Mestika : Curse In Disguise

Mestika: Curse In Disguise

 

Kesemua ahli kumpulan Got7 sedang menjalani latihan tarian mereka di bilik latihan, termasuklah Jinyoung. Walaupun sudah berjam-jam mereka menari, masing-masing masih tidak beralah dengan penat. Album terbaru mereka bakal dipasarkan tak lama lagi, maka masing-masing nekad untuk mencantikkan lagi kemahiran tarian dan nyanyian.

 

Di tengah-tengah sesi latihan, tiba-tiba pengurus mereka, Seunghoon muncul dan menghentikan lagu. Kesemua tujuh jejaka yang sedang menari tadi memandang belakang.

 

"Kenapa bang?" Soal Jaebum selaku ketua kumpulan.

 

“Yang lain-lain teruskan latihan. Jinyoung, mari ikut abang.” Pengurus tadi, Seunghoon, melambai tangannya kepada Jinyoung. Jinyoung mengangkat bahu, membalas pandangan teman sekumpulannya yang penuh dengan persoalan.

 

Sebaik saja Jinyoung meninggalkan bilik latihan, Seunghoon mula menyoal Jinyoung sambil berjalan menuju ke lif.

 

“Jinyoung… Kau… Ayah kau masih ada lagi ke?”

 

Mata Jinyoung membundar mendengar soalan tersebut. Ayahnya telah lama meninggalkan dia. Bagi Jinyoung, ayahnya dah mati. Itulah yang sering dia beritahu pada semua orang setiap kali soalan tersebut timbul.

 

“Kan abang tahu yang ayah saya dah lama tak ada.”

 

“Tahu, tapi… Ada sorang lelaki, nampak macam umur empat puluhan tengah tunggu kat bawah. Dia kata dia ayah kau. Dia kata cakap je dengan kau, nanti kau faham.”

 

“Faham?” Jinyoung mengerutkan dahi. Tak, Jinyoung tak faham. Apa yang nak difahamkan?

 

“Abang nak suruh kau tengok je dulu. Agak-agak suspicious, abang panggil polis je."

 

Jinyoung mengeluh. Wajahnya mencuka.

 

“Tak apa. Biar saya jumpa dia.”

 

Jinyoung dan lelaki misteri tadi dibawa ke sebuah bilik diskusi yang berdindingkan gelas, mudah untuk Seunghoon memantau dari luar tanpa masuk campur dalam perbincangan mereka. Bukan apa, Jinyoung merupakan selebriti muda dan namanya sedang naik. Manalah tahu kalau ada orang jahat nak mengapa-apakan dia.

 

Lelaki misteri itu duduk di kerusi, sedangkan Jinyoung terus kaku dihadapannya. Wajahnya berkerut tidak percaya.

 

“Maafkan ayah, Jinyoung.” Lelaki itu memulakan bicara. Kata-katanya lantas membuatkan Jinyoung berasa panas. Darahnya serta-merta naik sehingga mukanya merah padam.

 

“Tak perlu minta maaf. Aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila,” balas Jinyoung tenang, tetapi dingin.

 

Lelaki itu mengangguk faham. Dia malu hendak berhadapan dengan anak terunanya yang telah sekian lama tidak ditemuinya, namun dia perlu sampaikan sebuah mesej penting. Ini semua demi keselamatan Jinyoung.

 

“Ayah cuma mahu kamu tahu, ada sekumpulan agen rahsia, sebuah kumpulan elit sedang memburu kuasa kamu. Kamu mesti tinggalkan tempat ini cepat, Jinyoung.”

 

"Apa? Apa kau merepek ni?" Takkanlah Jinyoung nak tinggalkan kawan-kawan dia macam tu je!

 

“Jinyoung, kamu kena faham. Kumpulan ni, bukan kumpulan biasa. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk mempergunakan kuasa kamu. Mereka tak akan fikir dua kali kalau perlu bunuh sesiapa, walaupun orang yang tak bersalah. Kalau kuasa kau jatuh ke tangan mereka, seluruh dunia akan-” kata-kata bapa Jinyoung mati di situ. Dia menekup mulutnya, tak sanggup memperkatakan perkara-perkara keji yang bakal dilakukan kumpulan tersebut.

 

“Habis tu, apa penyelesaiannya? Nak aku lari sampai hujung dunia? Menyorok kat celah gua sampai mati?”

 

Ayah Jinyoung tertunduk lemah.

 

“Maaf. Sampai sini saja kemampuan ayah.”

 

Maaf, maaf. Itu sajalah yang dia tahu. Kalau betul dia rasa bersalah, dia takkan biar Jinyoung tanggung segalanya seorang diri saja.

 

Jinyoung tak mampu lagi menampung kemarahannya yang membuak-buak. Dia menumbuk permukaan meja. Seunghoon yang memerhati dari lobi hampir-hampir meloncat dari tempat duduknya, terkejut. Jinyoung seorang yang cukup ceria, sukar untuk melihat dia sebegitu marah.

 

“Tak adil! Ini semua salah ayah! Ayah yang terlalu taksub dengan karier ayah, sampai anak sendiri pun sanggup dijadikan tikus putih dalam makmal ayah! Sekarang, bila semua benda dah tak betul, Jinyoung yang kena tanggung akibatnya!”

 

“Jinyoung, ayah… Ayah tak nak nyawa kamu terancam.”

 

Jinyoung menekup mukanya.

 

Dia ada dua pilihan.

 

Mati sendiri, atau mati semuanya.

