In The End You still become My Doll

You're my Masterpiece

 

 

Dia hanya mampu bergelut.

Dia hanya mampu perhatikan 'Patung' miliknya ditutupi dengan kain berwarna hitam.

Dia hanya mampu menjerit memanggil nama patung  kesayangannya itu.

Dia hanya mampu menangis.

 

"Tolonglah...Jangan pisahkan kami"

 

***

 

Seperti biasa Sarang akan ke taman berdekatan untuk menghabiskan pembacaan novel dia.Tapi entah kenapa hari ni terasa kelainannya.Cuaca hari ini mendung tidak seperti selalu,bagai ada sesuatu yang menghampiri dan akan mengubah hidup dia yang selama ini hanya dikelilingi dengan fantasi.Sebagai seorang penulis novel,hidup Sarang hanya dipenuhi dengan fantasi dan penamat yang gembira.Jaket yang menutupi badan.Dia meneruskan pembacaan tanpa mempedulikan dunia luar tapi belum sempat dia berbuat demikian Sarang berasakan diri dia sedang diperhati.Mata yang tadinya melekat pada muka surat yang sama diangkat.Sarang hanya melemparkan senyuman manis bila mata dia bertembung dengan seorang lelaki.Bacaan yang terbantut disambung kembali.Sedang dia leka membaca tiba-tiba pembacaannya diselubungi dengan bayang yang sedang tegak berdiri di hadapannya itu.

 

"Awak nak tak jadi model saya." Sarang hanya perlukan satu ayat.Satu ayat sahaja untuk buat hati dia luluh.Suara gerangan di depannya itu sudah untuk cukup buat dia kaku.Lembut dan penuh dengan keharmonian."Awak?" Suara itu berkata lagi.Terlip-kelip mata Sarang.

 

"Huh apa dia.Model untuk apa ya?"Nafas ditarik dalam-dalam.Wajah jejaka tersebut diperhatikan.Lelaki tersebut tersenyum manis hingga matanya mengecil membentuk bulan sabit.

 

"Saya seorang pengukir patung jadi saya tertarik untuk ukir awak oh dan nama saya Jung Daehyun.." Tangan kanan dikeluarkan dan dihulurkan.Sarang menyambut sambil perkenalkan diri."Jadi...?"

 

"Saya tak kisah.Jadi bila awak nak mula ukir saya?" Daehyun yang mendengar jawapan dari mulut Sarang terus mengeluarkan telefon bimbit dia.Sarang yang tahu apa yang diinginkan oleh Daehyun terus menyebut nombor telefon miliknya.

 

"Kalau awak ada masa hari ni juga saya nak mula.." Sarang meneliti jam yang cantik meliliti pergelangan tangan dia.Kepala diangguk tanda setuju."Tempat saya tak jauh dari sini jadi kalau awak bawa kereta,awak boleh tinggalkan kereta tu dekat sini je." Sarang mengangguk lagi dan  terus mengekori Daehyun dari belakang.

 

***

 

"Selamat datang ke galeri patung saya.Tak ada la cantik mana tapi ok la kan." Sebaik sahaja pintu dibuka penglihatan Sarang dikaburi dengan pelbagai patung yang sempurna rupa parasnya.Kalau tengok sekali imbas sesiapa sahaja akan fikir yang patung tidak bernyawa ini manusia.Sarang menghampiri sebuah patung yang paling berdekatan dengannya.Muka patung diusap dengan lembut.Dari luar memang nampak kesempurnaanya tapi bila disentuh patung tetap patung.Ianya keras.

 

(a/n anggap yang ni patung tu)

 

"Ni awak kata tak cantik tapi bagi saya memang Wow.Its fascinating.Awak berbakat Daehyun tapi kenapa saya tak pernah nampak hasil kerja awak dekat mana-mana majalah or media?"Sarang pergi ke setiap patung.Daehyun hanya perhatikan setiap gerak geri Sarang yang sudah ditawan dengan hasil kerjanya itu.Daehyun kembali ke meja kerjanya yang tidak jauh dari tempat Sarang berdiri.Dengan pantas dia mengemas meja yang penuh dengan perkakasan mengukir.Sebuah kamera DSLR dikeluarkan dari bawah laci.Punat kamera ditekan berulang kali.Sarang yang tidak sedar akan tindakan Daehyun terus mengamati setiap manusia tanpa roh itu.Laju Daehyun menyimpan kamera dia bila Sarang pusing menghadap dia."Apa yang saya mampu kata hanyalah Wow.Kalau ukir patung pun dah cantik saya tak sabar nak tengok hasilnya bila awak ukir saya." Sarang masih tak mampu melepaskan pandangannya dari patung tidak berjiwa itu.

