[STORY]-DEATH

between LIFE and DEATH
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi yang cerah,matahari pagi sudah menerbangkan dirinya ke bumi dan mengembangkan sayap cahayanya keseluruh alam..tapi aku..aku rasa mataku seperti masih terpejam..iya..ianya masih terpejam..sejak malam tadi.

Aku mula membuka kedua-dua kelopak mataku perlahan-lahan ..tapi dia..dia tiada disisiku..kelibat dia,bayangan dia,wajah dia.. gagal untuk ku temui  walaupun kini mataku telah terbuka dengan seluas-luasnya..tapi ada sesuatu yang ku temui..haruman itu..haruman rambutnya  masih melekat ditanganku..aku dapat menghidunya..wangi.

 

 

 

“Selamat pagi..omma..”kataku kepada ibu yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga..tapi ibu tak membalas ucapanku apalagi memandangku..ibu..mungkin ibu sibuk dan tak mendengar ucapanku tadi dek kerana bunyi air sink yang kuat itu,fikirku.

Aku berjalan ke ruang tamu..di sana,aku melihat Chichi sedang bermain dengan gumpalan benang yang berwarna putih,warna yang sama dengan bulu miliknya.Chichi kelihatan sangat gembira.

“meow..meow..”bunyinya apabila ia terpandangku..aku tersenyum.

“meow meow meow meow meow..”bunyinya lagi..tapi kali ini lebih lama dari yang tadi..kenapa yer?chichi sakit ke?atau chichi nak aku bermain-main dengannya??..aku tak faham apa yang chichi cuba katakan..nampaknya aku belum memahaminya.

Mianhae chichi.

Tiba-tiba,chi chi berlari ke arahku..jadi,aku cepat-cepat duduk untuk menangkapnya seperti yang biasa kulakukan.

Tapi..chichi tak melakukan apa yang selalu ia lakukan..chichi berhenti berlari sebelum sempat ia berada di hadapanku..sebelum sempat aku menangkapnya..sebelum sempat aku memeluknya.

“Chichi..mari sini..”suara itu datang dari arah kanan ku..suara yang ku kenali,,suara dia..aku menoleh kesebelahku..kembarku itu sedang tersenyum lebar sambil memeluk chichi yang datang kepadanya tadi..dan kucing putih itu..juga kelihatan gembira.

Mungkin betul ..’insan yang menyebabkan insan lain menangis kerananya..tak layak untuk tersenyum’

Dan mungkin juga,insan itu adalah……Aku.

“Yaa..jieun ah..”..panggilan itu membuatkan lamunanku terbang entah ke mana.

“Apa yang kau tercegat disitu lagi..jom la kita bawak chichi main di taman sama-sama..”kata kembarku itu..chichi masih di dalam dakapannya.

Aku mengangguk dan kami bertiga sama-sama berjalan menuju ke taman yang terletak hanya 1 km dari rumah kami.

 

 

 

“Kumao..”tiba-tiba,dia berterima kasih kepadaku.

“Untuk apa?”tanyaku kembali.

“Sebab teman aku tidur semalam..mungkin sebab ada kau,aku tidur lena sangat semalam sampaikan aku rasa ,mata aku ini berat sangat nak terbuka pagi tadi..aku rasa macam nak tidur terus je..tanpa bangun lagi..”katanya sambil melambaikan tangannya kearah chichi..walaupun semua orang tau yang chichi tak kan pernah membalas lambaian itu.

“Tapi walaupun susah,mataku tetap ku buka dan akhirnya aku bangun dari tidur lena itu....kalau kau nak tahu,aku bangun lagi awal dari kau tau..hehe..”katanya lagi.

“Kenapa kau tak kejutkan aku??”kini,giliranku untuk bertanya.

“Sebab aku tak boleh…”katanya sambil membuat tanda ‘x’ dengan jarinya.

“Kenapa??kenapa kau tak boleh pulak..??”

“Sebab…..kau tidur lagi lena dari aku..jadi,aku tak sampai hati nak kejutkan kau..ala..lagipun,hari ini kan cuti sekolah..”

Aku mengangguk sekali tanda faham.

Tanpa kami sedar,Chichi  sedah tiada di hadapan kami..

“Mana chichi??”tanya ji yeon panik.

Aku menggelengkan kepala tanda aku juga tidak tahu..mana chichi?

“Ini,kucing awak ke??”..tiba-tiba,seorang namja berjalan kearah kami sambil memegang seekor anak kucing..anak kucing itu adalah Chichi!!

