Misunderstood

Please log in to read further chapters

Description

 

SOME VIEW OF THE STORY

Seorang lelaki memasuki sebuah bilik untuk mencari isterinya yang masih belum bertemu sejak dia balik sebentar tadi sambil menyeru namanya.

“Sera! Oh, Sera! Mana pulak dia ni?” Namun, dia telah terjumpa sepucuk kertas di atas meja.

Hai, Baekhyun.

Sebelum saya pergi, saya ada benda nak bagitahu awak. Saya sangat cintakan awak sepenuh hati saya. Tetapi sekarang, baru saya tahu bahawa awak sebenarnya tak seperti apa yang saya sangkakan. Rupa-rupanya, awak ada perempuan yang awak cintakan dan sayang lebih daripada saya sendiri. Saya berasa sangat sedih dan marah kerana tertipu dengan seorang lelaki macam awak. Ternyata awak hanya menggunakan saya untuk mendapatkan harta yang saya ada selama ni. Pergilah dengan perempuan yang awak sayang sangat tu dan jangan cari saya lagi. Awak juga boleh ceraikan saya jika awak nak. Saya akan pergi dari sini dan tinggal di sesuatu tempat yang sangat jauh supaya kita tidak bertemu lagi. Selamat tinggal buat kali terakhir. . .

Sera

“Tak. . . tak mungkin. Jangan buat macam ni pada saya, Sera. Jangan berguraulah, Sera! Saya tak pernah tipu awak! Saya betul betul cintakan awak! Hanya awak seorang saja!” air matanya bergolek ke bawah di celah kedua-dua pipinya. Kakinya berasa sangat lemah untuk berdiri dan dia jatuh melutut. Dia merenyuk kertas tersebut dengan sekuat hati dan mencampak ia di sesuatu tempat dalam bilik tersebut.

‘Aku harus mencarinya. . .’ bisik hatinya.

Foreword

 

Tajuk; Misunderstood.
Genre; Angst & romance.
Tarikh mula; 3/8/2014.
Tarikh tamat; -/-/2014.
Jumlah perkataan; -
Khas untuk: | | Fearless B! | A Malay One-shot Contest

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet