Milkshake ll

It's Blind Love

*** 

Sera dan suho memesan dua gelas chocolate milkshake,dan tidak lupa ada ceri di atasnya.Mereka berdua menunggu sehingga pesanan mereka tiba ke meja. 

 

"Se Ra...ceritalah!"Suho mula membuka mulut.

"Cerita apa?"tanya Sera sambil matanya memandang skrin smartphonenya.

 "Kau ni kan -_- selalu lambat tangkap kan? "

"Apa? "tanya Sera sekali lagi. 

"YAH!!!!"Suho merampas smartphone milik Sera.
Dia inginkan gadis di hadapannya itu tertumpu ke arahnya apabila bercakap.

"NO!!!"Jeritan kecil dari gadis bernama Sera.

 

Semua orang dalam cafe itu memandang mereka berdua.Sera menghiraukan pandangan mata dari pelanggan lain sebab matanya sekarang ni hanya tertumpu pada Suho yang sudah mengambil smartphonenya.Suho pula menahan malu apabila semua mata memandangnya pelik ,dia segera memberi smartphone tu kepada pemiliknya.Sera mula menyambung permainannya.

"Yaish,suho.Kau ni,tengok ! kan aku dah kalah TT^TT"

'lews,dia ni aku dah malu sebab dia boleh lagi dia cakap dia kalah main game -_-'getus hati Suho

"Ish,kau ni buat malu aku je...!"

"Malu sebab  apa?"matanya tertumpu pada jejaka di hadapannya.

"Kau jerit sampai satu cafe bergema.... buat malu aku je...."Suho menarik kedua belah pipi Sera sehingga ianya menjadi warna tomato.

"A...aaa.duh!!Sakitlah pendek.Lepaskan!!!" Sera membalas balik apa yang Suho buat padanya.
Dia menarik pipi Suho sekuatnya.

"Aah~ kaulah yang patut lepaskan Serai~!!!"ujar Suho geram.

Masing-masing belum menunjukkan sebarang tindakan untuk mengaku kalah.Aksi mencubit pipi sudah berlangsung hampir 5 minit lamanya. Masing-masing dengan pendirian masing-masing untuk terus mencubit pipi pihak lawan. Akhirnya ia berakhir dengan mereka seri apabila pelayan datang untuk menghidangkan milkshake kepada mereka. 

"Eherm!" 

Sera dan Suho memandang ke arah pemilik suara itu. Seorang pelayan sedang berdiri di sisi meja dengan tangannya menatang dulang berisi milkshake.

"Nak saya letak di mana cik?" Tanya pelayan itu.

Pelayan itu memandang ke arah mereka. Sera dan Suho memandang sesama sendiri. Mereka bagaikan bergusti lengan di atas meja itu. Mereka segera melepaskan tangan mereka lalu memberi ruang kepada pelayan itu untuk menghidangkan minuman yang dipesan oleh Sera dan Suho.Pelayan itu berlalu pergi selepas menghidangkan mereka milkshake.

Bermulalah permainan baru iaitu pertandingan menjeling antara satu sama lain. Mereka menjeling antara satu sama lain sambil mengutuk pihak lawan.Pipi mereka bagaikan memakai blusher yang agak pekat, merah jambu xD.

"Haish,Serai! ni kalau aku sumbat Serai banyak-banyak kang menyesal pula."

"Pendek,memang cari nahas betul." 

Sera sudah penat menjeling lalu dia memandang skrin smartphonenya tanda dia mengalah. Suho hanya tersenyum sumbing pada Sera sebelum meneguk sedikit milkshakenya. Sekali-sekala dia menjeling ke arah Sera tanda masih lagi protes. Dia memandang ke arah milkshake kepunyaan Sera yang belum disentuhnya . Suho tersenyum jahat.

***

" Yah,Serai oi...kau taknak minum ke? Ish,tak baik membazir.So aku yang hensem lagi baik hati ni ingin menghabiskannya" Suho menarik milkshake kepunyaan Sera lalu berpura-pura ingin meminumnya. Sera menyedari akan tindakan itu terus mencapai milkshakenya yang berada di tangan Suho.

"Yaish,Pendek kau jangan nak mengada eh!Aku nak minumlah ni ,-_- pendek mmg cari pasal betul."