 

Daehyun tersenyum malu bila Sarang tak henti-henti memuji karyanya itu.Bagi dia semua patung yang dihasilkan masih belum cukup sempurna.Bagi dia setiap patung yang dibuat ada cacat celarnya tapi dia tidak tahu apakah ia.Daehyun bangkit dari kerusinya dan berjalan ke lagi satu pintu di dalam bilik tu.Sarang hanya menurut bila Daehyun memanggil dia.Kali ni suasananya langsung tak sama dengan luar.Bilik ni lebih gelap dan tidak berseri.Tiada dinding berwarna putih,tiada patung yang cantik rupa parasnya.Yang ada hanyalah dinding yang dicatkan dengan warna coklat gelap dan anggota badan patung yang masih belum siap.Ianya agak mengerikan terutama sekali kepala patung yang sudah berwajah tetapi tidak bertubuh.

 

"Jemput duduk.."Sarang mengambil tempat di kerusi yang telah disediakan di tengah-tengah bilik.Daehyun pergi ke rak di belakang dan kembali dengan sebuah sketchbook dan sebatang pensil."Awak jangan bergerak tau.Saya nak kena lakar awak dulu." Sarang menjawab ya.Muka Daehyun yang tersenyum kini berubah series.Laju anak pensil dia menari dia atas kertas kosong tu.Sarang merasakan muka dia panas bila diri dia diperhatikan oleh Daehyun tanpa berkelip.Walaupun jauh,Sarang masih dapat menangkapanak mata Daehyun.Anak matanya berwarna hazelnut dan Sarang dapat mengecam yang ianya bukanlah contact lens.Bagi Sarang,Daehyun tak ubah seperti patung di luar sana.Rupa dia sungguh sempurna tapi entah kenapa Sarang dapat rasakan yang diri Daehyun tiada dalam jasadnya.Pejam celik-pejam celik Daehyun menyudahkan lakaran dia.Sarang terus berlari ke belakang Daehyun dan melihat lakaran yang baru sahaja dilakar oleh Daehyun."Macam mana?" Daehyun bertanya.Tiada suara keluar dari mulut Sarang.Apa yang dia mampu buat hanyalah thumbs up."Saya rasa wak dah boleh balik sekarang.Malam ni saya akan mulakan proses pengukiran." 

 

"Baiklah.Esok saya datang lagi.Selamat malam Daehyun."Lantas Sarang meninggalkan bilik gelap tersebut.Sebelum pulang Sarang ingin melihat patung diluar tapi hasratnya putus bila galeri dimana menempatkan patung-patung itu gelap.Jam tangan dibaca.Jarum menunjukkan pukul 8 malam.Laju dia mengatur langkah,perjalanan ke pintu depan terasa jauh.Sarang rasa bagai diri dia sedang diperhatikan dengan berpuluh anak mata.Kaki diangkat dengan pantas.Keluar sahaja dari situ nafas yang selama ini ditahan dilepaskan.Sempat di memandang pintu masuk galeri tersebut sebelum beredar dari situ.

 

 

Daehyun duduk menghadap tingkap yang kini menayangkan pemandangan bulan penuh yang mengasyikkan.Kamera DSLR dalam tangan diperhatikan.Gambar Sarang yang diambil petang tadi diperhatikan dengan khusyu.Kamera diletakkan ke tepi dan digantikan dengan sketchbook dalam tangan.Lakaran yang dihasilakan tadi ditenung dalam-dalam.Daehyun mencapai kepala patung yang telah diukir menyerupai Sarang yang baru sahaja siap diukir.Bibir patung yang pucat dan tidak berwarna itu dikucup lembut."Kenapa hati ini berdegup kencang bila aku melihat kau?" Daehyun menanyakan pada kepala patung tersebut.Senyuman manis terukir dibibir Daehyun.

