8:41 Pagi

8:41 Pagi

Kikwang selaku pengawas yang ditugaskan untuk menjaga pagar utama, ditariknya pagar itu untuk menutup setelah memastikan tiada seorang pelajar berada di luar. Laluan kiri dan kanan kelihatan lenggang.

“Kain pelekat~ Lalala~ Kain pelekat~” nyanyi Kikwang sambil menari seperti penari Bollywood tidak terlatih.

Pagar tersebut asyik ditarik dan ditolak berulang kali. Terlalu khusyuk menari agaknya sehingga tidak sedar bunyi kreng kreng dihasilkan dari pagar tersebut.

“Tunggu! Jangan tutup lagi!” laung seorang pelajar. Kelam-kabut dia berlari menuju ke pagar. Seragam sekolahnya selekeh dan tidak berbutang dengan betul. Rambutnya sudah seperti orang baru lepas naik roller coster yang extreme.

Serta-merta Kikwang berhenti menari. Segera dibetulkan seragamnya supaya kelihatan kemas.

Segera ditolaknya pagar itu untuk memberi pelajar itu masuk. Termengah-mengah pelajar itu setelah berlari pecut untuk sampai ke pagar.  Dia berbongkok sambil kedua-dua tangannya diletakkan pada kedua-dua lututnya.

“Nampaknya kau datang lambat lagi, encik Minwoo.” Kikwang menggeleng perlahan.

Pelajar itu atau Minwoo mengangkat kepala. Dia masih lagi tercungap-cungap kepenatan.

Kikwang yang pada mulanya berdiri di hadapan, berganjak ke tepi. Muncul wajah cikgu disiplin yang paling menggerunkan di hadapannya!

Seolah-olah ada api sedang membara kemarahan di sekelilingnya.

“Park Minwoo.”

Sekali lagi Minwoo menunduk ke bawah.

 ..................................................

Bilik disiplin jadi sunyi dengan kehadiran cikgu Kris iaitu cikgu disiplin yang paling garang di sekolah mereka. Bukan setakat garang sahaja tetapi dia juga sangat menakutkan! Rotan yang diperbuat dari buluh bagaikan kawannya.

Ke mana sahaja dia pergi, rotan sentiasa bersamanya.

“Duduk.” Arah cikgu Kris. Serius gila!

Minwoo yang sememangnya takut kepada cikgu Kris hanya menurut sahaja. Dia segera duduk tanpa banyak soal.

Meja cikgu Kris dipandangnya lama. Tidak berani dia mengangkat kepalanya.

“Park Minwoo.” Panggil cikgu Kris diiringi dengan bunyi libasan rotan pada meja.

“Mak kau terbang.” Minwoo melatah. Segera mulutnya ditekup kuat. Tidak bernafas dibuatnya. Dia lebih rela mati ditekup daripada dimarahi cikgu Kris.

Berkerut dahi cikgu Kris mendengar latah Minwoo. “Mak siapa yang terbang?”

Terbeliak mata Minwoo dibuatnya. Kepalanya asyik digeleng-geleng sambil mulutnya masih ditekup olehnya. Dia sedar renungan tajam yang dihadiahkan oleh cikgu Kris. Pantas dia mengalihkan tangannya dari mulutnya.

“Tak ada siapa-siapa, cikgu.”

“Okay.” jawab cikgu Kris sepatah lalu duduk di kerusinya.

“Kamu tak rasa jemu ke asyik datang sini setiap hari?” tanyanya sambil menyilangkan lengan. Sungguh bergaya sekali tetapi perangainya yang garang itu langsung tidak kena dengan gayanya. Handsome tetapi garang!

Memang layak cikgu Kris jadi cikgu disiplin.

Minwoo diam. Hanya lantai yang berlapikkan karpet dalam pandangannya.

Cikgu Kris mengeluh berat. “Cikgu pun jemu nak bagi nasihat yang sama kat kamu. Please, Minwoo. Please change yourself. Kalau kamu masih datang lambat ke sekolah, senang je Minwoo. Cikgu akan kick kamu dari sekolah nie. Faham?”

Minwoo sekadar memaki dirinya dalam hati.

“Faham?” soal cikgu Kris lagi. Suaranya juga ditinggikan. Makin tegas dan serius.

Minwoo mengangguk lemah. “F-Faham, cikgu..”

............................................