 

Seunghoon bangun, terpinga-pinga apabila melihat lelaki misteri yang mengaku sebagai bapa Jinyoung turut berdiri. Lelaki itu membetulkan tali lehernya lalu meninggalkan Jinyoung keseorangan di bilik tersebut dengan langkah yang berat. Akhirnya, Jinyoung terduduk. Pemuda itu menggenggam kepalanya, wajahnya tertunduk rendah seolah ingin disembunyikan daripada pandangan orang luar.

 

Jinyoung sedang… menangis?

 

 

Suasana agak dingin di dalam van. Ahli-ahli Got7 yang lebih tua masing-masing membisukan diri. Sebaik saja Jinyoung kembali ke bilik latihan tadi, dia terlalu senyap. Pengurus mereka, Seunghoon pun enggan menjelaskan apa-apa. Yugyeom dan Bambam saling berbisik dan bertukar bahasa isyarat sepanjang perjalanan pulang di dalam van.

 

Kenapa hari ni abang Jinyoung senyap je? Peliklah.

 

Bambam mengangkat bahu. Entah. Tak pernah tengok dia macam ni.

 

Kita kena buat sesuatu.

 

Bambam pantas angguk setuju. Bambam menoleh kepada Youngjae disebelahnya.

 

Bang, abang pun kena ikut plan kitorang.

 

“Apa? Tak faham.”

 

Bambam cepat-cepat meletakkan jari telunjuk di bibirnya sebagai amaran. Youngjae tersengih macam kerang busuk sambil mengangguk. Ada rancangan istimewa ke? Ok, Youngjae mesti join punya.

 

Sebaik saja tiba di apartmen mereka, Jinyoung terus menuju ke biliknya. Dia merebahkan diri di atas katil. Mindanya kacau. Terlalu banyak berfikir membuatkan dia lebih letih daripada biasa, namun mindanya enggan terlelap. Jinyoung terdengar bunyi bising di luar. Mesti budak-budak tu punya kerja. Siang malam asyik pasang lagu Short Hair yang dipopularkan oleh kumpulan AOA tu. Jinyoung miring ke tepi, namun lagu rancak tersebut semakin kuat.

 

Jinyoung menggerutu, geram. Budak-budak ni tak letih ke?

 

Jinyoung bangkit dari katil lalu membuka pintu bilik.

 

“Hoi!” Sergah Jinyoung. Youngjae, Yugyeom dan Bambam sekadar tersengih sambil meneruskan tarian seksi kumpulan wanita tersebut. Persiapan mereka serba-serbi lengkap. Lampu disko, check. Jaket labuci, check. Selendang bulu ayam, check.

 

Daripada nak marah tadi, Jinyoung tergelak. “Apahal korang berdisko malam-malam ni? Tak penat ke?”

 

“Abang, jomlah join kitorang!” Ajak Yugyeom. Youngjae saja yang terkebil-kebil di sudut bilik.

 

“Hah, yang kau ni? Tak join sekali?” Jinnyoung menyoal.

 

Youngjae tersengih lagi. “Join, tapi saya tak hafal step.

 

Jinyoung tergelak lagi.

 

“Hoi! Bisinglah!” Terdengar suara Jaebum terpekik dari biliknya. Bambam dan Yugyeom buat tak endah saja dan terus menari. Biasalah, kena jerit sekali dua tu, apalah sangat. Lainlah kalau Jaebum betul-betul naik angin (dan naik tangan), barulah masing-masing lintang-pukang menyorok bawah selimut!

 

“Bang, hebat tak tarian kitorang? Rakamlah kitorang! Nanti boleh upload kat fancafe!” Cadang si pemuda Thai, Bambam.

 

Jinyoung menggeleng kepala. Nak kena pancung dengan manager, beranilah buat. Jinyoung mendekati iMac mereka lalu segera mematikan lagu terebut.

 

“Abang!”
“Alaaa!”

 

Yugyeom dan Bambam merungut. Youngjae saja yang mengikut kata.

 

“Sebelum Jaebum naik hangin, baik korang berhenti sekarang.”

 

“Bosanlah camni. Jomlah buat sesautu yang menarik!” Pinta Bambam.

 

“Ha, aku tahu! Aku tahu!” Yugyeom memandang ke arah Bambam, “Bam, kau tak pernah tengok abang Jinyoung buat trick air kan?”

 

“Hah? Binatang apa tu?”

 

“Bang! Buatlah trick air tu lagi sekali!” Si maknae, Yugyeom meminta dengan tenungan tulus puppy eyes.

 

Jinyoung tersenyum lalu turutkan saja kehendak dua budak tak habis sekolah tersebut.

 

Mereka semua bergerak ke dapur. Jinyoung mengambil satu gelas kaca dan diisi air hingga betul-betul penuh. Kemudian, dia tutupkan permukaan gelas tersebut dengan sekeping cardboard. Dengan cermat, Jinyoung menterbalikkan gelas tersebut, kemudian meletakkannya ke atas meja. Jinyoung menarik keluar cardboard tanpa mengangkat gelas.

 

“Ok, ni part yang paling best sekali.” Bisik Yugyeom pada Bambam. Youngjae turut bersama menonton dengan khusyuk, sampai tak berkelip mata.

 

Jinyong meletakkan jarinya ke atas gelas tersebut. Dia tersenyum angkuh.

 

“Satu… dua… tiga!” Jinyoung cepat-cepat mengangkat gelas kaca tersebut dalam gerakan putaran. Hasilnya, air di dalam gelas tadi turut berputar dan kekal dalam bentuk gelas, walaupun hakikatnya gelas telah diangkat!