 

***

 

Hampir setiap hari Sarang akan ke situ untuk melihat perkembangan patung berwajah milik dia tu.Dan setiap hari juga dia akan meluangkan masa dengan Daehyun.Masa yang selama ini hanya diisi dengan buku dan komputer kini telah diganti dengan Daehyun dan galeri milik dia.Dan makin hari juga perasan Daehyun kepada Sarang semakin mekar dan menebal."Awak lama lagi patung ni nak siap?" Daehyun hanya mengeleng.Kalau satu hari Sarang tak tanya soalan tu mesti tak sah.Seperti biasa Daehyun akan jawab "tak lama lagi siap lah".Kadang-kadang Sarang akan bawa karya novel dia yang terbaru dan meminta pendapat dari Daehyun yang lebih arif dalam bidang seni."Daedae saya nak beritahu ni.MInggu depan saya tak ada seminggu sebab pergi kursus penulisan dengan penulis novel yang lain.So kalau awak sunyi rajin-rajin la call saya ya." Sarang yang tak tahu malu itu tersengih.Daehyun tergelak melihat gelagat crush nya itu.

 

Tanpa Daehyun sedari seminggu sudah pun berlalu sejak Sarang pergi ke kursus.Dan dengan tempoh seminggu itu juga Daehyun telah menyiapkan patung itu.Untuk pertama kali dia berasa bangga dengan hasil kerjanya dan mungkin juga kerana patung itu memiliki wajah Sarang.Daehyun bersengkang mata semata-mata untuk memastikan patung itu sempurna rupa parasnya.Daehyun mengangguk setuju bila patung itu betul-betul menyerupai Sarang.Hidung,mata,mulut semuanya sama.Daehyun mengangkat patung itu ke bilik galeri dan tempatkan patung itu ditengah-tengah.Dia turut menyelit sampul surat yang ditulis tentang isi hatinya di tangan patung tersebut.Setelah puas dengan semuanya dia pergi siap untuk beri kejutan dan menjemput Sarang di airport.

 

(a/n patung Sarang)

 

Setiba je disana Daehyun membetulakan pakaiannya.Senyuman tak lekang dari bibirnya.Dari jauh Daehyun nampak Sarang menolak troli beg yang sagat dengan beg pakaian.Tangan diangkat dan dilambai "SARA-" tapi belum sempat dia menghabiskan nama Sarang seorang lelaki telah berlari dan terus memeluk tubuh kecil yang sepatutnya berada dalam dakapan dia.Daehyun hanya memerhati dari jauh bila lelaki itu menghadiahkan satu kucucpan di pipi Sarang.Bunga mawar dalam pegangan dilepaskan hingga jatuh ke lantai.Sekelip mata bayang Daehyun hilang dalam lautan manusia."Daehyun?"

 

 

"AAAAAAHHHHHHHH.." Semua patung dalam pandangan dicampak hingga berkecai.Daehyun berdiri dihadapanPatung Sarang yang masih setia berdiri.Air mata yang selama ini tidak pernah keluar akhirnya mengalir dengan deras.Buku lima diangkat,bersedia untuk memusnahkan patung yang tidak berdosa itu.Akhirnya Daehyun melutut dan memegang hujung baju milik patung itu.Dia tidak sanggup,dia tak sanggup untuk memukul patung itu.Ini semua kerana mukanya yang sama dengan manusia yang telah mencuri dan mencairkan hati dia.Air mata yang meleleh keluar dibiarkan.Surat yang dipegang oleh Patung itu diambil dan dikoyak.Dia merasakan yang segala isi hatinya telah punah dan berkecai.Tanpa dia sedari dia sudah pun terlelap di kaki patung Sarang itu.Malamya Daehyun mengemas galeri dia,semua patung yang dah musnah dibuang tanpa rasa menyesal dan patung Sarang yang terselamat disimpan dalam bilik mengukir.Tengah sibuk dia mengemas tiba-tiba pintu depan terbuka.

 

"Daehyun~" Penumbuk digengam hingga pucat,Daehyun yang membelakangi Sarang terus pusing dengan memakai senyuman palsu.Di depan dia kelihatan Sarang yang cantik berpakaian gaun putih dan apa yang merosakkan pemandangan dia ialah lelaki sebelah dia yang memegang tangan Sarang."Awak saya dah balik.Ni saya nak perkenalkan dekat awak.Nama dia Jongup,dia ni tunang saya." Tunang Sarang menghulur tangan untuk bersalaman tapi langsung tak dibalas oleh Daehyun.Jongup menggaru kepala yang tak gatal."So awak patung tu dah siap ke.Saya nak tunjuk dekat Jongup.Dia tak percaya bila saya cakap patung yang awak ukir macam manusia.Uhhmm btw mana patung lain?"

