu dipakai. Agak ketat dibahagian dada. Dia menyarung skirt pula, pendek ! betul betul dibawah punggungnya. Di Newyork tidak pula skirtnya sependek ini ! Dia cuba menyarung Blazernya yang berbutang hanya separuh.Tak apalah, nanti pakailah pin. Dia berlari kearah Puan Ara yang sedang menonton Televisyen bersama Krystal.

"Eonni ! Yeppeuda !" Jerit Krystal sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Krystal, sakit telinga kakak kamu nanti ! Kamu ni pun." Puan Ara menolak kepala Krystal yang bersandar dikepalanya.

"Omma-ya ! Appao" Krystal merengek.

"Macam ketat saja baju ini ?" Jessica menanya.

"Mana ada ketat?" Krystal jadi hairan. Okey saja

"Betul tu ! mana ada ketat ?" Puan Ara menyokong anaknya.

"Standard size lah Sica, tak akan ketat pula ?" Krystal berdiri dan meneliti baju yang tersarung di badan Jessica.

"Tak ketat, tapi macam ikut bentuk badan" 

Serentak dengan itu ketawa memenuhi ruang tamu itu.

"Eonni, memanglah ikut bentuk badan, kan sekolah ni Swasta ! mestilah kena y ! Baru dapat markah lebih." Krystal meletakkan tangannya diatas bahu Jessica.

"Geurayo ?" Soal Jessica minta kepastian

"Ye !" Krystal mencubit pipi Jessica.

"Leganya. Okeylah kakak nak tukar bajulah." Jessica menolak badan Krystal ke sofa, terjerit kecil krystal dibuatnya.

Jessica menukar bajunya dan kembali ke bawah.

"Sica." Puan Ara memanggilnya.

"Ya ? mengapa ?" Jessica mengambil tempat disebelah Krystal.

"Krystal ni ha. Sibuk mahu ke Dongdaemun. Ada sale-lah apa lah." Puan Ara mula mengatur bicara.

"Betullah ! Ada sale baju 10$, cantik cantik pula tu ! Dah lama dah Krystal tak...."

"Dah, dah, dah, ada saja dia ni." Puan Ara mencubit pipi Krystal.

"Hahaha. Jadi Auntie nak Sica bawa Krystal pergi Dongdaemun kah ?" Jessica meneka.

"Haa pandai pun Sica ! boleh tak ?" Puan Ara membalas.

"Hmmmm" Jessica befikir.

"Hmmmmmm" Puan Ara & Krystal masih menunggu jawapan Jessica.

"Okay!" Sebaik saja Jessica mengucapkan perkataan itu. Krystal memeluk tubuh Jessica.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dsoldier04
#1
Chapter 5: yah! please update your story,eoh! muah muah. :p
MariahZahirah #2
Chapter 5: Arishaaa.....sambung2!!!!!.....sambung lps pekse....tau2.....ape jadi lepas tu....
MariahZahirah #3
Chapter 3: Best lah cite nii
dsoldier04
#4
Chapter 3: aq x tau sgt group f(x).. //sorry klau komen aq ni menyibuk kat sini// :P
dsoldier04
#5
Chapter 2: first thing aq fikir pasal krystal ialah dia lelaki...haha...nice story beb!
dsoldier04
#6
Chapter 1: berapa umur krystal dan jessica?