Pretty Girl 4

Pretty Girl
Please Subscribe to read the full chapter


Jantung aku seolah-olah berhenti berdegup. Air mata yang hampir jatuh cuba aku tahan, Kenapa? Kenapa aku terpaksa berada di dalam situasi begini. ‘Aku cintakan kau’ ianya manis bagaikan gula-gula kapas yang cair di mulut apabila mendengarnya keluar dari mulut Sehun sehinggalah nama ‘Krystal’ muncul ibaratkan ribut melanda badai.

 

 

Hati aku sakit…perit dan semua perkataan yang membawa maksud kepada menyedihkan.

 

 

Air mata yang cuba aku seka jatuh, Aku tidak boleh mengawal diriku. Ini terlalu menyakitkan aku. Sehun perlahan-lahan menghampiri sambil tersenyum nipis.

 

 

“Tidak mengapa. Aku faham kau mungkin tidak menyangka perkara ini berlaku tapi aku akan tetap menunggu jawapan dari kau” Sehun mendekati dirinya dekat denganku lalu mengucup dahiku sambil mengelap air mata aku dengan tangannya. Bibir hangat Sehun di atas dahiku ianya indah sehinggalah aku aku sedar kembali ianya dahi Krystal bukanlah dahi aku.

 

 

Sebaik sahaja Sehun berlari turun melalui pintu, aku masih lagi berada di tempat di mana dahi aku.. Bukan.. dahi Krystal dikucup lembut Sehun tadi. Aku jatuh terduduk. Walaupun Krystal sudah merasakan perit berada di tempat aku tapi ianya tidak mengubah apa-apa kerana Suzy tetap Si Hodoh seorang gadis yang dibenci ramai manakala Krystal tetap Si Cantik seorang gadis yang disukai ramai.

 

 

Aku mendakap kakiku dan menangis semahu-mahunya. Kadang-kadang aku ingin tertawa melihat diriku sendiri yang hanya menangis, menangis dan menangis tapi apakan daya menangis sahaja adalah cara aku untuk mengumpul kekuatan aku walaupun sepenuhnya. Aku lemah tidak berdaya yang hanya menunggu masa untuk mati. Mungkin sahaja perkataan 'bahagia' itu tidak akan pernah wujud dalam kamus hidup aku.

 

 

Aku menaikkan wajah aku memandang tempat di mana semalam aku cuba membunuh diri tapi gagal kerana kehadiran Kai, Aku tersenyum mengingatkan peristiwa bersama Kai walaupun dia berada di dalam tubuh Sehun tapi aku masih dapat merasakan aura yang berbeza. Kata sahaja aku gila tapi untuk kali pertamanya aku kerana berasa nyaman apabila dengan Sehun semalam. Barulah aku sedar yang aku sebenarnya berasa nyaman dengan Kai bukanlah Sehun.

 

 

Semalam aku dilindungi oleh Kai hari ini mungkin aku turut mengikut jejak langkah dia dengan membunuh diri. Perlahan-lahan aku bangun merapati penghujung bumbung sekolah. Jantung aku berdegup kencang apabila menghampirinya Adakah aku gugup untuk membunuh diriku?. Aku dapat melihat tanah kosong yang bakal menjadi tempat terakhir aku berbaring dan dihiasi titisan darah yang memenuhi badan aku, Di situ jugalah tempat Kai meninggalkan dunia yang kejam ini. Aku memejam mata aku.

 

 

“Selamat tinggal dunia” Bisik aku.

 

 

“Bae Suzy apa yang kau lakukan!!” Aku memandang ke arah belakang dan melihat Krystal yang sedang memeluk dirinya.

 

 

“Bunuh diri” Kataku dengan tenang.

 

 

“Kau BODOH!! Hei kalau kau nak bunuh diri sekalipun, Kau tak boleh tunggu sehingga badan kita bertukar balik ke?” Teriak Krystal lalu menarik tangan aku.

 

 

Aku mengeluh tiap kali aku ingin membunuh diri mesti ada penghalang tapi hari ini aku tidak menjangka Si Krystal yang akan menghalang aku dari membunuh diri atas alasan yang mementingkan dirinya sendiri kerana aku masih berada dalam tubuh. Oh, ya ada betul juga kata dia takkanlah aku mahu mati dengan tubuh Krystal. Semestinya tidak. Krystal menarik aku duduk di sebuah bangku.

 

 

“Kau nak tahu sebenarnya aku tak pernah minta semua ini berlaku kepada aku” Krystal bersuara memecahkan suasana sunyi selepas kami berdua duduk di bangku, mematikan lamunan aku. Aku memandangnya dengan bulu keningku yang berkerut.

 

 

“Ianya semua salah aku” Aku tersentak mendengar kata-kata Krystal. Aku tahu apa yang aku rasa tapi adakah ini pengakhiran semua kisah sadisnya dan bermulanya kisah bahagianya. Dalam masa yang sama hati aku diulit rasa ragu-ragu… Adakah Krystal kini sedang memohon maaf kepada aku.