 

“Fuyoh!” Ujar Bambam, teruja sehingga dia jatuh ke belakang. “Ini ilmu hitam ke apa?”

 

“Banyaklah ilmu hitam kau!” celah Yugyeom.

 

“Ini sains namanya,” ujar Jinyoung, tersenyum angkuh.

 

“Gilalah! Bang, ajar saya bang!” Pinta Bambam lagi.

 

“Belajarlah sendiri! Cari video kat Youtube.”

 

“Alaaa…”

 

“Dah, dah.  Pegi tido. Karang esok membuta tak ingat dunia.”

 

“Ala, rilekla. Esokkan cuti setengah hari.”

 

Yugyeom dan Youngjae mengangguk saja pada kenyataan Bambam.

 

No alasan! Pergi tido! Korang tu masih membesar! Tidur kena cukup, faham?!”

 

“Ye, mak…”

 

Jinyoung tak boleh lena malam tu. Bila dia terjaga, tak boleh nak tidur semula. Pusing kanan salah, pusing kiri pun salah. Akhirnya dia tukar baju sukan. Langkahnya terhenti seketika sebaik saja dia keluar dari biliknya (yang diubah suai daripada walk-in wardrobe bilik utama) dan terlihat wajah suci Yugyeom dan Bambam dalam lena. Jinyoung tersenyum melihat gaya tidur mereka yang tak senonoh sehingga selimut tercampak ke lantai. Dikutipnya selimut mereka dan Jinyoung selimutkan semula tubuh maknae yang dua orang tu. Nama je maknae, tapi yang satu tu budak paling tinggi dalam Got7, yang seorang lagi semakin hari semakin meninggi, kalah abang-abangnya.

 

Jinyoung meninggalkan biliknya dan duduk di hadapan pintu, menyarung kasut sukan di kaki. Tiba-tiba satu bayang-bayang muncul dari belakang. Bila Jinyoung pandang belakang, ketua kumpulan, Jaebum, tercegat di istu, lengkap berpakaian sukan sepertinya.

 

Jogging?” Soal Jaebum ringkas.

 

“Em.” Jinyoung angguk kecil.

 

“Sekali?”

 

“Jom.”

 

Mereka berdua mula berjogging bersama. Jaebum sengaja mendiamkan diri. Dia tak tahu sebab apa, tapi dia pasti Jinyoung sedang runsing. Apabila dia runsing, Jiyoung selalunya pergi berlari untuk melapangkan fikiran. Biarlah dia tenang dahulu. Yang penting, Jaebum terus di sisi Jinyoung, mengikut ke mana sahaja kaki Jinyoung membawa mereka.

 

Selepas lebih kurang sejam, akhirnya mereka berdua berehat di bangku batu berdekatan dengan sebuah tasik.

 

Kedua-duanya masih termengah-mengah.

 

“Wei, kau kenapa?” Soal Jaebum, memecah sunyi.

 

Jinyoung tersenyum hambar.

 

“Aku dengar kau jumpa ayah kau tadi? Bukan kau kata ayah kau dah tak ada ke?”

 

“Aku pun ingat macam tu, Jaebum.”

 

Jaebum tak terkejut dengan kenyataan Jinyoung. Memang dari dulu lagi, Jaebum dapat agak yang Jinyoung tak berapa elok dengan ayahnya daripada cara dia bercakap tentang lelaki tersebut.

 

“Kenapa dia nak jumpa kau?”

 

“Dia nak pergi jauh. Dia datang nak ucap selamat tinggal je.”

 

“Serius? Dia menghilang selama ni pastu jumpa kau nak ucap selamat tinggal je? Melampau.”

 

“Entah. Aku pun tak faham sebenarnya.” Jinyoung masih tersenyum lemah.

 

Kalau Jinyoung tiba-tiba hilangkan diri, tinggalkan mereka semua, adakah itu melampau juga? Walaupun tindakan itu semata-mata nak selamatkan nyawa mereka semua?

 

 

Keesokan harinya, kumpulan Got7 masih lagi menjalani latihan seperti biasa. Hari ni, Jinyoung nampak lebih baik daripada semalam. Dia masih tersenyum dan tertawa dengan aksi nakal Bambam, namun Jinyoung tidak banyak bercakap macam selalu. Mujur dia fokus pada latihan, kalau tak, menyusahkan rakan sekumpulan pula.

 

Seperti biasa, latihan mereka habis lewat. Waktu sudah mencecah jam sepuluh malam. Pada hari-jari lain, jika mereka sibuk, latihan kadang-kadang berlanjutan sehingga pukul dua-tiga pagi. Jaebum mematikan komputer ketika yang lain-lain mengemaskan bilik latihan.

 

“Ah, laparnya…” Yugyeom memuncung.

 

“Hoi. Baru je dinner setengah jam tadi. Dah lapar balik?” Sergah si Jackson.

 

“Aku pun lapar gak.” Mark menepuk lengan Jackson yang sasa itu.

 

“Korang ni bela hantu raya agaknya.” Jackson menggeleng kepala.

 

“Abang Jaebum. Nanti on the way balik jom singgah mana-mana beli makanan,” pinta Yugyeom kepada Jaebum.

 

“Kau nak makan apa?” Soal Jaebum semula.

 

“Em… Nak piza!” Yugyeom tersengih lebar.

 

“Ada duit ke?”

 

“Ala, abang belanjalah… Please…

 

Jaebum sekadar membalas permintaan Yugyeom dengan renungan tanpa perasaan.

 

“Biar abang yang belanja,” Jinyoung menawarkan diri.