“chichi!!!!!!”..jiyeon terus mengambil kucing putih itu dari tangan lelaki itu.

“Kucing awak ni tadi bermain di tengah jalan..jadi saya ambil dan bawa kucing ni ke sini..saya agak tuan punya kucing ni mesti ada di taman ini dan nampaknya tekaan saya betul..”kata namja tersebut sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dan tiba-tiba,jantungku seperti berhenti berdegup tatkala mata namja itu dan mataku bertemu..aku dapat merasakan hatiku dicucuk oleh beribu-ribu jarum yang sangat tajam..kepalaku dan seluruh badanku terasa sangat sakit ..dan seketika..duniaku menjadi gelap.

Aku tak dapat melihat apa-apa pun sekarang..tapi walaupun aku tak dapat melihat,aku rasa aku masih boleh mendengar.

Tut tut tut..bunyi itu..iya,aku mendengar bunyi itu..aku pasti.

Dan seketika,aku mendengar bunyi derapan kaki seseorang..derapan kaki itu seperti sedang menuju ke arahku..dan bunyi itu semakin dekat denganku..semakin hampir sehinggakan  aku dapat mendengar dengan jelas bunyi tapak kasut itu menyentuh lantai..seorang wanita!..iya,aku yakin bunyi itu datangnya daripada kasut tumit tinggi yang dipakai oleh seorang wanita..tapi siapakah wanita itu??

Aku cuba memejamkan kedua-dua belah mataku dengan serapat yang boleh..dan dengan penuh pengharapan semoga  ada secebis cahaya yang akan menerangi jalan di hadapan ku ini setelah mata ini ku buka..semoga cahaya itu benar-benar ada.

Mata yang terpejam ku buka..dan di hadapanku sekarang aku dapat melihat sebuah pintu..dan pada pintu itu,ada sebuah nombor.

Nombor apakah ini?

Dan seketika,derapan langkah wanita itu kembali menjengah pendengaranku..dan sekarang aku dapat melihat si pemilik kasut bertumit tinggi itu..ibu??aku pasti wanita itu adalah ibuku..tapi kenapa ibu ada di sini?atau lebih tepat..aku di mana sekarang sebenarnya??

“Ibu..”panggilku disaat ibu melintas di hadapanku..tapi wanita itu tak memandang ke arah ku..dia juga tidak memberi apa-apa balasan terhadap panggilanku kepadanya..ibu.. x mendengar suaraku lagi seperti pagi tadi?atau ibu sudah tidak mempedulikan ku lagi?

Wanita yang ku panggil ibu itu membuka pintu yang ada di hadapanku ini dan terus masuk kedalam bilik itu.

Aku kembali menatap pintu ini..nombor yang tertulis di pintu itu ku perhatikan satu persatu..107..bilik ini bernombor 107..tapi bilik siapa ini?kenapa bilik ini bernombor?

Aku melihat ke dalam bilik itu melalui cermin lut sinar yang ada pada bahagian tepi pintu itu..aku dapat melihat ibu sedang menangis teresak-esak smbil memegang tangan seseorang..seseorang yang sedang terbaring  di atas sebuah katil dalam bilik itu.

Aku mengumpulkan segala keberanian yang ada dalam diriku untuk memulas tombol pintu itu..dan akhirnya pintu itu berjaya kubuka.

Selangkap demi selangkah..setapak demi setapak..aku cuba mendekati ibu..ku lihat ibu masih menangis.

Kenapa ibu menangis?adakah kerana insan yang sedang terbaring itu??

Aku terus melangkah untuk melihat siapakah insan yang sedang terbaring itu..dan di saat aku terpandang wajahnya,air mataku terus mengalir…insan itu adalah kembarku,Ji yeon.

“Ji yeon ah..apa yang terjadi ni?..kenapa kau terbaring di sini?..bangunlah..kau beritahu aku yang kau akan tetap buka mata kau walaupun susah macam mana sekalipun..dan kau cakap yang kau akhirnya akan bangun dari tidur lena kau kan..jadi,aku mohon..bangunlah..”kataku separuh menjerit sambil menggoncang tubuhnya.

Dan tiba-tiba..tut tut  tut tut tut tut tut ..bunyi itu,bunyi yang ku dengar tadi..tapi kali ini,bunyi ini semakin laju.. tubuh ji Yeon bergerak-gerak walaupun matanya masih terpejam..dan itu membuatkan ibu kelihatan sangat panik.