Doojoon yang mendengar segala luahan geram yang terbuku di hati Minwoo terus tersembur air yang diminumnya tadi. Tergelak besar dia dibuatnya. Entah apa yang kelakar baginya. Minwoo sudah menarik wajah masam mencuka.

“Asal gelak doh? Aku tak buat lawak okay.” Minwoo sudah memandang ke tempat lain.

Doojoon mengelap bibirnya. “Sorrylah weh.”

“Sorry naik lorilah!” marah Minwoo yang masih memandang ke tempat lain. Badannya dipusingkan membelakangi Doojoon.

“Tak baik tunjuk belakang kat suami.” Usik Doojoon, lalu tergelak lagi.

“Hisy.. apa kau nie!” Minwoo bangun menghadap Doojoon yang masih ketawa. “Aku bukan bini kau. Aku adik kau. Langsat punya abang.”

Doojoon tersengih. “Alah.. sekali-sekala bergurau dengan adik sendiri. Takkan tak boleh kot?”

“Bab-bab suami bini aku tak suka.”

“Yelah. Yelah.” Doojoon mengangkat kedua-dua tangan.

Melihat Minwoo yang sudah diam, Doojoon menurunkan kedua-dua tangannya. Wajah Minwoo dipandang lama. Dia tahu adiknya dalam dilema kebimbangan yang teramat. Esok adalah hari ketentuan sama ada dibuang sekolah atau tidak.

“Minwoo..” Doojoon merapati Minwoo.

“Hmm..”

“Maafkan aku ye sebab gelakkan kau tadi.” ucap Doojoon perlahan. Bahu Minwoo dipaut supaya dekat dengan dirinya.

Minwoo menggeleng. Dia memandang Doojoon yang berada di sebelah.

“Tak payah nak minta maaf. Memang patut kau gelakkan aku sebab nie semua aku punya pasal.”

Doojoon sekadar membisu. Dia membiarkan Minwoo terus meluahkan segala isi hatinya.

“Hari-hari cikgu Kris marah aku sebab lambat. Nama aku penuh satu buku rekod disiplin. Semua cikgu kat situ semua kenal aku sebab hari-hari aku kena pergi situ sebelum pergi kelas. Aku cuba ubah diri aku tapi aku rasa susah sangat. Kenapa aku rasa susah sangat nak berubah? Kenapa..”

“Sebab kau malas, Minwoo.” Beritahu Doojoon. “Bukan susah tapi malas.”

Minwoo memandang Doojoon dengan pandangan sayu.

“Kemalasan dah sebati gila dengan diri kau. Apa yang kau perlukan sekarang ialah kerajinan. Kerajinan terhasil melalui usaha. Kau kena usaha untuk berubah. Mana ada susah. Itu malas namanya kalau kau nak tahu.” Jelas Doojoon diakhiri dengan senyuman.

Ditepuk-tepuknya bahu Minwoo itu perlahan.

“So..”

“So apa?”

Minwoo tersengih. “Aku kena buat apa sekarang?”

“Tidur sekarang.” Jawab Doojoon selamba tetapi masih lagi tersenyum. Jari telunjuknya sudah menunjuk pada jam yang digantung pada dinding.

Pukul 10 masih terlalu awal bagi Minwoo. “Awal siot.”

Doojoon menggeleng sambil mengangkat kedua-dua tangannya. “Tak ada awal-awal.”

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi.”

“Alah..”

“Tak ada alah-alah.” Jarinya lurus menunjuk ke arah bilik Minwoo. Wajah Minwoo yang masam mencuka dijelingnnya tajam sebelum mengeluarkan suara tingginya yang dapat mengalahkan penyanyi nombor satu iaitu IU.

“Pergi tidur sekarang!” arahnya tegas sehingga mampu mengegarkan seluruh rumah mereka.

Pantas Minwoo berdiri sehingga kerusi yang diduduknya tadi jatuh terlentang. Cepat-cepat dia menuju ke bilik namun langkahnya terhenti apabila bajunya ditarik oleh Doojoon.

Minwoo berpaling memandang Doojoon dengan keningnya yang terangkat sebelah.

“Esok pagi.” Doojoon mengambil sebilah pisau. “Pukul 7 pagi.”

Minwoo pelik.

“Sharp!” Pisau yang diambil tadi terus menusuk tepat pada meja. Pisau yang sepatutnya tertancap tegak di atas meja langsung tidak tertancap tetapi sebaliknya terbaring di atas meja. Dia sudah menggaru-garu kepalanya.