 

“Serius ke ni?” Bambam tersenyum ceria.

 

Jinyoung sekadar tersenyum. “Ya, serius la. Korang nak apa, cakap je.”

 

“Nak chicken wing!” Pinta Bambam lagi.

 

No problem!

 

“Yeah! Cayalah Abang Jinyoung! Abang Jinyoung memang terbaik!” Yugyeom  lantas memeluk Jinyoung yang lebih rendah daripadanya.

 

“Wei, wei. Habis aku ni apa?” Soal Jaebum, sedikit cemburu.

 

“Kau nombor dua, tapi tak apa, aku tetap belanja piza,” seloroh Jinyoung. yang lain-lain tertawa kuat bersama.

 

“Ok. Fine. Ada ubi ada batas,” ujar Jaebum, pura-pura terasa. Semua orang tahu dia tak kisah pun sebab itu semua orang masih boleh tertawa.

 

Inilah yang Jinyoung mahukan. Dia mahu semua orang tertawa riang pada malam terakhir bersama mereka. Esok lusa, kalau dia terasa rindu pada Got7, dia akan ingat semula wajah-wajah riang mereka.

 

Ketujuh-tujuh ahli Got7 masuk ke dalam lif dan turun ke ground floor. Sebaik saja pintu lif terbuka, terdengar bunyi pengera sistem keselamatan. Masing-masing mendongak, kehairanan.

 

"Aku pergi tengok!" Jaebum pantas berkata. Jinyoung cepat-cepat mencapai bahu Jaebum, menghalang rakannya daripada meluru keluar. Jaebum memandang Jinyoung dengan hairan, namun Jinyoung tidak berkata apa-apa. Jinyoung terus keluar dahulu, baru diikuti Jaebum dan yang lain-lain.

 

Apabila tiba di lobi, kesemua pemuda tadi tergamam apabila melihat segerombolan pasukan beruniform, lebih kurang lima puluh orang, terkumpul dalam formasi yang cukup teratur. Bagaikan panglima perang, namun uniform mereka tidak pernah dilihat di mana-mana. Masing-masing mengenakan kasut but tentera yang hitam berkilat dipadankan dengan seluar hitam ala seluar ninja. Pakaian mereka pula kelihatan seperti jubah hitam moden dengan belahan tengah dan kelihatan cukup kemas. Di tangan mereka terdapat sebatang senapang. Pastinya inilah kumpulan agen rahsia yang dimaksudkan bapa Jinyoung.

 

Tiba-tiba bunyi pengera mati, dan seorang daripada lelaki-lelaki beruniform itu melangkah kehadapan. Hanya dia seorang saja yang tidak bersenjata. Walaupun dia nampak muda, riak muka dan tingkah lakunya yang nampak lebih relaks berbanding daripada yang lain mempamerkan pangkat yang lebih tinggi.

 

Daripada pertemuan pertama lagi, Jinyoung merasakan perasaan negatif yang kuat terhadap lelaki yang tersenyum bongkak itu.

 

Pada masa yang sama, ahli Got7 yang lain turut berasa terganggu dengan kehadiran orang asing di bangunan tersebut. Macam mana mereka boleh masuk ke sini?

 

“Park Jinyoung. Tak sangka akhirnya kita bertemu juga.” Lelaki itu tertawa kecil.

 

“Jinyoung, kau kenal dia?” Bisik Jaebum pada Jinyoung.

 

Riak wajah Jinyoung nampak tegang. Pemuda itu sekadar menggeleng kepala sebagai jawapan.

 

“Siapa kau?” Soal Jinyoung.

 

“Aku Prof. Suho, ketua pasukan research and development rahsia kerajaan. Dulu-dulu, ayah kau dan pasukannya mengerjakan satu eksperimen yang cukup hebat. Sekarang, akulah yang ambil alih tempatnya.” Senyumannya melebar. Jinyoung berasa jijik melihat senyuman tersebut.

 

“Apa kau nak?!” Soal Jinyoung kasar.

 

Prof. Suho tertawa kecil lagi. “Tahu tak Bumi kita ni sangat kaya dengan pelbagai keajaiban? Lebih kurang dua puluh tahun dahulu, sekumpulan saintis yang menjalankan kajian rahsia untuk tentera Korea Selatan, telah menemui seketul batu yang hanya ada satu sahaja di dunia ini. Batu ini mempunyai kuasa istimewa, yang kami panggil Sakti Mestika. Kami fikir, macam mana kalau kuasa Sakti Mestika ni digunakan oleh manusia? Dalam peperangan contohnya. Pastinya tentera kita akan jadi satu badan gergasi yang tak tertanding kekuatannya. Maka,  ayah kau bersepakat untuk mencari cara untuk menyatukan Sakti Mestika ini ke dalam tubuh manusia. Ternyata, hasilnya amat mebanggakan. Cuma sayang, ayah kau yang pengecut terus sembunyikan kau daripada pihak kerajaan sebaik saja eksperimen tersebut berjaya. Sakti Mestika itu ada dalam tubuh kau, Jinyoung. Sekarang, kami datang untuk tuntut semula hak kami. Kami mahu kau kembali ke makmal, Jinyoung, untuk berkhidmat kepada negara.”

 

“Apa benda yang diorang merepek ni?” Soal Jackson kasar walaupun dalam hatinya, dia sedikit takut dengan apa yang lelaki beruniform ini bakal lakukan, terutamanya terhadap JInyoung. Prof. Suho nampak serius. Walaupun sukar untuk dipercayai, Jackson tak terkejut kalau segala yang dikatakan Prof. Suho benar.