 

"Saya dah buang.Saya rasa patung tu semua satu kegagalan buat saya.Dan patung awak tu masih dalam proses." Proses pemusnahan.Sarang hanya mencebik comel.Jongup yang perasan terus mengucup nakal bibir dia dan lantas dipukul oleh Sarang.Daehyun yang dari tadi menjadi pemerhati mengaburi mata mereka dengan senyuman yang tidak ikhlas.'Bibir tu sepatutnya jadi milik aku.Aku yang sepatutnya berdiri sebelah dia,bukannya kau lelaki tak guna' .Tak lama kemudian mereka minta diri untuk pulang.Daehyun dengan baik hatinya menghantar mereka hingga ke pintu depan.Tangan yang tadinya lambai terus jatuh ke sisi.Dia hanya mengikut kemana kaki dia bawa dan akhirnya destinasi mereka ialah di depan patung Sarang.Tangan yang mengigil diangkat diusap di pipi patung itu."Ke-kenapa awak buat saya macam ni.Saya Ci-cintakan awak.." Dan malam itu juga hati Daehyun dikelilingi dengan kegelapan."Awak milik saya sebab sayalah pengukir awak."

 

***

 

Setiap hari Sarang akan ke tempat Daehyun tapi apa yang dia nampak hanyalah papan tanda 'To Let'.Dia ingin sekali melihat patung berwajah dia itu tapi apa yang dia paling rindu ialah Daehyun.Bagi dia,Daehyun adalah seorang rakan yang amat baik.Walaupun dia tak banyak cakap,tapi itu semua dah cukup menigisi kelapangan di dada yang selama ini kosong.Kini hidup Sarang kembali pada titik permulaan dimana dia tidak pernah berjumpa dengan pengukir bernama Jung Daehyun.Jongup sibuk bekerja untuk membiayai majlis perkahwinan kami pada bulan depan.Sarang berharap sangat agar Daehyun berada disitu.Hadir di hari yang bahagia bagi diri dia.

 

Lusanya mama Jongup mengajak Sarang untuk membeli dress gown untuk perkahwinan."Mama balik lah dulu dengan Pak Lee.Nanti Sarang balik.Beg ni semua Sarang bawa sekali." Sarang meminta diri dan terus mengatur melangkah ke tempat yang sama kaki dia tuju.Tempat Daehyun.Jarum menunjukkan pukul 9.30 malam bila dia tiba.Sarang mengeluh lemah bila papan yang sama muncul.Dia mula mengatur langkah untuk pulang tapi tak sampai langakh ke-5 dia rasa bagai ada benda keras mengetuk kepala dia.Tak lama kemudian semuanya gelap gelita.

 

Kepedihan di kepala memberi impak hingga dia terjaga.Kepala yang perit diusap lembut.Perlahan-lahan dia buka mata tapi apa yang menjemput dia hanyalah bilik yang kosong dan apa yang memeranjatkan lagi ialah dia sekarang berada dalam bekas kaca.Sedang dia leka mencari jalan keluar ada seseorang muncul dari kegelapan dengan mendukung sesuatu.Terbeliak mata dia bila orang yang muncul itu Daehyun dengan patung yang dipakaikan dress gown perkahwinan dia."Hai awak.Rindu saya tak." Sarang dapat lihat senyuman sinis yang berada di bibir Daehyun.

 

"Apa yang awak buat ni.Saya ada dekat mana ni.LEPASKAN SAYA DAEHYUN" Patung yang didukung sebentar tadi diletakkan di tepi.Dengan penuh berhati-hati Daehyun membetulkan gown yang melilit badan patung itu."Awak gila Daehyun.Lepaskan saya supaya saya boleh bawa awak pergi jumpa doktor." Daehyun langsung tak mempedulikan Sarang.Perhatian dia hanya tertumpu pada kembar Sarang yang cantik mengenakan gown berwarna putih yang di penuhi dengan berlian."Daehyun.Tolonglah.." Semuanya tak berguna.Daehyun langsung tak pandang Sarang.Dia hanya beri perhatian pada patung tu.Daehyun hanya akan datang menjenguk pada waktu malam dan selama seminggu Sarang tidak diberi makan.Daehyun hanya bagi dia sebotol air.Setiap hari juga Daehyun akan duduk menghadap Sarang dengan patung dalam pelukan.Sarang nampak dengan jelas yang Daehyun belai patung tu dengan penuh kasih sayang.Setiap hari baju patung itu akan ditukar,style rambut juga diubah.