"Whatt? 'Pendek' ...kau saja kan. "

"Tapikan sejak bila kau kisah bila aku membazir eh :3 "

"Well,aku memang kisah bila kau membazir !"sambungnya.

Sera hanya senyum padanya lalu meneguk sedikit milkshake yang berada di hadapannya.Sera lega sedikit apabila meneguk milkshake yang berada di tangannya.Dia dapat rasa kemanisan milkshake itu masuk ke rongga mulutnya,sangat melegakan. Semua itu,hilang tiba-tiba,menjadi mimpi ngeri. Sera memandang ke arah Suho yang ketawa sambil memegang perutnya.

"Hahahahahaha...hidung kau xD "

"Hidung aku?"Sera mengelap hidungnya.Ada sedikit krim di hidungnya.Sera memandang Suho yang masih ketawa terbahak-bahak.

"ambil ni ketawakan aku lagi -_- "ujar Sera selepas mencalitkan krim tadi ke muka Suho. Suho berhenti ketawa lalu membuat muka geram,tanda protes.

"Yaish,kau ni. Melekitlah!" Suho mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap mukanya yang agak melekit itu.

"Aih,takkan muka kau je :3 "kata Sera sambil membuat muka comel.

"Lews,nak aku letak kat muka kau pula ke?"tanya Suho.Sera membuat muka 'pou'.

" Meh,sini sapu tangan kau. Pinjam eh ^_^ "Sera menarik sapu tangan Suho dari tangan Suho lalu dia mengelap hidungnya yang agak melekit itu.

Suho menjadi pemerhati.

"Nah,terima kasih eh,pendek! "Sera menghulurkan sapu tangan Suho.

"Mulut kau, teringin aku nak sumbat Serai banyak-banyak!!!"kata Suho sambil mencapai sapu tangannya.

"Buatlah kalau boleh !" Kata Sera sambil menjelir lidah.

Suho memandang tepi bibir Sera,ada sedikit krim yang tertinggal. Dia mengelap krim itu dari bibir Sera dengan tangannya.Sera agak terkejut dengan perbuatan Suho.Dia hanya membisu sahaja sambil matanya memandang ke arah mata Suho.Jantungnya bagai akan terkeluar dari tempatnya.

" done. "

" gomawolah ...."kata Sera ,blush.
Suho tak nampak yang Sera tengah blushing sebab pipi Sera masih berwarna merah jambu akibat cubitan kuat dari Suho 

"Sambunglah cerita :3 "

"cerita apa ni -_- ???"tanya Sera dengan innocentnya.

'kang aku tendang kau baru tahu -_-' omel hati Suho.

"kenapa mesti aku menyesal kalau nak date ngan si Ah reum tu? "

Sera menyimpan smartphonenya ke dalam beg. Satu keluhan keluar dari mulut Sera.Dia memandang ke arah Suho yang teruja ingin mendengar cerita dari Sera.Sera mula berbicara.Dia menceritakan segalanya pada Suho.Suho menjadi pendengar yang setia.

***

Suho tak terasa apa pun yang terjadi pada cerita itu.Tak terasa menyesal pun walau sedikit.

 

Di rumah~ 

Bilik Sera dan bilik Suho bertentangan.Selalu Sera berbual dengan Suho menggunakan kertas kosong dan marker.Nak jimatlah katakan. Sera memandang ke arah bilik Suho. Suho  sedang duduk berbaring sambil matanya memandang ke arah Sera.Sera mengambil kertas lalu menulis sesuatu di atasnya.

" Kau tak terasa ke? "

"Tak"Suho mengangkat kertasnya lalu menunjukkan pada Sera.

 "Kau jangan menyesal eh!!!"

Suho menulis pada kertasnya lalu mencontengnya kembali tanda salah. Dia berjalan ke arah tingkapnya,mencapai langsir lalu menutup tingkapnya.Sera memandangnya dengan tanda tanya. Sera memandang lama tingkap bilik Suho. Dia melompat geram di atas katilnya.

"What the!!!! Why must that girl?"
"Perempuan tu perampas kawan aku.Menyakitkan hati je."Getus Sera

"Ok,Calm down,Se Ra"

Sera berjalan ke arah laptop kesayangannya lalu membuka lagu 'swing-suju'.Dia protes dengan Suho. Yelah,cinta dia memilih perempuan lain,siapa yang tak benci bila org yang kita suka,suka orang lain.