 

“Biar betul…” Mark menggumam sendirian, tidak percaya.

 

“Ayuh, Jinyoung. Apa yang kau tunggu lagi?” Gesa Prof. Suho lagi sambil tersenyum.

 

Ya, Jinyoung benci ayahnya. Semuanya kerana ini. Namun, dia percaya bahawa ayahnya berkata benar. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini pasti akan menggunakan kuasa yang dimiliki Jinyoung untuk mengucar-kacirkan keamanan dunia.

 

“Tidak.” Jinyoung mengetap gigi.

 

“Apa dia?” Prof. Suho menaikkan kening, seolah menyindir.

 

“Aku takkan pergi ke mana-mana.”

 

“Ya?”

 

“Keluar dari sini atau kami panggil polis!” Ugut Jaebum dengan lantang.

 

Bahu Prof. Suho turun naik menahan tawa.

 

“Polis? Polis tak mampu berbuat apa-apa. Kami jauh lebih berkuasa daripada polis.”

 

Jinyoung masih berdegil dengan keputusannya. Dia tidak akan serahkan dirinya kepada orang gila macam mereka.

 

“Tak apa. Kau tak perlu ikut kami. Kami datang dengan cukup kelengkapan. Kita buat kat sini saja,” cadang Suho.

 

“Apa kau nak buat? Jangan apa-apakan abang kami!” Bambam menjerit, nekad.

 

“Pergi.” Hanya satu perkataan daripada Prof. Suho, barisan pertama askar-askar berbaju hitam itu marak ke hadapan. Anehnya, mereka tidak pula mengacu senjata.

 

“Jangan dekat!” Jinyoung mengeraskan suara.

 

Mereka mara selangkah lagi kehadapan, Jinyoung menghalakan tangannya ke arah sekumpulan askar terebut. Jinyoung menghayunkan tangannya dengan pantas, dan serta-merta askar-askar hitam tadi tercampak ke belakang, menghempas barisan askar yang lain. Ahli Got7 yang lain turut tergamam melihat pameran kuasa Jinyoung.

 

“A-Abang! Apa yang terjadi tadi?” Bambam menoleh kepada Jinyoung, tidak mempercayai apa yang baru disaksikannya. Jinyoung sekadar berdiam diri. Dia tidak tahu bagaimana harus menjelaskannya kepada semua rakan-rakannya yang bagaikan adik-beradik sendiri.

 

“Aku dah kata, jangan dekat!” Jinyoung memberi amaran lagi. Tanpa disangka-sangka, satu das tembakan dilepaskan, dan mangsanya, ahli Got7 yang termuda, Yugyeom.

 

“Yugyeom!” Kesemua mereka menjerit. Yugyeom rebah ke bumi akibat tembakan yang mengena bahunya. Mark cepat-cepat berlutut dan merangkul tubuh Yugyeom yang lemah. Jinyoung kaku di tempatnya, terasa seperti sebahagian jiwanya direnggut dari badan saat tembakan tadi mengena Yugyeom.

 

“Abang… Sakitnya… Ugh…” Mata Yugyeom berair menahan sakit yang teramat sangat, jarinya mencengkam bajunya yang berdekatan dengan tempat yang tercedera dengan kuat sehingga jemarinya menjadi putih.

 

“Tak apa, jangan takut. Abang ada sini,” Mark berbisik kepada pelajar sekolah menengah tinggi tersebut. Yang lain-lain turut duduk dekat dengan Yugyeom, kecuali Jinyoung. Jinyoung rasa bersalah yang teramat sangat atas kecederaan Yugyeom, namun dia semakin berwaspada. Matanya tajam melirik ke arah setiap askar-askar hitam itu. Jantungnya berdegup laju, bimbang kalau-kalau lebih banyak tembakan dilepaskan.

 

“Macam mana? Masih tak mahu mengalah? Tembakan tadi bukan tembakan biasa. Kami telah suntikkan sebuah magis yang diadun khas ke dalam peluru tadi. Seperti racun, magis itu akan meresap ke dalam sel darah dan perlahan-lahan tersebar ke segenap badan. Oksigen yang dibawa melalui sel darah akan terhapus. Tak wujud lagi mana-mana ubat dalam dunia ni yang boleh melawan kuasa magis tu dan kawan kau yang kasihan tu sama ada akan mati sebab mati otak atau jantung yang berhenti berdegup, mana-mana satu dahulu yang kehabisan oksigen. Hm… paling lama dia ada pun, dalam dua jam? Tiga jam?” Prof. Suho mengangkat bahu sambil tersenyum sinis.

 

“Celaka kau!” Jinyoung mengetap gigi.

 

“Kalau kau tak mahu kawan-kawan kau yang lain mati, datang kepada kami dengan sukarela.”

 

Jinyoung menoleh ke belakang, matanya merenung tepat ke anak mata Yugyeom. Hatinya remuk melihat  remaja lelaki yang yang seperti adik kandungnya sedang menahan kesakitan yang tak dapat dibayangkan. Bibir Yugyeom mula pucat.

 

Kenapa? Kenapa insan yang suci ini harus menerima akibat dosa orang lain yang telah lalu?

 

Jinyoung duduk melutut di sisi Yugyeom. “Maafkan abang, Yugyeom. Ini semua salah abang,” ujar Jinyoung dengan kesal. Air mata mula membasahi pipinya. Pada masa yang sama, bunyi guruh mula kedengaran, seolah langit turut memahami perasaan Jinyoung yang berkecamuk.