 

Pada malam yang entah keberapa Sarang dikejutkan dengan kaki dia yang terasa basah.Mata yang mengantuk kini cerah bila bekas kaca itu diisi dengan air.Sarang yang sudah mengelaba mula memanggil nama Daehyun.Tak lama kemudia Daehyun muncul sendirian tanpa patung disisi."Daehyun hentikan air ni" Air kini mula memenuhi hingga paras pinggang dan Daehyun hanya memerhati.Kemudian dia tersenyum manis yang penuh makna.

 

"Awak tak nak tanya saya ke mana patung Sarang tu pergi.Tanyalah.cepat lah tanya.KENAPA KAU TAK TANYA.." Sarang langsung tak mempedulikan Daehyun,apa yang dia tahu paras air semakin meningkat hingga paras pangkal leher dia."Kalau kau tak nak tanya aku masih akan beritahu kau.Patung yang kau sayang tu aku dah bakar sebab tak lama lagi benda kayu tu akan jadi sampah juga.Tak lama lagi kau yang akan jadi patung aku.Kenapa aku buat semua ni?Semuanya sebab AKU CINTAKAN KAU.AKU BUAT KEJUTAN UNTUK KAU TAPI AKHIRNYA KAU BERITAHU YANG KAU DAH BERTUNANG.Sungguh kejam permainan kau Sarang tapi hati aku masih sukakn kau.Kenapa,aku pun tak tahu"

 

 Air mula memenuhi bekas kaca itu.Sarang mengetuk kaca didepannya itu dengan saki baki oksigen yang ada,Daehyun mendekatkan dahi dia ke cermin sama seperti Sarang.Daehyun mengucup kaca itu bagai dia sedang mengucup bibir Sarang.Oksigen yang ditahan makin lama makin berkurang dan sebelum paru-paru dia dimasuki air dia sempat membaca pergerakan mulut Daehyun yang tersenyum lemah."Kita akan bersama buat selamanya Sarang."

 

***

 

Jasad yang kini sudah tidak bernyawa dibaringkan di atas katil aluminium.Rambut yang basah dibelai.Alat mengukir kini digantikan dengan alat pembedahan yang tajam.Dengan perlahan dia membedah dibahagian dimana terletaknya jantung.Jantung yang basah dan dikelilingi dengan darah diletakkan dalam bekas kaca yang kecil.Sebuah kayu yang diukir menjadi bentuk hati dipegang dan dimasukkan ke bahagian dimana terletaknya jantung sebentar tadi.Dia kembali menjahit dada tersebut dengan teliti.Daehyun mengambil sebuah buku dari laci dia dan mula menyediakan bahan yang tertulis dalam buku tebal itu.' Cara mengawet mayat '

 

Semenjak hari tu semuanya lengkap dalam hidup Daehyun.Dia tak perlu risau lagi tentang Sarang kerana dia akan berada disisi dia untuk selama-lamanya tapi semuanya musnah bila Jongup buat laporan kepada pihak polis tentang kehilangan tunangnya itu.Jongup mula buat rancangan untuk lari keluar negara tapi apa yang merisaukan dia adalah Sarang.Macam mana dia nak bawa cintanya itu sekali.Dia tak nak berpisah dengan Sarang.Malam itu sedang dia tidur lena dengan Sarang meneman dia,pintu depan diketuk dengan kuat bertalu-talu.Daehyun yang sedar terus memeluk Sarang yang masih setia kaku disisi dia.Daehyun mula mendukung Sarang untuk lari ikut pintu belakang tapi semuanya terlambat.Polis sudah mula mengepun rumah tu.Tiada lagi tempat untuk lari.