Tidak lama kemudian,sekumpulan manusia yang memakai baju berkot putih masuk ke dalam bilik ini..mereka semua kelihatan seperti doktor yang datang untuk merawat pesakitnya..dan itu bermakna..aku sekarang berada di hospital!!

“macam mana dengan keadaan anak tunggal saya doktor?Jieun akan hidupkan?..tolong selamatkan dia..dialah satu-satunya yang saya ada sekarang..”pinta ibu kepada lelaki yang berkaca mata bulat itu..pada kot putih yang dipakainya,tersemat tanda nama yang tertulis Dr.Kris.

Tapi sekejap..kenapa ibu menyebut namaku tadi??

“Keadaan Ji eun sekarang dah semakin stabil..dia dah berjaya melepasi saat kritikalnya..semangatnya untuk terus hidup membuatkan dia kuat untuk menghadapi kesakitan itu..tapi buat masa sekarang,dia masih berada dalam keadaan koma..tapi puan jangan risau,saya yakin Ji eun pasti akan sedar tak lama lagi..”kata Dr.Kris sambil tersenyum kearah ibu.Ibu mengesat air matanya dan membalas senyuman itu.

Tapi yang mengganggu fikiranku sekarang adalah..kenapa mereka memanggil Ji yeon dengan namaku??

“Kerana dia adalah jasad dan kau adalah roh..kau adalah dia,dan dia adalah kau..dan Jiyeon adalah Jieun..”..seseorang sedang berkata-kata tapi..aku tak dapat melihat wajahnya,hanya suaranya sahaja yang ku dengar.

“Siapa yang sedang bercakap tu??..”jerit ku.

“Setiap manusia pasti mempunyai dunia mereka  yang tersendiri..dunia  yang membuatkan mereka sendiri keliru antara khayalan dan kenyataan..dan kau adalah satu daripadanya..jiyeon??watak dalam dunia kau yang kau reka sendiri..kau wujudkan apa yang tak wujud..dan kau musnahkan apa yang wujud..jiyeon adalah diri kau yang sebenar..kau serahkan semua memori kau pada dia..supaya kau tidak perlu lagi mengingati semua memori yang kau ingin lupakan..”suara itu berkata-kata lagi.

Aku dah tak dapat bersabar dengan semua ni..benarkah apa yang dikatakan?aku tak tau..aku benar-benar tak tau.

“Diam..!!”jeritku lantang..aku tak mahu mendengar semua itu lagi.

Aku memandang kesekeliling untuk mencari pemilik suara itu.

“Kau tak perlu mencari aku..kerana aku sentiasa ada di dalam hati kau..”kata suara lelaki itu lagi.

“Siapa kau??jawab pertanyaan aku..siapa kau!!!!!!!”aku menjerit seperti orang hilang akal di dalam bilik itu..aku tak dapat memahami walau satu pun apa yang berlaku sekarang..dan yang paling menakutkan aku adalah..aku seperti tidak mengenal diri aku sendiri..siapa aku?siapa aku sebenarnya?

“Aku adalah cinta kau..cinta sejati kau..”..suara itu akhirnya menjawab soalan ku.

“Cinta??”gumamku..dan tiba-tiba,satu memori singgah di benak fikiranku.

 

 

FLASHBACK..3 tahun yang lalu..

 

“Chichi!!mana pulak la chichi ni,tadi ade je main di depan ni..”rungutku sambil mataku ligat mencari figura haiwan kesayanganku itu.

“ini kucing awak ke??”..tiba-tiba,seorang namja berjalan ke arahku sambil membawa seekor anak kucing putih.

“chichi..awak pergi mana ??puas saya cari tau..”kataku dan terus mengambil chichi dari pegangan namja itu..bulu putih milik chichi ku usap lembut.

“kucing awak ni  bermain di tengah jalan tadi..jadi,saya ambil dan membawa kucing ni ke sini..saya agak pasti tuan punya kucing ni ada di taman ini dan nampaknya tekaan saya betul..”kata namja tersebut sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“kamsahamnida..”kataku..dan disaat itu juga,mata kami bertemu..entah kenapa,jantungku tiba-tiba berdegup laju dari biasa..dan membuatkan darahku dipam dengan banyak ke bahagian mukaku..terutamanya di pipiku..aku dapat merasakan pipiku mula memanas.

“alamak ,,pasti pipi aku merah..malunya..”gumamku perlahan dan aku cepat-cepat melarikan mataku dari matanya.