 

Yugyeom menggeleng. “A… Abang tak salah…”

 

Jinyoung harus fikirkan sesuatu. Dia harus selamatkan Yugyeom, walau apa cara pun!

 

Guruh berdentum lagi.

 

Jinyoung bangkit semula perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah Prof. Suho. Renungan Jinyoung yang penuh kebencian dibalas dengan senyuman angkuh lelaki berbaju hitam itu. Dengan langkah berat, Jinyoung mengambil langkah pertama ke arah Prof. Suho.

 

“Jinyoung!” Jaebum memegang pergelangan tangan Jinyoung, menghalang sahabatnya daripada menyerah diri kepada askar-askar hitam tersebut.

 

Jinyoung menggeleng kepalanya. Renungan mata Jinyoung seolah memberitahu Jaebum bahawa dia tiada cara lain lagi, dan mahukan Jaebum terus menjaga yang lain-lain. Jaebum seolah dapat memahami kesemuanya. Jaebum enggan melepaskan tangan Jinyoung, namun perlahan-lahan melonggarkan jemarinya. Jaebum keliru, apakah tindakan Jinyoung itu betul? Atau apakah melepaskan Jinyoung kepada mereka itu salah?

 

Dengan langkah yang berat, Jinyoung menuju ke arah askar-askar tersebut. Jinyoung berhenti dihadapan ketua mereka. Pandangan Jinyoung masih tajam sedangkan lelaki itu tertawa seolah-olah segala yang sedang berlaku sekadar sebuah jenaka.

 

Dua lelaki bersenjata mengiringi Jinyoung sehingga ke hadapan ketua mereka. Salah seorang daripada mereka memukul belakang lutut Jinyoung dengan hulu senapang, serta-merta membuatkan Jinyoung jatuh melutut di hadapan ketua mereka.

 

Melalui lirik matanya, Jinyoung dapat melihat Prof. Suho mengeluarkan sepasang sarung tangan kulit hitam, di tengah telapaknya dihiasi sebutir permata putih seperti berlian, dibingkai dengan besi berkilat.

 

“Nak tahu? Permata ni merupakan salah satu keajaiban bumi. Permata ni digelar Sakti Putih. Fungsinya? Mari aku tunjukkan.”

 

Lelaki itu mengenakan sarung tangan tersebut lalu menghalakan telapaknya ke dahi Jinyoung. tak lama kemudian, Sakti Putih tersebut mula bercahaya. Cahaya tersebut terasa hangat di dahi Jinyoung,  dan perlahan-lahan kehangatan tersebut berubah kepada kepanasan yang membakar. Malah, kepanasan itu terasa bagaikan jarum yang mencucuk hingga ke tengkorak, lalu tersebar ke seluruh badan Jinyoung.

 

Jinyoung merasakan ada sesuatu yang disentap daripada jantungnya. Apakah itu Sakti Mestika yang dimaksudkan lelaki itu? Mata Jinyoung terbuntang luas, mulutnya ternganga ingin menjerit kesakitan namun suaranya tersekat di kerongkong. Beginikah rasanya saat nyawa terpisah dari badan?

 

Pada waktu yang sama, Prof. Suho pula berasa sangat berkuasa tatkala Sakti Putih yang digunakannya menyerap masuk Sakti Mestika Jinyoung.

 

Hujan turun dengan deras. Jinyoung menyumpah dalam hati kerana tubuhnya semakin lemah. Walaupun terketar-ketar, Jinyoung mengangkat tangannya lalu mengejap erat pergelangan tangan Prof. Suho. Lelaki muda itu terkejut dengan tindakan Jinyoung. Prof. Suho memandang ke arah tenteranya. Bibirnya terbuka untuk memberi arahan, namun dia terlambat. Ombak besar bagai tsunami menghempas dinding kaca di sekitar lobi, kemudian menghanyutkan kesemua askar berbaju hitam. Bagaikan kuasa ajaib, ombak deras tersebut meninggalkan ruang yang selamat di sekitar ahli Got7 dan Jinyoung, bermaksud termasuk sekali Prof. Suho.

 

Prof. Suho tiba-tiba merasakan Sakti Mestika yang diserap daripada Jinyoung tadi mengalir semula ke tubuh pemuda itu. Prof. Suho melepaskan tangannya daripada cengkaman Jinyoung denagn pantas sehingga salah satu daripada sarung tangannya tertanggal. Dengan serta-merta, Prof. Suho turut dihanyutkan ombak deras yang dikawal Jinyoung.

 

Selepas beberapa minit, akhirnya ombak deras yang Jinyoung manipulasi daripada hujan lebat di luar beransur surut. Api dendam dan kemarahan dalam matanya turut reda. Seluruh tubuhnya terketar-ketar. Ini kali pertama Jinyoung menggunakan kuasanya sepenuhnya, kini dia faham mengapa Prof. Suho beria-ia hendak memiliki kuasa tersebut. Dengan langkah yang tersekat-sekat, Jinyoung menghampiri sahabat-sahabatnya.  Youngjae dan Bambam cepat-cepat berlari ke arah Jinyoung. Mereka berdua memapah Jinyoung hingga dia menghampiri Yugyeom yang masih dipangku Mark.

 

Setitis air mata mengalir dari mata Jinyoung. Hatinya remuk melihatkan keadaan Yugyeom yang semakin parah. Kulitnya pucat, putih bagai mayat, urat-urat berwarna ungu kehitaman menjalar di seluruh tubuh dan wajah pemuda itu. Disentuhnya jari-jemari Yugyeom yang terketar-ketar. Sejuk.