“Sharp apanya? Pisau tu dah tumpul.” Beritahu Minwoo.

“Laa..” Doojoon mengambil pisau itu. “Patutlah tak rasanya sharp tu tadi.”

Minwoo sekadar tersengih.

“Apa-apa pun!” Doojoon kembali menjadi tegas. Terperanjat Minwoo dibuatnya.

“Esok sharp!” Doojoon menunjukkan pisau yang dikatakan tumpul kepada Minwoo. “Pukul 7, aku kejutkan kau.”

Terkebil-kebil mata Minwoo mendengar kata-kata putus daripada Doojoon.

“Betul ke?”

Doojoon mengangguk dengan senyuman. “Betul.”

........................................

“Betul apanya? Menipu je lebih!” jerit Minwoo sekuat hatinya. Habis semua bantal dan patung dicampaknya untuk melepaskan geram. Tangannya memukul katil beberapa kali. Geramnya dia dengan Doojoon! Kata nak kejutkan dia pada pukul 7 pagi tetapi entah ke mana budak Doojoon itu sudah pergi.

“Ha.. aku lupa nak kejutkan Minwoo.” Doojoon yang sudah tiba di tempat kerjanya, menepuk dahi.

“Sharp apanya? Nak je aku maki!” marah Minwoo seraya turun dari katil.

Jam sudah menunjukkan 8:00 pagi. Mundar-mandir dia di biliknya. Fikirannya kusut. Hari ini dia pasti akan dibuang sekolah serta-merta! Dia kembali ke katilnya lalu duduk di birai perlahan. Dia merenung seketika.

Perlahan-lahan dia merebahkan dirinya di atas katil.

Terbayang wajah cikgu Kris yang asyik menggeleng kepala. Mungkin kecewa dengannya. Bayangan Kikwang yang sedang menjaga pagar sekolah. Meliar mata Kikwang mencari kelibatnya. Dan akhirnya Kikwang memberitahu cikgu Kris yang Minwoo masih belum sampai.

Minwoo mengeluh panjang.

Terbayang pula wajah Doojoon yang asyik berkata sesuatu kepadanya.

“Apa yang kau perlukan sekarang ialah kerajinan. Kerajinan terhasil melalui usaha. Kau kena usaha untuk berubah. Mana ada susah. Itu malas namanya kalau kau nak tahu.”

Dahi Minwoo berkerut.

“Apa yang kau perlukan sekarang ialah kerajinan. Kerajinan terhasil melalui usaha. Kau kena usaha untuk berubah. Mana ada susah. Itu malas namanya kalau kau nak tahu.”

Minwoo mula tersenyum.

“Apa yang kau perlukan sekarang ialah kerajinan. Kerajinan terhasil melalui usaha. Kau kena usaha untuk berubah. Mana ada susah. Itu malas namanya kalau kau nak tahu.”

Minwoo bangun.

Apa yang..”  Doojoon berengus geram. “Kau nak aku ulang berapa kali weh? Hisy..”

Minwoo segera mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

“Kerajinan terhasil melalui usaha!” jeritnya dalam bilik air.

..................................................

Tepat pada pukul 8:41 pagi, Minwoo keluar dari rumah dengan beg galas di tangannya. Angin meniup kuat menaikkan rasa mencabar yang membara! Hari ini hari sejarah baginya. Dia akan mencabar dirinya untuk sampai ke sekolah agar dirinya tidak dibuang sekolah walaupun sudah terlalu lewat.

“Aku kena berusaha. Aku tak nak kena buang sekolah!” Yakin sekali dia berkata begitu.

Dia membuka langkah yang pertama dengan yakin. “Ohyeah.”

Langkah yang kedua. Masih lagi yakin.

Langkah yang ketiga. “Kalau cikgu nampak macam mana?”

Dia berhenti. Baru tiga langkah dari rumahnya.

“Belum cuba mana tahu kan?” ngomelnya sendirian.

............................................

Dari jauh Minwoo sudah ternampak seorang pengawal sedang menjaga pagar utama. Kikwang yang selalu ditugaskan untuk menjaga diganti pula dengan pengawal tua itu. Kelihatannya pengawal itu bukan pengawal biasa.

