Part 44
Cinta Di Hari Raya...Kereta yang dipandu Baekhyun tidak dapa bergerak dengan elok. Kereta asyikterhuyung hayang akibat daripada effect Baekhyun diketuk kepalanya. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit membuatkan dia tidak boleh fokus dengan pemanduannya. Lisa yang berada di belakang sudah mulai mengeletar badannya. Dia betul-betul tidak kuat mahu menghadapinya seorang diri ketika itu... Sakitnya bukan main sakit lagi.
Semakin cuba Baekhyun melawan kesakitan itu semakin dia rasa mahu tercabut kepalanya dari seluruh tubuh badannya. "Kenapa dengan aku ni? arhhhh..." jerit Baekhyun sendirian apabila sakit itu datang menyerangnya lagi.
Setelah merempuh jalan raya yang agak berliku-liku itu, akhirnya mereka sampai di sebuah hospital. Ketika Baekhyun membuka pintu keretanya tanpa sedar dia tersungkur di atas jalan kerana kepalanya terlalu sakit...
"Eh..." salah seorang doktor yang kebetulan mahu masuk ke dalam kawasan hospital melihat Baekhyun yang sudah rebah itu apa lagi kelam kabut dia hampiri Baekhyun. Dia cuba memapah Baekhyun dan terdengar bisikan Baekhyun sebelum dia jatuh pengsan. "Selamatkan dia..." kata Baekhyun setelah itu matanya terpejam dan tangannya terjatuh...
"Nurseee..." panggil doktor itu sebelum masuk ke dalam bangunan hospital... Kelam kabut beberapa orang nurse menghampiri doktor tersebut.
"Tolong ambilkan katil pesakit dan bawa keluar yeoja dalam kereta tu." arah doktor tersebut.
"Baiklah doktor..." jawab salah seorang daripada tiga orang nurse yang sedang berhadapan dengan doktor tersebut... Jururawat tiga orang itu menghampiri katil pesakit dan membawanya keluar dari bangunan hospital menuju ke arah kereta meah Baekhyun. Lisa yang sedang mengeletar seluruh badan itu diangkat perlahan-lahan dan tanpa sedar salah seorang nurse tersentuh kaki Lisa yang terkena peluru itu membuatkan Lisa menjerit sekuat hatinya kerana sakit...
"Arhhhhhhh..." jeritan Lisa membuatkan ke tiga-tiga jururawat itu mengundurkan diri ke belakang sedikit.
"Dia kenapa?" tanya nurse yang sedang berdiri di belakang pintu kereta tersebut.
"Kaki dia berdarah." jawab seorang lagi jururawat itu.
"Tunggu apa lagi? angkat cepat." seorang lagi nurse sudah memapah tangan Lisa mahu bawa keluar dari kereta tersebut. Lisa hanya mengikut rentak jururawat tersebut dia sudah tidak berdaya mahu melawan atau pun bercakap ketika itu. Apa yang dia fikir hanya ambang maut... Dia sentiasa berdoa dan teruskan berdoa semoga allah mendengar doa yang dipinta olehnya itu.
Katil pesakit yang dibaringi Lisa kelam kabut ditolak masuk ke dalam bangunan hospital, tidak dengan itu sahaja sewaktu di dalam bangunan juga ditolak begitu laju untuk sampai ke bilik pembedahan secepat yang mungkin...
"Ibu..." hanya perkataan itu saja yang keluar dari bibir Lisa sebelum dia jatuh pengsan...
Sementara itu,
"Ke mana lagi kita nak lari ha?" Krystal mula berang dia tidak mahu melarikan diri lagi. Sakitnya kaki hanya dia yang tahu sudah berapa jam dia asyik melarikan diri? sudah naik kematu kaki dibuatnya.
"Saya tak ada plan lagi." jawab Jungkook sambil mengusap rambutnya seperti sedang mengalami stress yang teruk saja ketika itu.
"Apa guna awak bantu saya kalau tak tahu nak buat apa ha?" Krystal mula geram dan tidak semena-menanya dia menumbuk-numbuk bahu si Jungkook...
"Saya cuma diarahkan bantu awak tanpa berikan arahan untuk buat plan baru. Sabarlah sikit, saya tengah fikir ni!" Jungkook menahan kemarahannya nasib baiklah Krystal ni anak pegawai atasannya jika tidak sudah lama dia berikan satu pelempang free dekat wajah Krystal yang kelihatan seperti ibu hilang anak...
"Yahh... awak ni tak ada kerja lain ke selain tumbuk saya? dari awak buat macam ni baik bantu saya fikirkan jalan penyelesaiannya." marah Jungkook sambil memengang kedua-dua pengelangan tangan Krystal.
"Tak... saya tak buntu." jawab Krystal dengan tenangnya. Dia betul-betul hilang waras agaknya, sebelum ini dia tidak begitu pun tapi kenapa tiba-tiba dia mahu menumbuk menampar orang sesuka hati terutama sekali si Jungkook ini? haih... Krystal mengerutkan dahinya sambil mengurut sedikit tangannya yang sedang sakit akibat memukul bahu Jungkook yang keas seperti tiang itu...
"Aku rasa aku tahu kita nak buat apa." kata V tetiba muncul tanpa sebarang permintaan dari Jungkoo
Comments