Chapter 5

Banglo Seksyen 2

“Yixing?”

Berkali-kali pipi Yixing ditepuk perlahan namun Yixing masih lagi lena. Langsung tidak berkutik. Tidur mati rupanya budak Yixing nie.

Junhyung melabuhkan punggungnya di sebelah Yixing yang masih terlena. Sempat lagi dia menanggalkan cermin mata dari Yixing. Takut pecah atau patah pula dibuatnya.

“Haip! Jangan kejutkan dia. Dia tidur lambat semalam sebab tunggu korang.” Tegur Taecyeon yang sedang turun ke bawah.

Junhyung memandang Taecyeon. “Tahu.. aku patut call dia lebih awal semalam tapi aku busy sangat buat kerja yang berlambak macam gunung Everest tu.”

“Tak apa. Apa boleh buat an? Kita kan pelajar universiti. Memang tak ada masa nak call sana sini kan?” Taecyeon cuba menghilangkan rasa bersalah yang dialami Junhyung.

Bahu Junhyung ditepuk kejap sebelum dia menuju ke dapur.

Junhyung tersenyum kecil.

“Kejap!” Taecyeon kembali semula ke arah Junhyung. “Kau tahu tak Siwon pergi mana? Rasanya dah dua hari dia tak balik sini.”

Serta-merta senyuman di bibir Junhyung hilang.

“Aku call dia pun tak dapat. Apatah lagi sms. Lagilah dia tak balas.” Sambungnya lagi.

“Entahlah.” Ringkas Junhyung menjawab.

Taecyeon termenung seketika

“Aku nak pergi universiti aku kejap. Mungkin dia ada kat sana kot.” Pantas Taecyeon menuju ke pintu utama untuk keluar.

Junhyung diam.

............................................

Tiba di universiti tempat mereka belajar, Taecyeon pantas mengatur langkah menuju ke kelas. Pintu kelas dibuka dan hanya ada segelintir pelajar kelihatan sedang berbincang. Meliar mata Taecyeon mencari Siwon di situ.

“Wassup Taec!” tegur salah seorang daripada mereka.

“Tak ada masa aku nak wassup wassdown nie!” Taecyeon beredar dari situ.

Orang itu tersengih pelik. “Pulak dah.”

Berpeluh-peluh Taecyeon dibuatnya sehinggalah terserempak dengan Kikwang di koridor.

“Bawang!”

“Apa bawang-bawang haa? Muka aku nie macam bawang ke?” marah Kikwang.

“Sorrylah bro!” Taecyeon menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

“Kikwang, kau ada nampak Siwon tak?”

“Choi Siwon?” Kening Kikwang terangkat tinggi.

Taecyeon mengangguk.

Kikwang menggeleng. “Tak nampak pun. Semalam dia tak datang kelas pun. Dahlah semalam ada pembentangan. Boleh pulak dia tak datang. Mana dia pergi sebenarnya?”

“Sebab tulah aku tanya kau.” kata Taecyeon, melepaskan keluhan kecil.

“Okaylah. Aku blah dulu. Kalau kau ada nampak mamat tu, call aku.” pesannya sebelum beredar.

Kikwang hanya mencantumkan ibu jarinya dengan jari telunjuknya tanda okay.

Taecyeon menggaru-garu kepalanya sambil berjalan menuju ke pintu utama.

“Hisy... mana pulak mamat nie pergi?”

..........................................

Pada petang itu, kelihatan Taecyeon mundar-mandir di ruang tamu. Sesekali itu dia mengusutkan rambutnya tanda tension dengan Siwon yang telah hilang selama 2 hari. Yixing, Minwoo dan Junhyung turut ada bersama.

“Kita report polis nak?” cadang Minwoo.

“Boleh jugak. Mana tahu dia kena culik ke.” Yixing mengiakan sahaja cadangan Minwoo.

Junhyung diam.

“Culik?” Dahi Taecyeon berkerut.

“Nak buat apa orang culik dia? Dia kan terer belasah orang. Tak mungkinlah.” Bantahnya.

“Betul jugak tuu..” Yixing termenung seketika.

“Dia balik rumah mak ayah agaknya. Mungkin line kat sana tak berapa okay an.” Junhyung cuba meneka setelah lama mendiamkan diri.

Yixing memandang Junhyung. “Kalau dia nak balik sana pun, mesti dia ada tinggalkan note ke apa ke yang berkaitan.”

“Dia lupa kot?”

“Tak. Dia selalu buat.”

Junhyung diam.

“Mungkin dia lupa?” Taecyeon kelihatan bersetuju dengan tekaan Junhyung.

Kali ini Yixing pula yang diam.

“Tak apalah. Macam nie.. biar aku yang pergi rumah mak ayah dia. Yixing, ikut aku esok.” Beritahu Taecyeon, putus dengan keputusan yang baru dibuat tadi.

Yixing sekadar mengangguk.

“Junhyung dengan Minwoo, tinggal sini. Tengok-tengok kalau Siwon balik ke nanti.”

“Okay..” balas Junhyung dan Minwoo hampir serentak.

..............................................

Keesokan harinya, hanya Junhyung dan Minwoo berada di banglo. Pagi-pagi Taecyeon dan Yixing sudah bertolak ke rumah keluarga Siwon untuk mencari Siwon yang hilang. Risau mereka berdua dibuatnya.

Masing-masing melakukan hal sendiri. Minwoo masih berada di bilik, mengemas biliknya yang berselerak. Katil dibetulkan. Bantal-bantal disusun dengan kemas. Dipendekkan cerita, Minwoo seorang lelaki yang mengutamakan kebersihan bilik.

Sedang asyik mengemas, matanya tiba-tiba terpaku pada sebingkai gambar di atas meja.