Dengan kedua-dua tangannya di belakang dan berjalan seperti polis berjawatan tinggi, pastinya pengawal itu adalah pengawal yang luar biasa. Mana tahu dia boleh mengejar Minwoo sepantas kilat walaupun sudah berusia.

“Macam mana erk?” Minwoo menggaru-garu kepalanya.

Setelah lama memikirkan bagaimana caranya, dia mula tersenyum suka.

............................................

Pengawal yang dikatakan luar biasa itu sedang berehat di pondok pengawal. Penat menjaga pagar utama agaknya. Kipas dipasangkan sehingga kuasa lima. Dia sekadar menghela nafas lega sambil membiarkan kipas itu terus berpusing, menyejukkan lagi suasana yang panas.

Tiba-tiba hidungnya terhidu sesuatu yang harum. Terangkat-angkat keningnya dibuatnya.

“Uih.. wanginya.” Pengawal itu sudah tersenyum suka. Namun senyumannya mati saat matanya tertancap ke arah sesusuk tubuh yang melangkah masuk ke pagar. Tanpa sedar mulutnya sudah terlopong luas bagaikan kanak-kanak ternampak aiskrim.

Jantungnya berdegup kencang seperti mahu meletup!

Dia ternampak seorang gadis comel sedang berjalan di hadapannya. Lenggang-lenggok gadis itu berjalan melepasinya. Wajahnya yang telah disolek tebal, rambutnya yang lurus tetapi tidak diikat dan bajunya hampir mendedahkan bahunya yang putih.

Naik gila pengawal itu dibuatnya!

“Cepat, cepat!” Minwoo yang menyamar menjadi gadis itu mempercepatkan langkahnya. Kasut tumit menyukarkan dia untuk berjalan dengan betul.

“Wait!” laung pengawal itu.

Minwoo hampir terjatuh akibat laungan itu. Segera rambut palsunya yang hampir tertanggal dibetulkannya.

“Wait for me, Juliet~” Pengawal itu tersenyum suka. Terkedek-kedek dia berlari mendapatkan Minwoo yang lengkap berpakaian seperti gadis. Minwoo menghela nafas lega kerana identitinya masih lagi belum dibongkarkan.

“Nampaknya mamat tua nie ingat aku perempuan betul.” Bisiknya dalam hati.

“Aumcak!” Muncul wajah pengawal itu dalam pandangan Minwoo. Terkekek-kekek dia ketawa.

Minwoo tersengih pelik. “Yes..?”

“You are beautiful.” Puji pengawal itu, tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“O-Ooo..” Minwoo mengangguk kecil. “T-Thanks..”

Dia cuba berjalan melepasi pengawal itu namun pengawal itu menghalangnya dengan sekuntum ros.

“This is for you~” katanya diiringi dengan kenyitan mata yang kelihatan karat bagi Minwoo. Dihulurkan bunga ros itu kepada Minwoo.

“Thanks..” Minwoo menyambar terus bunga ros itu daripadanya. “And I kena cepat. Bye.” Cepat-cepat dia beredar walaupun cara jalannya tidak beberapa betul. Sudah seperti zombie lagaknya. Tapi apa dia peduli. Dia kena sampai ke kelas sebelum cikgu Kris tiba!

Pengawal itu kelihatan terperanjat namun senyumannya kekal di bibirnya. “Still looks beautiful to me~ Ah~” Dia pengsan.

..............................................

Kelam-kabut Minwoo berlari menuju ke tandas dengan kasut tumitnya yang menyusahkan itu. Dia harus pergi ke tandas untuk menukar pakaiannya. Solekan juga harus dibersihkan. Satu persatu anak tangga dinaiknya diiringi dengan bunyi tapak kasut tumitnya.

“Argh.. bising gila.”

Minwoo berhenti di tengah tangga. Kaki kanannya diangkat untuk menanggalkan kasut tumitnya itu.

“Uhm.. ada apa-apa problem ke cik?” tegur satu suara dari tingkat atas.

Serta-merta Minwoo menurukan kakinya semula. Dirapat-rapatkan kakinya supaya kelihatan seperti perempuan ayu terakhir. Dia mengangkat wajahnya sambil tangannya melurut rambutnya yang jatuh dan menyelitnya di celah telinga.

“Tak adalah~” Suaranya juga dimaniskan seperti gadis.

Sebaik matanya tertancap pada pemilik suara itu, terus terbeliak matanya. Orang yang menegurnya tadi ialah cikgu Kris!