 

“Jinyoung, Mark. Kita kena bawa Yugyeom ke hospital sekarang,” Jaebum memberi cadangan.

 

Jinyoung menggeleng. Dadanya masih turun naik dengan pantas, tidak cukup nafas.

 

“Aku tak rasa doktor boleh…” Jinyoung tidak menghabiskan ayatnya. Dia sudah terlalu lemah untuk bercakap, dan Jinyoung tak mahu buang masa dengan penjelasan. Yugyeom tak boleh tahan lebih lama lagi.

 

Yugyeom tersenyum walaupun dalam kesakitan.

 

“B-Betul cakap Bambam…” Yugyeom tersenyum kecil, “abang ada ilmu hi-hitam ya…? Sebab tu… trick air tu…” Yugyeom masih ingin bergurau. Jinyoung tersenyum tawar. Ya, sains telah lama membuktikan bahawa helah air tersebut mustahil dilakukan. Cuma Jinyoung saja yang boleh lakukannya kerana Sakti Mestika yang dimilikinya.

 

“Bang… Yugyeom akan mati ke?" Soal Yugyeom lagi. Belum sempat Jinyoung menjawab soalannya, tubuh Yugyeom mengalami kekejangan tiba-tiba. Mark dan Jaebum mengalirkan air mata melihat adik kesayangan mereka menampung kesakitan yang tak terbayangkan itu. Mark membelai lembut kepala Yugyeom sambil membisikkan kata-kata pujukan. Yugyeom termengah-mengah saat tubuhnya tenang semula.

 

“Jinyoung, tolong selamatkan Yugyeom. Aku tak sanggup tengok dia macam ni,” pohon Mark kepada Jinyoung, air matanya berderaian. Yang lain-lain, Jaebum, Youngjae, Bambam dan Jackson turut sama menangis melihat penderitaan Yugyeom.

 

Jinyoung mengangguk, walaupun dia sendiri tidak pasti bagaimana. Mungkin sebab dia menggunakan magis yang kuat sebentar tadi, Jinyoung rasa sempit di dadanya walaupun dah beberapa kali dia menarik nafas dalam-dalam. Jinyoung abaikan saja penderitaannya lalu menyarung sarung tangan dengan permata Sakti Putih itu. Jinyoung tiru perbuatan Prof. Suho sebentar tadi. Dia membuka telapaknya dan dihadapkan ke arah dahi Yugyeom.

 

“Tahan sikit dik,” bisik Jinyoung lembut.

 

Sakti Putih tersebut mula bercahaya. Yugyeom menjerit kesakitan, semakin lama semakin kuat. Tubuhnya tersentak-sentak bagaikan direnjat elektrik. Mark, Jackson dan Jaebum terpaksa memegang Yugyeom. Mereka tidak tahu apa yang sedang terjadi tetapi memutuskan untuk mempertaruhkan kepercayaan mereka kepada Jinyoung. Tak lama kemudian, Yugyeom mula tenang semula, wajahnya mula hilang pucat. Urat-urat berwarna ungu kehitaman beransur pudar dari permukaan kulitnya, sebaliknya mula muncul di tangan dan wajah Jinyoung.

 

“Abang Jinyoung… Ber… Berhenti…” rayu Yugyeom yang masih lemah, namun permintaannya tidak dihiraukan.

 

“Abang Jaebum, suruh abang Jinyoung berhenti… Tolong…” Mata Yugyeom mula berkaca. Dia tahu apa yang Jinyoung sedang lakukan, yang lain-lain juga turut menyedarinya. Namun, apalah daya mereka?

 

“Jinyoung, berhenti! Kita cari cara lain!” Jaebum memegang sebelah bahu Jinyoung, memberi amaran.

 

“Tak. Sikit lagi.”

 

Bagaikan dirasuk, Jinyoung tidak lagi menghiraukan amaran rakan-rakannya. Dia terus-menerus menyerap magis yang membunuh itu daripada badan Yugyeom. Dia tak akan biarkan racun tersebut tertinggal walau sikit pun, kerana itu akan mengancam nyawa Yugyeom.

 

“Aaagh!!!” Jinyoung menjerit kuat. Tiba-tiba kuasa Sakti Putih itu terlalu kuat, Jinyoung hilang kawalan. Keluar cahaya yang menyilaukan mata sehingga semua orang terpaksa memejam mata. Anehnya, cahaya yang melimpah itu langsung tidak mendatangkan sebarang kesakitan kepada Jinyoung. Malah, terasa seperti ada bayu yang sejuk bertiup kencang.


 

 

 

Jinyoung membuka matanya perlahan-lahan.

 

Matahari baru terbit. Sisa-sisa hujan terlihat pada dinding kaca. Kabus tebal di luar menghadkan penglihatan. Jinyoung masih tak dapat simpulkan apa yang telah terjadi sebentar tadi, atau sudah berapa lama dia tak sedarkan diri.

 

Nanti kejap.

 

Dinding kaca?

 

Jinyoung pasti kesemua dinding kaca di ground floor telah pecah berderai ketika dia menggunakan kuasanya dan ombak besar untuk menyerang askar-askar hitam malam tadi.

 

Tapi, semuanya sempurna. Tiada deraian kaca, tiada lopak air di lantai dan tiada urat-urat berwarna ungu kehitaman menjalar di permukaan kulitnya. Jinyoung tidak merasakan sebarang kesakitan, malah berasa sangat segar dan bertenaga. Apa yang terjadi?

 

Jinyoung cepat-cepat menoleh ke belakang.