“saya balik dulu..”kataku dengan sedikit tergagap dan terus melangkah pergi dari situ…meninggalkan namja itu sendirian di tengah-tengah taman itu..aku tau dia pasti merasa pelik dengan tindakan ku..tapi apa yang boleh ku lakukan sekarang..hanyalah melarikan diri darinya..malulah kalau dia nampak pipiku yang merah ini.

Sementara,namja yang kutinggalkan itu tiba-tiba tersenyum.

“yaaa..nama saya kyungsoo..Do kyungsoo..nama awak apa??”jerit namja itu dengan sangat kuat..mungkin dia khuatir aku tidak mendengar jeritannya.

Pertanyaan itu membuatan aku berasa semakin banyak darah yang berkumpul di pipiku.

Tanpa berpaling aku membalas jeritannya..”Lee Ji eun..”

Dan aku terus berlari pergi dari situ.

“comel..pipi dia..”gumam namja itu sambil memegang pipinya yang mula terasa panas..tanpaku perasan,pipinya juga turut merah seperti pipiku.

Itulah pertemuan pertamaku dengan namja yang bernama Do Kyung Soo.

 

 

“lalalalalalalalalalala…..”..aku menyanyi seorang diri di dalam bilik muzik sekolah sambil memakai headphone di kepalaku...pagi tadi,aku terdengar kawan-kawan sekelasku berbual tentang pertandingan menyanyi yang akan di adakan di sekolah kami pada minggu hadapan..aku rasa aku ingin memasuki pertandingan itu..lagi pula aku memang suka menyanyi sejak ku kecil.. di mana sahaja ku berada,aku pasti menyanyi walaupun di tempat umum..tapi aku selalu dimarahi oleh ibu..kata ibu,aku kena jaga perlakuan di hadapan orang ramai..tapi aku tak peduli..aku tetap ingin melakukan apa yang ku ingin lakukan..menyanyi adalah hobiku dan menjadi penyanyi adalah impianku.

Tapi setelah habis sebuah lagu kunyanyikan..aku terdengar tepukan tangan seseorang..aku cepat-cepat menoleh kearah bunyi tepukan itu dan di saat aku terpandang wajah namja yang memberikan tepukan kepada nyanyianku tadi..aku terpaku..seluruh anggota badanku seperti sedang membeku sedikit demi sedikit kerana kesejukan yang dibawa oleh namja itu.

Tak sangka,kami diberi peluang kedua untuk bertemu..namja yang pernah membuatkan pipiku memerah.

Do kyungsoo,nampaknya kita berjumpa lagi.

“hye..”katanya sambil melambaikan tangannya kepadaku..tapi entah kenapa,saat ini aku terasa ingin ketawa..aku juga tak pasti apa yang melucukan hatiku..tapi aku ..tidak dapat menahan ketawaku lagi..dan ketawaku mulai memenuhi ruang yang ada di bilik muzik itu.

Aku tahu dia memandang ku dengan pandangan pelik..aku pasti dia mesti ingin tahu kenapa aku ketawa..tapi aku harap,dia tak kan bertanyakan soalan itu kepadaku,kerana aku sendiri ..tak tahu apa jawapannya.

Tapi yang aku tahu, aku selalu buat perkara yang pelik di hadapan namja ini..malunyerrr..aish..

Untuk seketika,tiba-tiba,aku dapat medengar gelaknya bertemu dengan ketawaku..dia juga ketawa??

“apa yang kelakar?”tanyaku setelah ketawa reda.

“ermm,,awak”jawabnya ringkas.

“kenapa saya kelakar pulak?”

“bukan itu maksud saya…cuma..melihat awak ketawa dan mendengar gelak ketawa awak membuatkan saya juga ingin ketawa..”..jawabnya dan entah kenapa,mendengarkan kata-kata itu membuatkan aku bahagia..dan ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azamin #1
Chapter 4: penuh drama..tahniah cerita yang menarik...
allya_safia #2
Chapter 4: Nak!Nak!Nak sequel jeball
rismaKPOPERS #3
Chapter 4: tak paham lhh ?
KUROBARAHIME
#4
Chapter 4: SAYA TAK BERAPA FAHAMLAH!
BOLEH EXPLAIN KAN TAK?
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 4: Ohh..dia dapt peluang kedua ke klau ya nape selepas 10 thun...
JHNDAE
#6
Chapter 2: Awwwh best nya cerita ni...

Sedih :')

Terbaikk :3 *thumbs up*
bittersweet4u
#8
Chapter 2: Uwaahhh.. best sgt2..
D.o sgt2 matang dekat sini.. wuhu..
I like like ♥