“Omonaaaa cikgu Kris!” Pantas mulutnya ditekup dengan comel. Pandai juga dia berlakon seperti gadis sebenar.

Mahu meletup hati cikgu Kris melihat Minwoo atau gadis itu melatah. Terlalu comel baginya. Namun dia berasa pelik kerana gadis itu mengetahui namanya.

“Hey.. cik tahu nama saya?” tanyanya dengan keningnya yang terangkat sedikit.

Terasa jantung Minwoo terhenti seketika. Segera dia mencari idea untuk memberi alasan. Dengan spontan dia meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya. Diiringi dengan pipinya yang menggembung seperti tidak berpuas hati.

Kali ini cikgu Kris mahu terbang ke langit dan meletup berkali-kali! Comel sungguh!

“Ah~ Saya teka je pun~” Tersengih-sengih Minwoo membalas.

“C-Comelnya diaaa!” jerit cikgu Kris dalam hati.

Dia berdehem. “Err.. saya ada kelas. So.. can we meet again?”

“Kelas?” Mata Minwoo sudah membulat. “Aku kena cepat!” desis hatinya.

“No!” jeritnya kuat. Terkeluar suara garaunya!

“Huh?”

Minwoo yang bagaikan tersedar cepat-cepat menggeleng dengan senyuman comel di bibir. Suaranya juga dimaniskan sekali lagi.  “I mean yes..”

Cikgu Kris tersenyum. “Orait. See you later.”

“O-Okay..” Minwoo menggaru-garu kepalanya. Cikgu Kris sedang dalam perjalanan ke kelasnya! Dia mengusutkan rambut palsunya menjadi tidak kemas. Ditanggalkannya kedua-dua kasut tumit lalu mula berlari ke kelas.

“Andaew!” jerit Minwoo sepanjang koridor yang dilaluinya sekarang. Sebaik tiba di tangga yang menuju ke kelasnya, dia akhirnya terlanggar Kikwang di situ. Tergolek-golek mereka menuju ke tingkat bawah.

Kikwang dan Minwoo mengaduh kesakitan. Akibat insiden itu, rambut palsu Minwoo yang panjang dan lurus itu tertanggal dari kepalanya. Skirtnya juga hampir terkoyak. Terdedah pehanya yang putih melepak.

“Pergh.. pagi-pagi aku dah jumpa bidadari y!” Kikwang jadi gila hanya sekadar melihat peha Minwoo yang terdedah itu.

Cepat-cepat Minwoo berdiri. Dirapat-rapatkan kakinya sambil tangannya menutup bahagian skirt yang terkoyak.

“Woi!” jerkah Minwoo. “Bidadari y kepala otak kau! Aku lelaki ngok.”

Kikwang mendongakkan kepalanya. Terbeliak matanya sebaik memandang Minwoo yang tanpa memakai rambut palsu.

“M-Minwoo? Kau..” Perlahan-lahan dia berdiri lalu menghadap Minwoo yang masih berpakaian seperti seorang gadis sebenar. “Kau datang.”

“Eh, mestilah aku datang. Aku tak nak kena buang sekolah.”

“Tapi Minwoo.. kau dah lambat. Tahu kan?”

Minwoo mengangguk lemah. “Tahu..”

Kikwang sekadar memandang wajah Minwoo yang mula mendung. Masing-masing diam membisu. Dia memandang sekeliling dan ternampak cikgu Kris sedang berbual dengan cikgu lain di koridor.

“Walaupun kau dah lambat tapi kau masih sempat pergi kelas.” Kikwang memecah sunyi antara mereka berdua.

Wajah Minwoo kembali seperti biasa tetapi kali ini terserlah kegembiraan dari wajahnya. Matanya sudah membulat diiringi dengan senyuman yang lebar.

“Betul ke?”

Kikwang mengangguk. “Dah, dah. Baik kau pergi tukar baju sekarang. Biar aku yang uruskan cikgu Kris tu.”

..............................................

Kelihatan cikgu Kris menepuk-nepuk bahu cikgu Chanyeol yang kebetulannya lalu di situ. Tergelak-gelak mereka berdua setelah habis bersembang. Masing-masing menuju ke kelas yang dijadualkan. Apabila matanya memandang depan, muncul Kikwang di situ dengan sengihan.

Dia turut tersengih. “Kamu buat apa kat sini?”