 

 

Hati aku mula berkata-kata sesama sendiri. Jujur aku katakan yang aku mahukan sebuah hubungan yang baik tapi aku tak sangka sepantas ini. Bukannya niat aku untuk meneruskan perbalahan ini tapi selepas kejadian tadi buat aku berasa kesal atas kelakuan aku sendiri.

 

 

Aku juga watak antogonis dalam cerita ini bukannya Krystal sahaja.

 

 

“Apa maksud kau?” Tanya aku.

 

 

FLASHBACK

 

Krystal yang berumur 6 tahun berjalan menuruni anak tangga. Anak gadis Puan Victoria dan Encik Tao. Krystal dari kecil dihujani dengan kemewahan tapi dirinya keseoranganya. Jika papa-nya sibuk berada di syarikat 24 jam, mama-nya pula sibuk dengan butik pakaiannya. Hari ini Krystal ingin keluar bermain dengan kawannya memandangkan mereka sudah berjanji.

 

Amber seorang gadis kecil yang berambut pendek dan bersifat kasar atau lebih patut diringkaskan menjadi ‘tomboy’. Krystal mula berkawan dengan Amber apabila Amber melindungi dia daripada dibuli oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki di taman. Sejak kejadian itu Krystal mula rapat dengan Amber dan dia tidak kisah dengan penampilan Amber yang kelihatan seperti ‘tomboy’ itu.

 

Krystal berjalan mendekati mama dan papa-nya untuk meminta kebenaran keluar bermain bersama kawannya. Krystal menarik sedikit baju mama-nya yang ralit dengan telefon bimbitnya sejak dari awal Krystal berjalan menuruni anak tangga manakala ayahnya pula sibuk dengan surat khabar ditangan.

 

“Mama boleh Krystal keluar bermain dengan Amber” Krystal merenung mata mama-nya.

 

“Krystal sudah lupa ke apa yang mama katakan lewat hari huh?” Kepala Krystal jatuh menunduk lantai yang kosong. Bukannya dia lupa tapi itu perkara yang takkan mungkin dia lakukan. Tidak akan pernah Krystal meninggalkan kawan baiknya sendiri, Amber. Walaupun Amber dari keluarga yang susah tapi Amber lah yang selalu ada dengannya bila dia sunyi dan memelukan seseorang untuk meluahkan perasaannya.

 

“Tapi mama, Amber kawan Krystal”

 

“Krystal, cuba kamu lihat Amber, dia susah dan tidak setaraf dengan kita jadi kamu sepatutnya berkawan dengan orang lain yang setaraf dengan kita. Contohnya, Jiyoung dan Sohyun mereka adalah anak pengusaha syarikat yang berjaya di Korea” Puan Victoria melemparkan senyuman nipis kepada anak gadisnya.

 

Sudah dipesan berulang kali tapi tetap sama, Krystal masih juga berkawan dengan Amber. Apabila kali pertama Puan Victoria melihat Amber dia sudah tahu yang budak itu tidak setaraf dengannya dan jangkaannya tepat apabila mengetahui Amber adalah anak seorang pembunuh. Tidak semudah itu dia akan membenarkan anaknya berkawan dengan budak yang entah dari mana asal usulnya

 

Semenjak tukang tilik itu mengatakan yang anak gadisnya ini membawa tuah kepada keluarga dia, Dia mula mementingkan wang jika dibandingkan anak gadisnya sendiri tapi ini sifat semula jadi manusia iaitu ‘tamak’. Dan apa yang dikatan oleh tukang tilik itu adalah benar, lihat sahaja kini keluarga dia menjadi kaya-raya malah dia jugak mempunyai sebuah butik pakaian dengan jenama dan rekaannya sendiri.Tanpa dia sedari dia adalah seorang ibu yang tamak mengejar duit dan kerjayaan. Demi untuk membahagiakan Krystal dia memberikan wang untuk kepuasan Krystal. Itu yang Victoria fikirkan tapi tidak bagi Krystal.

 

Dia berseorangan dan memerlukan kasih sayang dari mama dan papanya bukanya dengan memberikan dia wang tunai untuk membahagiakan dia. Walaupun mama dan papa dia mengupah seorang wanita yang bernama Jia untuk menemani dia, d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
sudah di update maa~ drop a comment guys

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 6: Great Story.... ^_^
Melting_95 #2
Chapter 6: Siannya suzy takdok partner xD buatlah sequel dgn kai~
lugege_
#3
Chapter 6: Author, buatlah sequel Suzy dgn Kai. Pleaseeeeeeeee.
baekki_kook #4
Chapter 4: What a great story .-.
lugege_
#5
Chapter 4: ALAH NAK TGK SUZY NGAN KAI T.T APA2 PUN TAHNIAH WALAUPUN LMBT CKP
xoxogirl2 #6
Kesian....~>_<~
ainzakaria
#7
Chapter 4: Waaa!!! *big clap* lain sangat cite ni..Ingatkan Sehun akan suka Suzy..
mina_123 #8
Chapter 1: daebak!!srsly memang best.teruskan usaha awk dalam bidang penulisan...
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 6: waaa.. tahniah authornim !!! citer awak ni mmg fab !! rupanyer krystal x lah jhat sperti yg disangka ! oh em jih ~