'I want to tell you that what you're looking for ,has been here for the whole time'

Suho pada masa itu,menyelak langsir dan terlihat Sera sedang menari macam orang gila.Tanpa Suho sedari,satu senyuman terukir di mukanya. 

***

Keesokan paginya~

Sera bersiap macam biasa lalu ke luar rumah dan menunggu Suho yang tidak siap lagi.Sera tunggu di bangku yang berada di antara rumahnya dan rumah Suho.Bangku tersebut menghadap jalan.Dia macam biasa akan menyanyi sementara menunggu Suho.

"Haish,kenapa dia lambat ni.." ujar Sera.Dia mengerling ke arah jam tangan dia.

Tiba-tiba seseorang berjalan ke arah Sera dalam senyap lalu menutup matanya.Sera terkejut sampai nak menjerit tapi lelaki tu sempat menutup mulutnya.

"Baik kau diam.... "Kata orang itu dengan suara garaunya.

Sera membisu.

"urgh..." Sera menggigil ketakutan.

Orang itu melepaskan tangannya dari menekup mulut Sera lalu dia duduk di sebelah Sera.

"Yosh....takutnya kau...dah menggigil lah kau ni" ujar Suho sambil mencucuk pipi gebu Sera.Apabila terdengar suara Suho,Sera segera membuka mata.

"YAish,Suho!!!!"Sera memukul bahu Suho.

"Hahahaha,takutnya kau eh??"

"Macam mana kau buat suara garau tu? "tanya Sera.

"Aku kan namja"Suho mendabik dadanya.

"Namja tapi manja" Sera berlari jauh meninggalkan Suho. 

"SeRa!!!!"Suho mengejar Sera.

 

***

"Nah, suho baca ni! "Sera menghulurkan kertas yang bersampul.

Suho membaca isi surat itu.

"Amacam? Aku rasa perem..erm..Ah reum tu suka kot".

"Maybe.....so kau nak aku buat apa? "

"Hantar ni dekat dia secara depan...jangan bagi bunga".

"Wae? Kenapa tak boleh bagi bunga ???" 

" Aku ada nampak seorang budak ni bagi bunga but dia terus buang dalam tong sampah."

"Oooh~....lah takkan aku bagi surat je kot? "

"Dia kan fashionnista. So kau bagilah kasut ke dress ke or whatever a girl like! "

"Ohh ok,so petang ni jom ikut aku pergi Lotte World? "

"Taknaklah. "

"Tolonglah~,kalau tak, aku tak akan belanja kau milkshake."

"Ah jebal janganlah ugut aku dengan milkshake " Sera membuat muka comel depan Suho.

"Kalau kau taknak aku ugut kau...petang ni dekat padang kita jumpa :3 lepastu pergi mall "

" yelah ..." jawab Sera malas.

***

Choi ssaem pun sampai lalu mengajar.Pembelajaran berjalan seperti biasa.

***

Petang tu 

Sera menunggu Suho di padang sebab Suho ada latihan bola sepak.Mereka akan lawan dengan sekolah lain pada minggu hadapan.Sera melambai pada Suho apabila Suho melambai tangan dekat korang.

Dia mengambil beg galasnya lalu di galas.Tanpa dia sedar ,ahlinya mengejeknya dan Sera.

"Weh,kapten kita date ngan budak nerd hahaha"

"Tak sangka taste kapten kita macam ni..hahahah"

Suho hanya mampu menahan geram sahaja.Dia segera berjalan ke arah Sera lalu menarik tangannya tanpa berkata apa-apa pun.Sera hanya mengikut Suho tanpa sebarang perkataan yang keluar dari mulutnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya siap pun untuk chapter yang kedua. Huh~,penat xD 
Btw,i'm a newcomer,so i'm not used to this :3 
I'll try to make it more interesting with amazing idea xD 
For the subcribers Thank you so much for subcribe my simple stories ^_^ 
Pls comment after read it. 
One more, kalau ada salah silap tolong tegur eh ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Lunnirhan #1
Chapter 2: Update please
sha_norishah
#2
Chapter 1: Update soon