“S-Saya.. saya nak jumpa cikgu.” Tipu Kikwang yang masih tersengih. Dalam hatinya bukan main lagi menjerit-jerit nama Minwoo supaya cepat sampai ke kelas.

Namun Minwoo masih belum kelihatan. Argh, lambatnya!

“Ada apa?” soal cikgu Kris. Wajahnya mula serius.

“Err...” Kikwang menggaru-garu kepalanya. “Saya.. err...”

Berkerut dahi cikgu Kris melihat Kikwang yang asyik menggaru kepala.

“Ada kutu ke apa sampai garu-garu nie?” soal cikgu Kris lagi sambil jarinya menolak cermin mata ke atas sedikit supaya lebih selesa.

“K-Kutu? Err..” Kikwang masih lagi menggaru-garu kepalanya lalu matanya menangkap satu kelibat seorang pelajar yang lengkap berpakaian sekolah sedang menuju ke kelas. Kelam-kabut dia berlari. Kikwang tersenyum lega.

Akhirnya Minwoo tiba di kelas!

“Yes!” jeritnya gembira.

“Huh? Ada kutu?” Terkejut cikgu Kris. “Rambut kamu ada kutu ke?”

Kikwang yang bagaikan tersedar hanya memandang cikgu Kris dengan pandangan kosong. Cepat-cepat dia mengangguk lalu sambung menggaru-garu kepalanya. Dia menggarunya sambil membuat mimik muka tidak selesa.

“Gatal gila, cikgu!” adu Kikwang.

Minwoo yang berada di kelas sekadar menghela nafas lega.

................................................

Loceng berdering menandakan tibanya waktu rehat. Kelihatan para pelajar sedang berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Cikgu Kris sekadar merenung papan hitam yang dipenuhi dengan pelbagai formula matematik sebelum kapur yang dipegangnya diletakkan dalam bekas.

Cikgu Kris menoleh lalu menutup buku matematiknya yang tebal seperti kamus.

“Kamu semua boleh pergi rehat sekarang.” Beritahunya tegas. Satu persatu wajah para pelajar dipandangnya.

“Esok kita sambung lagi. Pastikan kamu semua..” Matanya terpaku pada Minwoo.

Minwoo membalas renungan mata cikgu Kris dengan berani walapun jantungnya bukan main lagi berdegup kencang seperti mahu meletup! Sememangnya renungan tajam yang dihadiahkan oleh cikgu Kris sungguh menakutkan.

“Hadir.” Cikgu Kris beredar bersama buku tebal dan rotannya.

Minwoo yang bagaikan sudah lama menahan nafasnya terus hembus lega. Disandarkan belakangnya pada kepala kerusi. Satu persatu rakan sekelasnya keluar kecuali Kikwang. Dia bangun lalu datang menghampiri lelaki itu.

“Woi!” jerkah Kikwang sambil menepuk meja Minwoo dengan kuat.

“Mak kau ayam!” latah Minwoo, terkejut sehinggakan kerusinya terangkat. Terbeliak mata Minwoo seperti ternampak hantu sedang melintas. Cepat-cepat dia mengeimbangkan badannya dengan kedua-dua tangannya asyik mengibas-ngibas seperti mahu terbang.

“Nak terbang ke mana, cik bidadari y?” usik Kikwang sambil tangannya menahan kerusi yang diduduk oleh Minwoo dari terjatuh.

Tangan Minwoo berhenti mengibas sebaik terasa kerusinya ditahan dari belakang. Dijelingnya wajah Kikwang yang kelihatan selamba. Selamba badak sahaja dia memanggilnya bidadari seksi hanya disebabkan pehanya yang terdedah akibat skirtnya yang hampir terkoyak.

“Kepala otak kau!” Minwoo bangun menghadap Kikwang yang mula ketawa. Segera kepala Kikwang dipeluknya lalu meluku kepala Kikwang sekuat hatinya! Habis rambut Kikwang yang pada mulanya kemas akhirnya menjadi seperti kusut.

“Rambut aku!” Meronta-ronta Kikwang hendak melepaskan diri.

Kali ini Minwoo pula yang ketawa. Seronok agaknya melihat Kikwang sedang dibuli olehnya.

“Tulah. Siapa suruh kau cari pasal dengan aku? Kan dah kena.” Minwoo ketawa lagi. Dikusut-kusutkan lagi rambut Kikwang.

“Minwoo!” bentak Kikwang namun akhirnya dia mengeluh berat. Habis rambut Kikwang dibuatnya. Ditepuk-tepuk lengan Minwoo yang masih memaut lehernya. “Sorrylah weh. Aku bergurau je pun. Janganlah main kasar macam nie. Sakit tahu tak.”

Minwoo tersengih tanpa Kikwang sedari.

Kikwang mengeluh lagi. “Hisy.. okay, okay. Fine~ Aku janji aku tak akan panggil kau macam tu lagi. So lepaskan aku! Aku nak kena pergi bertugas nie!” beritahunya geram.

“Orait.” Minwoo sekadar mengangkat bahu lalu melepaskan Kikwang dari pelukan. Kikwang segera mejauhkan dirinya dari Minwoo. Dibetul-betulkan rambutnya yang kelihatan serabai. “Kalau kau panggil aku macam tu lagi, aku tak akan lepaskan kau.”

“Yelah, yelah.” balas Kikwang acuh tak acuh. Dilihatnya Minwoo duduk semula di tempatnya. Mukanya muram seperti mendung.

“Tak pergi rehat ke?” tanyanya.

Minwoo menggeleng. “Tak ada selera nak makan.”

Kikwang sekadar mengangguk. Wajah Minwoo yang muram dipandangnya lama sebelum dia menuju ke pintu kelas untuk keluar. Dia mahu memberi ruang kepada Minwoo untuk menenangkan fikiran. Sebenarnya dia tahu kenapa Minwoo menjadi seperti itu sehingga tiada selera makan.

Langkahnya mati tiba-tiba. Dia memandang Minwoo melalui tingkap kelasnya.

“Park Minwoo.” Panggil cikgu Kris setelah duduk di mejanya. Kikwang yang sedang menyiapkan laporan pengawas berhenti menulis. Diletaknya pensel itu perlahan. Dia memusingkan badannya untuk memandang Minwoo yang berada di belakang kelas.

Minwoo berdiri lalu menuju ke hadapan kelas.

“Hari nie kamu datang lambat lagi kan?” tanya cikgu Kris serius.

Minwoo sudah memandang bawah. Tidak berani hendak memandang wajah cikgu Kris yang mula merah-kemerahan. Bengang agaknya. Mungkin sebentar lagi gunung berapinya akan meletus kemarahan!

Akibat takut dimarahi dengan lebih dahsyat, segera Minwoo menunduk hormat 90 darjah sehingga semua pelajar berhenti membuat bising. Suasana menjadi sunyi-sepi.

Kikwang berdiri. Bunyi kerusi ditolak ke belakang menarik perhatian semua pelajar yang pada mulanya memandang Minwoo bertukar ke Kikwang pula. Bergilir-gilir mereka memandang Minwoo dan Kikwang.

Cikgu Kris diam.

“Maafkan saya, cikgu.” ucap Minwoo memecah kesunyian. Masih lagi menunduk hormat pada cikgu Kris. “Saya dah tipu cikgu. Saya dah tipu pengawal yang jaga pagar tadi. Saya tipu cikgu dah dua kali hari nie. Sebenarnya hari nie saya pun datang lambat jugak. Cuma hari nie berbeza sebab saya tak kena tahan dengan cikgu kat bilik disiplin. Memang setiap hari saya datang lambat tapi still dapat belajar sebab semangat saya nak belajar kat sekolah nie memang kuat.”

Kikwang sekadar merenung wajah Minwoo yang masih menunduk. Jelas wajah Minwoo yang sedang bersungguh-sungguh untuk memberi penjelasan yang sebenar.

“Tapi bila cikgu cakap cikgu nak kick saya.. saya rasa saya nie memang pelajar yang paling teruk kat sekolah nie.” Bunyi Minwoo menarik nafas kuat berkali-kali sememangnya membuatkan cikgu Kris bangun. Dilihatnya Minwoo sedang mengelap sesuatu pada wajahnya dengan lengan bajunya. Minwoo menangis?

“Minwoo..” Kikwang sekadar menyebut nama lelaki itu.

“H-Hari nie saya.. pergi..” Suara Minwoo menjadi serak. “P-Pergi sekolah pukul 8:41 pagi.. m-memang mula-mula saya tak.. nak pergi sekolah s-sebab dah lambat.”

Cikgu Kris mula menghampiri Minwoo yang masih menunduk padanya. Wajahnya sayu melihat air mata Minwoo asyik menitik-nitik membasahi lantai kelas.