 

Semua orang ada di situ. Jaebum, Jackson, Bambam, Youngjae, Mark, dan Yugyeom, semuanya tak sedarkan diri. Jinyoung bergegas mendekati mereka. Mereka semua nampak ok, tiada kecederaan. Malah, mereka bernafas dengan tenang seperti sedang berada dalam tidur yang lena.

 

“Yugyeom,” Jinyoung menggerakkan si maknae. Yugyeom perlahan-lahan membuka mata. Dia  bangkit duduk sambil menggosok-gosok mata.

 

“Abang Jinyoung?” Yugyeom melihat ke kiri dan kanannya. “Kenapa semua orang tidur kat lobi ni?” Soalnya tulus.

 

Yugyeom tak ingat apa yang terjadi?

 

Adakah Jinyoung cuma bermimpi ngeri? Jinyoung mengangkat tangannya dan terlihat sarung tangan hitam yang dihiasi Sakti Putih masih di situ. Mustahil, dia ada bukti di tangannya sendiri.

 

Tak lama kemudian, yang lain-lain turut terjaga daripada tidur. Mereka turut menanyakan soalan yang sama.

 

“Eh? Kita semua tidur kat lobi ke?” soal Youngjae, keliru.

 

Mark mengangkat bahu.

 

“Ada orang main ilmu hitam kat kita kot?” Bambam mencelah, membuatkan Jinyoung tertawa kecil.

 

“Kau ingat ni filem horror Thailand ke?” Balas Jackson membuatkan yang lain-lain tertawa.

 

Jaebum menggaru kepala, namun tak guna fikir panjang. “Dahlah. Jom balik. Kita kena balik mandi. Pagi ni ada meeting dengan JYP.”

 

Yang lain-lain menyahut serentak. Jinyoung saja yang masih terdiam dari tadi.

 

Yang lain-lain semua menuju ke arah pintu utama, namun Jinyoung masih terpaku di lobi.

 

Dia merenung sarung tangan yang masih dipakainya.

 

Adakah segala yang terjadi berpunca daripada kuasa Sakti Putih ini? Atau angkara Prof. Suho?

 

Mungkinkah Prof. Suho masih hidup lagi?

 

Jantung Jinyoung berdegup pantas apabila idea itu terlintas dimindanya.

 

“Bang!”

 

Jinyoung tersedar daripada lamunnnya.

 

“Jomlah balik. Kenapa termenung kat sini lagi?” Soal Yugyeom yang berpatah balik untuk menjemput abangnya.

 

Jinyoung tidak menjawab. Dia mendekatkan tubuhnya kepada Yugyeom, lalu remaja yang jauh lebih tinggi itu dipeluk erat. Jinyoung pejamkan matanya rapat-rapat, setitis air mata jatuh, meresap ke baju Yugyeom.

 

“Bang, kenapa ni? Abang ok ke?” Soal Yugyeom lembut, risau. Remaja itu mengusap belakang Jinyoung perlahan-lahan walaupun dia keliru dengan kelakuan Jinyoung yang aneh itu.

 

Jinyoung kesat air matanya lalu melepaskan pelukannya. Jinyoung akhirnya tersenyum.

 

“Tak, abang ok. Jom kita balik.” Jinyoung meletakkan tangannya di belakang Yugyeom dan berjalan ke arah pintu utama.

 

Sure ni?”

 

“Ya, sure sangat. Eh, jom makan piza hari ni? Abang belanja.”

 

“Serius?”

 

Jinyoung mengangguk.

 

“Yeah!”

 

Yang penting, Yugyeom dan yang lain-lain selamat.

 

Esok lusa, kalau apa-apa terjadi, Jinyoung akan pertaruhkan seluruh nyawanya demi keselamatan sahabat-sahabatnya.

 


 

A/N : Yes, siap gak akhirnya, wahaha! Anyway, fic ni formula simple je. Hero ada power, ada org jahat nak power dia. Ye la, tak pandai nk wat cerita fantasy, amek je la formula yg dh sedia ada di pasaran. Best atau tak tu terpulang kat korang le huhu. Kalau ada yg pernah baca citer sy yg lain, korg mgkin akan perasan konsep Sakti Mestika dan Sakti Putih tu ada pinjam dr cerita tu, tp kat sini ada kelainan sikit. Erm, k lah, xnak bebel panjang2. Thanks a lot for reading!

Special shout out to my Jinyoungie, you're so damn annoying cute!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NLessme #1
Chapter 1: Daebak! Itu perkataan yg sesuai utk story ni..good job authornim..saya dpt rasakan emosi jinyoung dan yg lain dlm cerita ni :) wktu yugyeom ditembak, huh, saya hampir mnangis..faham2 lah saya ni sensitif orgnya ^_^
Apa2 pun gud luck utk contest tu..
I trust you! and jinyoung..hehe
SeKaiStalker
#2
Chapter 1: one word: DAEEEEEEEEEEBAK !!

sy x tau komen panjang2..tp cite ni best and extravagant *^*
Hundotlove
#3
Serius melompong mulut saya baca hahaha.


LOL maknae line pergi buat kelab dangdut joget lagu AOA haha. Lampu club tu mesti yang Yugyeom tunjuk dalam IGOT7 haha. Dorm diorang boleh buat club.


Huwaa rasa nak nangis jer Jr ni memang baik hati betul nak tolong Yugyeom meh. Hei Suho jahat nye kau ni hantuk kepala kat dinding an.


Good Luck author nim ^^
Hundotlove
#4
Wow fantasy tak banyak orang buat fanfic Got7 sebagai main character. Tak sabar nak baca ^^ Update kalau tak busy meh