 

"POLIS JANGAN BERGERAK.SILA LETAK WANITA TERSEBUT KE BAWAH DAN ANGKAT TANGAN ANDA" Polis mula mengacu pistol ke arah Daehyun.Jongup yang muncul cuba menghampiri Sarang yang kian membeku tapi laju dihalang oleh Pihak berkuasa.

 

"DIA AKU PUNYA.KORANG SEMUA BELA DARI SINI.DIA PATUNG AKU"

 

"JUNG DAEHYUN SILA DENGAR CAKAP KAMI SUPAYA TIADA SESIAPA YANG TERCEDERA."

 

Daehyun memeluk tubuh Sarang dengan erat.Tiada tanda yang dia akan lepaskan Sarang."Sarang sayang.Sarang nak bersama dengan Daedae kan.Sarang tak nak pergi dengan polis jahat tu kan." Pihak polis mula menurunkan pistol bila Daehyun bercakap seorang-seorang.Tiba-tiba seorang pihak polis muncul dengan bekas yang menempatkan jantung Sarang.

 

"JUNG DAEHYUN NI JANTUNG SIAPA"

 

"Hehehe Sarang tak nak kahwin dengan Jongup bodoh tu jadi dia suruh Daedae buang jantung dia yang lama dan gantikan dengan yang baru.Sekarang jantung Sarang akan berdegup bila dia bersama dengan Daehyun je." Jongup yang terlutut tadi sempat dipegang oleh polis.Sedang Daehyun leka mengusap Sarang  2 orang polis memegang kedua-dua belah tangan dia.Jasad Sarang jatuh dengan hentakan yang kuat,"LEPASKAN AKU.APA YANG KORANG BUAT NI.SARANG AKU SAKIT."

 

Dia hanya mampu bergelut untuk melepaskan diri dari pegangan polis tu.Daehyun mula menjerit bila Jongup menghampiri Sarang yang pucat lesi."JANGAN SENTUH DIA.DIA MILIK AKU" Pihak polis mula menghampiri Sarang untuk membuat kepastian.Sebaik sahaja polis itu mengangguk sehelai kain berwarna hitam menutupi tubuh Sarang.Dia hanya mampu perhatikan 'Patung' miliknya ditutupi dengan kain berwarna hitam."APA YANG KORANG BUAT TU.SARANG TAK SUKA WARNA HITAM".

 

"SARANG" Dia hanya mampu menjerit memanggil nama 'patung' kesayangannya itu.Daehyun menjerit sekuat hati bila patungnya dibawa pergi oleh polis.Dia hanya mampu menangis.

 

"Tolonglah..jangan pisahkan kami" Jongup yang duduk di tempat Sarang terbaring tadi terus menjeling ke arah Daehyun yang menangis dalam kesunyian.Sekelip mata Jongup bangun dan mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya.

 

"ENCIK MOON JANGAN.." Daehyun yang sedar akan tindakan Jongup tersenyum puas.

 

BANG !!!

 

Semuanya gelap.Tapi dia puas kerana sekurang-kurangnya dia akan meneman Sarang di sana.Akhirnya dia yang akan bersama dengan Sarang dan bukannya Jongup.

 

 

"You're my Masterpiece Sarang.Pengukir dan patungnya pasti akan bersama kerna dimana ada patung di situ ada Jung Daehyun"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Helo,hai,konbanwa,annyeong and so all.Kepada sesiapa yang baca cerita ini berjuta-juta terima kasih saya ucapkan.Saya tahu cerita ni pelik sikit sebab sejujurnta saya sendiri pun tak faham apa yang saya tulis tapi terima kasih sekali lagi and kalau boleh sila lah komen,subscribe dan upvotes la kalau nak.TQ EVERONE ♥ U ALL *

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
freakandheart #1
Chapter 1: Aloha~~
Best nya cerita nie.. hoho
choitaejun_96
#2
Chapter 1: Wooo sangat psycho ~ teramatlah gempak!!! Daebak! Daebak! Buatlah lagi citer mcm ni!!!
wui_jinne #3
Chapter 1: ♥♥♥♥♥♥
★★★★★
(/^o^)/♡
best sangat....
Naturalpeach
#4
Chapter 1: O.o ? Daehyun saya jadi psiko xD ! Oh tidak :3 !!
Cerita awak daebak kot! Dan awak ni BABY ek? BIAS awak siapa dalam B.A.P?