“T-Tapi semangat saya nak belajar.. dan stay kat sekolah nie.. buatkan saya.. tetap nak pergi sekolah walaupun dah lambat. S-Saya tahu datang lambat pun satu kesalahan.. jadi..” Minwoo berdiri semula dengan air mata yang berlinangan tanpa henti.

“Hukum saya, cikgu.” Minwoo memandang cikgu Kris dengan lirihnya.

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Erat sekali lelaki itu memeluknya. Minwoo kaku namun dia cuba untuk menoleh tetapi dia bukannya hantu yang memusingkan lehernya 360 darjah. Dia sekadar mendiamkan diri.

“Hukum saya jugak, cikgu Kris.” Kata lelaki itu.

“Kamu pun datang lambat jugak ke Kikwang?” soal cikgu Kris serius.

Kikwang yang sedang memeluk Minwoo hanya mengangguk laju. Seolah-olah dia mahu mencari pasal dengan cikgu Kris.

Cikgu Kris mengeluh, kecewa dengan Kikwang. Pertama kali juga baginya dia mendengar Kikwang juga datang lewat ke sekolah. Dia melurut rambutnya sambil memaling pergi.

“Ikut saya pergi bilik disiplin sekarang.”

Minwoo dan Kikwang saling pandang-memandang.

“Park Minwoo dan Lee Kikwang, sekarang!” arahnya tegas lalu beredar.

....................................

Dilihatnya Kikwang dan Minwoo sedang dibebel tanpa henti oleh cikgu Kris. Bermacam-macam gaya tangan cikgu Kris ketika memberi bebelan bermotivasi kepada mereka berdua. Kikwang yang dari tadi asyik mendengar bebelan itu sudah tersandar pada sofa yang diduduknya. Agaknya telinga Kikwang sudah bernanah mendengar bebelan cikgu Kris.

“Aku penatlah weh..” bisik Minwoo yang berada di sebelahnya.

“Aku pun..” bisik Kikwang pula.

Minwoo yang mula berasa mengantuk akhirnya tertidur sehingga kepalanya asyik terangguk-angguk.

Cikgu Kris perasan akan Minwoo terus menjerit kemarahan!

“Park Minwoo!”

“Mak kau terbang masuk laut!” latah Minwoo.

“Minwoo!” panggil Kikwang dari luar kelas.

“Apa?” sahut Minwoo tanpa memandangnya. Dagunya diletakkan di atas meja dengan berlapikkan kedua-dua lengannya. Matanya merenung tepat pada papan hitam.

“Cerialah sikit. Atleast kau tak kena buang sekolah kan?” Kikwang tersenyum kepadanya lalu beredar untuk pergi bertugas. Itulah tugasnya sebagai pengawas yang bakal digelar ketua pengawas satu hari nanti.

Minwoo yang pada mulanya mendung menjadi ceria. Senyumannya mula terbentuk di bibirnya. Dia bangun lalu membuat sedikit regangan pada badannya. Digerlingnya jam tangan.

Dia menuju ke pintu kelas untuk keluar.

“Bangun lambat tapi still nak pergi sekolah~ Small matter.” Minwoo tersenyum bangga. Begnya yang disangkutkan pada kerusi mengandungi rambut palsu panjang, sepasang kasut tumit tinggi, baju yang hampir mendedahkan bahunya dan sehelai skirt yang hampir terkoyak sempat lagi diperhatikannya dengan senyuman kemenangan.

The end.

*tunduk macam bulter*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nakamoto_Yusuki #1
Chapter 1: wow!!! terbaiklah cerita!! Lawak minwoo tu xD
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 1: Bidadari y.................. eue
mesti abang dia pon terpikat XD
bittersweet4u
#3
Chapter 1: hahaha bidadari seksi tu xD
lwk pulak..
tpi part yg dia nangis tu mmg sedih.
klau sy jd dia, sy x dtg sek..
dh lmbt, buat apa dtg lg? cri nahas je..
btw author-nim mmg daebak!!
best gila citer ni !!!
woonicorn_syah
#4
Chapter 1: ayark lulu ni keje tunduk mcm butler je... haha
little-deer
#5
Wahh.. Minwoo melatah x3
Bidadari y tu yang tak tahan xD
One word. Best!
Good job authornim and good luck for your other stories ^^