Gambar dia bersama Siwon.

Minwoo tersenyum kecil. Lalu pandangannya dialih pula ke luar tingkap biliknya. Dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di buaian di halaman banglo.

“Junhyung?” Wajah Junhyung yang pucat dipandangnya lama.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan. Minwoo terkejut. Dia pantas menoleh ke arah pintu.

“Ha?” Minwoo memandang semula ke luar tingkap.

Junhyung sudah hilang!

“Minwoo? Kau ada kat dalam ke?” tegur satu suara di luar. Suara itu milik Junhyung!

Minwoo pelik dan juga rasa takut pada masa yang sama. “J-Junhyung ke tu?”

“Yelah. Siapa lagi? Kita berdua jelah kat banglo nie.” Balas Junhyung dari luar bilik.

Lemah lutut Minwoo dibuatnya. Seluruh badannya mengigil ketakutan. Dia terduduk di atas lantai. Pantas dia berundur ke belakang sehingga bertemu dengan dinding. Telefon bimbitnya dicapai untuk menghubungi Yixing.

..............................................

Telefon bimbit Yixing berdering. Pantas Yixing menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa yang menghubunginya

“Hello?”

Taecyeon pula menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu. Sesekali itu dia memandang Yixing yang berada di sebelah.

“K-Kenapa nie?” Tergagap-gagap Yixing bertanya.

“Siapa call tu?” soal Taecyeon sambil memandu.

Yixing memandang Taecyeon. “Minwoo..”

“Minwoo, kenapa nie?” tanyanya lagi setelah lama Minwoo diamkan diri di talian. Risau Yixing dibuatnya.

“DIE!”

Yixing terkejut besar sehingga tercampak telefon bimbitnya. Matanya terbeliak besar seperti mahu tercungkil keluar.

Taecyeon yang sedang memandu turut terkejut sama. Dia terus memijak brek secara mengejut. Nasib baik mereka berdua telah memakai tali pinggang keselamatan. Dia memandang Yixing yang kelihatan takut di sebelahnya.

“Yixing?” Taecyeon menanggalkan tali pinggang keselamatan lalu merapati Yixing di sebelah.

“Yixing! Kenapa nie?!” Kedua-dua bahu Yixing dipegang erat.

“Taec..” Yixing memandang Taecyeon.

“PATAH BALIK! SEKARANG!”

...............................................

Yixing turun dari kereta sebaik tiba di banglo mereka. Dia berlari ke pagar untuk masuk ke dalam namun pagar itu berkunci.

Tangannya laju meraba poket seluarnya untuk mencari kunci.

“Argh! Mana kunci nie?”

Enjin kereta dimatikan oleh Taecyeon sebelum turun. Dia berlari mendapatkan Yixing. Pada masa yang sama juga Junhyung tiba di banglo sambil menjinjing beg plastik.

“Yixing, Taec?” tegur Junhyung.

“Jun?” Yixing memandang Junhyung. “Minwoo.. mana dia? Mana Minwoo?”

Dahi Junhyung berkerut seribu.

“Hisy... apa bising-bising nie?” tegur satu suara dari banglo. Pemilik suara itu datang menghampiri mereka sambil jari telunjuknya sedang memusingkan kunci rumah.

Yixing terkejut besar sehingga terlanggar Taecyeon yang berada di belakangnya. Mujurlah tubuh Taecyeon lagi besar daripadanya.

Taecyeon diam.

“Yixing?” Dahi pemilik suara atau Minwoo pula yang berkerut. Kelam-kabut Minwoo membuka pagar rumah dengan kunci yang dipusingkan tadi.

Junhyung pula meletakkan beg plastik di tepi. Dia mendapatkan Yixing yang masih kelihatan terkejut.

“Minwoo... kau...”

“Kenapa dengan aku?”

“Tadi.. kau call aku kan...”

Minwoo menggeleng. “Tak. Aku tak ada kredit nak call. Kenapa?”

Terbeliak mata Yixing dan Taecyeon mendengar jawapan Minwoo.

“T-Tapi..” Yixing sudah kehilangan kata-katanya.

“Apa kau nie? Hisy... kau penat sangat kot sampai tengok kitaorang pun terkejut.” Kata Minwoo.

“Ya, betul tu.” Junhyung menyokong kata-kata Minwoo.

Yixing diam tetapi wajahnya seperti ternampak hantu lagaknya. Taecyeon masih menahan tubuh sahabatnya itu dari terduduk atau terjatuh. Junhyung mengangkat beg plastik yang diletakkan di tepi pagar tadi.

Minwoo membuka pagar luas. “Dah.. jom masuk dalam.”

............................................

Bersambung.

Saje update awal. Takut esok tak boleh on pulak ;A; Thanks kepada member2 yang sub fanfic nie *campak diri sendiri tiba2* xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jimin_BTS_ComeyXD
#1
Chapter 7: Kau pm tahun lepas rupanya.. aku lupa pulak eue kno *disepak*
btw nice aff
aku suka aff kau eue
serious eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 6: Sad life Junhyung ;; huhuuhuhuhuhu
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 5: *elak* eue tak baik baling diri sendiri kno XD
Jimin_BTS_ComeyXD
#4
Chapter 4: e n e nasib aku baca cerita nih pepagi eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 3: ._. Okay yang nih bab sera dah masuk eue *spam komen* eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 2: eue Junhyung nih macam seram duh eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 1: ku fikir Junyung nak cakap dia tuh hantu kno
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Mesti ade Taecyeon eue
izatizatixoxo88 #9
Chapter 7: Citer ni ada kat astro kan?Sebab banyak kali dah tengok...
Yifan_xoxo #10
Chapter 7: Kesiannye dkt family junhyung